Tuesday, April 20, 2010

Di Mana Hembus Nafasku


Dalam tiga jalur kegelapan
aku dianugerah roh insan
denyut jantung menjadi teman
gelap rahim terasa aman

Tika aku kau lahirkan..
aksiom ini kau buktikan
wadah Tuhan jadi mainan
tidak endah tangis rintihan

Jangan ibu..
jangan buat begitu!

Tega aku kau lemparkan..
sendiri dalam kesejukan
terkulai di tepi longkang
menunggu disantap binatang

Di mana degup nyawaku
di mana hembus nafasku
belum puas kunikmati
cepat benar aku kembali

Insaflah duhai ibu..
walau aku kau hinakan
aku nirmala di sisi Tuhan
sedang dikau terima seksaan

55 comments:

p3perak said...

salam subuh..
baru je tengok klip video pengguguran janin.. terus tak boleh tido..

it will be uploaded..

Puan Nurussalwa said...

salam,
sgt menyentuh hati puisi saudara..
hm..

kemana hilangnya nalurimu ibu?
sanggup kau rentap hak ankmu..
wahai ibu,
sirnakan sudah kemanusian?

dunia di penghujung masa..
begitu rendah harga 1 nyawa..
moga tenang kau disana,
wahai ank yg x berdosa..

_________________________________
realitinya terlalu ramai yg mencintai kenikmatan d dunia tanpa berfikir balasan d akhirat..

wallahualam~

Cikgu Aini said...

Astagfirullah hal azim.. xsampai hati tengok... Sungguh simpati dgn keadaan sekarang. Bayi yg dibuang seolah2 trend.

Dunia sudah menghampiri usia yang tua.. Mari kita sama2 berdoa dan memohon kedamaian. Semoga Rahmat Allah s.w.t turun bersama2 para ilmuan dan para ulama.

joyah sepot said...

kejinye yg bernama manusia tu kn?
wpun bukn semua tp hampir semua..
lepas berseronok menambah dosa, seksa plak si bayi yang tak berdosa tu..
sedihnya aku tgk..
moga2 Allah bukakan pintu hati mereka2 ini untuk bertaubat..
aminnn..
hmmm~

adrinaqamarina said...

diorang cam da ta de perasaan kemanusiaan...
ta patot betol...

Nur Suaidah Bachok said...

:'(

Hana Faza-same person said...

sedih sikap diorang nih.. orang yang menanti2kan anak terus bersabar..tp diorang senang2 buang.. kalaulah saya mampu untuk menanggung anak2 kecil itu, serahkanlah pada saya..huhu

Cikmin said...

salam..pagi ni byk pulak entri ttg baby yg mati dibunuh,dibuang..adoiii..mmg tak sanggup nak tgk ni roy..makin lama makin menjadi la kejadian ni..'ya ALLAH..kau hukum la seberatnya pada orang yang tak bertanggung jawab begini'

penarais said...

anak itu anugerah Tuhan..mengapalah hati mereka sekejam itu... Ya Allah, selamatkanlah bayi2 yang tidak berdosa itu.. Jadikanlah mereka insan mulia, biar tangan yang membuangnya dulu menangis kerena telah melepaskan sebutir permata berharga..

White Bird said...

sy pun baru je tgk pguguran janin.. nauzubillah..bayangkan hancur bby tu..tk terfikir ke diorg masa mahu melakukan pbuatan tkutuk tsebut.. dapat benih di semai dlm tong sampah,tepi longkang,dibakar.. sedih tgk org melayu kita skrg

pooh said...

ni semua kerana kurang aplikasi agama. kdg2 bukn kita xtau tp tak aplikasikan. xsmayang n buat bnda yg dilarang. Last2 gini lah jadi.
mudah2an dibukakan hati utk bertaubat. amin

mama affan said...

insaf sgt..

MrsLove said...

huhu..kesian bayi2 tue.. CL sesagt sedih smapai x sggup nak tgok pic2 cmnieh...(T_T)

mira amira said...

=(

salam,harap berkurang ler kejasian mcm tuh lepas ni.mengharap..

qamarguyz said...

to p3perak:
w'slm..
huhu..mesti mengerikan vide0 tu kan..
apatah lg kalu p0mpuan yG teng0k..bagus jg upload, biar orang yG ada cita2 melakukannya berfikir panjang..

to manna_salwa:
syukran..
'dunia di pGhujung masa, begitu rendah harga satu nyawa'..nice..
namun itulah hakikatnya kini kan..
agreed with u

qamarguyz said...

to puteri cahaya:
itulah harga kemajuan..
kem0denan masa kini yG membawa umat akhir zaman ke era jahiliah versi baru..m0ga kita terpelihara bersama barisan para ilmuan & ulama.. angkatlah mereka ini selayaknya, bukan dihina & diperendahkan!

to joyah sepot:
setuju sangat..
hampir semua..sukar dicari insan mulia zahir & batin pada hari ini..
InsyaAllah..jangan lupa untuk mem0hon taubat buat diri sendiri..d0sa kita sendiri kadang2 tidak tertanggung kecuali dengan rahmat ampunan-Nya..

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
manusia sebegini lebih hina dari binatang..sifat kemanusiaan hilang bermula dari segumpal darah yG semakin k0tor..hati..

to Nur Su'aidah:
ehk,,
kenapa nangis nie? =)

qamarguyz said...

to Hana Picca:
itulah yG dikesalkan..
takpe, sekarang da ada langkah pGambilan anak angkat sebegitu oleh pihak kementerian bertanggungjawab.. sejauh mana keberkesanannya? semua terletak pada hati si pelaku itu sendiri..

to Faheem Jr:
yer ke kak?
tak perasan pl, c0z tak merayau lg nie..huhu..nyway seminggu dua kebelakangan ni mmG inilah isunya..
saja saya pamerkan dalam bentuk puisi, biar lain dr yG lain..
hukuman bg si pembunuh mmG berat! di dunia batin terseksa, akhirat usah dicerita..

qamarguyz said...

to penarais:
benar..mereka adalah nirmala di sisi Tuhan..anak mulia yG tidak berd0sa!
tangan2 mereka akan mGheret si penzalim untuk menerima balasan sepatutnya...

to White Bird:
hMm..semuanya Melayu..
tak usah malu la pada Cina & India, da cukup malu dengan kera di hutan, ada enak disusu & dikend0ngkan..
apabila nafsu merajai, akal fikiran mmG sudah tidak berfungsi

qamarguyz said...

to pooh:
sangat bersetuju tentang hakikat itu..usahlah digubal undang2 itu & ini, dibuat kempen sana sini andai agama tak diperbaiki.. semua penyakit ini bermula dari hati, bukan hati fizikal tapi hati r0hani..hanya kembali kepada agama jalan mengubati sebaiknya

to fikaryna:
buat seorang yG bakal bergelar ibu..peliharalah anakmu sebaiknya..bukan sj tidak menjadikan dia sebagai mangsa, tp usah membiarkan dia terdidik untuk menjadi pemangsa pula kelak

qamarguyz said...

to Colourful life:
hmM..kesedihan tanpa tindakan itu em0si..sia-sia..m0ga kesedihan kita disusuli dengan keinsafan buat memperbaiki diri & masyarakat..
tolonglah 'jaga tepi kain' mereka yG disekeliling kita sehari-hari

to mira amira:
harapan mungkin hanya tinggal harapan..kes sebegini pasti meningkat setiap tahun, cuma sama ada diperbesarkan atau tidak sahaja

ferienza hezra fara said...

inikah dunia akhir zaman
seperti yg diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w ?
suda tiba kah zaman itu?

Zasillah Ariffin said...

salam...tak sanggup tgk pict. tue tapi nak buat macam manakan??...org yang tak ada hati perasaan pada anak sendiri nie memang ada kat Malaysia nie...
pernah baca kat Mastika, ibu yang nak bunuh bayi dia lepas sesaat jer dia melahirkan, sebelum dia tekap bayi dia dgn kain untuk melemaskan..bayi dia bukak mata n pandang tepat pada mata ibu dia...Subhanallah!! kuasa tuhan bayi yg br sesaat dua dilahirkan boleh bukak mata n memandang tajam pd ibu nyer..n punya naluri nak melihat ibu yg melahirkan dia dan jugak dunia nie....
walaupun ibu dia dah tergamam melihat bayi dia..tp dia masih jugak meneruskan niat kejam dia tue....
Sedihnyer, bayi tue mungkin merayu untuk dibiarkan terus hidup..tp ibu dia dah hitam hatinyer...so sampai sekarang nie ibu dia menyesal dan sentiasa dihantui pandangan mata akhir dari bayi dia...insaf saya sebagai ibu yang membaca cerita tu. Semoga bayi tu tenang di sana sekarang nie n mendoakan yg terbaik untuk ibu yang sudah membunuhnyer. Amin.

Melatidaisy said...

salam ziarah akh..

tersentuh hati saya hinggakan tanpa sedar mengalir air mata waktu baca entri ni..bayi2 yang tak berdosa sudah terjamin tempatnya di syurga sedangkan si kejam yg bertopengkan manusia pasti mendapat balasannya..semoga semakin berkurang kejadian2 yg menyedihkan dan semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua..jalan taubat sentiasa terbentang,kepada yg tersalah..kembalilah kepada kebenaran.

Lucy S. said...

sedihlaaaaaa baca ni :((

kakachan said...

baru depa nak kecap nikmat hidup.. yang sedehnye, beby2 ni kene buang dalam keadaan yg mengaibkan.. astagfirullah,..

Unknown said...

:) first time kot komen en3 awak..emm..cam sajak2 bait2 dlm blog ni awk buat sendiri erk?? bagus..eqa mmg xreti nak buat ayat2 mcm ni..xreti nak bermadah2..hehehe..sbb tu en3 eqa slalu ayat tunggan langgang kan..sorry komen xde kaitan ngn en3 ni...nk tulis kt chat box pjg sgt..eqa jp pembaca pasif je slama ni kt sni..hehehe..okeh..slamat berblog :)

aCik GeE cHoMeY said...

sgt tersentuh dengan ayat2 awak...
sian kan..baru baby nie nak melihat dunia...tp ibu bapa mereka da campk mereka...sedih sngt2:-(

Anita Makarame said...

kasihan,,,
andai mereka bisa menyampaikan pesan kepada bapak ibunya,,,
semoga suatu saat kita bisa menjadi bapak dan ibu yang baik untuk anak-anak kita...Amin...\^o^/

Nekmo said...

takut tgk pic 2..
tergamak ada manusia sekejam 2..

qamarguyz said...

to ferienza hezra fara:
huhu..
sudah semsetinya..
kita da lama berada di fasa terakhir kehidupan di dunia..tanda2nya telah terlalu jelas..

to Shiela Latif:
Thanz kak atas perk0ngsian kisah tu..da lama tak belek2 Mastika..
hmM..memang mGinsafkan..
apa pun si pembunuh tidak akan tenang sepanjang hayat..mereka sebenarnya telah mati saat mematikan nyawa insan lain tanpa hak!

apakan daya si anak..tangisan batinnya tiada siapa peduli, mungkin itulah anugerah Allah yG tersendiri buat mereka..syurga abadi menanti..

qamarguyz said...

to melatidaisy:
w'slm..syukran ala ziarah..
hMm..insan yG berjiwa halus, bersifat keibubapaan yG penyayang tentu amat memahami puisi ini..m0ga sama2 kita bertindak pr0aktif untuk menanganinya, walaupun sekadar melalui tinta pena..InsyaAllah, kita sama2 mem0hon dunia yG lebih aman..hidup yG lebih tenang..

to Alynn Notnot:
moga ada kesedaran & keinsafan..
usia muda memang gejolak nafsu sering melanda, berfikirlah sebaiknya..

qamarguyz said...

to kakachan:
tu la pasal..
teringat lirik satu lagu, 'dimakamkan dia bukan dibuang begitu saja..' betapa anak kecil itu merayu merintih untuk dimuliakan selayaknya..

to eQuRlz:
wAaa..terharu & teruja nampak k0men eqa kat sini..1st time la k0t ;0
a'ah..semua puisi yG dipaparkan di laman ini hasil nukilan sendiri..mungkin la ada minat & bakat sikit kat situ kan..eqa pun maybe ada kelebihannya dari aspek yG lain..yG penting kita gunakan ia ke arah yG betul..
Thanz =)

qamarguyz said...

to aCik GeE cHoMeY:
terima kasih sudi sinGgah membaca..
harap dapat manfaatnya.. =)
hmM..memang begitulah keadaanya..
kesian lalu bertindaklah..kita tak boleh lg sekadar berpeluk tubuh..
tak mampu guna tangan, gunakan lisan..sekadar em0si di hati hanyalah selemah2 iman

qamarguyz said...

to AngelMakara393:
ameEn..
m0ga begitulah hendaknya..
tapi untuk menjadi ibubapa yG baik, kita terlebih dahulu perlu belajar untuk menjadi anak yG baik..ayuh kita warnakan dunia dengan pelangi kebahgiaan!

to bieyra dhamira:
m0ga kita..ahli famili, jiran tetangga & rakan sekerja tidak termasuk dalam kel0mpok penzalim itu..sama2lah kita bina sosiati masyarakat yG lebih baik & harm0ni

nich said...

huhuhu kesian sangat-sangat kan kat baby-baby ney.. dorang tak salah ape-ape pom.. dorang lahir dari hasil mak ayah dorang tapi kena buang pulak.. manusia.. mintak jauh la diri sendiri keluarga ngan kawan-kawan.. huhu

HAMSINI said...

orang lain menangis bila keguguran ada juga yg saja2 nak menggugurkan. Bahkan buang2 pulak baby yg dah dilahirkan...sedih betul...

Anonymous said...

salam awk..
sy ade 2 kisah yg berlaku pd org sekitar sy.. kisahnye hampir serupe..dua2 ngndung ms form4 ..terlanjur..ksian sgt pd parent diorang kene nikahkan diorang awl..

emm citenye diringkaskn la ye..yg nasib baiknye x berlaku pembuangan bayi..tp nasib yg xbaeknye tu laa..huhu

hrp2..same2 la kite amek iktibar dari kisah benar tu n doakan mereka..

anyway..best sgt puisi awk.. ;)

qamarguyz said...

to NichKhun:
hmM..itulah takdir kehidupan mereka, seketika cuma..hidup di zaman ini insan yG kuat mengatasi yG lemah, mereka fikir mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa ada yG memerhati?
m0ga kita semua terpelihara dr g0longan ini

to HAMSINI:
bila rezeki tidak disyukuri..dihina dikeji..datang pula dari sumber yG tak diredhai, beginilah jadinya

qamarguyz said...

to Anonymous:
w'slm..
thanz atas pujian..hehE =)
hmM..bila diungkit kisah sebegini, in my big famili pun ada berlaku..ternyata anak tak sah taraf itu nakalnya lain dr yG lain..huhu..

bercerita s0al pGguguran bayi pulak, alhamdulillah sy pernah mnyelamatkan seorang sahabat dr meneruskan niatnya trsebut.. hasil perbincangan, motivasi & dorongan akhirnya kini dia bahgia dengan suami yG juga ayah kandung anaknya itu..

Anonymous said...

hai sy puji td,xkn time kaseh je kot.. mai la kopok lekor seringgit..kui3..

tahniah la kt awk..sempat selamatkn org2 sekeliling yg bermasalah cmni..alhamdulillah dia dgr ckp awk.. sumenye hidayah dari Allah.. kite hanyelah perantaraan dariNya kn.. =)

Unknown said...

Salam azrai.
Mula nampak gambar pcik terkejut, rupanya..baby malang yang tidak berdosa.
Kejarlah keindahan anugerah Allah diakhirat, jangan kejar keseronokan di dunia cuma. Jika inginkan keseronokan di dunia inilah padahnya. Membuang bayi tanpa belas kasihan...Ngeri nampak ni azrai. Tak sanggup. Apapun inilah hakikatnya merosakkan diri. Ya Allah jauhi kami, anak2 kami dan para sahabat blogger saya dari bisikan kejahatan. Amin

Rahmah said...

Hebat tulisan saudara..

qamarguyz said...

to Anonymous:
huhu..nak kep0k kena mai cni la..
betul2..
semua yG baik itu dari Allah s.w.t, yG buruk atas kelemahan diri kita sendiri.. =)

to Rahmah:
biase2 sj..
nyway thanz.. =)

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik..
memang ngeri. tapi mereka yG hilang nurani kemanusiaan sanggup berbuat apa sj..apatah lg jika dalam kebuntuan sebegitu..
ameEn..syukran atas d0anya..m0ga kita semua sedar & mngejar kebahgiaan yG lebih abadi..

Anonymous said...

sedih.. kasihan pada anak-anak kecil yang tidak berdosa..

MF said...

Salam..

Subhanallah.. Sungguh menginsafkan nukilan enta.. Jzkk.. =)

Moga2 ibu-ibu yg mmbaca jga dpt mengambil pengajaran.. Tdk kurang jga kpd sang ayah-ayah, mrk perlulah b/jwb ats apa yg mereka perbuat..

Ingatlah, ko jga dahulu sma spt mrk, xberdaya, perlukn bntuan dn bimbingan yg tua.. Mengapa kini, ko pla yg mnjd insan xbermanusia.. Mna syukur dn peri kmanusiaanmu!

~Apabila manusia mula bfikir tertutup, hnya terhenti takat hidup di dunia..~

Miss Nurul said...

dunia kian goyah. manusia semakin leka dgn duniawi. dah xkenal mana dosa..pahala.

subhanallah~

Eye_nee said...

Kenikmatan dosa dirasai bersama...Janin terbentuk dek penyatuan dua jiwa..Tiba masa Ibu keseorgan menaggungya..mana lelaki pembawa janji ingin sama sehidup semati..Ibu takut tidak terperi...anak dikandung dibuang ngeri...lantaran hilang ghaib silelaki...lupa tanggungjawab lupa janji...

qamarguyz said...

to maCy:
hmM..apa lagi daya kita?
sama2 la kita usahakan takat termampu untuk membendung kesedihan ini..

to sLave_oF_Almighty:
w'slm..
alhamdulillah, m0ga maksudnya sampai kepada sasaran di luar sana..syukran..
benar..
si ayah juga tak kan terlepas dari d0sa & pertanggungjawaban..m0ga pesanan ini didengari oleh mereka lalu diambil iktibar selayaknya

qamarguyz said...

to Miss Nurul:
dunia semakin tua..uzur..
begitu juga dengan sifatnya manusia, iman semakin lama semakin uzur & tenat..mudah alpa & lupa

to Eye_nee:
nice..
simpulan kata yG penuh hikmah, sudah cukup menceritakan segalanya..
tidak kira ibu atau bapa, keduanya bersalah & zalim..nikmat dicari tanpa sedar anak dizalimi

Nurul Harun said...

nurul rs cm takut la cerita bab ni. hmph. :(

qamarguyz said...

to Nurul Harun:
hMm..takut tak takut kita kena hadapinya kan..sama2 kita kembali ke jalan yG lurus =)

duongkyo said...

I'll visit u always if u do too

tot tot kecik said...

salam..

terkadang kite sendiri tidak mengerti apa perasaan ibu ketika itu sehingga sanggup kau membuang daku seperti ini..