Thursday, July 28, 2011

Aku & 24 Hours l.i.a_d.i.y

24 Jam: Pesan Buat Khalifah

24 jam kau punya emosi
kadang suka kadang duka
kadang tawa kadang hiba
tetap dengan dosa

24 jam kau punya hati
kadang setia kadang alpa
kadang cakna kadang leka
tetap dengan dosa

24 jam kau punya akli
kadang bisa kadang lupa
kadang tega kadang fana
tetap dengan dosa

24 jam kau punya waktu,
tetap jua begitu

Suka bila membenci
duka bila diuji
tawa bila mencaci
hiba bila dikeji

Setia berbuat khianat
alpa mendirikan solat
cakna dengan mengumpat
leka menutup aurat

Bisa mencongak harta
lupa jasa bonda
tega mendongak bangga
fana dengan dunia


Waspadalah duhai khalifah..

Aksara hidup bermula dengan senyuman namun berakhir dengan ratap tangisan. Kita khalifah, hanya 24 jam yang memisahkan antara ada dan tiada usia kurniaan Tuhan. Saat berganti minit berganti jam berganti hari telah mencetak takwim tahunan. Lariannya tanpa sebarang pesan, hanya meninggalkan tanda amaran. Cerminan wajah dengan raut nan kusam jelas membuktikan bahawa 24 jam ini hanya pinjaman. Sedetik berlalu selangkah kematian bertamu. 24 jam berlari menuju mati ke destinasi abadi. Semakin hari semakin meningkat usia semakin pendek umur berbaki. Inilah wajah usia, wajah 24 jam.

24 jam tidak berbangga dengan banyaknya kiraan atau lamanya kehidupan. 24 jam cuma berbahgia dengan tingginya ilmu dan banyaknya amalan, jua dengan siraman budi serta taburan jasa. As-Syafie membuktikan, berbekal hidup cuma setengah abad, kitabnya al-Umm bertahan beratus abad. Jasadnya mungkin reput berlapikkan tanah namun 24 jam miliknya masih basah mengalir, selagi Bumi bertiangkan langit dan bertongkatkan bukit. 24 jam itu milik kita, milik khalifah yang mencari barakah. Awas, 24 jam khalifah sedang marah!


p/s: Catatan ini merupakan entry penyertaan bagi contest 'Aku & 24 Hours' anjuran blogger Pengemis CintaSemoga catatan ringkas ini dapat memberi renungan buat semua yang bergelar Khalifah Allah. Buat rakan-rakan blogger yang berminat, boleh turut serta memeriahkan contest sebelum tarikh tutup pada 1 Ramadhan ini.

56 comments:

aiman said...

best..

safurara said...

sweeet je ayat2 nye.

yg saye suke,suke jgn puji.benci jgn dikeji.

safurara said...

nk share eh =)

Unknown said...

ayat yg menyentuh jiwa.. ^^ best of luck ek..! ^^

mama aini said...

semuga qamar berjaya,memenangi contest ini..cantik ayat2nya..

cunndaa said...

gud luck ye dalam contest tu
entry yang menarik dan penuh info2 yang bagus..

Unknown said...

Assalamualaikum.

A lovely reminder. Thank you. :3
Oh minta izin share some of the passages in this entry?
:3

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat, menarik ni..insyaAllah ada idea nak join juga ni =)

Anak Wak Mail said...

best sangat..=)

24 jam tu sebenarnya cukup kalau kita pandai hargainya..=)

Eye_nee said...

As-Salam Sahabat...

Cukup Sifat Ungkapan kata-kata..
Di Zahirkan Oleh Khalifah Muda....
24 Jam Peringatan Waktu Yang Ada
Jika Bukan Hari Ini Pasti Esok Lusa..

Well Done Roy..Semoga Berjaya..

SITI ARFAH said...

Gud luck, moga menang. Entri ini menarik. :). Konklusi, 24 jam apa2 sahaja boleh berlaku dlm tempoh tersebut .

missgee said...

Datang sini untuk mendapat ilmu..
Membuka hati..
Hati saya yang degil untuk berubah..
tapi mengharapkan ia terbuka bila tiba masanya.. huhuhu

P/s: Semoga Berjaya

Unknown said...

Azrai..jika kita manfaatkan masa kita yang sama itu kita akan mendapat imbalan dariNya...Kadang tak nampak tetapi sebenarnya dia anugerahkan kita dengan nikmat kehidupan...24 jam hakikatnya kadang kita alpa t/ jawab ..syukran..

Alif Haris said...

nice entri bro :)
btw gdluck for da contest :)

Anonymous said...

Assalamualaikum ..

Subhanallah .Alhamdulillah. menarik dan bersahaja, namun cukup terkesan dengan setiap bait2nya.teruskan bertinta hikmah. May Allah bless. Ameen..^_^

p/s : syukran sudi join. sebarang update terkini ttg cntest sila rjinkan diri utk jenguk2 PC selalu.hehe..;)insyaAllah.

qamarguyz said...

aiman:
thanz br0..
rajin membaca yer =)

rara pinkmafia:
sweet cam penulisnya tak? kui3!
nyway nice words si ;)
share la..
selagi ada manfaat

qamarguyz said...

sara zainol:
syukran atas doanya yer =)
InsyaAllah, moga ada rezeki

MaMa AiNi:
doa bonda..
besar ertinya..
syukran mama =)

qamarguyz said...

cunndaa:
lama akak cun tak k0men sini..hehe
=) nyway thanz..
j0m la join sekaki

.MEOW.:
w'slm..
silakan sis..
kalu boleh kreditkan ke laman ini sekali yer =)
TQ

qamarguyz said...

Mohamadazhan.com:
w'slm sheikh..
marilah turut serta..
contest sebaik ini perlu disokong bersama =)

Anak Wak Mail:
agreed with u..
hargailah ia..
isi dengan sebaiknya, penuh berguna =)

qamarguyz said...

Eye_nee:
w'slm kak..
turut tergamam dengan ungkapan si 'khalifah tua'..hehE..
juz kiding ;0
nyway nice quotes..
tua muda pasti ada akhirnya

Siti Arfah:
terima kasih..
tiada 24 jam tiada usia tiadalah kita..kan =)

qamarguyz said...

missgee:
buka hati dengan hidayah..
hidayah hadir bila kita usaha walaupun dengan bersusah-payah..
InsyaAllah..
pasti dimakbulkan Allah =)

etuza:
benar pakcik..
terima kasih atas ingatannya..
kita manusia mudah alpa dan leka..
sedangkan 24jam semakin laju meninggalkan kita

qamarguyz said...

alif haris:
thanz 4 ur supp0rt..
InsyaAllah =)

pengemis Cinta~:
w'slm..
Segala Puji Hanya Bagi-Nya..
syukurlah andai entry ini sampai maksudnya..sengaja dikarang sinis dan bersahaja, agar si khalifah itu jadi terasa!
InsyaAllah..pasti rajin ke sana =)

SITI ARFAH said...

Ya benar. :). Manfaatkan stiap saat yg tidk ternilai harganya itu . Sama2 kita hargai masa !

syera said...

gudluck..

saye xpndai nak wat puisi2 camni..hehe

C i k P i p i T e m b a m said...

wahh ayat ... mmg best gudluck 4 the contest ya :)

Anonymous said...

baca lagi dan lagi
lama trmenung
:)

Unknown said...

wah! bermadah helah..tersentap kejap nice nih ! :D

Idayu Harun said...

best baca ayat yg suka puitis !

cik pha said...

ayt2 puitis betoi makna mendalam

teratai said...

bahas penuh puitis,tapi mengandungi pesanan mendalam kpd insan, amat terkesan di hati...terima kasih

cikguNae said...

Dah baca 3 kali....
Penuh makna tersurat tersirat
terkena diri sendiri pun ada...^^

Renungan, muhasabah 24 jam untuk diri... Terima Kasih
Good LucK!!!

qamarguyz said...

Siti Arfah:
InsyaAllah..
rajin yer singgah membaca..
amalan mulia =)

syErAh:
nak j0in ke?
tak semestinya puisi kan =)
nyway thanz

qamarguyz said...

C i k P i p i T e m b a m:
kalu best selalu la jenguk ke mari..
baru lagi kan? =)
TQ

^baju kurung^:
wahH..
menungkan apa tu?
or siapa tu? ;)

qamarguyz said...

Fee Hafeezah ketuk keyboard:
bermadah jew..
mana ada helah! kui3 ;0
terima kasih sudi membaca

Idayu Harun:
hmM..
maybe dah jadi trademark sy k0t =)
nyway thanz yer

qamarguyz said...

cik pha:
Alhamdulillah..
mendalam tapi sampai kan?
moga mendapat manfaat =)

teratai:
syukran..
moga mendapat hikmah pengajaran..
berpesan-pesan sesama insan =)

qamarguyz said...

NaeBlog:
wahH..sampai 3 kali?
bagusnya..tentu da gali dalam-dalam kan ;) terima kasih atas sokongan

Unknown said...

masa tak sama mcm emas kan,hehe

Asyila Zainuddin said...

wahh.. hebat2.. suka sangat.. :)

Iznie said...

masyaAllah, entri yang sangat bermakna. sbgai peringatan dlm kehidupan kita yg singkat ni. jazakallah ya akh...

Cart Kartika said...

menarik.. wish a best of luck.. :)

nadia fatihah said...

sangar bermakna, kena batang hidung sendiri pon ade..masya Allah..

syafiqa said...

nice sgt ;')

Diari Si Froggie said...

24 jam yang kita ada selalu kita leka kan..nice entry nie qamarguyz..sentap juga membacanya..

Mr iz said...

masa itu emas...he he he... moga murah rezeki ....he he he

tnZackJ said...

menarik ayat diatur,
berputik mulut kata jujur,
kontes 24 hrs menghambur,
berata blog dtg beratur..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

jam oh jam

best2

semoga berjaya ye

:)

qamarguyz said...

amir aizat:
tak..
coz masa lebih berharga dari emas..
tiada gantinya =)

Asyila Zainuddin:
biasa-biasa aje sis..
thanz sudi membaca =)

qamarguyz said...

Iznie:
InsyaAllah..
ni entry talam dua muka..
dalam sertai pertandingan, kita gali ibrah peringatan =)

cart kartika:
thanz sis..
moga ada rezeki =)

qamarguyz said...

nadia fatihah:
hehe,,abis la batang hidung dia =)
nyway thanz sudi membaca..
moga mendapat pengajaran berguna

syafiqakarim:
thanz sis =)

qamarguyz said...

Aida Omar:
hoh0o..ramai yang tersentap ni..
maaf la semua..
bukan nak mengata, juz nak berkongsi rasa =)

Mr iz:
InsyaAllah..
rezeki ada di mana saja, tanpa mengira masa =)

qamarguyz said...

ZackJ:
wahH..
berpantun pulak dia..
nicE =)

::ini belog saya . cinta hati saya::
InsyaAllah..
syukran atas doanya =)

'Ainun Qalbi said...

alhamdulillah... teruja membacanya...
:)

qamarguyz said...

'Ainun Qalbi:
teruskan membaca di sini =)
syukran sis

'Ainun Qalbi said...

tahniah.. kata2, tulisan anda memang benar2 berbakat.. teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir.. :).. ihihihi.... tahniah yer.. :)

Lutfi Azmi said...

memang best r.. tahniah menang ~

qamarguyz said...

'Ainun Qalbi:
Terima Kasih..
kita sama-sama punya bakat, maybe caranya saja berbeza..ilham dan idea..InsyaAllah =)

~ pEJuAnG CiNtA ~:
syukran..
Alhamdulillah, rezeki bulan puasa =)