Friday, January 27, 2012

Farah Lee Yang Kukenali..

Hari ini genap seminggu pernikahan sepupuku Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli (aku panggil Fatin saja) dengan selebriti terkenal Ally Iskandar. Seisi famili turut bergembira kerana lamaran yang diterima pada Syawal ketiga yang lalu kini telah diikat dengan janji setia. Semoga hubungan ini berkekalan, seterusnya mengukuhkan lagi usaha Farah Lee untuk memperjuangkan pendirian dan keteguhan prinsipnya: membina sebuah kehidupan yang berlandaskan keyakinan tinggi terhadap ketentuan Ilahi - 'Kunfayakun' (sebuah medan yang terinspirasi di sini)..

Dikerumuni wartawan sewaktu termeterainya lafaz ijab & kabul..
Sempat menjeling sejenak setelah diseru nama keduanya..
Famili Acu segak berseragam kelabu..
Pak Cu turut diwawancara wartawan TV3..
Riak keletihan namun ianya satu kepuasan buat pasangan pengantin
Raja sehari bersanding di sebelah malam..
Riang ria bersama hadiah kiriman teman & saudara..
Gambar lama sekitar tahun 2010 - aku & Farah Lee..

Farah Lee yang kukenali sememangnya seorang yang bersifat peramah, ceria dan 'hepi go lucky,' maka tidak hairanlah jika dirinya mempunyai ramai kenalan di segenap ruang maya dan nyata. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau turut dikenali dengan sifat tegas dan lasak, maka apa sahaja aktiviti daripada memanjat bukit sehingga bermain bola bersama saudara dan teman turut disertainya. Dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang, beliau juga mempunyai kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang baik. Pengalaman sebagai anak rantau sejak empat tahun lepas nyata mematangkan fikiran dan tindakan, lantas mencetuskan satu perubahan dalam 'world-view' kehidupan. Semoga dengan segala kelebihan yang ada, Farah Lee dapat memandu dirinya sebagai wanita contoh kerana beliau kini sudah menjadi tumpuan lensa mata masyarakat Malaysia.

p/s: Bagaimana dengan Ally Iskandar? Setakat yang aku kenali hingga kini, ternyata Ally juga bukanlah seorang yang susah atau sombong untuk diajak bergaul. Mungkin pengalamannya yang lama sebagai selebriti menyebabkan beliau sudah biasa untuk menyantuni setiap orang dari mereka. Nantikan entry seterusnya berkenaan kehadiran A&F ke majlis pernikahan adik aku pula, dua hari selepas daripada majlis pernikahan mereka ini.

111 comments:

Encik Suami said...

wah..seronok la dpt kenallebih rapat ngn ally.so..azrai panggil ally apa?

Anak Wak Mail said...

wah,,dah jadi sedara la ni..tahniah buat diorang..sama cantik sama padan..;)

bagus betul keperibadian farah lee..;)

Rafhan said...

Salam orang bulan... oh, farah Lee, sepupu Qamarguyz rupenye. Saya pun ada tulis pasal dia di blog saya baru2 ni... Nice la.. sepupu sepapat blogger... :)

Blog Farah Lee

izfanora said...

sepupu rupanya.. muka kamu berdua lebih kurang..

tuan blog dah berkahwin ?

semoga mereka terus bahagia sehingga ke akhir hayat..

Mohamadazhan.com said...

sepupu artis tu bro.hehe.

bereh2...lama tak mai jenguk sini...harap sihat2 ya =)

Adylia Qarissa said...

dah jadi sepupu ally yea...huhuuuu..

kalo cakap adik beradik pon orang percaya sebab muka dah seiras :)

mamawana said...

Mamawana sangat seronok dan tumpang gembira dgn pernikahan Ally dgn Farah Lee

Aini Azman said...

kirim salam kat mereka berdua,.=)

eintan nurfuzie said...

wa....mmg sepadan dorang....
dulu admirer gile ngn ally..n sedih bila cinta dia kecundang...tp xpe....allah bagi yg lebih baik kan...tahniah both of u aly n farah

Diyana Norman said...

she's so natural... pmpn contoh

Eye_nee said...

Cantik orgnya...sepupu kamu rupanya...semoga kebahagiaan mengiringi setiap langkah pasangan ini sehingga langkah mereka yg terakhir....

ecadwinkyasha said...

eh sepupu rupanya..baru je masuk blog farah tadi...

zulkbo said...

salam..
wahh..sepupu ke..?
tahniah pada anda
dan keluarga..

ermm..tumpang glamor
juga ye..nanti gambar
sanding post la kat sini

najwa's said...

la, kezen rupanya. :) best2..

mama aini said...

assalam qamar..ehem sepupu farah lee rupanya !!..Tahniah buat farah & ally serta `adik` qamar !!! mama suka tgk diaorg, sama comil & ensem..he2x....semuga berbahagia hingga akhir hayat..amin..

org muo said...

tahniah bro... sedara sepupu mcm adik beradik jgk

cik kiwi's said...

wahhhhhhhhhhhh..kim slm bang

hana said...

ohhh..
ri tu de terbace dekat satu blog pasal pengantin baru ni gi perkahwinan sepupunye..
rupa2 nye adik awak yg kawen tu ye??
hehehe...

blog-tips-kurus said...

sedara selebriti la yek sekarang ni?
semoga mereka kekal bahagia. sepadan! :-)

cHEnTa TiKa said...

wah syoknye.. dapat sedara artis.. kim slm ye.. kat pasangan pengantin

cik bulan said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..kazen upanya..ecece..(eksaited tetiba..:P)

asliner said...

owh yeke..
kecik je dunia nie kan..

itulah, semoga mereka bahagia berkekalan hingga ke anak cucu..=)

Fikri said...

Laa.. sepupu ka? ptot muka nk sama. Haha. *tetiba

||aLeaSaRa|| said...

wah sepupu tu...krm slm dari kamo bloggers utl kedua-dua pasangan A&F ye.

officemate saya thn lepas pergi korea dan mmg sempat berkenalan dgn farah lee.mmg dia peramah dan friendly.

Princess Nusy said...

lahai..keciknye dunia..hehe..moge dorg bhagia n kekal smpai akhir hayat...Aminnn.. =)

♥ NuR 'aQiLaH ♥ said...

wahhhhh bestnye!

kem salam kat pengantin ye.. ;)

AlyNn NyzAa said...

wah..sePupu?? untUngnyA..:)
sm0ga bbAhagia Ally & Farah ^^

qamarguyz said...

Encik Suami:
hehE..panggil apa yer..
ada la satu nama manja si ally nie ;)

Anak Wak Mail:
thanz..
tumpang gembira untuk kebahgiaan teman & saudara kan =)
Alhamdulillah

qamarguyz said...

Rafhan:
w'slm..
hahaAa..kelakar pulak panggilan 'orang bulan' tu ;0
a'ah, Farah Lee ni pun blogger juga..baru lagi..tapi makin popular la sekarang kan

izfanora:
hehE..soalan bonus untuk tuan blog pulak yer? ;0 muda lagi k0t..
tunggu la dua tiga tahun akan datang

qamarguyz said...

Mohamadazhan.com:
huhu..lebih kurang laa..
nyway s0ry juga lama tak menjenguk ke sana..sihat aje =)

Adylia Qarissa:
muka sapa yg seiras?
sy dan si Farah yer..huhu..
kalu dah dari darah keturunan yg sama kan, sikit-sikit mesti ada kot =)

qamarguyz said...

mamawana:
kita sama-sama mendoakan kebahgiaan mereka..moga kekal ke syurga =)

Aini Azman:
InsyaAllah..
ner tahu si Farah ada terbaca post nie kew..huhu

qamarguyz said...

eintan nurfuzie:
wahH..admirer yer?
huhu..yg baik pasti mendapat yg lebih baik..InsyaAllah =)

Diyana Norman:
agak laa..
keperibadiannya memang tak dibuat-buat =)

qamarguyz said...

Eye_nee:
sepupu si ensem, sure la cantik kan kak?..ahaaks! ;0
InsyaAllah, syukran atas doa untuk mereka..

ecadwinkyasha:
yurp..selalu la masuk blog farah, & masuk blog ini juga..huhu =)

qamarguyz said...

zulkbo:
w'slm..
hehE, sekali-sekala tumpang glamor kan tuan..yurp, nanti sy uploadkan gambar2 majlis pernikahan adik sy plk..nyway thanz =)

najwa's:
best la juga =)

qamarguyz said...

mama aini:
w'slm mama..
yer la, sama padan kan..
bak pinang dibelah-belah ;)
ameEn, sama-sama kita mendoakan yg terbaik buat pasangan ini

org muo:
terima kasih tuan..
yer la kan..nak2 sepupu rapat cam nie, zaman kanak2 memang seperti adik beradik laa =)

qamarguyz said...

cik kiwi's:
uikkk!..ni nak kim salam kat abg ke kat sape? hehE =)

hana:
l0rr..yer ke sis?
terbaca kat blog mana tu yer?
a'ah, majlis pernikahan adik sy la tu

qamarguyz said...

blog-tips-kurus:
hehe..nampak gaya cam tu la kan =)
InsyaAllah, kekal selamanya

cHEnTa TiKa:
huhu..ada kesempatan salamnya bersahut la tu =)

qamarguyz said...

cik bulan:
hahaAa..si CB ni pulak yg excited yer ;0

asliner:
dunia memang kecik,
tanah melayu ni lagi la kecik..hihii..
InsyaAllah =)

qamarguyz said...

Fikri:
tak perasan pun muka nak sama tu dl..
tapi bila duk tenung pic kat atas tu, maybe la k0t..huhu

||aLeaSaRa||:
thanz bloggers..teruskan membina harapan, bukan memberi ancaman..
InsyaAllah =)

qamarguyz said...

Princess Nusy:
amEen..
harapnya begitulah kan =)
lama tak nampak..
s0 hows life?

♥ NuR 'aQiLaH ♥:
senang citer nanti sy suh pengantin baca mesej salam awak nie la..kui3!

AlyNn NyzAa:
untunglah mereka dah selamat =)

eszyamin said...

owh sepupu upenyer..farah lee skrg ni buat ramai lelaki jeles dgn ally..yelah pakej lengkap ally dpt dr seorang isteri..agama dan kecantikan itu selaras..inshaALLAH semoga mereka kekal hingga akhirnyer..ameen..

Lia Irdelia said...

waahhahaha,
ada bau2 bacang erk..
heheh,

x sangka..

hope both of them happy 4 eva..
n for you too.. :)

EmpayarUtama said...

meriah ni :)

Amira Atiqah said...

Kakak tu cantik , sweet .
Hehe .

Bila giliran abang pulak ?
Haha .

Kirim salam pada kak tu . Moga bahagia dunia akhirat .

Saddila said...

phewiitt. semoga mereka berdua kekal selamanya. amin :))

kan kan kan ?? hehe

meowwmania said...

moga mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa ^_^

Ungu Violet said...

boleh tumpang glemer nihh!!...ngeh3

semoga bahagia berkekalan buat pengantin..:)

ZouL said...

wahh.seronok la ni dpt kenal selebriti tv3 hehehe..

Nora Karim said...

tumpang gembira untuk Ally Iskandar setelah kecundang dalam cinta dulu... rupanya Allah ketemukannya dengan Farah Lee.... Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat... Amin...

:: Cik Nur :: said...

sama cantik, sama padan mereka berdua..doa moga bahagia sampai syurga hendakNYA..amin,..!

DOMU-KON said...

semoga mereka kekal ke akhir hayat..and it same goes to ur lil bro @ sis.. :)

naiemah_ramli said...

waaaa...seronoknya..mmng cantik farah lee ni..mmng sepadan diorg..smoga kekal hingga akhir hayat..amin.. =)

Teesaz said...

tahniah la wat deme sume. jumpe gak jodoh alhamdulillah :)

aku pemilik blog~♡ said...

wahh.. kita tumpang glamour jugak bole.. hihi :)

Pamie said...

dapat tumpang glamer la bro..huhu..mesti kenal ngan zizan skali ni..

Princess Nusy said...

Amin..so far so gOOd..hehe..cuti2 m'sia sebulan..blehla dtg conteng2 kat sini smntara xbuzi.. =))

caliph shuriken said...

oic, sepupu bro rupanya ^^

enjoyurlife said...

pergggg...sepupu tuuu..congrattt...^^v

hara said...

ikatan kkeluargaan tula yg merapatkan.kirim slm tahniah buat diorg ye

Mohd Norafzal said...

dulu ko kapel ngn dia ke bro?apsal bukan ko yg kawen ngn dia??dh mcm jln citer sinetron dah ni

qamarguyz said...

eszyamin:
huhu, yer ke ramai yang jelez ngan Ally? OK la kot, imej dia bersih..wajarlah dapat yang terbaik..
sama-sama mendoakan..TQ

Lia Irdelia:
a'ah, bau2 bacang..bukan bau2 belacang ;0
nyway thanz atas doanya..
4 u 2

qamarguyz said...

EmpayarUtama:
tak dapat merasai pun kemeriahannya..huhu

Amira Atiqah:
giliran abg lambat lg..
bagi peluang dekat adik2 dl la..
ahaaks! ;0
InsyaAllah..

qamarguyz said...

Saddila:
yer laa..
kita doakan yg terbaik buat mereka =)

meowwmania:
muncul pun akak me0w meo0w nie..
lama tak nampak ;)
yurp, kekal selamanya

qamarguyz said...

Ungu Violet:
b0leh gak la sep0sen..
nyway moga cepat beranak cucu..
kui3! ;0

ZouL:
huhu..selebriti pujaan malaya ni b0h ;0

qamarguyz said...

Nora Karim:
yer la..pahit manis bercinta pasti ada hikmahnya kan..
moga cinta terbaru selepas nikah ini lebih bermakna buat mereka =)
amEen..

:: Cik Nur ::
lagi apa yg sama? hehE..
nyway thanz atas doanya

qamarguyz said...

DOMU-KON:
my little sis..TQ..
moga kedua pasangan dapat membentuk famili sakinah =)

naiemah_ramli:
amEen..
maybe keduanya telah membuat pilihan yg tepat & terbaik =)

qamarguyz said...

Teesaz:
syukur pd Allah..
kawe nie jew yg d0p jupe jodoh lg..
kui3! ;)

aku pemilik blog~♡:
silakan..
kita semua jadi satu famili..
ahaakss! ;0

qamarguyz said...

Pamie:
hehE..kenal cam tu jew la..
tak da peluang nak berborak bagai lg =)

Princess Nusy:
OIC..cuti studi kan?
sama la kite..
sama2 mencontengkan post masing2 ;)

qamarguyz said...

caliph shuriken:
a'ah bro..
sepupu rapat ni..
dr kecik memang kamcing..huhu

enjoyurlife:
thanz sis =)
nanti kahwin jangan lupa jemput yer..kui3!

qamarguyz said...

hara:
InsyaAllah..
nanti akan disampaikan salamnya =)

Mohd Norafzal:
hahaAa!
statement k0 memang pelik dr yg lain ar br0 ;0
takda la..ner ada couple..
realiti bukan fantasi

Jari Manis d` Blogspot.. said...

mmg pasangan yg spadan...sweet...semoga cpt dpt anak..hehe*

Ckin Kembaq said...

jodoh tu dah ada..lambat ngan cepat je..hehe tahniah utk mereka.. ^__^

Teenager Housemaid said...

ooo..sepupu farah lee rupenya..
sepupu awak sgt manis n cantik..:)

sara E a.k.a ct said...

betul2..antara wanita yang boleh di contohi oleh remaja..:D
kirimsalam dgn farah lee er..hehe

Salina said...

salam perkenalan.. bertuah badan dapat bersepupu gan selebriti ye..haha.. gurau jer..

tq tinggalkan jejak di http://www.kasihsalina.com/

LaLa mhdnor said...

kirim salam kat farah dan ally...
semoga hubungan mereka kekal selamanya, amin :D
farah cantik dan manis, suka tgk :)

Nor Abdullah said...

Bismillah.

Syukran sbb jenguk belog kak nor.
Sebenarbya kak nor peminat setia encik Ally iskandar sejak di bangku form5 lagi. (cume peminat sahaja ^^ tak lebih) .MasyaALLAH tabarakallah.. syukur sgt2 encikN Ally berjumpa jodoh dan menikah dengan Farah lee. Sbb sebelum ni kak nor tak bape berkenan dengan yang lama tuh..

Doa kak nor masa tahu Ally putus tunang dgn yang lama tu adalah agar encik Ally berjumpa dengan yang solehah. akhirnya di makbul ALLAH. ^^
SUKE SUKE SUKE..# tepuk tangan#
Pesan juga pada mereka berdua agar .. selalu baca surah al falaq ^^ agar terlepas dari hasad dengki org pada mereka.. agar rumah tangga kekal bahagia ^^Amin ya rabb ^^

DOMU-KON said...

nak tingglkan jejak but buku tamu kamu cam ad probs tadi...

waitung ur lil sis wedding punya entri lak..hehehe

zuk zuhaiza said...

tahniah buat mereka berdua.

ouh sepupu rupenye. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...moga kehidupan berkeluarga mereka mendapat berkah dan sentiasa bahagia...suka tengok pasangan yang secocok..Amin

Aida Omar said...

wah! ada bau2 bacang lah nie.. kirim salam pada ally eh? hehe.. farah lee pun manis orangnya..sepadan. moga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat :)

misyamissyou said...

waaa kenal dia ni ke huhuu untung le

qamarguyz said...

Jari Manis d` Blogspot:
memang sepadan kan..
moga mereka murah rezeki duniawi =)

Ckin Kembaq:
tapi kadang-kadang ada juga insan yg tak ditakdirkan berjodoh kan..huhu..
TQ

qamarguyz said...

Teenager Housemaid:
semanis sy la kan?
ahaaks!;0

sara E a.k.a ct:
InsyaAllah..
hope dia ley jadi ikutan yg baik..
moga tidak lalai dan lupa =)

qamarguyz said...

Salina:
w'slm..
tuah badan sape yg tahu..
tak pernah terfikir pun kan ;)
welcome

LaLa mhdnor:
semanis gula..ke madu? huhu..
ameEn..mewakili mereka sy ucapkan terima kasih =)

qamarguyz said...

Nor Abdullah:
welcome kak..
syukran juga sudi menjenguk kembali =) hehE, sweet jew komen kak Nor ni..siap tepuk tangan lg yer..

nyway syukurlah kan, moga mereka saling melengkapi..saling jadi yg terbaik buat diri masing-masing..
InsyaAllah, nanti mereka baca pesanan kak Nor tu..TQ

qamarguyz said...

DOMU-KON:
hmM, loading pr0b ke ea?
biasa la kan..
OK..tunggu official pic dl..
bagi meriah sikit entrinya nanti =)

Yatie Awang:
ameEn..
moga terbentuk syurga duniawi..
dalam menuju redha Ilahi

qamarguyz said...

Aida Omar:
kat sy tak nak kirim salam ke? kui3! InsyaAllah, sama-samalah kita doakan mereka..moga doa itu akan kembali pada diri kita jua =)

misyamissyou:
kenal la..
cousin tu kan =)

lynnaiza said...

dalam banyak2 selebriti (pengacara),mmg suka cara Ally.dpt tahu pulak dia nak kawen dengan Farah Lee,kenal dlm alam maya jugak. lagiiiiii la superSUKA!happy for both of them.semoga bahagia sampai syurga.

ps,1st time masuk sini thru link kat fb farah.hihi.nice blog. ;)

★ aIsyaH ★ said...

wah..ur sepupu ke..
mesti beshkan dpt kenal rapat lg ngan ally tu..:)~

*mereka sgt sec0c0k..h0pe that mereka kekal hingga ke syurga..=)~

ainhany said...

salam adik azraie,

apa khabar dik?

alhamdulilah..tahniah dapat sepupu dikenali ramai..dan terimkasih memberitahu..seronoknya tenguk pengantin tu..tak sangka pulak sepupu sepapat ye..:)

Boleh tau tak cmne nama lee selepas farah tuh? dulu ingt ke farah nie non muslim..tapi bila tenguk family acu adik ni...semuanya muslim azali..betui tak????ceciter sikit.

ehem..x undang pun akak ke mjlis adik?? sudah lupaer ek?

fiza nurani said...

nampak la character farah lee camne. time sanding pun boleh buat peace lagi tu. huhu, spontan habis laaaa.

saharinasaharudin said...

farah is ur cousin?hee.adalah iras ckit :) adore her.sgt comels& natural beauty :)

~roslinda~ said...

Assalamualikum azrai. lama cari blog ni. sebab dah lama tak bukak dashbord dan berblog. farah tu cantik, dan juga berilmu, dan juga beragama. sweet je. hihi btw, giliran si penulis bila?:)

budak said...

entry terbaik :)

cik kumbang said...

Salam
npa panggil nm farah as fatin?

Kalamhati said...

Salam..
owh cousin awak rupanya farah tu..hehe keciknya dunia ni kan..alhamdulillah..kita doakan mereka berdua sentiasa di bawah rahmat Allah..

♥ ~ Cik Ya~ ♥ said...

tenang je tgk gmbar mereka. bercinta selepas kahwin :)

Lo Lol said...

owh, sepupu si cantik ini? ^^..

qamarguyz said...

lynnaiza:
hehE, thanz c0z gthu..
baru perasan si Farah ada masukkan link ni kat page dia..
memang melet0p jadinya! adeii ;0

★ aIsyaH ★:
ser0nok la juga..huhu..
InsyaAllah, dengan doa dan sokongan dr semua..mereka akan lebih bahagia =)

qamarguyz said...

ainhany:
w'slm kak..
alhamdulillah, masih sihat lg =)
hehE, nama Lee tu maybe kependekan dr 'Romli', ayah Farah..kebetulan dia dah lama menggunakan nama ni di FB, so sebab tu dia lebih dikenali dengan nama Farah Lee..itu sj..

alaa kak, maaf la yer..tunggu majlis sy nanti je la baru sy jemput ;) kui3!

qamarguyz said...

fiza nurani:
a'ah, memang sempoi jew diorg ni..
Ally pun spoting juga =)

saharinasaharudin:
yurp, my cousin..
ada la sikit kan..
sy pun c0mel jugak apa..
kui3! ;0

qamarguyz said...

~roslinda~:
w'slm..
alala, ciannyer dia..
cari-cari tak jumpa ek..hihii..
s0ry la, sy pun dah lama tak menulis =) hmM, giliran sy lambat lg k0t..
bagi blog ni tua sikit lg..kui3!

budak:
thanz..budak darjah berapa ni? ;0

qamarguyz said...

cik kumbang:
w'slm..
maybe itu nama manja dia d kalangan famili terdekat..biasa la kan, panggilan sejak kecil lg..
cam sy pun ada juga nama cam tu ;)

Kalamhati:
w'slm kak.
yer la kan, dunia ni kecik dan singkat cuma =)
InsyaAllah

qamarguyz said...

♥ ~ Cik Ya~ ♥:
tanpa diduga, tanpa dirancang..
itulah kehendak Tuhan..
~Kunfayakun~

Lo Lol:
kenapa, tak percaya?
hehE ;)

P U C A T said...

woww. farah lee org kg sy act. hehe :D

Anonymous said...

ader no contact farah lee dan ally x?
or skype@ym farah ker...bleh keep in touch ngan dier..

qamarguyz said...

cik kumbang:
OIC..sama la cam u kan..
nama fatin tp panggil cik kumbang =)
huhu, siap sama burfday lg

P U C A T:
hihii..
kaya orang kampung nie..
banyak tol ;0

Anonymous:
hehE, tu kena minta sendiri ngan tuan punya nama laa..
privacy kot

cik kumbang said...

hihi :p

Suraya Aris said...

suka farah lee. comel sangat :)
majlis pun sederhana. bagus2 :)

qamarguyz said...

cik kumbang:
sengih aje dia ;P

Suraya Aris:
doakan mereka kekal bahagia..
sy pun c0mel what ;0
hihiii