Friday, February 19, 2010

Cerpen - Tarian Kejora Timur


Entry ini adalah untuk contest weekend @ sheffield yang dianjurkan oleh bro J0e, dengan berlatarkan tema 'True Meaning Of Love'..kepada peminat2 cerpen & n0vel cinta, b0lehlah menghayati nukilan penulis (qamarguyz) yang diadaptasikan dari kisah benar ini..m0ga ada hikmah serta pengajarannya...



Dingin malam mencengkam sendi tulang. Purnama terang membias kelam malam. Di sudut jendela, aku terpamit melihat kejora di sebelah timur itu. Cahayanya persis menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri.

            “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu aku tenung berkali-kali. Bermula dari sebuah kebetulan, berakhir dengan seberkas harapan. Tiada kusangka tindakan jujur  mencari teman ukhwahfillah di segmen ‘Sembang Pagi IKIM.fm’ itu menemukanku dengannya. Lebih tidak kuduga wanita ini rupa-rupanya siswi satu kolej denganku, malah satu fakulti dan satu kursus pengajian! Bezanya dia sudah berada di semester akhir sedang aku baru di semester tiga. Tidak hairanlah umurnya lebih tua dua tahun daripadaku. “Aah..itu bukan masalah besar. Lebih usia tentu lebih matang dan gantang!” usik hatiku.

      Keikhlasannya untuk membantuku dalam pengajian membawa kepada pertemuan pertama kami petang tadi. Kafeteria pelajar tempat dituju. Setibanya di sana mataku terus menangkap sesusuk tubuh berjubah hijau berkelebung labuh paras dada. Sopan santun dan tunduk malunya saat menghulurkan bungkusan nota itu benar-benar menggoncang nurani. Sungguh. Terasa bagaikan ada titisan embun sejuk membasahi relung hati, asyik dan mendamaikan. Dalam diam aku terfikir sejenak, “Ohh..dari manakah bidadari ini muncul? Aku benar-benar tidak pernah melihatnya sebelum ini.” Cuma setahuku dia adalah salah seorang exco kepimpinan pelajar di fakultas kami.

            “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu kutenung sekali lagi. Mungkinkah pertemuan tadi membulatkan tekadnya untuk berterus-terang. Sememangnya selama ini aku seakan tertarik dengan gaya bahasa dan lenggok tutur katannya saat berhujah dan berbincang, walaupun sekadar di skrin ‘handphone’ cuma. Jika dihitung sudah hampir sebulan kami berinteraksi sebegitu, berbahas tentang pelbagai isu semasa dan soal pelajaran. Agak jarang kami bercakap dan bersoalkan hal peribadi masing-masing.

Tiada kata yang mengungkapkan tanya
tiada bahasa yang menjelaskan jawapan
namun rahsia di hati memang sukar dilindung
bila wajah jiwa mula berlagu ceria
biar diam berbicara
jalinan kasih anugerah-Nya
tetap terbuka..

Tidak kuduga bait-bait puisi yang kubina dibalas tenang olehnya..“Ana sudah lama menyukai enta!”

      *****
“Mengapa sayang? Kenapa?! Mengapa baru sekarang kau luahkan segalanya? Kenapa kesucianmu itu hanyalah palsu?! Aah..bagaimana begini?” hatiku meradang saat mendengar bicaranya tika itu. Benakku kabut, nafasku susut. Aliran jernih di pipinya langsung tidak mendatangkan simpatiku. Aku dilema. Dialah wanita yang kudamba selama ini, yang kurasakan  bisa bersamaku membina mahligai firdausi, jua famili insani. Dialah insan yang kuharap menjadi pelengkap hidupku, jua ibu kepada anak-anakku. Setelah dia membangkitkan semangatku sehingga muncul ‘top student’ di sini, setelah dia merangsang kepimpinanku sehingga mengepalai persatuan pelajar di sini, kini dia menguji keikhlasan dan kematanganku sehebat ini. Bisakah begini?

*****
Dalam kedinginan petang itu, saat sang hujan mengorbankan diri menlencuni Bumi, seorang wanita tertidur sendirian seusai menunaikan solat fardhu Asar. Mungkin agak kelelahan setelah seharian menguruskan majlis pertunangan sepupunya, Alin, tengahari tadi. Tiba-tiba, ‘Kreeeek!..’ kedengaran daun pintu biliknya dikuak. Bilik itu ternyata terpisah dengan ruang utama rumah kampung yang agak luas itu, jauh dari hingar-bingar orang ramai. Wanita tersebut langsung tidak menyedari derapan kaki si penceroboh. Dia langsung membiarkan dirinya diusik dan disentuh lembut oleh si jantan rakus. Sebaik tersedar, dia tersentak melihatkan kain batik yang melilit pinggangnya telah terlondeh. Aah..dia sudah tidak kuat untuk menghalang, apa lagi mahu melawan. Wanita tulus berkulit mulus akhirnya sama-sama hanyut dalam dunia kenikmatan, menghempaskan mahkotanya pecah berderai!

*****
Di penjuru kamar, aku menangis sendirian. ‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ Untaian hikmah ini hadir di fikiran seperti mahu aku memaafkan dia yang tidak berdosa, seolah-olah mahu emosiku tenang menghadapi dugaan tercipta. Segala suka duka perkenalan kami semenjak dua tahun lalu kembali terimbau di ingatan. Walaupun satu fakulti, ternyata kami mampu menyembunyikan hubungan dari pengetahuan rakan-rakan dan para pensyarah. Tiada istilah ‘dating’ dalam hidup kami, tiada fitnah dunia yang bisa mengganggu keberkatan cinta kami.

Buku ‘Bertaubat Kepada Allah’ tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi itu kucapai dan kubelek kembali. Panjang lebar ulama kontemporari ini membahaskan persoalan ayat ke 26 surah an-Nur: ‘Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..’ Adakah harus aku memilih perempuan yang tidak suci? Apakah pula yang dikatakan suci itu? Bagaimana jika mereka telah bertaubat dengan seperinya, taubatun nasuha? Aku memang tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. Aku membuka ruang perbincangan sepertimana lazimnya kami berbincang soal pelajaran dan isu-isu semasa. Malah aku pernah menghubungi Zaini, sepupunya yang telah menjamah isi tubuhnya itu! Aah..Zaini ternyata hanyut dengan hidupnya yang tak pernah puas melayan nafsu tanpa rasa malu dan bersalah. Walaupun menuntut dalam jurusan agama di sebuah kolej swasta sebelah pantai timur dan mendalami ilmu-ilmu persilatan Melayu yang gah dengan Islamnya, namun benar hidayah petunjuk hanya milik Yang Maha Esa. Ilmu tanpa amal tidak menjamin ketaqwaan. Inilah ritmanya. Aku juga pernah menumbuk dinding setelah dihalang dari menumbuk kaca tingkap oleh rakan sekamarku. Mungkin saat itu aku benar-benar kecewa dan buntu, emosi yang terganggu memudahkan syaitan datang mengganggu. Namun begitu, sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih yakin bahawa dia adalah wanita suci di sisi Ilahi walaupun kotor di sisi insani. Lantas kugapai diari, kucatat tinta hidupku ini...

Definisi Cinta Sejati (True Meaning Of Love): 
"Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA ILAHI..bermatlamat yang murni & benar, untuk menjadi pasangan yang sah..serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati!.."

*****
Dalam sujud di sepertiga malam, aku berseru dan mengadu. “Ya Allah..Berikanlah petunjuk pada hambamu yang hina ini. Berikan aku kekuatan untuk merungkai dilema ini. Jika memang dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hatiku dengan hatinya. Jika tidak, engkau redhakanlah aku atas tiap ketentuan-Mu..” Aku pasrah. Aku berserah. Aku bangun menyingkap jendela, kulihat dunia, kubersyukur pada-Nya. Kejora timur itu masih menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri. Aku yakin, inilah petunjuk Ilahi!

58 comments:

p3perak said...

Salam..
cinta pertamaku juga bermula melalui perkenalan di sembang pagi, Komuniti IKIM.. cinta insani menuntut kesabaran yg tinggi..

"Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta ALLAH S.W.T penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai ALLAH S.W.T sebagaimana cintaku terhadapNYA..."

>>percaya pd ketentuannya..

gd luck..

Cik Mi Mi Ra Ra Ra said...

salam.
best la entry ni.
seronok2.
i'm waiting for the next episode.
can u??
hehe.

ni ada satu lagu untuk abang.
permata yang dicari by de hearty.
try dengar taw.

ni antara lyric lagunya,
'Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu'

mira suka lagu ni,coz music dia best sangat & lyric dia pun BEST BEST BEST!!

hehe.
salam.

joegrimjow said...

huuu
sebab tengah malam da ni
esok ku baca
buat review skali
macam menarik ni
siap ada komen yg panjang lagi
thx u

budak hitam said...

Sy suka cerpen ni.. knp ye setiap patah tulisan awk mesti mengusik hati sy.. awk memang btl2 berbakat.. bkn stkt berbakat menulis tp jg berbakat menyampaikn sesuatu secara halus.. bla mau tulis puisi lg?? sy suka puisi awk.. :)

Akma said...

menarik cerpen ni...

Piscess.. said...

Cerpen yg menarik dan pengolahan yang puitis...Tertarik dengan gaya penulisa anda. Mampu memberi kesan kpd pembaca...Anda berbakat besar. Teruskan menulis krn sy berminat tuk membaca lagi.....Selamat Maju jaya!!!

unclejoe said...

salam azrai..
actually Uncle nye dah siap intro.. yang lebih tak publish lagi... i thought mine meets the criterion too..

singgah ekk http://unclejoe10.blogspot.com

lama tak update bz... skit..

jed_biru said...

nice..

cik kotak said...

salam ziarah..
intro da menarik, isi kandungan apetah lagi.. perlukan masa yang tenang ni nak menghayati..
xpe2,will find the time to read it back..hehehe

afzainizam said...

Salam kunjungan dari blog kami http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Salam ziarah dari kami.....Kami sedang baca older entry anda...
Salam Perkenalan dari kami.... Semoga persahabatan ini mendapat manfaat bersama...

Kawan,
seseorang yang sentiasa membantu kita,
sahaya aku terkaksima dengan dunia ini,
engkaulah jua aku mencari,
engkau membantu aku,
aku suka,
walaupun sebesar beras bantuanmu,
tetap akan aku ingati,
kerana budimu aku sangat hargainya,
suatu hari nanti,
tidak akan aku lupa,
membalas semua jasamu .
Kawan,
seseorang yang boleh kita percayai,
engkau tahu aku mempercayaimu,
segala kepercayaan aku letak pada engkau kawan,
aku harap engkau tidak mensia-siakanya,
engakulah tempat aku bersimpan rahsia,
mengharap orang lain,
aku kurang mempercayainya,
hannya engkau aku percaya sebagai kawan aku,
jadikanlah kepercayaan ini suatu kebaikan untuk engkau kawan.
Kawan,
seseorang yang boleh menasihati kita,
andai kesalahan melitupi aku,
engkau akan nasihati aku,
aku menghargainya dan aku mengingatinya,
aku berubah dengan nasihat engkau itu,
aku mahu,
engkau sentiasa menasihati aku,
nasihat engkau, pedoman untuk aku,
aku berharap kita sentiasa,
menasihati sesama yang lain,
sama-sama kita berjaya,
dimana jua kita berada.
Kawan,
seseorang yang mungkin kita akan kehilangannya suatu hari nanti,
aku harap,
ini tidak akan terjadi pada engkau kawan,
engkau itu kawan,
kawan itu engkau,
aku kawan engkau,
engkau kawan aku,
kenyataan ini engkau ungkailah dengan fikiran engkau itu,
andai engkau pergi dari hidup ini kawan,
aku harap engkau sentiasa bersedia,
menghadapi dunia penuh pancaroba ini,
andai engkau pergi dari hidup ini kawan,
aku hanya mengharap satu perkara dari engkau,
ingatilah persahabatan aku dan engkau ini,
kerana aku,
sangat menghargai persahabatan ini.
Salam perkenala dari kami??? Moga saya merima respon yang baik dari anda
Silalah layari blog kami http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dipermudahkan terbang melayang-layang di angkasa lepas?Tiada yang menahan burung-burung itu (dari jatuh) melainkan Allah.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda ( yang membuktikan kekuasaa Allah) bagi kaum yang beriman. (surah al Nahl 16:79)

Mimpi said...

Sukar juga untuk aku fahami, tapi nasib baik aku gagahkan juga baca sampai habis.

Sembahyang Istikharah itu memang harus diamalkan dalam mencari jodoh.
Moga senang dapat petunjuk dari Allah.

Azrai Ahmad Zamri said...

to p3perak:
w'slm..
huhu..ada persamaan plk.. =)
syukran atas ingatan..begitulah hakikatnya.. thanz

to Cik Mi Mi Ra Ra Ra:
(huh..panjanG sungGuh name dia) ;0
nyway thanz yer sudi baca cerpen nie..mesti minat citer cinta ni kan.. hehE..

next epis0d?
insyaAllah..kalu ada ksempatan & idea untuk mnulis..
abG pun minat lagu tu..biase dengar & kar0k dl2..kui3!

Azrai Ahmad Zamri said...

to joegrimjow:
0K br0..take ur time..
agak panjanG la entry ni, c0z cerpen kan..tp yG k0men panjanG2 ni ser0nok jgk bila baca..huhu

to budak hitam:
huhu..terharu plk.. syukran yer atas s0konGan kamu.. nyway sy menulis juz sbgai h0bi, tak pr0fesional pun..
m0ga ada manfaatnya..
puisi? InsyaAllah minGgu depan sy k0ngsikan lg k..tunGgu.. =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Akma:
thanZ..
thanz juga c0z sudi mmbacanya =)

to Piscess:
Thanz sudi brkunjunG & mmbaca cerpen ni..syukran juga atas s0konGannya..
insyaAllah, sy akan terus mnulis & brk0ngsi apa2 yG brmanfaat..
jenGuk2 la selalu yer =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to unclejoe:
w'slm..
huhu, uncle nak j0in c0ntest ni jgk yer.. ;0
0K, jap lg sy pi tinjau2 yer..m0ga dapat terus brk0ngsi idea

to jed-biru:
thanz br0.. =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to cik kotak:
w'slm..
huhu, kecian sunGguh kat cik k0tak..
busy mmanjanG yer..da bis cuti ke? =)
takpe2.. da masa sinGgah2 la hayati yer..thanz

to afzainizam:
w'slm..
syukran atas kunjunGan..
terharu pula baca puisi tentanG kawan itu..yer, m0ga kita semua menjadi kawan yG brharga, saling brk0ngsi & mGingatkan..
salam ukhwah fillah jua dari kami..

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mimpi:
terima ksiah yer, sudi habiskan bacannya..m0ga brpuasa hati & mndapat manfaat darinya..

InsyaAllah..
usaha & tawakal untuk mendapat yG terbaik..

Cik Mi Mi Ra Ra Ra said...

salam.
haha. pnjang ek?
sorry2.

cerita cinta?
wuuuuuu. masih kecil. xtawu la. haha.

mira tnggu next episod,
& & & & & yg pling di tnggu2 is the ending.
hehe.

norain ishak said...

memang best ar cerita nie..
ayat memang puitis giler..
aku minat tulis cerpen jugak,
tapi ayat bahasa pasar lar..
smoga menang ar contest weekend@sheffield tu yer!

budak hitam said...

terharu ke?? jgn menangis plak yer.. buruk.. hihi

okey.. sy tunggu.. :) tak mau jadi mcm faisal tehrani?? hehe

Tihara said...

nampak menarik..penuh dengan bunga-bunga..nanti nak sambung baca..ade kerja sikit.. :)

eKyN said...

salam ukhwah.

waa..aku terdiam jap
.
.
.
.
.

k sambung...agak dramatik oo..aku nk komen lebih2 xreti la plakk bab cintan cintun ni..em nnti la bile aku da ade aku nk wat gak cerpen cam ko haha.
eh tp aku suke r cara ssorang tu d temukan jodoh..TANPA dsngka...cam ko.dari rdio IKIM...hheh ko kene bg adiah kat dj yg kendalikan radio mlm tu haha...

so bile ko nk kawen ni?
nnti wat gempaq sikit ey...ehh x x..wat sdhana ikut sunnah nabi..xelok mmbazir..huhu.

*pening gak mule2 bace tp kugagahi juaa

etuza said...

salam azrai.
Kata-kata memikat hati pembaca. Cerita ini kisah masyarakat.

Dlm cerita sebagai watak aku, memang satu tamparan hebat, jika inilah realiti hidup dan cinta seseorang, haru biru jadinya. Apa kah tindakn kita sbgai manusia yg ada ego masing2. Mujur cerpen saja.

NUR JANNAH said...

salam...hati ku sayu bila membaca cerpen ni..:(...macam kisah seorang sahabat ku...yang pernah ku kenali di IKIM.FM...lama tak kelamaan..hubungan menjadi erat,tapi hakikatnya..dia terlalu baik berbanding diriku...selama perhubungan itu..aku hati ku diketuk keinsafan..lalu aku mencari apa erti sebenar CINTA...dia jugak sepertiku..selalu nasihatiku agar menjaga diri,hati dan iman...agar aku tak gugur kerana perhubungan itu...selama aku mengenalinya..diriku banyak berubah..banyak memperbaiki diri..agar dapat menjadi wanita solehah untuk nya...semakin aku berubah dan berubah aku dapat rasakan satu perasaan bersalah dan berdosa..utk teruskan perhubungan itu...setelah aku dapat tahu sapa dia sebenar..dunia ku gelap..kerana..kesilapan diri...ditipu...tapi aku aku tak percaya dia seperti itu..dia bukan seperti apa yang dia katakan...mungkin ada HIKMAH nya..aku semakin melupai dia...ingin melupakan kisah silam..aku membawa diri keperantauan...selama setahun tanpa mendengar beritanya..kini aku menjumpainya..lagi....di sebuah alam maya...iaitu alam blog...semoga dia berbahagia..selalu..dan berjaya dalam hidup..:(...kalau dia baca..blog ku..aku harap dia buka blog ku sekarang sebab..aku mahu dia baca sebuah kisah baru ku ..salam...

♥mawar said...

setiap org ada kisah nye yg tersendiri. jgn slh kn die terus..

Azrai Ahmad Zamri said...

to Cik Mi Mi Ra Ra Ra:
w'slm..
huhu, tak kn tak minat & tak tahu k0t ;0
mira nak tahu endinG tentanG apa?..
cerpen nie setakat nie sj..kalu nak tahu tentanG kesah cinta abG, brpuluh epis0d pun tak abis..ley wat n0vel! kui3.. ;)

to norain ishak:
thanz ain..
selalunya citer yG diadaptasi dari kisah benar ada kelebihan trsendiri..
huhu, bahasa pasar pun ley laku kalu kena dGn gaya olahannya =)
insyaAllah, d0akan la ea

Azrai Ahmad Zamri said...

to budak hitam:
hehE..ner tahu buruk?
belum nampak belum tahu ;0
faisal tehrani?
setakat nie tak pernah trfikir la..menulis nie pun suka2 sj, tak ceburi secara serius.. tapi kalu ada ksempatan & peluanG sape tahu kan?
d0a2 la =)

to Tihara:
huhu, jangan lupa sinGgah balik kak..habiskan baca tu..bukan senanG nak jumpa adaptasi kisah benar nie.. cakap jew nak bunGa apa, semua ada..kui3! =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to eKyN:
w'slm..
lama mnyepi?..
Huhu..yerla tu.. bukan k0 pernah main cinta m0nyet ke dl? ;0
j0doh prtemuan di tanagn Tuhan kan, macam2 cara la..kdG2 yG paling dibenci itu la yG jadi palinG sayanG nanti..

kahwin?
umur masih hijau..
lanGkah masih jauh..
belum trfikir lg..

*kenapa peninG yer?
sebab tulisan ke, gaya bahasa ke, jalan citer ke apa?..

Azrai Ahmad Zamri said...

to etuza:
w'slm..
syukran kerna sudi mmbaca =)
hmM, cerpen ini kisah peribadi yg diangkat untuk santapan masyarakat..
kerna sy percaya ramai antara muda-mudi hari ini yG berada dalam k0ndisi sebegini..
m0ga cerpen ini dapat mmberi ilham & kekuatan buat mereka brsama...

to mawar:
betul..memaafkan itu lebih baik..
jangan menilai insan pada masa lalu & masa depannya, nilailah siapa dia pada hari ini..

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
ternyata tiap insan ada kisahnya masing2..& tiada yG lebih mGerti melainkan dirinya sendiri.. tiada jua yG lebih mngenali diri kita melainkan hati sendiri..
m0ga kamu terus kuat melalui hari2 baru yG brlalu, yG tentunya jalan lebih sempurna dari-NYA..berkat perubahan yG telah kamu laksanakan..
m0ga dirimu & dirinya masing2 terus berada dalam maghfirah & rahmat-NYA..Moga dia membaca titipan n0tamu di sini..

NUR JANNAH said...

syukran maafkan diri ku kasih....
:(
sila ziarah kembali ke blog ana..enta nak tahu jawapan RISIKAN itu kan? ana dah dapat ketika majuk gan sorg akak senior disana..hehe..sampai ana demam sebab fikirkan...

Cik Mi Mi Ra Ra Ra said...

salam.

haha. minat gak & tawu,
tp msih kecik,
so xtawu wht's the real meaning of love. hehekkkk~

endingnye la,
lelaki ngn prmpuan tu cmne last skali?

hehe. nk buat novel ke??
yaaaaaaaaaaaaaa,bleh gak.
tapi mira nk FREEEEEEE. haha.

aNoZ said...

cerpen best.. bila nak buat buku? hehe

eKyN said...

mlam td sblum aku tdo...aku bace lg uh entry ko ni..kali ni lg penuh pghyatan aku..
emm dia kene cmtu bukan ats kerelaan kan...spupu die yg cam setan..

stiap org ade kesah htam n putih tsndiri...tuhan dah tetapkan..
tp kita sbgai manusia berhak menukar takdir kita hnya dgn DOA.

yup..doa adlah snjata mukminin...
tp klau bende bruk blaku kat kite..jgn cpat buat andaian ckap kite da byak bdoa...tp tuhan masih gak bg camni...em tak boleh..
ni adlah ujian..

aku penah bertanye : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



aku bertaye lg : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286


byak lg persoalan yg aku taye terjawab dgn jwapan dlam AL QURAN..


apepon..aku doakan masing2 memperoleh kbhgiaan hdup d dunia dan akhirat.

INSYAALLAH....


*maaf roy, aku ade msalah skit..tu yg aku lebih pnghyatan ni huhu.tp ko janji ek kasi aku muffin tu kalw ko mnang...eh mksud aku share ngan aku..hahaha

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
syukran inf0rm..ana da ziarah dan baca..insyaAllah, pilihan yanG tepat..ktenanGan hati jawapan yG baik

to Cik Mi Mi Ra Ra Ra:
w'slm..
huhu, kan da baca cerpen tu..
harap da tahu apa itu 'the true meaninG of l0ve'.. =)
0ic..nak tahu apa pGakhirannya yer..sila rujuk pelakon sebenar, mr.azrai..
n0vel? ay0yoo..
da ke oranG nak terbitkan? huhE

Azrai Ahmad Zamri said...

to aNoZ:
thanz.. ak perasan k0 pun j0in kan..
GudLuck br0! rugby player rupenya..huhu..
buku? tak laku laa.. ;0

Azrai Ahmad Zamri said...

to eKyN:
thanz sis..
ak betul2 trharu k0 sudi baca cerpen tak sberapa nie brkali2..
hmM..memanG begitu la kesahnya.. tiap oranG da masa lampau msg2 kan, mmG tak b0leh nak salahkan dia pun..kerna itu dia masih diterima bG mrk2 yG paham..

k0 ada masalah apa nie? tak nak k0ngsi ngan ak kew..
baca tazkirah k0 pasal mmperinGati ujian nie mmG tahu la k0 sdG diuji skrG..nyway m0ga tabah & teruskn berd0a, moga dibuka jalan petunjuk..yakinlah sesudah ksulitan itu pasti ada kemudahan... =)

joegrimjow said...

hoho
mantap ni
dah baca abes dah
pandai main2kan dengan bahasa
perkara yg cukup ussah untuk dibuat!

ni entry untuk review
thx ya

http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/perkenalkan-hakim-contest.html

Mohd Shahrul Hafizi said...

Menarik.
:)

NiNa' said...

salam,

masih mencari erti cinta.. huhuhu

best entry ni... =D

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
k0 pun baca?
thanZ! =)

to NiNa':
w'slm..
huhu, da baca pun belum jumpa ertinya ke? =) definisi cinta sejati mGikut agama dah dijelmakan di sini..
thanz!

Azrai Ahmad Zamri said...

to joegrimjow:
thanz br0..
maaf kalu entry nie agak panjanG..
kalu tak dapat mainkan bahasa tak dapat la jadi cerpen yG menarik kan..
yG lebih pentinG mesejnya sampai =)

0K..nnti sy jenGuk reviewnya..
syukran

starsyeea said...

salam..dunow how to react after reading ths n3..im so touched..seriously..it wasnt her fault tht she ended up like that..hell tht damn kazen! azrai..kalo betul ni true story, plz take gud care of her ok..coz tht poor girl sure deserves the best..

sheeshhh...<>

nice masterpiece neway! (^^,)

mutiara said...

ma xtau nk ckp pe...:( salam...

Azrai Ahmad Zamri said...

to starsyeea:
w'slm..
thanz f0r readinG..
hmM, dat was realy happened..
im kn0w dat its not her fault..
insyaAllah..
sesungGuhya dia sedG brbahgia skrG, brsama suami trsayanG.. =)

to mutiara:
w'slm..
kesah lama, adaptasi tak smestinya full real st0ry..right..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Pada mulanya agak malas nak baca. Hehehe. Tapi aku tahu penulisan ko ni lain dari yg lain sikit. So, bila dah start baca. Menarik plak. Hehehe.

:)

Sama-sama.

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
huhu..mmG payah blogger nak baca entry yG panjang2 nie, kecuali da minat..belum cuba belum tahu kan =)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Sebenarnya bergantung pada diri sendiri kan. Nawaitu kita mengunjungi blog-blog kawan yg ada. :)

shameel Iskandar said...

Saya juga tertarik dgn cerpen ni.

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
betul tu br0..
tp ak nGaku la, mmg tak termampu nak ziarah semua blog yG ak f0llow..byk sgt.. kalu ada yG sinGgah cni insyaAllah ak jenGuk balik..huhu

to shameel Iskandar:
thanz br0..
kesah benar cam nie maybe lebih menarik untuk dihayati..kan

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ramai sangat ko follow? Beratus-ratus? Hahaha. Aku follow blog-blog yg aku rasakan berkualiti dan memberi input yg baik.

ZaaRz said...

hehe...

bagus, berbakat jugak menulis cerpen ek..

setiap bait kata2 yang digunakan pun, memang sesuai sebagai sebuah cerpen...

hehe.. teruskan penulisan anda. :)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mohd Shahrul Hafizi:
mulanya memanG ak pun sama, f0llow blog2 yG ak minat jew..
tp akhir2 nie ramai yG datanG f0llow blog ak & mintak ak f0llow di0rang balik..nak tolak pun cam tak kena kan..
f0llow jew la..huhu

to ZaaRz:
thanz br0..
nak kata study sastera tu takda la, tapi sikit2 boleh la menulis..
syukran atas s0konGan =)

manna_salwa said...

td jln2.. sambil2 tgk entri lame kat cni..
terjumpe la sy dgn cerpen ni..
wah~ best2..
tahniah2..
^_^

Azrai Ahmad Zamri said...

to manna_salwa:
hehe..
rajinnya dia belek2 entry lama..
thanz yer sudi membaca =)
m0ga mendapat manfaat

manna_salwa said...

hehe.. bace random je..
jumpe pulak entri ni..
sesame.. bkn bc kosong je.. sy pon dpt sumthing dr cite ni..
=)
well done bro!

Edina Kasyah said...

aik.cerpen ni.sama mcm entri baru??

qamarguyz said...

to manna_salwa:
thanz sis..
yang baik sama-sama kita kongsikan =)

Edina Kasyah:
hehe..
sampai ke sini dia selongkar..
terharu ;)
yer laa..cerpen ni memang da lama pun..juz edit agar sesuai dengan konteks c0ntest jew