Thursday, February 25, 2010

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.


luanGkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



    Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



     Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.



    Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



    Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



    Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."



    Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



   Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


   Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


    Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata  Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...



    Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



    Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



    Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."



    Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



   Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."  Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."



    Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



    Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."



    Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."



p/s: sunGguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..aku hanya memaparkannya kembali buat renungan bersama, sempena keputeraan baginda Rasul tahun ini..m0ga ada hikmah pGajaran yG dapat diambil)

87 comments:

M[i]$Z[a]C[k] said...

thanx 4 d post !

Afzainizam said...

Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Salam Maulidul Rasul dari Kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

ha chemo said...

Subhanallah..terima kasih sebab sudi kongsi.xpenah bace kisah ni..betul2 jadi pengajaran dalam hidup..

Semoga Allah merahmati hidupmu~
(",)

cik husna said...

Allahuakbar..sgguh terharu..menitis air mata bc kisah ni..sgt mnyntuh hati dan menginsafkan..ssgguhnyer sy bkn la seorg yg ckup brsbr..lpas ni berazam untuk menjadi lebih sabar..insyaallah..

Anonymous said...

SubhanAllah. trima kasih kerana berkongsi ksah ni:)

Aimi Zainudin said...

terima kasih atas perkongsian...
terasa diri ini kerdil sangat....

amyranik said...

Assalamu'alaikum,

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."(al-Baqarah:286)

Ya Allah, berderai air mate bce kisah ni..sampai x bleh berhnti nangis plak..huhu

hebat sungguh amalan akak tu..bkn calang2 orang bleh bersabar cmtu kn..beruntungnye bila Allah kabulkan permintaannya nk jmpe Rasulullah..Subhanallah..

moga amalan kite pun dipndang Allah,jgn sampai Allah x sudi da nk tgk muke kite..na'uzubillah..

biar la kisah lame pun,tp kalau yg bc ni mghayati n merindui Rasulullah,kmbali mengamalkan sunnah baginda,awk dpt jgk saham akhirat.. ;)
moga beroleh pahala yg bsr..InsyaAllah..

qamarguyz said...

to misszack:
syukran jg sudi sinGgah & membaca..
m0ga ada manfaatnya.. =)

to Afzainizam:
salam Maulidur Rasul juga.. =)
kalu tak silap tu lirik lagu kan..
syukran atas perk0ngsian..
sama2 mGhayati sirah perjuangan Baginda Nabi..

qamarguyz said...

to ha chemo:
syukran..
sudi jG kamu membaca kisah panjanG ni yer..m0ga berguna buat kita bersama.. =)

to cokelat lover:
insyaAllah..
sememanGnya pers0alan sabar antara perkara p0kok dlm kesah ini..moga jadi pGajaran buat semua..
bila diri mGhayati, bila hati masih suci..pasti mGalir airmata insani..

qamarguyz said...

to Lyana Hamid:
sama2.. =)
singgah2 la selalu..
m0ga ada ilmu & pengalaman yG boleh dik0ngsi bersama..

to cintahati..
sama2..
bila masih terasa kekerdilan diri, tentu ada kebesaran Ilahi bertakhta di hati..m0ga mendapat kebaikan-Nya..
alhamdulillah

qamarguyz said...

to amyranik:
w'slm..
tapi dah brhenti kan? kui3!.. ;)
guraw2 yer..

betul..
tak semua orang mampu bersabar..kekuatan tu datanG dGn izin-Nya jua..maka dekatkanlah diri pada-Nya di kala susah mahupun senang..

insyaAllah..
ada ganjaran buat yG menulis, membaca & menyampaikan..sama2 la kita merebut peluanG, apatah lagi menjelanG Maulidur Rasul ini..
sem0ga menjadi penGikut Baginda yg setia..
ameEn...

Unknown said...

subhanallah.. beruntungnya kamu wahai sahabat, dapat menatap wajah rasullullah...

hijabul crewz said...

syukran atas post kali ni...

sungguh mengharukan....1st time bc citer nie....

salam perjuangan sahabat...

syarifah radiah ibrahim said...

subhanallah~

syukran atas perkongsian ni.
jazakallah khairan kathiran.

:)

zulkbo said...

alhamdulillah kakak tu jadi manusia yang terpilih..rasa meremang bulu roma saya kerana syahdu menbaca kisah ini..pengajaran buat saya yang masih jauh lagi...

ticher ina said...

cerita yg menginsafkan...semoga kita same2 dpt berjumpe dengan Rasulullah s.a.w de sana nanti..
amin...

terima kasih sebab berkongsi

Anonymous said...

subhanallah..kisah ni menyentuh hati..

moga kita semua dapat bertemu Rasulullah s.a.w di sana nnti..

qamarguyz said...

to yus:
yer..bruntunG sungguh insan2 yg dipilih olehnya..
di mana kedudukan kita?
m0ga kita jua akan mendapat bahagian yG terbaik..insyaAllah

to hijabul crewz:
afwan..
syukran juga sudi menjenguk..
sama2 kita k0ngsikan apa yG baik..
salam pejuangan kembali =)

qamarguyz said...

to syarifah radiah ibrahim:
afwan..
m0ga kamu termasuk dalam golongan insan2 yG beruntung.. =)
ila liQa'..

to zulkbo:
m0ga kita jua ada bahagian yG terpilih..bahGia di dunia & akhirat..
hmM..memanG meremang..menagis juga la first time baca kisah nie..huhu

qamarguyz said...

to insan misteri:
ameen..
insyaAllah, harapnya begitulah..
m0ga kita menjadi ummatnya yG beruntung selamanya..

to taqie:
hati sy pun turut tersentuh..
terharu dengan kunjungan kalian semua yang sudi membaca kisah panjanG ini..
m0ga ada iktibar yG boleh diambil..dik0ngsikan bersama =)

starsyeea said...

subhanallah...

rindu sgt...-_-'

x penah jmp, x penah cakap

tp rindu jgk

uhibbuka ya rasulallah!!

pRouD2byAyA♥♥♥ said...

beruntungnya dapat jadi insan2 yg trpilihkan???
sgt trsentuh bca entri ni....
pada pagi hari yg sunyi...
meremang bulu roma...
menitis air mata...
pengajaran untuk diri yang sering alpa n lalai...
thanks atas perkongsian ini..azrai:)

missgee said...

subhanallah..

Terasa hina..
Insaf..
Taubat..
Mencari peluang untuk kembali
ke jalan benar..

qamarguyz said...

to starsyeea:
selawat & salam ke atas junjunGan besar Baginda Rasul..m0ga terubat rindu di hati..makin rindu, makin dekat padanya...

to pRouD2byAyA:
ingatkan da lena..tekun mmbaca rupenya..alhamdulilLah.. =)
kita pun insan terpilih, mGikut bahagian masing2..sama2lah berusaha untuk mendapatkan darjat & bahagian yG lebih tinGgi di sisi-Nya..
u r welc0me =)

qamarguyz said...

to missgee:
alhamdulilLah..
kadang2 kita tak tahu bila pintu hidayah-Nya terbuka..melalui perk0ngsian sebegini jua mungkin dapat mengetuk pintu hati..
terdetik di hati, terucap di bibir & beramallah dengan seluruh kudrat yG ada...

to afzainizam:
huhu..
kali kedua saudara menjenguk ke sini..syukran..
InsyaAllah nanti ana akan brkunjung balas...

emma said...

salam..sebak menyelubungi diri..satu persatu airmata mengalir..entry ni buat sy rindu dgn nabi..semoga kita menjadi insan yang baik di sisi Allah dan rasul..amin....selamat maulud nabi yer..salam..

|.a.r.i.e.z.a.| said...

Subhanallah... terima kasih sbb berkongsi..

ziha said...

salam maulidurrasul...
saye menitiskan air mata bile bace saat die bertemu rasulullah..buat sy rndukan rasulullah..

acap2405 said...

hurm..
sewaktu baca entri nih..
terasa meremang bulu roma..
bukan kerana takut..
tapi kerana terasa jahil tentang diri sendiri..
:(

zhul said...

ya allah....betapa beruntungnya dia....

Tie HT said...

entri yang sangat menarik..meremang dan sebak tika membaca pengalaman hamba ALLAH ini..

Khaldun Sepang said...

Masya-Allah, menitis dibuatnya air mata yang matanya banyak kali terleka...syukran2 menjadi hamba yang ada Islamnya...kini cuba pulak mengukuhkan imannya

ana cedok artikel ini ye...

qamarguyz said...

to emma:
w'slm..
kirany masih ada kelembutan di hati..
m0ga dirahmati Ilahi..
salam Maulidur Rasul

to arieza:
alhamdulillah..
sis pun baca kesah nie yer..
sama2.. =)

TeRRoRRiZZ said...

betul......
banyak ganjaran jika kita bersabar.....

qamarguyz said...

to ziha:
w'slm..
begitulah keadaanya..
rata2 yG membaca pasti menitis air mata..esp dalam mengenangkan saat pertemuan indah itu..syukran kerna membaca..
salam Maulidur Rasul

to acap2405(1169):
alhamdulillah..
m0ga ada manfaatnya..
rasa rindu, rasa kerdil & insaf itu
kita gunakan untuk membetulkan langkah yG tersasar..

sjaa64 said...

kisah ini sungguh menarik.....terharunys bila baca..
subhanallah~

qamarguyz said...

to zhul:
m0ga kita jua termasuk dalam kalanGan orang2 yG sabar & beruntunG.. =)

to Tihara:
syukran kak kerna sudi sinGgah & membaca..
memang begitulah..
m0ga ada manfaatnya

qamarguyz said...

to Khaldun Sepang:
selagi bernama hamba, pasti ada yG terleka..m0ga titisan itu membawa kita kepada-Nya..
InsyaAllah, m0ga kita semua diberi keizinan untuk bertaqwa..
ced0k, kautlah selagi ada manfaat =)

to TeRRoRRiZZ:
sabar & redha adalah hikmah segala ujian..m0ga kita tak jatuh buat kedua kali..

qamarguyz said...

to jaa sweets:
kisah yG menarik..
lebih menarik bila ada hikmah pGajaran yG dapat diambil.. =)
syukran sudi sinGgah & membaca..
m0ga mendapat manfaat

white rose said...

salam...

sy dh baca 2 kali cite ni kat blog lain...mudah2an crita ni memberi pengajaran buat kita semua...

Pemilik Cinta said...

Subhanallah.. kisah ini kisah terhebat sy penah dengar.. sy byk membaca cerpen dan novel, kisah2 benar.. tp tak ada kisah terindah melainkan kisah ni.. bertuah sungguh akak tu..

klu diberi peluang sy mahu merasakan apa yg akak tu rasa T____T

Dia sungguh bertuah..

Trm kasih bkongsi kisah ni :)

etuza said...

salam azrai, nak keluar air mata pcik masa membaca n3 azrai. Subahanallah...suatu keajaiban yang Allah tunjukkan. Semoga kita mampu memliki kesabagarn hamba Allah yg terpilih menemui Nabi Allah. Saya hari ini baru baca keseluruhan n3 azrai...rupanya menakjubkan.
Alhmdulillah, saya x salah pilih azrai kawan blogger. Tq azrai

qamarguyz said...

to white rose:
w'slm..
mudah2an macam itu la..
thanz yer masih sudi drop c0mment di sini.. =)

to budak hitam:
begitulah nukilan Ilahi..
kita boleh mereka seribu satu kisah, seribu satu rasa..
namun tak kan bisa menandinGi hebat takdir & kalam-Nya..

tu la kan..
nak jew pinjam hati akak tu kejap, merasakan sedikit kepuasan & kebahgiaan yG dialami..huhu
sama2.. =)

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm..
thanz pakcik masih setia mencoret kata di page sy ini.. =)
InsyaAllah..m0ga kita jua diberi kekuatan & ketabahan..DIA pasti membantu hamba2-Nya yg setia..
syukran pakcik..
m0ga ukhwah sebagai sahabat bloGger ini berpanjanGan..

Atiqah said...

subhanallah menitis air mata membaca
terima kasih krn perkongsian ini..

emma said...

azrai,,tiada paksaan dlm islam..sy tau org tgk org yg free hair mcm sy ni nmpak jht..tp islam is the way of life..jgn tgal solat sudah :)

Cik Cinta said...

Alhamdulillah.. rindu juga kepada rasulullah..teringin sgt nak melihat wajahnya..

etuza said...

Salam azrai.
Sekali lagi saya mencoret di ruang ini. Selepas membaca n3 azrai petang tadi ingatan terhadap keajaiban hamba Allah menemui nabi memenuhi ruang fikiran, ada sebak di dada, rasa rindu pada Nabi begitu kuat. Seolah ada tangisan dalam jiwaku kerana kita tidak kesempatan menemui dia, tetapi sekadar melakukan sunahnya dan mengingatinya. Pada catatan azrai itu..saya seolah nampak wibawa nabi yg begitu luar biasa, wajah bercahaya..seolah memberikan rasa ketenangan..Subahanallah.. hebat sngguh kuasa Allah memilih muhammad sebagi nabi..kita penyuluh jalan ke akhirat. Ya Allah ampuni kami..jadikan kami orng2 yang mendapat syafaat nabi di akhirat.
Salam ziarah

kijang said...

salam sahabat..
n3 yang menarik..
kijang sebak apabila baca kisah pelajar UIA ni.. beruntung syamimi dpt bertemu dgn Rasulullah SAW.. jarang orang yg dapat melihat wajah Rasulullah SAW kecuali orang yang benar2 patuh dan taat kpd Allah SWT.

qamarguyz said...

to Atiqah:
sama2..
ambil apa yG baik..
m0ga berguna buat kita bersama..

to emma:
benar emma..
islam is da way of life..
bukan takat s0lat, tp makan minum..ek0nomi, politik, seni budaya, fesyen & segalanya..
apa pun jahat baik bukan nilaian hamba yG utama.. =)

Pacifist said...

Allahukbar....

"dunia ini adalah kerisauan dan dukacita,jika terdapat kesenangan di dalamnya itu bererti keuntungan"(salafussoleh)

qamarguyz said...

to MiSz MaNja:
m0ga kita dapat bertemu & tinGgal bersamanya..di sana nanti..
sama2 perjuanGkan sunnahnya

to etuza:
w'slm..
selawat & salam atas junjungan besar Muhammad s.a.w, ahlu bait & sahabat2 Baginda..ternyata kesah ini dapat menguatkan kembali ingatan & rasa rindu kita kepadanya..m0ga diambil peluanG untuk terus setia memperbaiki diri dan beramal dalam menyambung perjuangan Baginda.. insyaAllah, m0ga kita antara insan2 terpilih yG mendapatkan syafaatnya kelak...

qamarguyz said...

to kijang:
w'slm..
yer..hanya orang2 terpilih yG layak mendapatkan nikmat sebesar itu..
insyaAllah, jika melihatkan latarbelakang & ujian yG dilalui saudari Syamimi, kita boleh percaya akan kesahihan kesah ini..
moga kita semua mendapat petunjuk-Nya

to Pacifist:
m0ga kita msg2 mendapat bahagian keuntungan yG selayaknya..
Allahuakbar!..

Unknown said...

Subhanallah...terima kasih atas post ini..sangat indah dan besar ertinya...

GadisKasutConverse said...

mengejar duniawi,kdg2 kite lupa pengakhiran di mana....tersentuh hati mmbca kisah Kakak Syamimi.tersa diri ini suggh kerdil.Doakn kami agar tak lupa Baginda Rasullullah...

qamarguyz said...

to iqbalsyarie:
sama2..
yurp..apa yG indah & besar itulah sama2 kita k0ngsikan..
m0ga bermanfaat =)

to Penulis:
insyaAllah..
sama2 kita salinG mend0akan..
moga redha Allah & restu Rasulullah menjadi milik kita semua..

Aiza Abd Rahman said...

alhamdulillah akk shamimi tu sihat..

sedihnye bace kisah nie rase mcm bnyk buat dosa and mampu ka sy nk dpt peluang mcm kak syamimi nie..
huhuhu...

time kasih dtg ke blog sy...
jemput2 dtg lagi...
sy follow blog nie k~

ellieandcarl'sstories said...

sedih nye.. masih ade ke peluang nak jumpe nabi...

qamarguyz said...

to aiza:
insyaAllah..
tak dapat jumpa kat dunia kita cuba kat sana nanti..berusaha untuk dapatkan syafaatnya..
thanz! =)

ticnube:
insyaAllah..
berusahalah untuk menatap wajah Nabi & Allah di sana nanti..
selagi ada nafas, peluanG tak pernah terlepas..
mahu atau tidak sj

pak dogol said...

salam dari pak dogol..

telah dua kali pak dogol bertemu dengannya di dalam mimpi..

dan secara nyata melihat pintu langit terbuka satu persatu di malam laitul qadar..

rezeki yg tak terhitung dariNya untuk pak dogol..

adakah perlu pak dogol terus berahsia atau berkongsinya?

muehehe!

qamarguyz said...

to pak dogol:
w'slm..
betul ke pak..
jumpe sape tu?

kalu rasa dengan berk0ngsi dapat memberi manfaat untuk semua, apa salahnya..kalu sebaliknya pak simpan jew la kesah tu... =)

INSAN KERDIL said...

Salam...itulah berkat kesabaran, tapi bukan calang2 orang yg dapat bermimpi jumpa Rasulullah ni.

Masa akak belajar dulu ada seorang pensyarah pernah mimpi jumpa Rasulullah. Kalau kita lihat peribadi dia pun memang layak dia dapat jumpa Rasulullah. Melihat wajahnya pun hati kita rasa tenang.

Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat kepada Baginda, mudah-mudah dapat bertemunya di sana nanti. Amin

Mohon kebenaran untuk copy.
Terima kasih...

qamarguyz said...

to insan kerdil:
betul kak..
bukan semua insan layak mendapat rahmat sebesar itu..
kita sendiri dapat menilai peribadinya..

insyaAllah..selawat & salam buat junjungan besar Baginda Rasul..
silakan c0py jika ada manfaatnya

greenhall said...

subhanallah.. terima kasih coz sudi berkongsi.

AiNuL said...

alhamdulillah ..ana berkesempatan membaca entry ini disini..syukran atas perkongsian y membw makna y amat besar dlam jiwa insan ini.. ;)

Jimie SC said...

Alhamdulillah, Allah Taala berikan saya ruang untuk baca ruang nie... berderai airmata lelaki saya... thanx 4 sharing...

Syukran Ya ALLAH...akanku perbaiki hidup hambamu ini Ya ALLAH...

Jimie SC said...

Alhamdulillah, Allah Taala berikan saya ruang untuk baca ruang nie... berderai airmata lelaki saya... thanx 4 sharing...

Syukran Ya ALLAH...akanku perbaiki hidup hambamu ini Ya ALLAH...

Jimie SC said...

minta kebenaran utk copy kisah nie azrai..

kinsyakrn said...

sabarkah kita menerima dugaan dari NYA?? semoga kita akan setabah wanita tersebut...t.kasih sudi berkongsi kisah ni.

nich said...

subhanaallah.. ase sedey dan ase cam bertuah nye akak tu dapat rasa mimpi mcm 2.. huhuhu ase diri hine sgt.... =(

Ummu El fateh said...

salam...dah ambik ke..bgus2...smg kita sentiasa berselawat keatas RASULLULLAH SAW..

lirik:
YA RASULLULLAH..YA HuBBIBALLAH...
sungguh mulia ENGKAU..YA MUHAMMAD..
ALLAH dan MALAIKAT..
menselawatkan mu...

wahai org MU'MIN...selawatkan lah..

(asrar_mawaddah)

Besar sungguh kebesaran ILLAHI..
mengurniakan MUHAMMAD SAW kepada kita....
marilah kita sedekahkan AL FATIHAH...SELAWAT dan salam padaNYA

mimi's said...

Syamimi?? mcm nama saya lh.. :)
SHAMIMI = kesayanganku (",) hehe..
meaning len "yg berbau harum" :)

qamarguyz said...

to greenhall:
same2..
syukran jua atas ziarahnya =)

to AiNuL:
afwan..
syukur pada-Nya yG membawa jejak anda hingga ke sini..m0ga ada hikmah yG dapat diambil..langsunG diamal =)

qamarguyz said...

to Jiwa Kehidupan:
Alhamdulillah..
deraian air mata keinsafan itulah nikmat buat hamba2 yG disayanginya..m0ga kesah ni dapat mengetuk pintu hati kita semua..
silakan..
apa yG bermanfaat kita sebar2kan..

to kinsyakrn:
itulah yG harus kita renungkan..
walau serendah mana kedudukan kita, walau sepayah mana kehidupan kita..ingatlah..masih ada yG jauh lebih kurang bernasib baik daripada kita..namun iman & amal jua yG membezakan kita & mereka..

qamarguyz said...

to saya:
wajarlah dia dianugerhkan nikmat sebesar itu kan..m0ga kita dapat bahagian kita jua..sedih & sedar itulah antaranya..mungkin pengalaman akak tersebut menjadi asbab buat kita semua semakin dekat dengan rahmat-Nya

to mimi's:
huhU..ini ke akaknya? ;)
sedap nama tu..maksudnya pun cukup indah..m0ga diri si pemiliknya begitu jua..ameEn..

qamarguyz said...

to NUR JANNAH:
w'slm..
yurp..maaf yer, lewat sangat resp0nnya.. =)
insyaAllah, lebih banyak manfaat yG dapat diper0leh di sini..selawat & salam atas junjungan besar Baginda Rasul, ahlul bait & para sahabat..

sugar said...

subhanallah.
belom sampai setengah baca..dah berderai air mata.untungnya akak tu dapat tatap wajah Nabi dan para sahabat.

syukur ya Allah.
ini first time saya taw pasal cerita ni.terima kaseh sudi post kan cerita ni.... :]

qamarguyz said...

to sugar..
Maha Suci Allah..
Alhamdulillah..kita masih berpeluang menitiskan air mata dengan cahaya kenabian..sekurangnya kita dapat ambil iktibar & pengajaran..
sama2..sekadar berk0ngsi keinsafan =)

Unknown said...

Salam..mohon kbenaran dr tuan pnya blog dn crta utk d copy n kongsi..
Syukran..

qamarguyz said...

to Muslimah:
w'slm..
silakan..m0ga semua mendapat manfaat atas perk0ngsian & sebaran..

Unknown said...

assalamualaikum saudara...siapakah kakak yang mimpi rasullullah tu...saya rasa mcm nak tgk la kakak yang bertuah tu...walaupun saya x dapat melihat rasululah lagi kat dunia ni sekurang2nya saya dapat lihat orang yg perah lihat rasullullah.syukran ya sahabat.dah lama dah saya mencari blog sahabat dan berkemungkinan besaaaaar shabat kenal ngn kakak tu kan.saya harap sahabat dapat bantu saya insyaALLAH.

qamarguyz said...

to ahmad:
w'slm..
maaf saudara..act saya pun tidak mengenali insan bertuah tersebut.. kisah ini pun diperolehi dari teman-teman yang lain, sememangnya telah tersebar lama dahulu

abang bro EL said...

terimakasih tuan qamar atas cerita yang sungguh menginsafkan ini...kasih sayang Rasul pada umatnya takkan terputus sampai bila bila...

SofyIsmaiL said...

sebak bce crita ni.. pray 4 me too ya.. biar jd org yg x lalai.. :(

si para para said...

:(

qamarguyz said...

EL MARIACHI:
dats rite..
sama-sama..
apa yG baik kita kongsikan, moga mendapat manfaat

SofyIsmail:
InsyaAllah..
teruskan usaha, doa & tawakal dalam menuju kasih rasul kite

si para para:
insaflah...

baharuddin said...

yg tak dapat mimpi jumpa rasulullah janganlah bersedih..... Sesesungguhnya sekiranya anda mempunyai 4 sifat ini iaitu BENAR, AMANAH, BIJAKSANA dan TABLIQ anda lebih bertuah daripada mereka yg mimpi itu!!!