Monday, March 12, 2012

Nota Cinta Dia..


Fitrah manusia ingin dicintai & ingin mencintai
sesekali mencintai pasti akan terus mencintai
sesekali dicintai buat selamanya ingin dicintai

Oleh itu pesanlah pada diri
jangan salah memberi hati pada yang tak sudi menerima hati yang suci
sekali anda memberi buat selamanya anda ingin dihargai
sekali anda dilukai buat selamanya anda ingati

Pesan lagi pada diri
janganlah terlalu mencintai
sekali anda tidak dicintai buat selamanya anda dilukai
itulah fitrah cinta kita

Cintailah yang mencipta lebih dari apa yang dicipta
kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta
cintailah Ilahi sesungguhnya ia kekal selamanya!

40 comments:

Cik Nur said...

betul..mencintai PENCIPTA lebih afdal.. :)

Nur Zulaikha said...

cintakan bunga,bunga kan layu
cintakan harta, harta itu nnt akan tinggalkn,
cintakan manusia,ia akan pergi
cintakan Ilahi, Dialah yang kekal abadi..

etuza said...

Asalam.
Hanya pada Dia ..kita pelakon yg perlu kekalkan hemah dan iman di dunia sementara.

ahsfantasy24 said...

bercinta dengan yang selayaknya
dicintai dan mencintai; batas biar ada ^^

mamawana said...

Assalamualaikum...

Ya cinta manusia tidak kekal kerana hati mudah berubah2... tidak setia dan rapuhnya perasaan. Cinta pd Illahi itu lebih teguh, lebih gagah utk meniti duniawi dlm perjlnan menuju titian sirotholmustaqiiim.

dear yayah said...

hati manusia ni selalu berbolak-balik.. :)

Eye_nee said...

Assalamualaikum Roy..

Akhir2 ini terperasan pula kamu sering bercerita ttg cinta...R U In Love????....hehehehe...

Cinta Dunia..
Bagai Melihat sebuah karya Abstrak
Sukarnya memahami
Payahnya utk dimengerti
Keindahannya sementara milik duniawi

Cinta Insan..
Damba ingin dicintai
Mahukan dia mencintai
Sedang saling dicinta dan mencinta
Bencana menimpa tak terduga
Mati dan terkubur sebuah cinta

Cinta Ilahi..
Lambang keagungan kealam tiada mati
Kunci membuka pintu Firdausi
Tempat Persemadian Kekal dan Abadi

.x i a o w e i. said...

beshhhhh :) xyah cinta kawen terus

.eypgonzales. said...

CINTA yang kekal abadi adalah cinta pada ILAHI .. :')

steffany daph said...

cinta Dia lebih hebat dari cinta manusia. (:

qamarguyz said...

Cik Nur:
lebih utama..
tapi siapa Pencipta kita??

Nur Zulaikha:
yurp..hanya Dia yg abadi..
dulu, kini & selamanya..
bukan parti

qamarguyz said...

etuza:
w'slm..benar pakcik..
tp malangnya terlalu ramai yg ingin menjadi hero dalam pentas lakonan sementara ini..
masalah juga tu

ahsfantasy24:
batasnya telah ada, tetap ada..
cuma kita yg melanggarinya

qamarguyz said...

mamawana:
w'slm..
a'ah kan mama..
sukar betul mencari si setia, apatah lagi yg berdara..dunia2

dear yayah:
terlalu murah..
jual2..sape nak beli hati manusia..
seringgit satu!

qamarguyz said...

Eye_nee:
w'slm kak..
takda laa..juz takda modal nak menulis..s0 paparkan sj quote2 yg ada dalam simpanan nie..hehE
dahsyat puisi cinta ni..
akak tulis ke? bila?

.x i a o w e i.:
kalu dah tercinta cam ner ek?
huhuu

qamarguyz said...

.eypgonzales.:
bibir mudah berkata..
tapi hati kadang tak terasa..
cinta dari-Nya

steffany daph:
hebat..
seagung pawana

alfarafishah said...

As salam.

Cinta vs CINTA. Rasa cinta merupakan fitrah manusia. Terkadang is wujud di hati tanpa kita duga...Tidaklah salah andai dalam hati telah terdetik rasa cinta pada insan, persoalannya saat itu adalah bagaimana rasa cinta itu diuruskan. Jika merasakan sudah mantap, sudah istikharah, sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri/suami, maka silakan langsung menikah.^^

Sesungguhnya tidak ada jalan yang lebih baik bagi dua orang yg saling mencintai selain nikah.

Seandainya belum bersedia, maka tatalah cinta itu sebaiknya. Jaga hubungan dengan Allah, tingkatkan ibadah, banyakkan zikrullah, semoga dgn bercambahnya CINTA, maka cinta tadi dpt kita uruskan sebaiknya. InsyaAllah.

p/s: persediaan yg paling penting sebelum nikah adalah IMAN. Jadi berusaha utk mantapkan iman sebelum mendirikan masjid. =)

~sekadar pendapat seorang insan yg bergelar hamba-Nya.

Wallahua'lam.

Cikgu Ma said...

ingin dincintai sesiapa sahaja...

Aida Omar said...

mudah mencintai dan mudah dilukai.. jadinya berhati2 la memilih cinta.. cintailah orang yg benar2 milik kita :)

nisa said...

^___^.. saya setuju....mencintai PENCIPTA lebih afdal...

.MEOW. said...

Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
- CInta Hakiki, Raihan.

Hanya mampu quote my favourite Nasyeed group, sebab tak reti aih bab2 cinta nih. >,>

Lama tak singgah sini. Alhamdulillah ada peluang jua.
Assalamu'alaikum. :)

Hiddy Asri said...

Cintailah Dia; Pencinta Yang Abadi

cik marikh said...

fitrah..
pandai kawal diri, sucila hati..
andai terlalu mengikut emosi? rosaklah hati...

cik syera said...

bila kita mencintai Dia lebih dpd segala nya , insyaAllah , cinta insan juga akan hadir dpd Dia ...

Mohamadazhan.com said...

salam alaka

cinta sang Pencipta tanda kehambaan kepada-NYA

Kasih Salina said...

Mencintai-Nya..cinta yg kekal abadi..

Sis AI said...

InsyaAllah akan ingt pesanan ni.. Kawal2 la bila ada sbarang prasaan tu..

syafiqakarim said...

"janganlah terlalu mencintai
sekali anda tidak dicintai buat selamanya anda dilukai
itulah fitrah cinta kita"

betul.cinta ilihi kekal abadi

Prettywrite said...

sweet..
satu kesilapan di masa lalu..

obat asam urat alami said...

love is cinta !

amna said...

Cinta Sejati pada Dia Si Pemberi Cinta :)

like2!

babycomel said...

memberi cinta kepada yg benar2 sudi menerima cinta, pastinya kita akan lebih dihargai..

trica jus said...

waduh ora ngerti nengkono kae... :)

qamarguyz said...

alfarafishah:
w'slm..
satu nama yg asing, tapi bisa dikenali..syukran atas pesanannya..
tepat sekali..
bersedia atau tidak, pasti ada jalannya..dalam mengejar Cinta & CINTA =)

Cikgu Ma:
Aku cinta sayang kamu

qamarguyz said...

Aida Omar:
selalu mencintai & selalu dilukai..
hakikatnya siapa sebenarnya milik kita? tetap seorang hamba Tuhan..
maka cintailah DIA

nisa:
untung laa..
dah kahwin..huhu

qamarguyz said...

.MEOW.
w'slm..
tak mengapalah, blog ni pun dah lama berhantu..dah tiada aksara baru, yg membawa kepada cinta nan Satu =)
lama juga tak dengar lagu-lagu Raihan nie..huhu

Hiddy Asri:
DIA..pencipta nikmat tanpa berbelah-bahagi

qamarguyz said...

cik marikh:
benar..yg penting pandulah fitrah dengan ilmu..
j0m dengar kuliah UAI!

cik syera:
hanya tunggu masa, tempat dan orangnya..bersabarlah

qamarguyz said...

Mohamadazhan.com:
kita hamba biasa..
tiada apa-apa

Kasih Salina:
moga sampai syurga

qamarguyz said...

Sis AI:
InsyaAllah..
ingat untuk diri sendiri..
dan peringatkan untuk orang lain

syafiqakarim:
best kan frasa tu..
sy pun suka..
huhu

qamarguyz said...

Prettywrite:
belajarlah daripada kesilapan =)

obat asam urat alami:
cinta itu apa??

qamarguyz said...

amna:
izinkan aku bercinta..

babycomel:
pasti..dan tiada yg lebih mengerti serta menghargai kecuali DIA

trica jus:
=)