Wednesday, March 17, 2010

Celik Perlembagaan - Satu Keperluan


   Jika negara ini adalah sebuah ‘pentas’ lakonan, maka kerajaanlah 'primadonanya',  Perlembagaan pula adalah 'skripnya'. Perlembagaan merupakan ‘supreme law of the country' yang boleh membatalkan semua jenis undang2 atau tindakan yang bertentangan dengannya. Perkataan ‘Perlembagaan’ jika dirujuk menurut pendekatan ‘strict sense’ bermaksud satu dokumen berkaitan struktur dan kuasa sesebuah kerajaan yang mempunyai status undang2 serta boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Ia berkuasa menentukan organisasi serta membahagikan kuasa badan pemerintah (eksekutif, legislatif dan judisiari) serta menggariskan peranan masing2 bagi membentuk sebuah negara yang aman & stabil. 


      Lambakan isu yang dibangkitkan akhir2 ini menuntut kefahaman awam untuk memerhatikan perkembanganya secara lebih ilmiah & rasional mengikut kerangka sistem pentadbiran perundangan negara. Soal hak keistimewaan Melayu, kedaulatan Raja-Raja, kedudukan agama Islam & bahasa Melayu serta hak kebebasan asasi telah termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan, meskipun ianya mungkin boleh diinterpretasikan secara berbeza. Selain memahami sesuatu isu & perkara menurut sudut pandang perundangan yang betul, masyarakat awam juga perlu terdidik serta lebih peka tentang hak2 mereka yang dijamin oleh Perlembagaan. Perkara ini penting bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa kekerasan & penyelewengan pihak tertentu tanpa disedari. Misalnya, berapa ramai antara kita yang tahu bahawa elemen penggunaan kekerasan melampau oleh pihak berkuasa ketika menahan suspek boleh menjadi hujah bagi satu tangkapan yang tidak sah? Ini kerana Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kebebasan asasi sesorang individu untuk bergerak bebas. 


        Dalam kes Mamat Bin Daud & Others v. Government of Malaysia, pemohon telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kerana menjadi bilal, khatib dan imam solat Jumaat yang tidak bertauliah di Kuala Terengganu. Mahkamah Agung walaubagaimanapun memutuskan bahawa undang-undang (Akta yang digubal Parlimen) mengenai penahanan itu adalah tidak sah kerana melangkaui peruntukan di bawah Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan perkara berkaitan agama Islam di bawah kuasa kerajaan negeri (Enakmen). Apatah lagi ianya bukanlah bertujuan untuk menjamin keselamatan negara, ketenteraman awam ataupun bagi pencegahan jenayah.

     Menyedari hakikat ini, Majlis Peguam Malaysia telah melancarkan 'Kempen Perlembagaanku' pada 13 November lalu bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan menjadi warganegara yang celik Perlembagaan. Kempen ini akan dijalankan selama dua tahun dengan melibatkan 9 fasa merangkumi kesemua tema2 asas Perlembagaan Persekutuan. Belia berumur 15 - 35 tahun diletakkan sebagai golongan sasar memandangkan mereka inilah yang bakal mewarisi semangat, roh dan perjuangan Perlembagaan.

25 comments:

joegrimjow said...

rukun negara ingat x?

Unknown said...

Salam Azrai.
Bila nampak n3 baru..top up azrai di link pcik, terus pcik klik. Belum baca..nak ke pekan kejap lagi. Pasti tak lepas membaca lepas ini.

Pcik nak tanyalah..azrai termasuk orang yg dikategorikan "orang Jauh"
sebagai visitor laman pcik. Emm! bila klik blog pcik tu lambat tak keluar, ada kawan blogger " Tanpa Nama" kasihan dia kata jenuh menunggu keluar laman pcik ni. Pcik dah edit widget2 kegemaran pcik, gambar2 pcik buka..semoga tak jenuh lagi sahabat blogger tu..
Mohon maaflah jika lambat lagi post ke skrin PC blog pcik ni.
Yg pasti pcik guna bband celcom..cepat pula tau!. maybe line ternat kot orang tu tak clear.Hehe
K azrai..asalamualaikum.

Unknown said...

nak azrai kalau ada masa cuba baca tag ulasan kawan bogger tu di catatan pcik bertajuk " Keningaurian mesra maya ke..."

dia bahasakan dirinya orang auh dan tanpa nama. Saya suka juga kena komen2 ni..kita baiki mana2 orang tak suka. Salam alika

rizal jabai said...

peraturan,perlembagaan dan sebagainya dicipta manusia...semua boleh dipertikaikan

hukum dan peraturan Allah jgn sekali dipertikaikan


ape pn setiap peraturan itu ade hikmahnya
patuhilah undang2 tu yg penting

piewahid said...

bagus info dlm entry ni. tq

aNoZ said...

aku rasa bagus kalo sume org berfikiran mcm kau ni. good2. respect ah bro!

Unknown said...

Baguslah tu azrai ada pendedahan kepada genarasi mendatang hasil dri kempen kesedaran perlembagaan.

Baru kembali membaca. Info yg bagus.

qamarguyz said...

to joegrimjow:
k0 tanye ak ke br0?..
ingat2..
huhu =)

to etuza:
w'slm..
pakcik da balik mengajar?..
huhu, kepantasan l0ading tu bergantung pada line tenet msg2 la kan..sy guna streamix, agak laju jG..jujurnya berbanding page lain, page pakcik agak berat sikit..tapi skrG lebih ringan berbanding awal2 dl.. =)

qamarguyz said...

to etuza:
huhu..
makin panas entry tu yer..
nanti sy jenguk2 balik..
biase la, kita hanya meluahkan..
benar atau tidak itu bergantung pada penilaian masing2, maybe tak semua keningaurian begitu kan pakcik..
w'slm

to rizal jabai:
agreed with u..
walaupun semua undang2 ciptaan manusia, kita masih wajib patuhi demi kemaslahatan hidup manusia seluruhnya..

apa yG kita nak perbetulkan ialah meletakkan perundangan itu selari dengan syariat Islam..pada perkara yG qatie..yG furu' takpe la..
Quran & sunnah mesti di atas Perlembagan, bukan di dalam atau di bawah!..

qamarguyz said...

to piewahid:
u r welc0me..
m0ga beroleh ilmu yG bermanfaat =)

to aNoZ:
huhu..
semua orang ada bidang keutamaan masing2..tapi tak salah saling berk0ngsi & bertukar fikiran kan..
ak pun nak punyai fikiran cam k0 jgk, budak pandai! kui3.. ;)

qamarguyz said...

to etuza:
thanz pakcik..
InsyaAllah, m0ga semua mendapat manfaat..pengetahuan yG ada, kita sama2 k0ngsi & dedahkan..
act banyak sumber pengetahuan semasa kalau kita berminat nak tahu, malangnya kebanyakan remaja hari ini lebih berminat kepada bahan bacaan yG ringan2 sahaja..mahasiswa-mahasiswi pula kadang2 terlalu tertumpu pada s0al pengajaran hingga jumud tentang s0al persekitaran..ini dari pemerhatian sy sendiri, melihat kaum keluarga & rakan2 sendiri..

zulkbo said...

salam Azrai..
menarik..tertarik..he he
minat.. ENTRI saudara bagus di kongsi bersama..TQ..

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm..
terima kasih tuan.. =)
da lama tak publishkan entry berilmiah sikit..huhu..
m0ga dapat input yG baru

afzainizam said...

Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku senantiasa baca blog ilmiah ko ni...bagus sekali... banyak yang dapat manfaat lah

mira amira said...

blog the best la..
byk info leh jd kan manfaat ++
thanx azrai!!

[airsuam]

qamarguyz said...

to afzainizam:
huhu..
kagum kejap..
bait2 pantun melantun ngan cukup indah..m0ga terjalin kemesraan dalam ukhwah yG tercipta..
syukran ala ziarah & sokonGan..
m0ga dapat terus saling berk0ngsi =)

to mira amira:
huhu..
takda la best mana pun..
sekadar ingin berk0ngsi rasa & cita2..m0ga ber0leh ilmu yG bermanfaat.. =)
u r welc0me

Ameen Muslim said...

salam...
saya rasa negara kita ni telah byk lahir 'para hafiz dlm kitab perlembagaan' berbanding 'hafiz dlm kitab ALLAH'.

qamarguyz said...

to Ameen Muslim:
w'slm..
huhu..sinis sekali..
tapi ada benarnya.. =)
sepatutnya hafiz kitabullah yG merangka perlembagaan

Mohd Shahrul Hafizi said...

Azrai:

Bro, daripada pemerhatian aku kan, bloggers ni tak ramai minat ilmu macam ni kan. Sedih aku. Anyway, bagus ko berkongsi. Kalau isu seks, jantina dll, banyak je org komen. Hohoho.

P.S: Aku dah belajar subjek law tahun lepas. Best!

qamarguyz said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
thanz br0..
k0 jgk yG tetap setia k0men page ak nie.. =) biase la, kebanyakan kita lebih gemar kepada bahan bacaan yG ringan2..walaupun blog ak nie da semakin 'terbuka' namun matlamat untuk saling berkongsi ilmu & ingat-meningatkan tetap tak berubah...InsyaAllah

p/s: mmG best br0..banyak isu yG akan membuka minda kita..huhu

Anonymous said...

sy setuju dgn ameen muslim.. =)

qamarguyz said...

to mengenaldiri:
persetujuan diterima..
hehE =)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Azrai: inshaAllah, ada kelapangan dan panjang umur, aku baca blog ko. suka dgn mutiara kata ko yg tulus tu. sangat sesuai utk motivasi dan muhasabah diri. Peace!

qamarguyz said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
syukran br0..
amat2 mGhargai taip kunjungan k0 ke sini..InsyaAllah, yG baik sama2 kita jadikan pengajaran yG buruk jadikan sempadan..

Anonymous said...

thanks 4 the info...help me a lot to finish one of my assigment..:)