Saturday, April 10, 2010

Menanti Alam Barzakh


      Manusia hidup di atas muka bumi ini singkat umurnya. Namun keinginan untuk hidup lama adalah keinginan semulajadi dan hajat kemahuan dalam dunia ini tidak habis-habis, cita-cita dan harapannya tidak terbatas. Hakikatnya, setiap yang hidup pasti akan mati. Ia mati sedang banyak lagi hajat kemahuannya yang belum tercapai. Kematian hadir tanpa mengetuk pintu-pintu rumah kita, tiada siapa pun dapat hindari dan tiada siapa pun yang terkecuali.

       Maut ialah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan tertentu pada masa ia dicabut dari jasad. Setiap yang bernyawa pasti melalui sakitnya sakaratulmaut. Apakan tidak, Rasulullah s.a.w. kekasih Allah juga turut melaluinya. Namun tidak dapat dinafikan hikmah disebalik kesukaran ini, iaitu Allah s.w.t. hendak membersihkan dosa-dosa yang dilakukan, menggandakan pahala dan meninggikan darjatnya. Tidak seperti orang kafir, sakaratulmaut yang ditanggung menjadi azab Allah kepada mereka. Kematian ini tidak dapat dipercepat atau dilewatkan sedikitpun. Ia adalah kalimat yang telah ditentukan masanya.
"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah).."
 (Ali Imran: 145)

      Setelah Allah s.w.t. memberikan tiap seseorang kemudahan dalam hidupnya untuk memahami jalan-jalan baik dan buruk, ia akan dimatikan serta berkubur di dalam perut bumi, perut binatang buas atau sebagainya. Kubur inilah tempat persinggahan pertama di alam Barzakh, menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu lorong ke neraka. Azab dan nikmat kubur adalah perkara ghaib yang mesti diyakini tiap muslim. Rasulullah pernah bersabda tentang wujudnya azab ini dengan menjawab persoalan Aisyah r.a., “Ia benar, mereka akan diazab dengan seksaan yang dapat didengar oleh binatang ternak semuanya.”

       Kita semua adalah pemilik kematian. Kita akan dipaksa untuk berpisah dengan dunia yang menyenangkan, namun adakah kita telah bersedia menghadapi malam pertama di alam kubur? Maka beramallah semuanya dengan amal ahli syurga. Amal seseorang itu adalah syarat yang menghampirkannya kepada alasan baik atau jahat walau tiada seorangpun yang dapat memastikan dirinya masuk syurga atau memastikan orang lain masuk neraka kerana kejahatannya. Dan tidak pula kita boleh berbangga dengan amal dan merasa sudah cukup taat kerana tiada sesiapa yang tahu kalimat ketentuan kesudahannya kelak.

     Lembutkanlah hatimu, tangisilah nasibmu dengan mengingat kematian, manyaksikan sakaratul maut dan menziarahi kubur. Renunglah nasib saudara-saudaramu, ibubapamu, rakan taulanmu yang kini menjadi penghuninya. Dulu ia menikmati pandangan yang indah, kini matanya telah buta. Dulu perkataannya setajam mata pedang, kini mulutnya telah bisu. Dulu ia selalu tertawa, sekarang tiada siapa yang tahu raungan atau senyumannya di sana.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 8)

52 comments:

Guru said...

kita semua sedang menunggu giliran masing2, kan..

miemiey said...

manusia yang tidak mengingati mati adalah berada dalam kerugian..ingatlah dunia hanya sementara...dan mereka yg mengerjakan kebaikan di dunia adalah sebaik2 manusia....

Anonymous said...

mati adalah pasti..hidup insyaAllah.
maka bersedialah!

piewahid said...

apa yg kita kejar sesungguh hati biasanya adalah pkara yg akan kita tinggalkan. kita ssh hati bila lambat dpt gaji tpi xssh hati lambat solat.

yg kekal abadi... buat2 tak tau je. maklum lah, manusia hanya mahukan apa yg 'mata' tengok!

mizzura said...

owh..tengok gambar keranda tu baru teringat. muzeum negara ada buat pameran keranda dari seluruh pelusuk dunia..err..yeke..tak pun pelbagai bangsa lah..

pasti lagi seram dan insaf....

HaiDa HiDa said...

takut sgt setiap kali ingat pada kematian.. melihat kematian akan membuatkan hatiku bertanya "bila lah agaknya saat dan waktu kematianku??".. tpi aku sedar itu smue adalah urusan YANG MAHA PENCIPTA.. mati adalah sesuatu yg pasti..

Unknown said...

Salam
Wajib mengingati kematian, sembahyanglah kamu sebelum disembahyangkan..
Azrai..tq tazkirah yang baik ini.Semoga tambah keinsafan diri.

MR.Z said...

semoga artikel ni menjadi muhasabah diri bagi sy dan semua yg membaca entri ni :)

qamarguyz said...

to a kl citizen:
betul2..
ntah bila sampai turn kita..
barisannya masih panjang lagi ke?

to miemiey:
agreed with u..
dunia adalah ladang akhirat..
semai di sini, tumbuh di sana..
DIA tak akan lepaskan pahala atau dosa walaupun sebesar zarah!

qamarguyz said...

to akuinsanlemah:
bersedia berk0rban..
hidup adalah peng0rbanan..
sebagai hamba & khalifah di dunia

to piewahid:
itulah bahana jika hanya mata kepala yG celik..kadang2 menjadi si buta hikmahnya tersendiri, mata hati mereka lebih terang!

qamarguyz said...

to mizzura:
InsyaAllah..
apapun yG dipandang jika disusuli fikir lalu membuahkan zikir, pasti mGinsafkan..jangan pula diri tergamam dengan keranda emas benilai RM2 juta!..huhu

to HaiDa HiDa:
ambil masa sejenak untuk muhasabah diri..mmG mGingatkan hakikat penciptaan & saat kematian begitu mGinsafkan...

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik..
benar..kadang2 diri terlalu alpa dengan duniawi, tanpa sedar Izrail sentiasa memerhati..
u r welc0me..
sama2 la kita saling ingat-mGingatkan..

to Mr.Z:
harapnya begitulah..
blogging2 juga, Tuhan jangan lupa =) ambillah sedikit ruang & kesempatan untuk terus menyampaikan kebenaran..

Amirah Rashid said...

mati itu mmg pasti. cuma kite yg xtau bila. jd kena la sentiasa bersedia :)

Ayue Aishah said...

kebetulan pula..

td ayue baru post entry pasal kematian..

hehehe...

sgt takut sbnrnye bile ckp pasal mati...
tp mengingati mati adalah sunat...
dpt pahala...
tp meminta utk mati tu yg xboleh...

entry yg menginsafknla...

Zasillah Ariffin said...

suker baca n3 yang bermanfaat macam nie... :) tunggu n3 akan datang.

~roslinda~ said...

bila roh hendak meninggalkan jasad,ketentuan Allah s.w.t~
bersedia tak kira masa~
hidup cuma sementara~
;)

Nur Suaidah Bachok said...

entah esok. entah lusa. seminit lg atau pon sesaat lg. bagaimana dengan rukun2 iman dan islam, telah selesaikah? diterimakah? uhhuhhu~

agar kau yakin pertemuan dengan tuhanmu !

scya lollita said...

menanti masa .....

Wan said...

Ingatlah kebaikan org pada kita dan lupakan kebaikan kita pada org... Lupakan kejahatan org pada kita dan ingatlah kejahatan kita pada org... mari kongsi2 bersama...semoga mendapat sedikit berkat sekurang2nya..

qamarguyz said...

to Amirah Rashid:
bersedia tidak kira masa tua atau muda..s0 jangan terlambat..bertaubatlah!

to Ayue Aishah:
0ow..
Ayue tiru kite ek..hehE ;)
lepas ni sy pi jenguk2 entry Ayue plk yer..tu la, ingatilah mati selalu..
tak da siapa boleh menjawab 'masihkah ada subuh esok buat kita?'

qamarguyz said...

to Shiela Latif:
syukran kak atas sokonGannya..
m0ga kita sama2 mendapat manfaat..
teruskan menunGgu, really appreciate it! =)

to ~roslinda~:
ketentuan-Nya sejak azali lg..
tinta pena itu telah kering, tugas kita hanya menanti & bersedia..
m0ga mendapat husnul khatimah

qamarguyz said...

to Nur Su'aidah:
pers0alan hanya tinggal pers0alan..
tiada siapa mampu menjawab..
usahalah untuk menyempurnakannya, walaupun kita insan tiada yG sempurna..kerna DIA Maha Menyayangi, Maha Pengampun..

ingat, jika setinggi gunung sekalipun amalan kita masih tidak mampu membayar nikmat sebelah mata kurniaan-Nya, apatah lagi hendak membeli tiket ke syurga-Nya..
itu semua hanyalah atas rahmat kasih-Nya jua, buat hamba yG beriman & beramal s0leh...

qamarguyz said...

to capital S hana:
menunggu ketika..
bila Izrail datang memanggil

to Puan Julia:
agreed with u..
sesungguhnya janganlah biarkan pandanganmu dicorak oleh dunia, tetapi corakkanlah dunia dengan pandanganmu..
InsyaAllah, setiap perk0ngsian pasti ada manfaat & ganjaran-Nya

NURJANNAH said...

salam ziarah..

kematian tu pasti..tiap org akn merasa..
sakit sakaratulmaut ALLAH sj y thu..

dgr lirik ini..
Ingatlah kematian dari detik detik
dan dari saat ke saat...
jesteru ALLAH..tidak menjanjikan KEMATIAN kita..di waktu TUA..
begitu juga ALLAH tidak Jnji kn KEMATIAN kita..disebabkan sakit..tidak pun sakit boleh mati jgk...
oleh itu bersiap sedialah..mengusahakan IMAN dn TAQWA...bw bekalan mnuju AKHIRAT y kekal ABADI...
mengapa??? kita masih belom2 tmbah amalan...sdg kn UMUR mkin lama berkurangan...ntah bila sudah sampai kesempadan kan MENYESAL...
oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman n taqwa..sbagi bekalan mnuju AKHIRAT y kekal ABADI.....
KEMATIAN.....by DR ASRAR...
...................................
SAMA2 KITA berusaha meningkatkan amalan...ingat kematian tidak mengira masa..dalam gelak2...nyawa di ambil...masyaALLAH...takut menerpa HATI pabila tgk org meninggal..INSAFI DIRI..:((

ASSALAMUALAIKUM.............

qamarguyz said...

to NURJANNAH:
w'slm..
hmM..membaca lirik tu kembali seolah terngiang2 pula lagu & suara si penyampainya..
apa pun banyak peringatan yG dipe0leh..syukran yer..

InsyaAllah, tiap detik ikhlaskan niat hanya pada-Nya..
tangisilah nasib diri sebelum diri kita ditangisi kelak,,

missgee said...

Allahuakbar..
Allahuakbar..
Keinsafan yang membuka hati..

Syahrul Iman said...

entri mcm nie mmg menginsafkan dan memberi pengajaran..thanks bro =)

qamarguyz said...

to missgee:
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Alhamdulillah..segala puji & puja hanya pada-Nya

ti Syahrul Iman:
u r welc0me..
dalam hanyut dinodai arus dunia, kadang2 kita kena dikejutkan juga kan =)

Anonymous said...

hidup smpai bila entah tidak ketahuan..
mati itu suatu kepastian..

yusrizal said...

Tuhanku aku tak layak masuk syurga Mu namun tak upaya menghadapi api neraka Mu...

qamarguyz said...

to maCy:
syukran sudi menc0ret rasa di laman ini.. =) m0ga kita terus bersedia mGhadapinya..

tu yusrizal:
m0ga alunan taubat terus membasahi di bibir, lalu menjernihkan hati nan hitam..

Unknown said...

syahdunya ku rasa disaat ini, suasana sepi membisu.... adakah aku akan dijemput pergi sesaat nnati?

Eye_nee said...

Sesungguh nya mati itu benar....Ya Allah Ya Tuhan Ku...Matikan lah aku dalam keimanan...Tq Bro..semoga kita saling ingat mengingati..

2R said...

tkutnye menanti saat kematian..

Anonymous said...

(ini luar topik)

smpi ati smpi time maC na kumen kt chatbox, da kne limit...

smpi ati azraiiiii..
~sbb tbe2 tkejut kua nme azrai..
nme btol da eh.. ihihi

thx drop kumen :D

~tp post islamic mmg lmbt dpt kumen kot.. m post b4 rebond.. lmbt skt naek kumen dy~

qamarguyz said...

to yus:
sesaat lagi?
rasanya masih panjang umur nie kan..
moga masih dapat melihat sinar mentari es0k..
muhasabah diri selalu =)

to Eye_nee:
InsyaAllah..
selagi masih ada waktu bagi kita untuk saling mGingatkan..
sentiasa berfikir mencetus zikir

qamarguyz said...

to MiSs TOrA:
takut itu perlu..
tapi jangan sampai kaku..
ayuh berusaha mGhadapinya!

to maCy:
hehE..
dua2 box limit ke sis?
biase la..time puncak mmG cam tu.. =)
a'ah..full name da tu..
u r welc0me..
hmM, agaknya la kan..takpe la, yG penting kita ikhlas memberi

Nur Suaidah Bachok said...

yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! :D
sebab tu jangan mengejar cinta dan hal yg tak pasti. kejarlah apa yg sudah pasti contohnya kematian. tp jangan cari mati. usahakan supaya nikmat bahagia kekal bila selepas mati :D

kejarlah cintaNya Allah melebihi yang lain.

qamarguyz said...

to Nur Su'aidah:
taknak2! nak kejar cinta jugak..
cinta Ilahi..dan cinta makhluk berlandaskan cinta Ilahi..
alangkah indahnya jika dapat bercinta dengan Tuhan sepertimana Rabiatul Adawiyah.. ;)
hehE..syukran yer atas perkongsian tu..InsyaAllah..sama2 la kita..

Nur Suaidah Bachok said...

rabiatul adawiyah.
yaaaa, suatu nama yg agung! cerita mengenainya sahaja telah membuat diri berasa begitu jauh dari Allah. terlalu jauh dari jalanNya. jika beliau tertidur walaupun sebentar, beliau akan rasa menyesal yg teramat sangat. fuhhh,dahsyat sungguh

azl said...

sape yang akan pergi dulu... selepas mati apa yang akan terjadi, bersiap lah bawa bekalan.

Wahai warga Bashrah, hati kalian telah mati dari sepuluh hal : Pertama, kalian mengenal Allah, tapi tidak mau menunaikan hak-Nya. Kedua, kalian membaca Kitab Allah, tapi tidak mau mengamalkannya. Ketiga, kalian mengaku cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya. Keempat, kalian mengaku bermusuhan dengan setan, tapi kalian justru akur dengannya. Kelima, kalian mengatakan cinta kepada surga, tapi tidak mau beramal untuk menuju ke sana. Keenam, kalian mengatakan takut kepada neraka, tapi kalian menggadaikan diri kalian kepadanya. Ketujuh, kalian mengatakan bahwa kematian itu benar adanya, tapi kalian tidak mahu mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Kelapan, kalian sibuk mencari aib saudara kalian, tapi mengabaikan aib kalian sendiri. Kesembilan, kalian memakan karunia Tuhan, tapi tidak mahu mensyukurinya. Kesepuluh, kalian mengubur orang mati, tapi tidak mau mengambil pelajaran darinya.

(Ibrahim bin Adham kepada warga Bashrah yang hairan mengapa doa mereka telah lama belum dikabulkan)

qamarguyz said...

to Nur Su'aidah:
huhu..
Nur Su'aidah pun ley jadi cam tu jugak kan..sedap ur name nie..
apa maksudnya yer? =0

to azl:
syukran atas ingatannya..
dah lama tak mendengar tazkirah ini..dapat refresh jiwa & hati kembali...InsyaAllah

Nur Suaidah Bachok said...

erkkkk!
Cahaya Kebahagiaan :)

Dr Amira Atiqah said...

salam.
huhu.
mira pemilik kematian.
hmm, sume org akn mati kn.
tp xtntu ag nk mati bila,
tp cuba byngkn if mnusia tahu yg diorg akn mati,pe diorg akan buat??
buat baik ke buat jhat??
huhhhuhuhuhuuh.

qamarguyz said...

to Nur Su'aidah:
Cahaya Tuhan.. =)

to Cik Mirara:
w'slm..
betul2..kita semua pemilik kematian..
masanya dah ditentukan, cuma kita tak tahu..s0 kejarlah dunia seolah engkau akan hidup seribu tahun lg, dan kejarlah akhirat seolah kau akan mati esok hari.. =)

Anonymous said...

salam awk..

emmm..

"Kalau takut mati jangan hidup."

(Mahatma Gandhi).

hehe, bkn sy yg kate..

anyway..thanz 4 tzkirah ni..

qamarguyz said...

w'slm..
huhu..sape ni yer?
cam kenal jew.. =)
nyway thanz 4 da words..very nice!

Anonymous said...

awk kate..
x knl maka x cinta..
so klu cam knl tu..
maksudnye cam cinta ker??
hehe..jgn mrh..gurau jer..

qamarguyz said...

to Anonymous:
bukan macam cinta..
tapi mmG cinta pun!
huhE.. ;)
takpe2..teruskan gurauan penambah ceria perhubungan..

Anonymous said...

ade2 je awk ni..
nnt sy prasan lbih br tau..
hehe..

Nur Suaidah Bachok said...

mahu add fb boleh?

qamarguyz said...

to Anonymous:
hehE..
perasan takpe..
jangan perasaan udah ;0

to Nur Su'aidah:
0ops..s0ry..
sy takda fb..huhu =/