Monday, February 06, 2012

Cinta Itu Buta

       Cinta adalah urusan hati bukan akal, sebab itu perkara yang dilakukan oleh yang bercinta tidak mampu dikawal oleh akal apakan lagi menerimanya. Hati membutakan dan mentulikan akal. Sebab itu kita sering mendengar orang berkata ‘cinta itu buta.’ 

   Kata-kata ini ada kebenarannya kerana apabila kita mengatakan ia adalah urusan hati, bererti ia tidak melihat tetapi merasa. Melihat itu urusan indera luaran, dengan mata, mata akan memindahkan kepada akal untuk menghukum. Mata tidak memiliki apa jua kekuatan selain dari melihat. Tugasan menilai adalah akal. Di sini akal menghukum bahawa cinta itu buta kerana melakukan perkara yang tidak dipersetujui oleh akal. Akal adakalanya mengatakan bahawa pekerjaan orang yang bercinta itu bodoh dan sia-sia tetapi hati mensucikannya. Akal menilai kerja yang dilakukan disebabkan cinta adalah sesuatu yang menyusahkan tetapi bagi pencinta ia amat menyenangkan. Si pencinta akan menjadi Majnun yang fana dengan cintanya, meninggalkan dirinya, egonya dan akalnya demi menikmati keindahan cinta ciptaannya.

“Cinta adalah hikayat tanpa penghujung, sakit tanpa ubat, akal kebingungan untuk memahaminya, jiwa tidak terdaya untuk menanggungnya, pencinta menjadi korbannya, yang mengaburi pandangan, pandangan bagi yang kabur.”
Rasael Khawaje Abdullah Ansari

“Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.”
Rumi

71 comments:

Adylia Qarissa said...

yea..memang cinta itu buta dan kadnag-kadnag ia boleh melalaikan kita.

amna said...

semuanya saling menolak kepd stu dgn yg lain ^^
-cinta benar buta :)

..FiqaComey.. said...

tak,, bagi fiqa cinta x buta.. tapi kita yg buta,, jgn salahkan cinta itu,, kerana cinta adalah amat indah.. :-) percayalah,, cinta itu terlalu indah.. ehek.. pape pun nice sharing.. ;-)

Tihara said...

cinta itu anugerah dari Illahi :)

chunna said...

http://bukanplanetkamu.blogspot.com/2012/01/di-mana-letaknya-cintaku-cintamu.html

Yatie Awang said...

cinta anugerah terindah yang diberikan Allah pada setiap hambanya...kita yang membutakan cinta itu...cinta tidak perlu diucap dengan kata2..hati sendiri memahami kehadiran cinta, kalau kita memiliki cinta yang sengsara, itu bukan cinta kerana cinta itu indah

sea_lavender said...

menarik tentang cinta pandangan saudara~~

sye juga pernah post entry tentang cinta~
sekadar berkongsi :

http://wanieysmile0201.blogspot.com/2011/05/cinta.html

Kalamhati said...

Cinta itu anugerah dari Allah..=)

mamawana said...

Cinta sekadar perasaan spt lapar dan haus yg berpanjangan. Sayang benci slih berganti. Cinta sejati cinta haqiqi memenuhi iman dan taqwa. Jangan buta hati.

Yana Libra said...

Cinta menutup logik akal~~

Tapi..cinta tu adalah sesuatu yang indah :)

ZiErWa zAiNaL said...

cinta sgt indah..tgk pda cara kita.. cinta x buta..manusia yg membutakan cinta..

Cik Laure Weng said...

Cinta adalah urusan hati bukan akal,..
p/s:suke yg nie.

Titisan Hujan said...

itu lah nikmatnya cinta

laskar pelangi said...

cinta tu tidak buta.tp manusia yg membuatkan dirinya buta menilai cinta.

chewah!hihihi =D

Faiq Aiman said...

cinta makhluk berubah-ubah
cinta Ilahi kekal abadi :)

Encik Fikhri said...

ya cinta itu buta..kalau kau orang gaduh2 lepas tu main tikam-tikam mata..haha joking.ok tak lawak.

hati~♡ said...

entry yg menarik hati.. ^_^

hara said...

cinta mmg buta kalau x dnilai dr hati. celik hati, celik cinta

:: Cik Nur :: said...

cinta itu mmg buta, tapi kita jangan membutakan cinta tu... :)

Typing Error said...

salam.
mungkin cinta tu tak pernah buta tapi kita yang selalu membutakan mata kita atas alasan saya cintakan awak dan awak cintakan saya.

Muttallif said...

Cinta buta kerana tiada mata dan tiada akal untuk menilai. kecuali kita yang mengawalnya.

Nur Aischa said...

betul tu, cinta tu sgt2 buta.. walaupun buta, tp tetap dpt membahagiakannya.. :)

A'IM said...

terlalu taksub dengna cinta sehingga hati melebihi akal fikiran. selalu merosakan badan sendiri

Ungu Violet said...

cinta indah dan menyakitkan..:)

asliner said...

"to love someone is nothing..
to be loved by someone is something..
to be loved by someone you love is exciting..
but to be loved by Allah is everything"

suke sangat quote kat atas nie..

p/s: cinta jadi buta mungkin sebab kita yang tak pandai mengawalnya..

thomas said...

indah betul,tengah bercinta ke?

Khairul Anam said...

cinta..... memang indah..... =)

Fikri said...

Hoho.. nice. Like3


*Cinta itu buta dan membutakan. :D

Amirah Adnan said...

cinta adalah anugerah terindah dari Allah :)

naiemah_ramli said...

cinta..cinta..cinta..cinta tak buta..org yg buta..:P


*mcm jiwang smacam je ayat naiemah ni :(

Dina Kasyah said...

haha.mati2 sy igt incik roy nak cari gaduh dgn sy td..sebab sy pun pernah post pasal cinta tidak buta.hik3.sy sokong entri incik roy..sokong.cara penyampaian tersusun.hebat la.boleh jadi penulis.gud luck!

Lia Irdelia said...

sangat nice! :)

syira syah said...

cinta tak ade mata. hakhak!
mostly cinte tu bute kan. :)

Zakaria's daughter said...

bila dah cinta , semuanyanampak indah. terkadang apa yang kurang elok pun masih cantik dilihat :)
tu lah , cinta kan buta.
keke

Diyana Norman said...

cinta itu buta dan boleh membutakan

ahsfantasy24 said...

benar..
cintaboleh membunuh kewarasan
dan dapa akhirnya akan terbit kekesalan
jika cinta itu penuh kejahilan..

Eye_nee said...

C ukup
I ndah Ungkapannya
N amun seringkali
T umpas Kewarasan
A kal bila nafsu Hati yg memacunya...

DOMU-KON said...

Cinta....

Cinta....

Cinta....

Cinta....

Cinta....

Cinta....


Cinta....

Cinta....

Cinta....

Cinta....

Cinta.......


hurm... tak suka

miranadia said...

cinta...kalau kena pada gaya ...insyaAllah berkat

Princess Nusy said...

touching nye kata2 tu..cinta tu indah..tapi cinta bleh wat sesorg tu buta..smpai akal xdpt mmbezakan mana baik dan buruk..^^

misyamissyou said...

cinta bukan organ, bkn sesuatu yg bernyawa..cinta tu ape yg dirase..memang urusan hati..manusia yg buta cinta

shafiqa said...

:)

qamarguyz said...

Adylia Qarissa:
benar..cinta itu terlalu indah bagi sang pencinta..
alpa & leka itu biasa

amna:
akal menyalahkan hati, hati menyalahkan akal..begitu juga dengan jiwa & emosi..maka bimbinglah semuanya dengan taqwa

qamarguyz said...

..FiqaComey..:
betul la tu..
cinta itu fitrah, fitrah itu indah..kerna itu ianya dicipta Allah..cuma keindahan boleh membawa punah, jika dibiarkan tanpa arah =)

Tihara:
masih mencari cinta sejati..
nan abadi

qamarguyz said...

chunna:
wahH..dia pun nak bicara soal cinta ;)

Yatie Awang:
pendapat yg bernas..
cinta yang membawa sengsara itu bukan cinta kan =) nyway cinta patut datang dr hati ke naik mata, bukan dr mata turun ke hati

qamarguyz said...

sea_lavender:
syukran atas pembacaan & perkongsian..
InsyaAllah, nanti sy menjeguk ke sana =)

Kalamhati:
anugerah itu hadiah..
hargai dulu DIA si pemberi cinta, baru kita dapat menghargai cinta yg diberi oleh-Nya =)

qamarguyz said...

mamawana:
sangat setuju dengan pandangan tersebut..ianya cuma satu rasa, satu perasaan..buat mendekatkan hubungan insan sesama insan, menuju Tuhan

Yana Libra:
cinta menjadi tidak logik..
bila kita mula berfikir mengenai logiknya =)

qamarguyz said...

ZiErWa zAiNaL:
yurp..frasa itu cuma analoginya saja bukan..cinta bukan makhluk, mana mungkin melihat..yang melihat adalah kita, si penerima cinta =)

Cik Laure Weng:
wilayah berbeza..
tapi hakikatnya tetap sama..
cubalah jalinkan keduanya =)

qamarguyz said...

Titisan Hujan:
nikmat cinta..
bila nafsu diperkosa & iman bertakhta

laskar pelangi:
agreed with u..
manusia buta apabila menilai cinta dengan mata kepala, sepatutnya ia dinilai dengan mata hati..kerna cinta soal hati..menilai cinta hanya dengan mata fizikal yg ditemui cumalah nafsu, yg dilihat cuma paras rupa, harta benda, kerabat diraja

qamarguyz said...

Faiq Aiman:
tapi cinta makhluk tetap dicari..
dipuji dipuja sampai mati

Encik Fikhri:
best k0men nie..
tak gelak, tapi tersenyum sendiri =)
Thanz

qamarguyz said...

hati~♡:
hati kita sering tertarik ;)

hara:
kesimpulan yg tepat lagi bijak..
tahniah kerna memahami erti cinta

qamarguyz said...

:: Cik Nur ::
pulak dah?..
hihii..macam2..
jangan kita yg betul2 buta sudah ;0

Typing Error:
w'slm..
itu antara sebabnya..
seperti sy nyatakan, cinta tak patut dilihat menerusi mata kepala, memang tak nampak ;)

qamarguyz said...

Muttallif:
dats rite =)
sama macam komen sy sebelum ni..
pandangan cinta terletak pada pandangan kita..gelap hati kita, kaburlah cinta kita..buta hati kita, butalah cinta kita!

Nur Aischa:
bahagia sebenar wujud pada ketenangan jiwa, bukan kesenangan material..
ayuh bercinta! ;0

qamarguyz said...

A'IM:
cinta rosak binasa bila hati dijajahi emosi..dan nafsu..
maka lindungilah hati kamu duhai pencinta, dengan iman!

Ungu Violet:
cinta..
penuh warna-warni =)

qamarguyz said...

asliner:
very nicE..
thanz 4 sharing! ;)

thomas:
tak laa..
tengah putus cinta!
ahaakss ;0

qamarguyz said...

Khairul Anam:
cinta..
kadang-kadang payah

Fikri:
TQ..
maka pimpinlah cinta yg buta,
moga ia selamat tiba ke destinasi nan bahagia =)

qamarguyz said...

Amirah Adnan:
selain cinta?..
pasti ada yg lebih indah =)

naiemah_ramli:
tengok muka dah tahu..
naiemah minah jiwang!
kui3 ;0

qamarguyz said...

Dina Kasyah:
jangan la mati dl, Dina muda lg..belum puas bercinta lg..bukan? ;)
hihii..nyway sy baru baca entry sis pasal tu..best! pandangannya sama sj, cuma penyampaian yg berbeza

Lia Irdelia:
TQ..
k0men2 la selalu..huhu

qamarguyz said...

syira syah:
betul..cinta takda mata, macam mana nak buta? si pencinta yg buta =)
cuma dlm sudut berbeza, maybe keadaan tak menentu, kebetulan tanpa tahu itu yg boleh membuatkan kita mganggap cinta benar2 buta

Zakaria's daughter:
itulah...
nak bercinta tp tak pandai..
kan3! siapa suruh melihat cinta guna mata kepala, yer tak dik =)

qamarguyz said...

Diyana Norman:
moga kita semakin celik cinta..
bukan celik IT saja..
hehE

ahsfantasy24:
biarkan mereka bercinta..
asal dengan ilmu & keimanan..
cinta insan selepas akad pernikahan

qamarguyz said...

Eye_nee:
moga kita selamat dengan cinta-Nya..
yang mencintai setiap manusia,
selagi taat beragama

DOMU-KON:
ni mesti kes baru putus cinta ni?
bersabarlah..
;)

qamarguyz said...

miranadia:
benar..
cinta ada gaya, ada cara..
nak memandu kereta pun kena ada jalan raya, inikan pula nak memandu hati & jiwa..carilah jalannya =)

Princess Nusy:
tersentuh plk dia..huhu..
selamat bercinta!
;0

qamarguyz said...

misyamissyou:
berawaslah dengan cinta, awasilah soal rasa..kerana kadang ianya terpedaya, dengan silau pandangan mata yg mempersona =)

shafiqa:
senyum aje..
ngah bercinta?
atau sudah terjatuh cinta..
hihii

LidiaSuraya said...

indah kan perasaan bile bercinta... buat kita sentiasa senyum je kan?

Fazri said...

cinta emang buta tapi tak sebuta yang dipikirkan karena cinta kan digerakan pake otak bukan hati...

cart kartika said...

cinta illahi, itu yg kekal n mnjanjikan kbhgn slamanya..

seronok kan kalau dapat benda free dalam hidup ni ^__^

http://cartiecacloset.blogspot.com/2012/02/benda-free-dalam-hidup.html

Aida Omar said...

cinta itu anugerah dari Allah.. tak semestinya cinta pada kekasih je..tapi kalau cinta pada kekasih memang cinta buta sanggup buat apa sahaja walaupun hal terlarang..

Eryati said...

eheheheh...mmg teda mata pon..eheheh...manusia yg 'buta' sebenarnya

qamarguyz said...

LidiaSuraya:
senyum s0kmo kan..
tapi bile kecewa dalam cinta pun, pastikan tersenyum jua..
pasti ada hikmah di sebaliknya =)

Fazri:
betul..
tapi kuasa cinta selalu membuatkan otak lemah tak berdaya..lalu nafsu & emosi yg merajai..hihii

qamarguyz said...

cart kartika:
seronok..tapi kadang benda free selalu tak dihargai..kan3?
lihat saja alam sekitar ini..
kasihan

Aida Omar:
betul kak..
sepatutnya apa yg kita sanggup buat terhadap kekasih, itu juga perlu kita buat kepada Kekasih =)

Eryati:
buta melihat cinta,
hidup seolah sia2 =)

mselim3 said...

cinta memang buta....so berhati2 jgn sampai buta dah....heheh

cinta pada Allah adalah hakiki , ...... pada manusia hanya kasih aje,,,x boleh lebih....kerana cinta hanya pada pencipta...peace...

Amin....