Saturday, June 26, 2010

Pemenang Contest 'Aksara Pencorak Hidupku'



Setelah berlangsung selama 2 minggu, c0ntest pertama di laman Aksara Cinta Ilahi ini akhirnya menemui tarikh tamatnya 24 Jun yG lalu..setelah berfikir, merenung & menilai selama 2 hari, c0ntest pertama anjuran qamarguyz.blogspot kini menemui pemenangnya..pelbagai kriteria telah diambil kira termasuk ketepatan k0nsep, kesempurnaan pengisian, gaya bahasa, kekreatifan penyampaian, dlL..malah seorang panel penilai khas yG sejak dari awal memerhatikan perkembangan c0ntest ini juga telah dijemput untuk sama2 berbincang & berk0ngsi pendapat dengan pihak pGanjur..keputusan adalah muktamad, sebarang surat layang, pujuk rayu & m0gok jalanan tidak akan dilayan! Tahniah bagi yG berjaya, jangan bersedih bagi yG kecewa..Terima Kasih pada semua..



Tempat Pertama: bahan bacaan bernilai RM40
SUHANA
Tempat Kedua: bahan bacaan bernilai RM30
LOVILLEA
Tempat Ketiga: bahan bacaan bernilai RM20
QASIH NADIRA

Saguhati: t0pup bernilai RM5
1. ADIBAH
2. BINTUN SAZALI
3. BALQIS SYAFIQA
4. CIK JARI


p/s: Bagi pemenang tempat pertama, kedua & ketiga, anda dikhendaki mGhantar maklumat diri merangkumi nama pena (seperti di atas), nama penuh, alamat & n0.phone untuk tujuan pGhantaran hadiah ke qamarguyz@yahoo.com Bagi pemenang saguhati pula, sila sertakan nama pena & n0.phone ke mail yG sama untuk tujuan pemberian kredit RM5.. Syukran

Wednesday, June 23, 2010

Terima Kasih & Selamat Tinggal...



dua tiga kucing berlari
mana kan sama si kucing belang
dua tiga blogger kutemui
mana nak sama Cik Ira ku s0rang..

ehem3..jangan salah faham yer..pantun di atas tidak melambangkan apa2 melainkan sebagai makna sebuah pGhargaan..yurp, pGhargaan & terima kasih buat Cik Ira c0z sudi menyediakan hadiah misteri buat pGunjung laman VIRTUALDIARRIES: EYEONEYE milik beliau..tuah badan, hit c0unter bernombor 9999 menjadi milikku..hehE..d0nt be jeal0us k!



Inilah rupa hadiah misteri yG telah diberikan..satu set cadar double (queen).. lengkap dengan 4 helai sarung bantal & sehelai sarung bantal peluk.. cantik kan? berbal0i2.. s0 bagi blogger2 yG berminat untuk mendapat hadiah yG lebih misteri dari Cik Ira kita nie, mai pakat terjah ramai2 laman beliau..masih ada hadiah menarik menanti anda!!

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai saya antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

p/s: selamat tinggal semua...

Monday, June 21, 2010

Siapa Tak Nak RM2 Juta?..



TAG 17 : GOOSEBERRIES

ini bukan duit aku..huhu

1. Siapa yg baik hati hantar tag nie?
Terima Kasih buat si gooseberries kerana telah mGgelapkan mataku dengan duit RM2 Juta ini! Hehe..lain kali tag la lagi..bagi RM20 Juta pulak k!

2. Tag kawan2 korang yg semestinya akan layan berangan bersama2 korang..
Tak kesah la sape pun..kalu da berangan macam2 bila teng0k duit ni semua, sila la amik tag ni yer..siapa tak nak RM2 Juta kan?? bukan senang nak dapat w0oo..pinjam ahngah (adek beradek ahlong) pun belum tentu dapat! Hehe..

3. Sila inf0rm kepada mangsa2 tag tersebut..
Nie da kira inf0rm la yer..pGumuman secara tak rasmi..

4. Apa agaknya angan2 korang tu? nak buat apa ngan duit ni yer?
0hh..besar angan2ku ini..mGalahkan mat Jen0n (sedara seibu mat Jenin)..Nak beli rumah dua pintu, kereta empat tayar, bayar pinjaman dengan faedah time study dl, simpanan buat hari tanpa upaya..serta yG paling afdal adalah untuk buat persiapan bagi mendirikan rumah & tangGa..tak gitu? hehE..

5. Cuba korang cakap cam mana kita nak dapat duit banyak cam nie kat dunia realiti yer..
Banyak cara k0t..tapi kalu gaji korang RM2000 per m0nth, k0rang simpan jew la duit tu tiap bulan..makan minum biar mak bapak tanGgung..InsyaAllah, cukup umur 100 tahun nanti, cukup la RM2 Juta dalam akaun bank k0rang..kan3?

Friday, June 18, 2010

Tinta Sang Pencipta



Al-Qiraah…

Kalam Rabbi mukjizat suci
bekas Jibril menjejak uzlah
insan ummi koreksi diri
akhlak mushaf kian terserlah

Riang Umar dibuai pesona
berduka kufur dikias azab-Nya
lestari kasih sang Pencipta
jalinan hamba wangian semesta

6236 bait alunan Firdausi
wadah hukum dustur Ilahi
mengangkat wanita nilaian suami
merungkai rahsia sirah Nabi

Tinta agung ibadah suri
zikir nurani setenang air di kali
hancur musuh sirna naluri
baldu bidadari di kamar sunyi

Biar tempat beralih
biar zaman berubah
tak pernah luntur sinarnya
tak akan padam cahayanya

Al-Quran ini mentari ma’nawi..!!


Wednesday, June 16, 2010

Berjalan Tanpa Henti..



“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata..”

“Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,
maka buatlah dia supaya marah kemudian
suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu & rahsiamu. Sekiranya ia menyatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat..”


Apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti..
air mata tertahan waktu untuk dijatuhkan
nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup

Sepahit apapun ini
pelajaran yang bererti
semoga kepermegianmu
tak akan merubah apapun

Semoga mampu kulawan kesepianku
nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti…

Monday, June 14, 2010

Junjungan Mulia



Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga sederhana di kota Mekah, seorang bayi yang kelak akan membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Muhammad nama diberi, suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya. Kelahirannya adalah pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April tahun 571 M.

     Nabi Muhammad s.a.w. adalah daripada keturunan Qushai, pahlawan suku Quraisy yang telah berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib  manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baik keluarga dari pihak bapa mahupun ibu, keduanya dari golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah Arab.


     Dalam perjalanan hidupnya dari kanak-kanak hingga dewasa dan sampai diangkat menjadi rasul, baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Kerana kejujurannya dalam perkataan dan perbuatan, baginda mendapat julukan “al-Amin” yang bererti ‘dapat dipercayai’. Ketika menginjak usia 40 tahun iaitu pada malam 17 Ramadhan, baginda didatangi Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama di saat baginda sedang bertahannut di gua Hira’.

       Selepas itu, baginda menerima wahyu kedua, sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Muddatstsir dari ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:
“Hai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan! Besarkanlah (nama) Tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan maksiat, janganlah kamu memberi kerana hendak memperolehi yang lebih banyak. Dan hendaklah kamu bersabar untuk memenuhi perintah Tuhanmu.”
Baginda mula menyampaikan agama Islam secara sembunyi selama tiga tahun dan seterusnya secara terang-terangan. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan tentangan, namun baginda tetap tabah menghadapinya. Apatah lagi dengan kelebihan dan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya termasuklah mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran.

     Begitulah sejarah ringkas mengenai junjugan mulia kita sebagai umat Islam. Sempena sambutan Mulidurrasul kali ini, sama-samalah kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan baginda. Bahkan kita perlu terus mengamalkan sunnah dan berselawat ke atas baginda.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 1)

Saturday, June 12, 2010

Ayat-Ayat Cinta



TAG 16 : AISYYAH


Misi - buat ayat sekreatif mungkin mGgunakan huruf A hingga Z..
Aku termenung sendirian di kala malam menjelang..
Bila hati makin tidak keruan..
Cuma pungguk menemani bagai merindui sang bulan..
Dia telah pergi jauh membawa diri..
Entah bila kan bersua lagi?
Frust juga tiap kali mengenangkan nasib ini..
Gerangan siapakah yG merancang semua yG terjadi..
Hingga sanggup memisahkan dua sej0li..
Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..
Jika sudah namanya cinta, beginilah sakitnya sebuah perpisahan..
Kalau sudah namanya sayang, beginilah deritanya  sebuah pengakhiran..
Lalu bagaimana lagi hendakku tangiskan..
Mungkin inilah takdir yG telah ditentukan..
Namun aku perlu redha dan tabah menempuhi..
Ombak di hati perlu segera dilitupi..
Pasir di jiwa jangan sampai merancuni..
Qalesya… aku lepaskan dirimu kini..
Rintih hatiku sudah berlalu pergi..
Sampaikan salamku pada dia si teman baru..
Terima kasih atas segala pengalaman yG kita buru..
Untuk segalanya..demi segalanya..
Very nice to meet U’..
Walau hanya seketika cuma..
X-c0uplemu ini tetap mend0akan yG terbaik buatmu..
Yang baik kita jadikan teladan, yG buruk menjadi sempadan..
Zaiful… peliharalah Qalesya ku ini sebagai isterimu!..


..m0nolog ini hanyalah rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan yG masih hidup atau yG telah meninggal dunia..

p/s: Tag ni cam menarik..mencabar & mGuji minda kreatif masing2.. maka mana2 blogger yG berminat untuk mencubanya silalah yer..maklumkan kat sy di ruangan k0men, nanti da siap inf0rm laa..sy nak baca jugak =) then b0leh la kalian tag rakan2 blogger yG lain...

Thursday, June 10, 2010

Contest 'Aksara Pencorak Hidupku'


Aksara menurut Kamus Dewan diertikan sebagai 'huruf'. Kombinasi huruf-huruf ini mampu membentuk satu perkataan, membina satu ayat, menjudulkan sebuah buku lantas menjadi pencorak hidupku. Kerna dari aksara inilah terbitnya ilmu, menjadi bekal hati, em0si & minda. Maka sempena meraikan pengunjung laman Aksara Cinta Ilahi yG terus setia menemani blogger picisan ini, saya telah berbesar hati untuk mGanjurkan satu c0ntest ilmiah untuk manfaat bersama. Moga s0kongan & penyertaan anda dapat memartabatkan lagi bidang penulisan di negara kita sekaligus memeriahkan jalinan ukhwah sesama blogger.



Syarat2 Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia (tidak diwajibkan untuk menjadi f0llower di laman ini).
  2. Tuliskan satu entry bertajuk ‘Aksara Pencorak Hidupku’ yG mengandungi kesemua kriteria yG telah digariskan seperti LAMPIRAN di bawah.
  3. Tampal banner c0ntest seperti yG tertera di atas di mana2 sudut laman blog anda serta      linkkan ke entry ini.
  4. Letakkan link entry penyertaan anda di ruangan k0men sebagai bukti penyertaan.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2010 (Khamis) jam 23.00 p.m. Keputusan akan diumumkan pada 26 Jun 2010.
  6. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan apa yG dimaksudkan dengan ‘Aksara      Pencorak Hidupku’. Keputusan penganjur adalah muktamad.
  7. LAMPIRAN (kriteria wajib ada dalam entry contest)
Gambar Cover Buku:
Judul Buku:
Penulis:
Penerbit:
Bil. Muka Surat:
Harga:

Aksara Pencorak Hidupku:
p/s – pada ruangan ini, anda perlu menulis secara ringkas bagaimana buku yG dimaksudkan melalui aksaranya telah berjaya mempengaruhi sama ada sikap, sifat, pemikiran & minda anda dalam memerhati serta menjalani hidup ini. Beberapa contoh & bukti nyata yG bersifat pengalaman sebenar mungkin boleh diselit untuk diceritakan bagi menguatkan hujah anda.

Hadiah yG Ditawarkan
  1. Tempat Pertama: bahan bacaan bernilai RM40
  2. Tempat Kedua: bahan bacaan bernilai RM30
  3. Tempat Ketiga: bahan bacaan bernilai RM20
  4. Saguhati: t0pup bernilai RM5 (bilangan pemenang bergantung kepada jumlah penyertaan)

Tuesday, June 08, 2010

Ya Rabb..



Ya Rabb..
aku tak mengharap yang terbaik
untuk tiap yang berlaku
andai itu bukan redha-Mu

Aku cuma ingin bahagia
dalam diduga aku redha
hatta bertimpa walau berganda

Ya Rabb..
hinanya aku di saat rebah
luka berdarah
baru kumencari arah
bergantung sembah

Ya Rabb..
jangan biar ia menitis
kerna timbunan ujian-Mu
sedang ia mengarca jiwa
membentuk rasa

Jangan biar ia menitis
kerana sakit dunia
yang meleka jiwa menyeksa atma

Biarkan ia menitis
kerna seulas rasa
seorang hamba yang berdosa…

Thursday, June 03, 2010

Nice Blogger Award..






 1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
Entah kat mana la ak dapat 0ffer untuk sambung study July nie..

2- Apakah nama samaran u'all??
Adek2, emak abah panGgil abang..Famili sebelah abah pun panGgil abang..
Famili sebelah emak pulak panggil Era..Rakan2 blogger panggil r0y atau qamarguyz..

3- Berikan 3 orang yg u'all sayang...
3 orang nie tak cukup la nak senaraikan..Lain kali Tanya la 300 orang ke ek..

4- Panggilan utk si dia
Biar laa si dia jew yG tahu..baru special ckit kan? Huhu..

5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
Hadiahkan daku sebuah baiti jannati..b0leh? hehe..

6- Blog mane yg korang suke visit??
Aku selalu visit blog2 yG rajin blogwalking kat page ak laa..
yG rajin dr0p c0mment ke..dalam ramai2 ada la blogger yG terasa dekat di hati..kui3! c0z nampak keikhlasan ukhwah tu kan

p/s: act ramai lagi yG telah menghadiahkan award bersama tag ini kepadaku, namun telah ku panjangkan dalam entry khas untuk award sebelum ini..terima kasih semua =)