Dakwah didefinisikan sebagai suatu usaha yang dirancang dengan baik bertujuan membawa manusia mengetahui tujuan hidup dalam menuju kebahgiaan dunia akhirat. Dakwah bukan semata larangan yang tidak menentu tetapi satu seruan terancang. Ia bukan sahaja mengajar ilmu agama tetapi termasuk juga ilmu bermanfaat untuk dunia, bukan hanya mengajak manusia kepada Allah, tetapi mesti disertakan juga dengan uslub dan tatacara yang baik.
Antara tujuan dakwah adalah untuk:
1. Mengubati manusia yang sakit akhlaknya
2. Mengajari manusia yang jahil agamanya
3. Menyempurnakan amanah Allah s.w.t atas tiap hamba-Nya
4. Pertarungan dengan yang batil
Dakwah Islamiah sebenarnya mengandungi dua komponen penting. Yang pertama adalah isi pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran dan keduanya adalah cara atau method untuk menyampaikan pengajaran. Bagi dakwah kepada orang Islam, inti dakwah lebih kepada pendedahan tanggungjawab yang mesti disempurnakan, iaitu berkisar tentang kemantapan akidah, akhlak yang baik dan penyempurnaan syariat. Bagi bukan Islam pula, dakwah dilakukan bagi menarik minat mereka kepada Islam, percaya dan yakin bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah.
Setiap pendakwah mesti mengetahui bahawa terdapat tiga sumber utama kepada method dakwah iaitu al-Quran, sunnah dan pengalaman berdasarkan keadaan sasaran. Asas penyampaian (method) dakwah ialah penjelasan yang nyata dan jelas sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan silap faham. Di sini dinyatakan beberapa method asas dalam berdakwah iaitu antaranya dilakukan secara berperingkat agar tidak memberatkan sasaran yang ingin menerimanya. Selaras dengan tabiat semulajadi manusia, ia mesti disampaikan secara mudah dan ada kelonggaran. Dakwah juga dilakukan secara lemah lembut, di samping menerangkan sebab yang logik di sebalik sesuatu suruhan dan larangan. Mesej yang disampaikan pula hendaklah sesuai dengan sasaran, mengikut umur dan kematangan ilmu (trend pemikiran) mereka.
Apa yang lebih penting bagi menjayakan dakwah adalah terletak pada diri pendakwah itu sendiri. Allah s.w.t juga ada mengajari utusan-Nya;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.."
(an-Nahl: 125)
(an-Nahl: 125)
Oleh itu, pendakwah sendiri mestilah menghayati akhlak yang baik dan boleh dijadikan qudwah hasanah. Ada ilmu kemasyarakatan yang boleh mempengaruhi sasaran, ada ilmu dalam berkomunikasi supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta ada ilmu psikologi bagi memahami tingkah laku dan jiwa manusia.
Seruan dakwah itu adalah satu kewajipan fardu kifayah. Apabila sebahagian dari kaum muslimin menjalankan tugas ini, maka gugurlah dosa-dosa dari yang lain. Orang yang menjalankan tugas ini akan memperoleh pahala besar dari Allah s.w.t, tetapi jika semua kaum muslimin mengabaikan tugas ini, maka dosanya akan menimpa setiap orang yang mengetahui tentang hukum-hakamnya. Apabila munkar itu berlaku di hadapan mata, sedangkan ia tidak mengubahnya dengan tangan atau lisan padahal ia mempunyai kuasa, nantilah sahaja natijah yang dijanjikan Allah s.w.t.
(by qamarguyz: risalah at-Tazkirah/edisi 1@API KUIM)
31 comments:
perkataan dakwah 2 guna tulisan disney..hehe(lari tajuk ni..)
Sekarang ni nak berdakwah lagi mencabar..
Preibadi muslim juga adalah dakwah paling ampuh. Kalau org islam yg paling banyak melahirkan anak luar nikah, paling ramai merempit, paling ramai menagih dadah, maka tercemarlah imej suci islam.
Sopan kata santun bicara, terpuji akhlak harus sentiasa dijada dan dipelihara.
Pengalaman saya hampir 6 tahun di sabah, di kalangan org kadazan Kristian. Malanga apabila ada antara mereka ganti-islam kerana sikap buruk org islam snediri.
anti-islam bukan ganti islam, sorry
dakwah mmg mencabar...mengajak kearah kebaikan bukanlah senang..org yg berdakwah ini mempunyai tanggungjawab yg besar..bkn shj m'jd contoh pd org lain..per siapkan diri dengan benteng kebal untuk mengajak diri dan org lain kearah kebaikan...
Salam azrai. Apa khabar?
Dapat bermuhasabah selepas membaca n3 ni. Pendakwah yang kebal dan mantap kita sangat perlukan dalam membawa kebenaran dan membetulkan perkara salah. Khatib solat jumaat salah satu pendakwah yang pcik suka, mendengar khutbah terasa sejuk nubari ini.
Azrai adakah kita ada unsur berdakwah apabila ada catatan kita tentang agama Allah ini, perihal hadis nabi junjungan dll?
salam...
alamak suku saya kadazan-dusun di Sabah tau!
Saya faham..namun saya seorang Islam.
salam...
ert3 bermanfaat..mekasih banyak
to Lepat Pisang:
betul tu..
tiap dari kita sendiri yG membawa imej Islam..jika tidak mampu menyucikannya sekalipun, jangan la tergolong sebagai muslim yG mengotorinya..
syukran..m0ga mendapat manfaat
to bieyra dhamira:
huhu..
maybe itu salah satu pendekatan dakwah juga..kadang2 bukan hanya perlu menyerang dari luar, tapi dari dalam jua.. =)
to shameel iskandar:
agreed with u..
itulah yG sy tegaskan..
tiap dari kita sendiri yG membawa imej Islam..apabila kita lebih kafir dari si kafir, memang payah laa..
pendekatan dakwah melalui teladan ini diyakini lebih berkesan dari lain2 kaedah..namun pendekatan inilah paling payah dibawa..bahkan dakwah n0n-muslim esp paderi2 Kristian maybe lebih hebat melalui cara ini!
thanz atas perk0ngsian..
to rizal jabai:
benar ijai..
tapi sedarkah kita bahawa tiap dari kita pun adalah pendakwah?..
tanggungjawab ini nak taknak memang wajib atas kita secara tidak langsung..menasihati dengan kebaikan sesama muslim pun dakwah juga kan.. =)
to pak long:
w'slm..
sama2..m0ga mendapat hikmah & pengajaran..saling berkongsi =)
to etuza:
w'slm..
alhamdulillah, bikhoir..
huhu..InsyaAllah..suku pakcik semua muslim yG baik2..kalu lihat pada diri pakcik laa.. =)
hmM..
cam sy sebut..dakwah ni bukan sj atas non-muslim, lebih penting kepada sesama muslim sendiri..apatah lg di akhir zaman kini..secara tidak langsung apa sahaja yG kita lakukan untuk amal makruf nahi mungkar jua dianggap sebagai dakwah..'sampaikan walau satu ayat' sabda Nabi..usulan dakwah la tu..ilmu yG benar yG kita ada, sampai2kan la walaupun sedikit..InsyaAllah, semua mendapat manfaat =)
gimana hukumnya orang yang berdakwh dengan mengharapkan imbalan?
atau apa hukumnya orang yang menjadikan dakwah (ceramah) sebagai pekerjaan?
saya bingung..
gimana hukumnya orang yang berdakwh dengan mengharapkan imbalan?
atau apa hukumnya orang yang menjadikan dakwah (ceramah) sebagai pekerjaan?
saya bingung..
salam azrai..
pendakwah ramai
dalam berbagai cara dan jenis
ada yang berdakwah extreme..ada yang lembut dan penuh simbolik..paling saya tak senang pendakwah yang cakap pandai..badan sendiri berbau dan mulut berbau(pengalaman saya)buat saya kurang hormat pendakwah begitu..
;DD
salam azrai
salam dakwah, salam ukhuwah
bukan mudah tugas kita...
terkapai tak terlerai
angkara dakwah yg pudar
mana tugas kita
mmbiarkan dosa bergelimpangan
sedangkan lena belum panjang
masih bersisa utk berdakwah
ayuh bangunla..
kita berjuang utk ALLAH
tugas dakwah tggugjawab semua
dahwah tu kewajipan semua org
;)
to kesehaRian Ra-Kun:
hMm..sy sememangnya tidak layak untuk berhujah mGenai hukum..apatah lg isu sebegini mmG kerap diutarakan, malah boleh menimbulkan kekeliruan kedua belah pihak..
pandangan sy..
kebanyakan penceramah pasti ikhlas..cuma sebagai adabnya, sudah tentu kita berbudi (memberi imbuhan) apabila mereka berbahasa..hal penceramah meletak bayaran mungkin lahir atas sikap masyarakat sendiri yG suka meletak rating atas seseorang penceramah..yG popular dibayar lebih mahal, lantas tradisi ini kian menjadi trend..& dalam sesetengah keadaan, penceramah ini bergerak di bawah organisasi tertentu..mungkin bukan mereka yG membuat tuntutan, tapi organisasi berkenanaan..apapun s0al hati mereka biarlah hanya DIA yG menilainya..
wallahualam...
to zulkbo:
w'slm..
benar tu tuan..
penyampaian secara teladan itulah kaedah yG terbaik..mulut hanya berucap teori, badan yG beramal bakti..m0ga lebih ramai pendakwah yG ikhlas di hati, beramal sendiri..
to Nur Su'aidah:
=)
to ainhany:
w'slm kak..
salam ukhwah, salam dakwah =)
syukran atas perkongsian & peringatan..
bait2 bicara cukup indah & bermakna..
m0ga lebih ramai mujahid & mujahidah umMah yG jaga dari lena..membawa panji perJuangan ini!
to joegrimjow:
benar br0..
apatah lG bagi yG punya kuasa..
teruskan. nk terus membaca ;D
Dakwah atas nama Allah Swt..
Allahuakbar..
salam..
good artikel..
kita sebagai khalifah di muka bumi nie seharusnya ingat-mengingati sesama kita..
to Nur Su'aidah:
teruskan apa sis?
teruskan menulis yer.. =)
syukran rajin membaca..huhu
to missgee:
Allahuakbar!!..
to masterly02:
w'slm..
thanz..InsyaAllah..
menjadi kewajipan tiap individu untuk menyampaikan walau sepatah hikmah..
Dakwah itu tanggungjawab setiap insan..contohilah Rasulullah dalam berdakwah..berhikmah..penuh pengisian...
entri yg bagus.. thanks.. :)
to Jam,minit,saat...:
InsyaAllah..
suri teladan telah ada..
terpulang pada kita untuk memilih jalan.. =)
to Nurul Harun:
terima kasih..
sama2 kita saling mGingatkan =)
oyeahhh.. ;)
assalamualaikum..
bagus entri ni..
=)
salam ziarah...dah dtg ke teratak ana?ana ada entry baru..AKU SUDAH BERTUNANG...dh bc kn?fhm x? huhu
to Nur Su'aidah:
hehE..
semangat ke apa tu?.. ;0
to mengenaldiri:
w'slm..
terima kasih..
m0ga kita sama2 mendapat manfaat =)
to NUR JANNAH:
w'slm..
da singgah, baca & k0men sis..
syukran atas jemputan..
Post a Comment