Thursday, January 07, 2010

Solat Tiang Agama

 
    Tika menghadapi ujian yang maha berat dan tingkat perjuangan sudah pada puncaknya, gangguan dan hinaan, penganiayaan serta siksaan yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya semakin hebat, maka baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t menjalani Isra' dan Mikraj dari Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin, terus naik ke langit ketujuh Sidratul Muntaha. Bermula dari situlah baginda menerima perintah langsung dari Allah tentang solat 5 waktu.

     Solat menurut al-Quran adalah alat untuk mensucikan hati manusia agar dapat berhubungan dengan Allah s.w.t. Dalam ayat 45 surah al-Ankabut ada menyebut:
"Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari al-Kitab dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan yang mungkar dan sungguh ingat pada Allah adalah lebih besar (manfaatnya), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.."

    Solat dianggap sebagai santapan r0hani manusia, sebagaimana badan manusia memerlukan makanan, jiwa manusia juga memerlukannya. Seorang muslim wajib menunaikan solat lima kali sehari semalam. Islam juga tidak mengamalkan 'sabbat' seperti agama-agama lain, iaitu sehari dalam seminggu khusus diadakan peribadatan dengan tidak mengerjakan pekerjaan lain.

    Erti mendirikan solat adalah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah sejak dari permulaan takbirnya, bacaannya, perbuatannya hingga ke akhir salam dengan hati yang penuh perasaan taqwa. Orang yang beriman mesti mendirikan solat kerana ia tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya dan nur batinnya.

    Al-Quran menegaskan bahawa mendirikan solat menurut tata tertib yang sempurna sebagai suatu bisikan & munajat kepada Tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan, juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan sejahtera terpelihara daripada segala anasir yang menyebabkan kerosakan serta terhindar daripada melakukan sebarang perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan. Solat juga pembersih seorang Islam dari segala macam rupa kesalahan. Maka dengan ini, jadilah hati sentiasa suci. Kesucian hati adalah sumber segala kebaikan dan kehalusan budi.

    Allah memerintahkan orang Islam mendirikan solat dan melarang keras mencuai, melalai dan meninggalkannya. Tetapi perintah ini sering tidak diendahkan dan maksiat pula terus bermaharajalela. Mungkinkah ini akibatnya?..
(by qamarguyz: risalah at-Tazkirah edisi 3 @ APIKUIM)

8 comments:

Riau said...

wajib...wajib..wajib....
itu sahaja yang bisa saya comment.. :D

miss noorul said...

insya'Allah..solat sgt banyak kebaikannya pada kita disamping sbg kewajipan umat islam..rugilah kepada sesiapa yg mengabaikan solat..

Tie HT said...

SOLAT MEMBERI KETENANGAN JIWA..KALAU LAMBAT PERFORM SOLAT RASA TAK TENANG DAN GELISAH..

Honeyz said...

yup. SOLAT TIANG AGAMA! jadi kalau kita melengah2kan solat apetah lagi mengabaikan solat, maka ertinya kita telah runtuhkan tiang agama kita sendiri! nauzbillaahi min dzaalik..

"Erti mendirikan solat adalah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah sejak dari permulaan takbirnya.... dengan hati yang penuh perasaan taqwa..." >> adakah solat yang kita tunaikan 5 kali sehari tu benar2 dilaksanakan dgn pnuh rasa taqwa?? tepuk dada, tanyalah iman masing2.. sama2lah kita renungkan n muhasabah diri...

thanx for sharing this.. mengingatkan diri yg adakalanya leka dan alpa..

etuza said...

salam azrai.
Pacik baru ada masa buka laman saya malam ini, lama tak buka, sal sibuk
pas buka sekolah. Ingat nak chat saja..tak keluar ruang chat azrai di. maybe line x clear. Buat di ulasan ja lah ya. Oh cerita saya tu firt time saya alami datang ke rumah orng nak kenduri, tau2 kenduri tu dah langsung kelmarin..hehe bayangkan maluku tu azrai.K bye.. amacam dapt kerja dah?

Anem Arnamee said...

Salam.
kena mujahadah ni nak jadi baik :)

wajib3.

qamarguyz said...

to Riau:
huhU..betul2.. s0lat mmG wajib..di sampinG mcm2 lg yG sunat =)

to miss noorul:
rugi dunia rugi akhirat..sains telah membuktikan segala

to Tihara:
agree with u..menda wajib nie kalu tak selesai mmG tak senang duduk..kn3

qamarguyz said...

to Honeyz:
keikhlasan adalah pokok pangkal ibadah..insyaAllah, hadirnya ikhlas mekarlah taqwa..
sama2 kita terus salinG menginGatkan

to etuza:
w'slm pak cik..
huhU..sy perasan pak cik pun da lama tak update, mmG agak sibuk la da bukak sk0lah nie kn..
tak apa, ada masa sinGgah2 la wlpun tak dpt selalu =)

to arnamee:
w'slm..
huhU, azam & keinGinan adalah langkah pertama menuju segala harapan..sama2 kita terus bermujahadah