Sunday, January 24, 2016

Ke Mana Menghilangnya Qamarguyz?


Setelah aktif menulis sekitar tahun 2010-2011 sehingga mampu menjana income sampingan dan mengenali ramai kenalan melalui laman ini, penulis mula berundur diri sekitar tahun 2012. Hanya 15 posting diterbitkan pada tahun tersebut dan 3 posting sahaja pada tahun berikutnya dengan yang terakhir pada 15 Ogos 2013. Ini bermakna sudah lebih 3 tahun penulis tidak aktif di laman maya ini.

Ke mana menghilangnya qamarguyz?

PENDIDIKAN:

Penulis mula sibuk setelah melanjutkan pengajian di UKM dan bergiat aktif dalam beberapa persatuan, khususnya sebagai Exco Persatuan Mahasiswa UKM (MPP UKM) dan Presiden Kelab Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi UKM. Penulis kemudiannya berjaya menamatkan pengajian pada Oktober 2013 dengan Kepujian Kelas Pertama.


KERJAYA:

Sebaik seminggu menamatkan pengajian, penulis telah diterima berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Putrajaya sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak setahun kemudian. Ini kerana penulis telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik di sebuah syarikat pembinaan tempatan sebagai Eksekutif Risiko dan Pematuhan.


KELUARGA:

Ketika masih bekerja di Putrajaya iaitu pada Mei 2014, penulis telah selamat menikahi seorang gadis berasal dari Melaka. Kini kami hidup bahagia berdua, doakan moga cepat kami terima cahaya mata.


MASA DEPAN:

Alhamdulillah, hari meniti hari kini penulis masih sibuk mengurus hidup demi masa depan yang lebih cerah. Semoga dengan doa keluarga dan teman-teman, perjalanan kami seterusnya dipermudahkan dan sentiasa berada dalam redha Ilahi.


Bagi rakan-rakan blogger yang masih mengenali dan ingin berhubung atau mengikuti perkembangan penulis, boleh add friend di Facebook Azrai Zamri atau Instagram qamarguyz.

Salam. qamarguyz.

AKSARA CINTA ILAHI

6 comments:

Nur Fannun said...

wah, tahniah dah berjaya skg...dh ada fmily sndri lak tu

Eye_nee said...

Tahniah Sahabat....Hilang serabut tanda soal dikepala lihat N3 kamu ini..dah bekerjaya dan bekeluarga kamu kini..Semoga Rahmat Allah sentiasa megiringi kehidupan kamu dunia dan akhirat...

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

silvi landa said...

988Bet | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi
Bandar Judi
Bandar Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola

Lia Irdelia said...

tahniah.. moge terus success..

cik nurussalwa said...

Salam ziarah.
Its been a while.
The Garden Of Love pun dah lama tak dihiasi dengan post baru.
May Allah bless us.