Sunday, July 31, 2011

Jom Tulis Cerpen

‘KEJORA TIMUR MILIKKU’
(sebuah adaptasi kisah benar)

Dingin malam mencengkam sendi tulang. Purnama terang membias kelam malam. Di sudut jendela, aku terpamit melihat kejora di sebelah timur itu. Cahayanya persis menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri.

         “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu aku tenung berkali-kali. Bermula dari sebuah kebetulan, berakhir dengan seberkas harapan. Tiada kusangka tindakan jujur  mencari teman ukhwahfillah di segmen ‘Sembang Pagi IKIM.fm’ itu menemukanku dengannya. Lebih tidak kuduga wanita ini rupa-rupanya siswi satu kolej denganku, malah satu fakulti dan satu kursus pengajian. Bezanya dia sudah berada di semester akhir sedang aku baru di semester tiga. Tidak hairanlah umurnya lebih tua dua tahun daripadaku. “Aah..itu bukan masalah besar. Lebih usia tentu lebih matang dan gantang!” usik hatiku.

         Keikhlasannya membantuku dalam pengajian membawa kepada pertemuan pertama kami petang tadi. Kafeteria pelajar tempat dituju. Setibanya di sana, mataku terus menangkap sesusuk tubuh berjubah hijau berkelebung labuh paras dada. Sopan santun dan tunduk malunya saat menghulurkan cebisan nota itu benar-benar menggoncang nurani. Sungguh. Terasa bagaikan ada titisan embun sejuk membasahi relung hati, asyik dan mendamaikan. Ohh..dari manakah bidadari ini muncul? Aku benar-benar tidak pernah melihatnya sebelum ini. Cuma setahuku dia adalah salah seorang exco kepimpinan pelajar di fakultas kami.

     “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu kutenung berulang kali. Mungkinkah pertemuan tadi membulatkan tekadnya untuk berterus-terang. Sememangnya selama ini aku seakan tertarik dengan gaya bahasa dan lenggok tutur katannya saat berhujah dan berbincang, walaupun sekadar di skrin ‘handphone’ cuma. Jika dihitung sudah hampir sepurnama kami berinteraksi sebegitu, berbahas tentang pelbagai isu. Namun, agak jarang kami berbual dan bersoalkan hal peribadi masing-masing.

Tiada kata yang mengungkapkan tanya
Tiada bahasa yang menjelaskan jawapan
Namun rahsia di hati memang sukar dilindung
Bila wajah jiwa mula berlagu ceria
Biar diam berbicara
Jalinan kasih anugerah-Nya
Tetap terbuka..

Tidak kuduga bait-bait puisi yang kubina dibalas tenang olehnya..“Ana sudah lama menyukai enta!”
      *****

“Mengapa sayang? Kenapa?! Mengapa baru sekarang kau luahkan segala? Ternyata kesucianmu itu palsu cuma?!.Aah..bagaimana begini?” hatiku meradang saat mendengar bicaranya tika itu. Benakku kabut, nafasku susut. Aliran jernih di pipinya langsung tidak mendatangkan simpatiku. Aku dilema. Dialah wanita yang kudamba selama ini, yang kurasakan  bisa bersamaku membina mahligai firdausi, jua famili insani untuk sehidup semati. Dialah insan yang kuharap menjadi pelengkap hidupku, jua ibu kepada anak-anakku. Setelah dia membangkitkan semangatku sehingga muncul ‘top student’ di sini, setelah dia merangsang kepimpinanku sehingga mengepalai persatuan pelajar di sini, kini dia menguji keikhlasan dan kematanganku sehebat ini. Bisakah begini?
*****

Dalam kedinginan petang itu, saat sang hujan mengorbankan diri menlencuni bumi, seorang gadis tertidur sendirian seusai menunaikan solat fardhu Asar. Mungkin agak kelelahan setelah seharian menguruskan majlis pertunangan sepupunya, tengahari tadi. Tiba-tiba, ‘Kreeeek!..’ kedengaran daun pintu biliknya dikuak. Kamar itu ternyata terpisah dengan ruang utama rumah kampung yang agak luas, jauh dari hingar-bingar orang ramai. Anak gadis tersebut langsung tidak menyedari derapan kaki si penceroboh. Lantas dia membiarkan dirinya diusik dan disentuh lembut oleh si jantan rakus. Sebaik tersedar, tersentak si gadis melihatkan kain batik yang melilit pinggangnya telah terlondeh. Aah..dia sudah tidak kuat untuk menghalang, apa lagi mahu melawan. Gadis tulus berkulit mulus akhirnya sama-sama hanyut dalam dunia kenikmatan, menghempaskan mahkotanya pecah berderai!
*****

Di penjuru kamar, aku menangis sendirian. ‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ Untaian hikmah ini hadir di fikiran seperti mahu aku memaafkan dia yang tidak berdosa, seolah-olah mahu emosiku tenang menghadapi dugaan tercipta. Segala suka duka perkenalan kami semenjak dua tahun lalu kembali terimbau di ingatan. Walaupun satu fakulti, ternyata kami mampu menyembunyikan hubungan dari pengetahuan rakan-rakan dan para pensyarah. Tiada istilah ‘dating’ dalam hidup kami, tiada fitnah dunia yang bisa mengganggu keberkatan cinta kami.

Buku ‘Bertaubat Kepada Allah’ tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi itu kucapai dan kubelek kembali. Panjang lebar ulama kontemporari ini membahaskan persoalan ayat ke 26 surah an-Nur: ‘Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..’ Adakah harus aku memilih wanita yang tidak lagi suci? Apakah pula yang dikatakan suci itu? Bagaimana jika mereka telah bertaubat dengan seperinya, taubatun nasuha? Aku memang tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. Malah aku pernah menghubungi Zaini, sepupunya yang telah menjamah isi tubuhnya itu! Aah..Zaini ternyata hanyut dengan hidupnya yang tak pernah puas melayan nafsu tanpa rasa malu dan bersalah. Walaupun menuntut dalam jurusan agama di sebuah kolej swasta sebelah pantai timur dan mendalami ilmu-ilmu persilatan Melayu yang gah dengan Islamnya, namun benar hidayah petunjuk hanya milik Dia. Dan hakikat cinta perlu berilmu, perlu beramal dan perlu menjamin taqwa. Inilah ritmanya. Pernah aku lalai dan alpa, sehingga menumbuk dinding setelah dihalang dari menumbuk tingkap berkaca. Mungkin saat itu aku benar-benar kecewa dan buntu, emosi yang terganggu memudahkan syaitan datang mengganggu. Namun begitu, sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih yakin bahawa dia adalah wanita suci di sisi Ilahi walaupun kotor di sisi insani. Lantas kugapai diari, kucatat tinta hidupku ini...

           True Meaning Of Love: 
"Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, Cinta Ilahi..bermatlamat yang murni & benar, untuk menjadi pasangan yang sah..serta melalui jalan-jalan yang tidak melanggar undang-undang syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati!.."
*****

Dalam sujud di sepertiga malam, aku berseru dan mengadu. “Ya Allah..Berikanlah petunjuk pada hambamu yang hina ini. Berikan aku kekuatan untuk merungkai dilema ini. Jika memang dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hatiku dengan hatinya. Jika tidak, engkau redhakanlah aku atas tiap ketentuan-Mu..” Aku pasrah. Aku berserah. Monologku berarah:

Inikan cinta, bertemu dan bersatu tanpa keduanya tahu.
Inikan cinta, tenang di hati tersenyum sendiri.
Inikan cinta, tidak ribut tidak menunjuk untuk hidup.
Inikan cinta, tak perlu bicara namun tetap dirasa.
Inikan cinta, tangis tiba sebelum ketawa ria.
Inikan cinta, sejarah lama kita terima.
Inikan cinta, ilmu dan amal jadi pembela.

Aku bangun menyingkap jendela, kulihat dunia, kubersyukur pada-Nya. Kejora timur itu masih menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri. Aku yakin, inilah petunjuk Ilahi, memberi makna cinta sejati.


p/s: Cerpen di atas adalah untuk penyertaan bagi contest 'Jom Tulis Cerpen' anjuran laman blog Bila Jemariku Menari. Kepada mana-mana blogger yang punya bakat menulis, ayuh sama-sama kita memeriahkan contest ini. Tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2011. Harap Maklum.

55 comments:

Izzaty Jamali said...

nice ! ;)

Nightroad said...

cerita yg menarik.

tp bab tulis cerpen ni aku mmg low...ha3

nini said...

salam...awak tak tinggalkan komen kat entry yer....cepat tinggalkan komen..hehe...btw...thanks sebab join...=D

syiela said...

congrats... moga berjaya!

Unknown said...

teharu sara baca cerpen nie :) sgt sgt tersentuh hati sara nie.. sara harap kamu menang nt :) nice story..

Mohamadazhan.com said...

Salam Ramadhan Karim…selamat berpuasa, moga dirahmati-NYA =)

kisah tauladan utk semua,nafsu tidak mengenal siapa untuk memerangkap...

senyumSOYA said...

menarik..^^~

'Ainun Qalbi said...

hrmmmmmm.... bestlah... nk share bleh?

Unknown said...

Assalamualaikum. :)

eh macam pernah baca dah cerpen ni?
0.o Pernah post ke before this?
Apape pun, this is one lovely entry. :D

Anak Wak Mail said...

best sangat2x..gud luck..=)

jangan sebab kesalahan yang bukan disebabkan perempuan tu..awak anggap perempuan tu kotor..ntah2 dia lagi suci..=)

Unknown said...

wah! bakat terpendam.. nice lah!

Tuh dia nama blog pn aksara cinta illahi, ,mmg terer lah tulis cerpen cinta..hehe

btw, wish u gdluck bro! salam ramadhan :D

Mawar Berduri said...

nice one..

semoga berjaya..

tarikh tutup besok, tak sempat ikut.. :)

salamat berpuasa.

Alif Haris said...

best r bro cerpen ko nih .. :) alu layan ..
gaya penulisan ni mesti BM dulu dpt A+ kan .. hebat dan sharp gaya penuisan .. sampai maksud yg ingin disampaikan :)

nice !

Cik tikah said...

mak aii... reti baca cerpen je. x pandai tulis la cerpen la :(
btw, semoga menang :)

teratai said...

cerita penuh makna, penuh pengajaran..semoga menang!

syera said...

terer gak tulis cerpen ye..

sangat menyentuh hati =)

Anonymous said...

wah, cerpen best lg.like :)
goodluck!

Puan Kutu said...

dah tak smpt la nak karang cerita.hehe..

cik pha said...

dulu aku suka tulis cerpen ni..smpailah satu tahap aku dah mals nk tulis cerpen.tp cerpen y kau buat ni..mmg sampai maksud y nk dimaksudkan...semoa berjaya!

teciq said...

nice! ^^
all da best 4 da contest!

selamat menyambut bulan ramadhan ^^

jehanfrhin said...

penulisan yg baik..

wish u luck!! =)

fieha said...

menarik..pandai awk buat cerpen..semoga berjaya :)

Mr iz said...

wah ramai juga yang berbakat... terbaik gitu.... banyak juga dah dibaca ni..boleh dikatakan semuanya terbaik ... moga berjaya ye...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

cerpen oh cerpen

best lah bace

gudluck yep

:)

Unknown said...

goodluck.mesti menang punyer,hihi

qamarguyz said...

Izzaty Jamali:
Thanz sis..
rajin dia membaca =)

Night Walker:
terima kasih..
huhu..da bakat menulis genre yang lain k0t? kan =)

qamarguyz said...

nini:
w'slm..
dah tinggal pun tadi..
baca, fahami dan hayati =)
TQ sis

syiela:
InsyaAllah..
syukran atas doanya =)

qamarguyz said...

sara zainol:
InsyaAllah..nyway thanz coz sudi membaca..
ternyata kisah ini bukan kisah cinta biasa..penuh makna..kalu boleh biar sampai mengalir air mata =)

Mohamadazhan.com:
selamat berpuasa yer =)
benar sekali..
cinta sejati mesti diuji

qamarguyz said...

senyumSOYA:
terima kasih..
baca hingga ke titisan pena terakhir ke? =)

'Ainun Qalbi:
boleh saja..
tapi jangan lupa nama penulisnya..
kreditkan pada laman ini =)

qamarguyz said...

.MEOW.:
w'slm..
memang peminat setia ni..kui3! ;)
pernah post dulu..juz lakukan beberapa penambahbaikan agar ianya lebih menarik untuk menyertai contest ini..TQ

Anak Wak Mail:
thanz sis..
moga ada rezeki =)
yer la..lepas daripada itu memang jelas segala ibrah dan hikmah..
tak rugi memilih dengan akal dan hati, bukan dengan emosi

qamarguyz said...

Fee Hafeezah ketuk keyboard:
hehE..takda la terpendam sangat..
sejak ada laman ini dah banyak juga karya dan nukilan saya dikongsi bersama =)
Happy Fasting sis

Mawar Berduri:
o0h..takpe..
lain kali ada peluang boleh ikut lagi..banyak contest di alam maya ni =) selamat berpuasa

qamarguyz said...

alif haris:
wahH..terharu..
ko pun layan juga yer..
selalu perempuan je suka cerpen cinta nie =) huhu..sikit-sikit boleh la menulis..based on result exam, maybe betul ar otak ni lebih kepada sastera, bukan math or science..

cik tikah:
takpe la..
membaca or menulis, masing-masing ada kepuasan tersendiri =)
TQ

qamarguyz said...

teratai:
syukran kerana sudi membaca =)
InsyaAllah

syErAh:
agak-agak ley jadi penulis novel tak? kui3! ;0 ner ada terer sangat sis..biasa-biasa saja

qamarguyz said...

^baju kurung^:
terima kasih..
jangan jemu-jemu membaca =)

Puan Kutu:
wahH..mesti berbakat besar ni =)
takpe..lain kali boleh cuba lagi

qamarguyz said...

cik pha:
ehkk..kenapa sampai satu tahap da jadi malas? maybe busy kan..
yer la..saya menulis pun juz untuk mengisi masa lapang =)
nyway thanz

teciq:
hehE..comel la pic pr0file tu =)
selamat beribadah di Ramadhan penuh rahmah

qamarguyz said...

jehanfrhin:
thanz sis..
doakan berjaya yer =)

fieha:
Alhamdulillah..
selagi ada ilham dan idea..lagi satu rasanya menulis sesuatu berdasarkan realiti yang berlaku memang ada kekuatan yang tersendiri..ini based on experience la =) nyway TQ

qamarguyz said...

Mr iz:
wahH..ni pun salah seorang peserta contest juga ke?
yer la..semuanya tentu hebat-hebat belaka kan..thanz sudi membaca =)

::ini belog saya . cinta hatisaya::
TQ sis..
simple je k0men dia..
hehe ;)

amir aizat:
andai ada rezeki..
yang penting ibrah dan hikmahnya dapat dikongsi =)

cik bulan said...

wah..pandainya kmu mngarang..suke2..:D..jadi ape kesudahan dye..hahahaha..kawin x..lalala~

Unknown said...

Happy fasting to U too :D

Anak Wak Mail said...

welcome..=)

tu lah hikmahnya bila berfikir menggunakan akal dan hati..jangan lupa mintak petunjuk dari Allah..=)

Hiddy Asri said...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Semoga berjaya dan terus berkarya...

qamarguyz said...

cik bulan:
biasa-biasa aje sis..
masih banyak yang boleh dipelajari =)
huhu..Alhamdulillah..
da selamat berkahwin dan punyai seorang anak sekarang

Fee Hafeezah ketuk keyboard:
sempat lagi..
hehE ;)

qamarguyz said...

Anak Wak Mail:
apa pun akhirnya kembali pada-Nya..
kan sis =)

Hiddy Asri:
selamat hendaknya..
bukan sekadar ibadah puasa, malah segala macam ibadah di bulan Ramadhan yang barakah ini =)

qamarguyz said...

CETUSAN SEIKHLAS RASA:
InsyaAllah..
syukran atas doanya..
rajin-rajin la singgah membaca =)

Phạm Minh Tâm:
done =)

Abe Goreng said...

Boleh bikin filem ni.:D

Update terbaru : Kentut Dalam Air Batal Puasa?

.::: mr IQ :::. said...

nice.. :)

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Memang berbakat utk jadi seorang penulis

Diari Si Froggie said...

asal baca hasil karya kamu je.. mesti aida suka.. baca sampai habis selalunya..hehe. boleh buat novel la.

good luck kamu..moga2 ada rezeki nnt..

qamarguyz said...

Abe Goreng:
boleh boleh..
abe jadi produsernya k =)

: mr IQ :
thanz =)

qamarguyz said...

zures:
InsyaAllah..
ada minat & cita-cita..
namun perlukan lebih usaha =)

Aida Omar:
thanz Aida =)
hehe..zaman bercinta semuanya indah belaka, novel pun boleh tercipta..
InsyaAllah

amna said...

semoga berjaya dalam contest ni..
seronoknya ada bakat menulis :)

share : http://pemadamp.blogspot.com/2011/07/teknik-penulisan-surah-yusuf_31.html

SALAM RAMADHAN :)

Anonymous said...

best ye! last2 dye pilih kan perempuan tu? pilih kan? kesian sungguh kt perempuan tu.... :(

kemang~ said...

aku surrender bab tulis cerpen, hihi

qamarguyz said...

amna:
Alhamdulillah..
sikit-sikit mampu la menulis =)
nyway thanz yer share artikel tu..
cam best jew..
Salam Ramadhan

She's Gee:
yer sis..dia pilih..
tapi ujian dan rintangan tak semudah itu..adakah mereka punya jodoh? nantikan episod seterusnya..
kui3! ;0

kemang~:
tulis lirik lagu nak?
hehE