Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA Ilahi dengan matlamat yang murni dan benar iaitu untuk menjadi pasangan yang sah serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati.
Sebenarnya, bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah. Bahkan dapat difahami bahawa rasa kasih sayang adalah fitrah manusia seperti mana jasad memerlukan makanan dan akal memerlukan santapan ilmu pengetahuan. Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah.
Cinta adalah anugerah (hadiah) daripada Allah s.w.t. Sebagai penerima hadiah, sudah tentulah kita perlu menghargai pemberi hadiahnya dahulu sebelum menghargai hadiah yang yang diberi. Oleh itu, CINTA Allah s.w.t perlu diutamakan dalam masalah ini, iaitu bukan sahaja dengan mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta cinta bahkan sebagai pengatur dan fokus pengabdian diri seluruh kecintaan.
Cinta diciptakan bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu jalan bagi mencapai keredhaan Yang Esa. Di setiap laluan perjalanan ini, sudah tentulah tercacak pelbagai jenis 'signboard', merujuk kepada peraturan yang perlu dipatuhi agar kita tiba ke destinasi cinta dengan selamat. Antara peraturan utama dalam bercinta ialah mendasari tiap cinta kepada CINTA Allah dan memastikan tiada hukum-Nya yang dilanggar dan diperlecehkan, meskipun mungkin pada pandangan nafsu dan emosi, batas-batas cinta ini amat menyukarkan. Ingatlah teman;
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.."
sedang kamu tidak mengetahuinya.."
(al-Baqarah: 216)
Cinta sejati hanya akan tiba andai masa, tempat, keadaan dan calon telah sesuai. Ia tidak perlu dicari. Dalam memilih pasangan, Rasulullah s.a.w juga telah memberi petua terbaik iaitu dengan menilai berasaskan kecantikan, harta, keturunan dan ketaatan mereka dalam beragama. Cukuplah sekadar bersederhana dalam hal-hal lain, tetapi yang paling utama adalah keindahan akhlaknya pada pandangan insan dan ketinggian taqwanya pada pandangan Tuhan. Inilah juga ciri-ciri pasangan yang diperintah untuk dinikahkan.
Malah cinta sejati itu sebenarnya adalah datang dari hati dan terpancar ke mata, bukan dari mata turun ke hati, kerana hatilah yang sebenarnya mengawal mata dengan pandangan iman, bukan sebaliknya. Sedarilah, mata kepala hanya memandang wajah manis yang tetap akan berkedut dan wang ringgit yang tetap akan hangus, sedangkan mata hati jua yang mengenal sebaik-baik akal budi pasangan hidup.
Rahsia untuk mengekalkan rasa cinta terhadap insan hanya dua, iaitu rindu untuk bertemu dan melakukan apa sahaja yang disuruh. Apa yang lebih penting dan utama adalah untuk mengekalkan rasa CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya, rindu untuk bertemunya di akhirat sana, rindu dengan bermunajat di sepertiga malam, rindu untuk menghadap-Nya dalam solat juga melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 9)
43 comments:
Cinta.
1 word, tapi maknanya sungguh banyak!
cinta..bg sy cinta y d cari bknla cinta y sbnr krn sdh pasti itu bknla jodoh kite,klo kawin pon,pasti de byk mslh y b'laku apth lg jika d dasari ngn kecntkn n kemewahan,bknnye akhlak n ketqwaan..jike bnr kte m'cintai seseowg,b'doa la kpdNya mg d beri insan t'sebut @ lbh baik drnye sbg jodoh..n semestinye la kte m'cintainye krn cinta kte kpd Allah..sgl ketentuan Allah adlh y t'baik utk kte..
Terima kasih cinta!!!!
Sekian, Terima Kasih..
Usaha stabilkan ekonomi pastu kawen jewr terus.... Simple kan?
Cinta itu penuh dengan komitmen..
to Nurul Harun:
betuL2..
cinta banyak makna, banyak tujuan, banyak sasaran..
to Nurul Farah Wahidah:
yer..mGkin dari satu segi betul maksud saudari itu..tp dari sudut yG lain, cinta sememanGnya wajar dicari..kerana 'pencarian' itu adalah usaha & DIA tidak mmberi tanpa usaha..mmG j0doh, rezeki, ajal maut semuanya di tangan Tuhan, tp kita tidak tahu apa rezeki kita, siapa jodoh kita, bagaimana mati kita tanpa usaha..
bG saya bukan pencarian cinta itu yG salah, tp bagaimana caranya, kaedahnya, bila masanya, di mana tempatnya?..itu semua yG perlu diperbetulkan & diselaraskan menGikut kehendak-NYA.. =)
Syukran atas perk0ngsian
to missgee:
terima kasih cinta..
terima kasih Pemberi cinta..
terima kasih semua =)
to Dak Wan:
agree with u..oranG kata zaman skrG tak dak duet jGn kahwin kan..huhU..
tp lain2 usaha kena prepare jgk..
cam ner nak jaga anak, jaga umah tangGa, jaga agama,,kdG2 ada prkara yG tak dpt dibeli dGn wang rinGgit =)
to Tihara:
betul tu..k0mitmen yG macam2 nie la yG nak kena jaga..
s0al hati & perasaan bukan senanG..menda tak nampak..
bukan boleh diikat dimangGa..huhE =)
cinta hakiki hanya utk Allah
Allah Maha Penyayang
Maha Suci Allah
bagaimana manusia begitu buta sehingga memperlekehkan makna cinta
andai semua insan dalam dunia ini bercinta hanya kerana Allah
rasa ikhlas bercinta
rasa bahagia bila org yg dicintai turut bahagia
rasa cinta yg tidak diselit rasa ingin memiliki
rasa cinta yang menyebabkan hati berbunga2
rasa cinta yg membawa kepada simpati dan belas kasihan
rasa cinta yg meragut rasa penting diri
rasa cinta yg smpai mensucikan hati
rasa cinta yg smpai mengingati mati
segenap sudut dipenuhi rasa cinta kepada Allah hanya dengan mencintai
makhluknya
besarnya makna cinta
maka aman lah dunia
bahagialah hidupnya
jgn pernah ada benci
kerana membenci itu milik syaitan...bukan milik manusia :D
jom CINTA ALLAH~!!
mnghargai cinta berdasarkan CINTA kepada ALLAH..
suke n3 ni.. TQ
CINTA..:)bjuang,bkorban demi cinta..
suka,duka adalh suratanNya
ya TUHAN tempatkan slamat bsamaMu
biarpun bsama kkurangan
namun ku bsyukur kurniaan TUHAN
smoga di hati sabar mjadi
pmujuk diri...
dengan Mu ku punyai segala
moga di kurniakan ptunjuk dan bantuan..dlm mnempuh hr y mdatang..
cinta..mmerlukan pngorbanan y besar kan?
cinta pd y ESA
cinta sesama insan
cinta pd makhlukNYA
YNG PTING CARILAH keredha dr DIA:)
to akusue:
huhU..syukran atas prk0ngsian..
menarik sekali kamu berbicara tentanG cinta..
yer..janGan ada benci..
peacE! =)
to SeE-DaH:
Jom j0m joM..
m0ga terbukti cinta hakiki dGn amalan nan suci..
thanZ
to mutiara:
hehE..sempat nyanyi lG yer..
s0dap suara tu.. ;)
yer..
berjuanG brk0rban demi CINTA..
baru kita mampu bercinta
cintu itu cinta.sekian.
tambahan lagi ye tuan belog.cinta itu biorlah berpada-pada dan ada matlamat.insyaAllah segalanya akan lebih mudah dan diberkati.
salam,
cintailah n kenalilah diri sendiri sebelum mengenali org lain, tp apa2 pun cintailah Allah terlebih dahulu
wwwooowwww...entry yg ayat nye super power...
mmg betul pun cinta pd Allah adalah abadi..
cinta tu mmg universal
tp, sebaik2 & sesuci2 cinta
mestilah cinta kpd Allah :)
cinta u unik.. setiap insan harus memilikinya.. walupun kadang kala pedih.. tapi itulah cinta.. wah.. jiwang lak aku nih.. hehe
azrai..senang cakap,mase dah kawen nanti..lebih memikirkan komitmen dan masa depan..bukan lagi pikir nak enjoy aje mcm sebelum kawen...tak kire lelaki atau pempuan.. :)
salam azrai..maafkn pgthn sy y krg nie..sy kdg2 xpsti p'carian y cmne islam bnrkn ?de owg kate p'carian 2bknla mksdnye kte cri owg jd calon kte tp ngn cr p'baiki n p'baikkn lg dri agr kte dpt jodoh y baik..klo xkbrtn,leh x azrai gtau ckit??tp klo xleh xpa..hnye b'tnye..
terima kaseh..
ilmu yg sgt berguna..
troskan berdakwah :)
menarik!
truskan...
zaman skarang ni, most people salah konsep psl cinta. semuanya disebabkan kita slalu disogokkan dgn fairy tale dari Barat. saye x nafikan, saye pun sama jugak. he. walaupun tak lah alim dan baik mana, tapi cuba sedaya upaya mengikut seperti apa yg tercatat dalam Quran.
yg mana dah bertemu jodoh, Alhamdulillah. dan yg belum, insyaAllah.. akan dipertemukan walaupun lambat.Allah bg kita masa utk perbaiki diri :)
apabila bercinta kerana Allah, bertemu tidak jemu. berpisah tidak gelisah
mencintai bukan bererti memiliki. memiliki bukan bererti menguasai
salam
Ku cari CINTA sejati
CINTA hakiki
dlm perjlnan byk ku tempuhi
yg pastinya itulah ceritera
mencari CINTA ILAHI
tidak semudah cinta maknawi
to cik zatil:
InsyaAllah..
matlamatnya tetap pd Yang Esa..
m0ga penuh dGn barakah & taufiq-Nya
to Daddy Zuki:
w'slm..
agree with u.. =)
kenal Dia, kenal kita, kenal mereka
to zura..
huhU..thanz..
ayat tak brpa pentinG, yG penting isinya kan..m0ga brmanfaat =)
to Amirah Rashid:
thanz atas pandanGan..
betul tu =)
to profnotetree:
hehE..itulah, trkesima ngan ayat pr0f tu..dlm diam2 pun ley brmadah cinta jGk rupenya ;)
to Tihara:
betul jGk kan..
b4 kahwin nampak yG manis jew, da kahwin baru la rasa hakikatnya..
to Nurul Farah Wahidah:
w'slm..
tak apa, kita ley sama2 brkongsi rasa & idea..itu yG lebih brmanfaat =)
hmM..betul..seeloknya prbaiki diri dulu, baru jod0h yG elok jG datanG mnjemput kita..
bG sy prbaiki diri nie adalah salah satu kaedah dlm mncari j0doh..'laki yG baik utk p0mpuan yG baik' itu janji-Nya..
kalu diri dah elok, insyaAllah dtG la pasanGan yG elok tu..tp tak brmakna kita duk g0yang kaki jew kat umah..
kena jG mncari, merisik, brbincanG n brkenalan stkat yG perlu...
to OREOO:
same2..syukran atas s0kongan =)
to wardah..
syukran..insyaAllah =)
to travel junkie lady:
huhU..agree with u..
thanz atas pesanan tu, m0ga brguna buat semua..
betul, kita myb tak mampu amik semua tp jGn tingGalkan semua..sdikit demi sdikit terus mmperbaiki diri..
to singgah:
nice!.. =)
to ainhany:
w'slm..
huhU..frasa nan indah..
amat mndalam..
syukran atas prk0ngsian =)
Biasa lah manusia bercinta ...
to Hassan:
huHu..fitrah insani..
tak da cinta tak da jiwa,
bukan manusia..
kita manusia pandai bercinta...adakah cinta kita itu adalah cinta HALAL?....pandai couple,pandai berkata2...tp...adakah kita sedar ia cinta yang tulus?...sedarlah wahai manusia
to NUR JANNAH:
cinta Halal vS cinta Haram..
cam best jew debat nie =)
m0ga kita sama2 sedar..
ya insyaALLAH...moga mendapat halwa iman
to NUR JANNAH:
InsyaAllah..dGn izin-Nya..
iman bukan untuk diwarisi..tetapi mesti dicari...kita hamba yang hina n dhoif...kerana itu...mesti mencari cinta...iaitu cinta ABADI...ALLAHURABBI...
suka ayat-ayat cinta :)
to NUR JANNAH:
betul2..agreE with u..
cam laGu Raihan plk..huhu..
cari cinta-Nya dl k
to sya ar:
huHu..sudi2 la singGah lg =)
salam.
huhu.
ok ok.
adik dh fhm.
tima kasih~~
may ALLAH bestow happiness to u,abg~
wujud ke CINTA SEJATI selain cinta kepadaNYA?
sape2 bleh tolong jawab....;)
actually, rasa mcm dah give up nak bercinta lagi.....kecewa sekali terasa amat2 dalam lukanya dlm hati ini....hanya Tuhan yg tahu...
to amira:
w'slm..
Alhamdulillah, moga ada manfaatnya..
same2..syukran
to puteri92:
cinta sejati mmG wujud..iaitu cinta yG bersandar kepada-Nya..
tak kesahlah cintakan ayah b0nda ke, famili ke, suami ke..
cuma yG sering didebatkan s0al cinta bukan mahram yG tak da apa2 hubungan..payah nak jadi 'sejati' tu.. nasihat sy, kalu belum terjebak usahlah dicari...
kerna mmG belum tiba masa, tempat & keadaan yG sesuai rasanya
cinta itu subjektif...
terpulang kepada empunya badan menilai ertinyer......
to TeRRoRRiZZ:
yG penting tidak salah membuat penilaian.. mata kepala selalu menipu, mata hati itu lebih perlu
cinta..byk tafsiran bg stiap insan yg mgalami nya..
yg penting, bcintalah krn Allah..
pasti akan menemui kebahagian yg bkekalan..
Post a Comment