Thursday, June 16, 2011

Harapan Terakhir Ayah..

Pernahkah kita tanyakan pada ibu ayah tentang harapan mereka buat kita sebelum mereka menutup mata?..mungkin ada yang pernah bertanya (walaupun kebanyakannya agak payah, malu serta ego untuk bertindak sedemikian) atau mungkin ada yang pernah diluahkan sendiri oleh ibu ayah masing-masing... 

"Mereka nak adik berjaya dalam SPM nanti, boleh masuk U dan hidup senang bila dah besar..dapat kerja bagus-bagus!" -misalan jawapan yang acap kali saya dengar atas pengakuan ikhlas adik-adik di bawah bimbingan saya dalam mana-mana program motivasi pelajar.

      Namun apa yang terlukis di minda adalah berbeza..melalui pengalaman, penghayatan & penilaian, saya sedar dan insaf bahawa jauh di sudut hati ibu ayah kita hanya ada satu harapan tersirat buat anak-anak tercinta, agar mereka dapat 'pergi' meninggalkan kita dengan tenang..percayalah, walau siapa pun mereka..walau bagaimana buruk & tersasarnya mereka..harapan itu tetap satu. Sebelum mereka tidak sempat meluahkan, sebelum mereka tidak tahu untuk meluahkan atau sememangnya usia mereka telah berlalu meninggalkan..ada baiknya kita sendiri mencari & berimaginasi..mungkin juga bermimipi...bahawa di dalam kesayuan & kesepian malam itu, di saat kita berkira-berkira mahu beradu & bercanda di alam mimpi..dia hadir..hadirnya dengan usapan mesra diselit bisikan penuh makna..penuh kelainan...

"Anakku..
sebelum ayahmu ini menutup mata
bukan hartamu yang ayah tadah
bukan pandaimu yang ayah banggakan sangat..
cuma satu saja,
agar ayah dapat pergi dengan tenang..
ayah nak tengok kamu mampu hidup berdikari
tanpa ayah di sisi!
tak hanyut dalam fana dunia..tak sesat, tak rugi...
hanya dengan apa kamu boleh selamat? 
Cuma amal & taqwa..

InsyaAllah..
bila ayah yakin dengan amal & taqwamu
ayah percaya DIA akan bantu membimbingmu
menjaga kamu sebagai pengganti ayah..
malah dengan amal & taqwamu juga insyaAllah
kamu dapat temani ayah di alam 'sana' nanti..
ayah tunggu kehadiranmu nak!"

       Yer..inilah sebenarnya harapan terakhir seorang ayah..ibu jua..tidak dinafikan, mereka selalu berharap agar kita berjaya dalam kehidupan ini..setidak-tidaknya menjadi lebih baik daripada mereka..'jika mereka jadi nelayan pesisir pantai, kita jadilah nelayan laut dalam'..begitulah ibaratnya.. Namun tidak kurang juga jenis yang menghitung wang & harta, sebagai balasan..baru berbaloi usaha mendidik dan membesarkan, baru harum nama famili dalam pandangan..tapi itu semua bukan segalanya!

        Selagi darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah mereka, fitrah keibubapaan pasti tidak pernah luput.. Bukankah selama ini mereka telah berkorban segalanya? ayahlah badut buat kita ketawa..ayahlah pemandu buat kita melancong.. ibulah amah buat kita kenyang..ibulah mak guard buat kita bermalam..semuanya kerana apa? tidak lain hanyalah kerana kasih & sayangnya mereka pada kita..demi keselamatan, demi kebahgiaan, demi kejayaan kita dunia akhirat.. Maka tidak hairanlah betapa keluh-kesahnya ibu ayah apabila memikirkan untung nasib diri kita saat kehilangan mereka nanti..bolehkah kita berdikari? bolehkan kita membawa diri? atau kita dah tak mampu berdiri & jadi lupa diri?!

132 comments:

CutieIntan said...

saya tak rapat dengan bapak saya tapi di hati kecil dan egois tu tak dapat bygkan kalau bapak tak ada.

riva'i said...

saya juga ndak dekat.
kuliah di luar kota, jarang ketemu bapak ibu'
Yang jadi keinginku cuman bisa bisa menyenangkan bapak ibu saja.
sebelum mereka ataupun saya di panggil.

my blog

miss fatihah said...

em..btllah tu. kdg2 kita nmpk pngorbanan ibu..kita rs ayah xbt pape kcuali duit. pdahal.. dia pun byk bkorban

Fazidah Che Wan said...

kadang sukar tuk memahami seorang ayah atau ibu sehingga kita bergelar ayah dan ibu....

MaMa AiNi said...

setiap ayah,ibu sering mendoakan yg baik2 utk anak2nya!!..juga berharap setiap anak bolih menggantikan dan menjadi sptnya..bukan wang ringgit tetapi amal & taqwa..kerana ia tiada nilainya..semuga qamarguyz dpt menjadi seorg ayah mithali didunia dan akhirat!!..amin..(dr seorg mama)

HaiDa HiDa said...

ayah pernah pesan belajar rajin-rajin, buktikan anak tukang kebun pun boleh berjaya, ayah pesan lagi.. tak nak anak-anak ayah kerja macam ayah.. penat, berhujan dan berpanas hanya untuk sesuap nasi, ayah ulang alik kerja dengan basikal tua itu, ayah tak pernah merungut, ayah setia dengan kayuhan setiap hari, demi keluarga, demi mak dan anak-anak.. terima kasih ayah, terlalu byk pengorbanan ayah untuk kami.. doa kami sentiasa bersama ayah dan mak..

miss A said...

bertuah org yg masih ada bapa disisi... bila bapa telah pergi jauh dan xkan kembali lagi sedih sgt hati ini huhu...

risa said...

sedihnya baca..ayah pergi tanpa pesan..tapi saye tau ayah mesti nak yg terbaik untuk anak2nye:(

KinosKoko said...

semua bapak mesti nak yang terbaik untuk anak2..sungguhpun jarang duduk bersembang, aku tawu bapak aku syg aku...n aku pun syg dia..

Salwa said...

saya sayang ayah saya. :)

^baju kurung^ said...

seorang ayah dan ibu hanya mahu yang trbaik untuk anak2.

hiettah_anahiettah afibs said...

myentuh hati..syg bapak sy sgt2... :)

wadud@duad said...

sedey la en3 ngko..
huhuhuhu....
dah la aku jauh ngan family.. waa..

nisa said...

betul3....hihii... " SAYA SAYANG PAPA SAYA.....!!! "

Unknown said...

Setuju sangat!!!!

Mohamadazhan hjDesa said...

terharu rasa...

Kasih ibu bapa membawa ke syurga =)

ain revival said...

mak pernah cakap, sebelom dy pejam mata dia nak tengok semua anak2 dy kawen dan ade kehidupan yang baik..

T.T

~NajiLaA~ said...

wah!sdey la entry ni u ols.sobs.. ;(

Shiela Latif said...

selamat hari bapa...sayang ayah :)

misyamissyou said...

rase sebak bile bace ni..T_T

..sissa.. said...

ayah dan ibulah insan yang benar-benar kenal,tahu dan faham sape diri kite sebenarnye kan?
kadang2..memang hati ni salu rase x puas hati,fed up n rimas dgn ap yg diorang aturkan untuk kita..tp kalau direnung..sbenarnye sume tu for our own sake n believe it or not, tat would the best for us! :)

cik_sna said...

teringat renungan terakhir mak. rase pelik sedangkan saya tak sedar dia dah nak pergi jauh. teringat ayah tarik tangan saya untuk salam dengan dia sebelum saya pergi sekolah sedangkan itulah kali terakhir dia memegang tangan anaknya ini.
Ya ALLAH, semoga mak dan ayah tenang di sana.amin.

hati~♡ said...

entry tntg ayh juga ye....
(mbaca sambil tersenyum..)
^_^v

Hanis Atikah said...

wow...nice post.. !!! ayah, bapa, baba, walid, abuya, father, daddy, papa, khalid, semonyer... merupakan org yg pnting dlm idup kte.. wlupn pnggilan yg berbeza.. tp peranan mereka ttp sama... like3x...

Ahmad said...

setiap ibu bapa ingin melihat anak2 mereka berjaya satu hari nanti..restu drp ibu bapa tu sangat penting..macam ayah dengan ibu fyza, dua2 harap fyza berjaya satu hari nanti..kedua ibu bapa fyza banyak berkorban untuk fyza, bagi kesenangan pada fyza untuk fyza belajar..fyza tak mampu nak bayar balik tu semua..apa yang fyza mampu, fyza kena jadi seorang anak yang baik, dengar kata..paling penting tunjuk keputusan peperiksaan yang baik (:

saljihitam said...

terharu. rindu pulak kat abah :')

PenDekAr LauT said...

Abah aku memang x menunjukkan secara terangan rasa syg nye pd ku dan adik beradikku. Tapi aku tahu disebalik hati kecilnya mengharapkan anaknya berjaya di dlm hidup. Seiringan antara dunia dan akhirat.

ghab van hal said...

superb entry..xleh bace lame - lame..nanti banjir..:)

Bui Idzra Ryn said...

bapak aku jarang cakap dia sygkan kami,tapi dr tindakan dan perhatian,kami tahu yg bapak memang sygkan kami..huhu..i lep biu bapak..

shopping2u said...

sedih lak bla bca ni :'(

MEKAR said...

Abah saya jarang tunjuk kasih sayang pada anak2nya secara terbuka. Tp dlm sudut hati dia siapa tahu kan. Selmat hari bapa

ViBrato D major said...

mereka adalah yg terbaek kerana setiap ibu dan ayah mempunyai sifat semulajadi sedemikian..

apik pehe said...

apik tak rapat nga abah..huuuu

masmurni said...

sayang abah...rindu pula rasanya

lilypelangi said...

pelangi sayang abah !

kisah gadis stay up late said...

betapa besarnya harapan ayah
^.^

nurul nadia nasir said...

saya rapat dgn papa dan mama saya.syg mereka sgt.even papa jrang tunjuk kasih syg dye tuhh tp dri tindakan dye saya taw dye sygkkan kmii adik beradik.uwahh thnx share nii :)

amiraliyana said...

sob sob.. :(

Eye_nee said...

As-Salam Roy..

Ayah telah lama tiada
Barangkali inilah bisik nya
disuatu malam tatkala akk telah lena

Rindu kat Ayah..semuga ruhnya dicucuri rahmat.

Tq 4 sharing such a gud N3 Roy...

ima said...

tak pernah tanya pun. tp betullah. nnt kalau kita jadi mak n ayah pun kita akan rasa cmtue jugak.

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

besar pengorbanan kedua ibubapa kita.. so,hargailah mereka.. :D

qamarguyz said...

CutieIntan:
betul tu..
kadang-kadang susah nak rapat ngan ayah berbanding ibu kan..
fitrah jiwa seorang lelaki =)

riva'i:
begitulah harapnya..
semoga mereka senang melihat ketenangan dan kebahagiaan kita..
hendak membalas budi dan jasa seluruhnya mana mungkin

qamarguyz said...

miss fatihah:
bukan mudah mencari duit..
cabaran dan godaan di luar rumah tentu lebih hebat mencabar..
moga dia selamat

Fazidah Che Wan:
di saat itu tentu kita lebih mengerti..lebih memahami..

qamarguyz said...

MaMa AiNi:
amat terharu dengan doa dan harapan mama..syukran jazilan..
begitulah harapan tiap anak, ibu dan bapa..ayahku anakmu!

HaiDa HiDa:
sedih bila terkenangkan kegigihan dan kepayahan seorang ayah..
pelbagai kisah lara dan duka, selalunya tidak nampak pahitnya di muka..moga dia diberi kekuatan..
InsyaAllah

qamarguyz said...

miss A:
apakan daya..itukan takdir Ilahi..
tiap yang ada pasti akan mati..
maka hargailah & syukurilah ia ketika masih ada kini

risa:
ayah tidak sempat berpesan..
tapi ayah punya harapan..
walau tidak terungkap namun itulah hakikat..Ayuh kita usahakan!

qamarguyz said...

KinosKoko:
hehe..
dats rite..
susah nak bertanya apa lagi mahu bercerita..namun masing-masing punya rasa cinta =)

Salwa:
saya sayang abah saya jugak! =)

qamarguyz said...

^baju kurung^:
malangnya..
sebagai anak-anak kadang kala kita tidak sedar..apa yG terbaik buat diri sendiri

hiettah_anahiettah afibs:
buktikan sayang dengan kejujuran..
dan amal kebaikan

qamarguyz said...

wadud@duad:
uwawaAa..
jangan la nangis sini..
pi balik kampung yer..
selalu2 la jenguk famili tu =)

nisa:
suka la papa dia..
da nak dapat menantu ;)

qamarguyz said...

Unknown:
sape setuju angkat tangan! =)
hehe..

Mohamadazhan hjDesa:
buktikan pada mereka..
kita layak menuju ke syurga

qamarguyz said...

ain revival:
betul2..
binalah famili baik-baik..famili firdausi..
c0z bila mereka tiada, siapa lagi nak jaga kita melainkan suami isteri dan anak-anak

~NajiLaA~:
adeii..
nah tisu..
lap air mata tu ;0

qamarguyz said...

Shiela Latif:
kebetulan entry ni diterbitkan semula bersempena dengan hari bapa =)

misyamissyou:
ambillah iktibar dan pengajaran..
buat menyuluh gelapnya kehidupan

qamarguyz said...

..sissa..:
bak kata orang..
mereka lebih dulu rasa masinnya garam..kan?
apa kita tahu tentang pahitnya hempedu? hmM..tentu ada hikmah

cik_sna:
tiap perkara itu punya tanda..
begitu juga dengan kematian..
moga mereka aman di sana, dengan tenangnya kita di sini

raima said...

S E D I H (╥_╥)

qamarguyz said...

hati~♡:
ehkk..
orang lain sedih dia senyum-senyum plk..senyum ada makna ke??
hehe ;)

Hanis Atikah:
tapi antara ibu dan bapa, siapa lebih utama? utamanya diriwayatkan oleh Baginda, namun pentingnya sama tara =)

qamarguyz said...

Ahmad:
nickname ahmad..
nama fyza? hehe..pelik kejap =)
nyway benarlah begitu..
apa yang terbaik buat kita itulah yang terbaik buat mereka..kan?

saljihitam:
pergilah jumpa abah..
masih ada?

qamarguyz said...

PenDekAr LauT:
harapan yang satu..
itu matlamat tiap insan,
tiada beza..kecuali nista

ghab van hal:
hehe..
cam tu plk yer?
bukan selalu pun nak banjir2 ;)

qamarguyz said...

Bui Idzra Ry:
I l0ve u 2..kui3!
selalunya begitulah sikap dan karenah seorang bapa..
dia kan lelaki pemimpin famili

shopping2u:
sedih tiada guna..
andai tiada rasa untuk mengungkapkan kata..
terima kasih & maafkan kami..Ayah!

qamarguyz said...

MEKAR:
jauh di sudut hati hanya dia dan DIA yang tahu..
moga selamat semuanya =)

ViBrato D major:
itulah nikmat sebagai ibu dan bapa..sebab itu disyariatkan hidup bekelurga..ada rahmat

qamarguyz said...

apik pehe:
kenapa ni apik?
cam ada masalah aje..

masmurni:
rindu-merindu..
antara anak beranak yang punya pertalian darah..ada ganjarannya

qamarguyz said...

lilypelangi:
besar mana sayang pelangi pada abah? =)

kisah gadis stay up late:
sebesar itulah tugas dan tanggungjawab kita..
si anak

qamarguyz said...

nurul nadia nasir:
u r welc0me..
thanz juga c0z sudi membaca..
panjang entry nie ;)

amiraliyana:
afwan yer..
tak berniat pun nak buatkan kalian sedih..sekadar peringatan buat pedoman =)

qamarguyz said...

Eye_nee:
w'slm kak..
mungkin..tiada siapa yang tahu..
atau bisiknya tika kita masih kecil tidak mengerti?
welc0me =)

ima:
bila la saya nak jadi mak ayah pulak nie..hehe

qamarguyz said...

Izzat Nazmi Saiful Bahri:
InsyaAllah..
sementara mereka masih ada dan bernyawa

raima:
sabar yer..
yang penting kita tidak alpa dan lupa..terus hanyut terleka

ezzu said...

sedih pun ada bace entry kat ats tu...btol tu ape yg diluahkn dlm entry nie...semua x penting tp ketenangan yg penting...

= d = said...

x pernah tanye..
but alwayz bile mama n papa anta g skola ke.. U ke..
yang slalu parent cakap is:
"jangan tinggal solat.. "

al_hakim said...

nice entry akhi...mereka nak kita berjaya di dunia dan akhirat...=)

stellaizz said...

tanpa ayah???sapa lahh kita didunia nie...tanpa ayah adakah kita bernafas di dunia nie....


i love my dad :)

cik lyna kaman said...

tersentuh :') . saya sayang abah saya .

Miecyber said...

Setiap ibu dan bapa sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak anaknya..


Fasa Gerhana Bulan

ghostwriter said...

sedeynyer bc entry ni...neway, tq sedarkan hamba...(T_T)

etuza said...

Anak adalah anugerahNya..didikan dan pastikan mereka berada di landasan yg betul. Pcik bersyukur diberi peluang ke laman azrai..tahniah..

fiQ'Ra said...

entry yg sgt menyentuh ati~ huk3 ;(

alif haris said...

huhu menyentuh kalbu .. selamat hari bapa ..:)

mazeermohamad said...

sedyhnyeeerrrrr... (~,~)v


Puisi Indah Untuk Sahabat..!

alyaclumsy said...

sedihla pulak bila baca entry ni. sob sob. so touching.

Faez Rusni said...

bapak dan maksaya tetap yang terbaik...
jom kita bals jasa mereka...

cik fatea said...

merindu kpd ayah..=)

❤Dawia.Honeyputri❤ said...

Entri ni memang best.. :)
sangat sayangkan ayah

^^

Green Apple said...

ibubapa tidak minta dibalas segala jasanya... tapi kita fikir2kan lah... sementara mereka masih ada..

ABU said...

sedih baca..saya dah tak ada ayah..:(

Cik Farah said...

muhasabah selagi belum terlambat :)

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

sedihnye, fee pun da takde ayah dah :(

cikida said...

suke entry ni..mendalam.,seorang bapa mesti mengharapkan sesuatu dari kite anak nya..hope dapat balas jasa mak ayh..

Puan Kutu said...

sgt terkesan dgn entri nie.ibu n ayah sy dah tak ada..:(

NARDtheNERD said...

syg mak & abah saya.

p/s: selamat hari bapa roy. ekekeke.
:P

ghost writer said...

sedih woooo.....

bapaku aku rindu.

harrazdani said...

sedih sangat....gaya penyampaian yg amat terkesan di hati ini...nice bro...

opie said...

sEdihny...terIngt abah kt umah...insYaAllah ak akn tunaikn hrpn n impian ma&abah..doakn ak semua..dan mOga2 ak x lupe mereka bl dh krj nnt..=)

Engku Sarah said...

ayah , jasamu amat besar );

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

nice bro..huhu...jasa ibu dan ayah tiada tolok banding..tanpa mereka siapa lah kita..insyaAllah ..aku cuba untuk jadi anak yang boleh memberikan kebahagian dan ketenangan untuk ibu bapa =)

perindu_خلافة said...

pengorbanan yang tiada tandingan ^_^

PenDekAr LauT said...

Hargailah bapa kita selagi mereka masih hidup. Selamat Hari Bapa...

ASSOYFINGER67 said...

Salam..Tiada Bapa yang meminta...mereka hanya memberi dengan tangan dan tenaga dan permintaan mereka di simpan di hati...mereka selalu mendoakan kita dalam kegarangannya...!Agar Allah menunjukkan jalan yang lurus pada kita..EnD-

gades ain said...

Harini hari bapa, tp pg pg td ain da kene marah dengan abah. uhuk2! sedih :(

perondajaketbiru74 said...

mmg betul apa yg lu ckp tu bro..apa yg ibu bapa harap agar kita bole jadi org yang berdikari walauapa pun yg ayah kita lakukan adalah utk menajdikan kita seorang manusia jangan sampai mereka pergi pada saat kita tiada disisi mereka...

nurfatiha blacky said...

sedihh bace. sobs3 :(

qamarguyz said...

ezzu:
benar..ketenangan hati adalah kebahagaian abadi..tiap insani

= d =:
syukur alhamdulillah..
kiranya masih dipentingkan didikan agama, bukan sekadar ilmu dunia

qamarguyz said...

al_hakim:
itu kan kejayaan abadi..
buat mereka jua kita =)

stellaizz:
sure..
alangkah malang bagi insan-insan yang tidak pernah merasa hidup beribu berayah..terbuang..terpaksa bersusah payah

syaz@rozelt said...

seday plak bace entry nie..huhu

qamarguyz said...

cik lyna kaman:
jaga ayah elok2 taw.. =)

Miecyber:
bagaimana doa kita buat mereka?
panjatkanlah ke hadrat-Nya

qamarguyz said...

ghostwriter:
sabar yer..
kita selalu alpa..
yang penting jangan lagi leka

etuza:
bersyukur juga dapat menemui pakcik di laman maya ini..
ayah mithali k0t..
banyak perkara boleh dipelajari =)

qamarguyz said...

fiQ'Ra:
ambillah sesuatu untuk dipelajari =)

alif haris:
terima kasih..
singgah la membaca selalu..
hehe..nyway kita belum jadi bapa ;)

qamarguyz said...

mazeermohamad:
jangan sedih-sedih..
kita masih punya waktu =)

alyaclumsy:
saja nak menyentuh rasa..
moga berguna buat semua..
TQ

qamarguyz said...

Faez Rusni:
j0m2..
sementara ada masa..
kita dan mereka masih bersama

cik fatea:
ayah kat ner sis?
rindu-rindu pi la jumpa =)

qamarguyz said...

❤Dawia.Honeyputri❤:
sayang menyayang..
best juga dapat sahabat-sahabat blogger yang rajin membaca ;)

Green Apple:
mereka tidak meminta..
hanya mampu berharap..
bukan untuk mereka..
tapi buat kita

qamarguyz said...

ABU:
maaf br0..
sampaikan salam dan doa buatnya

Cik Farah:
semestinya..
nak-nak pada sambutan hari bapa ni kan =)

qamarguyz said...

Fee Hafeezah ketuk keyboard:
masih terimbau di ingatan akan segala kenangan?
usah dibuang..kejarlah harapan

cikida:
thanz sis..
suka membaca dan k0men di laman ini..
harap begitulah =)

qamarguyz said...

Puan Kutu:
tapi kita masih ada..
leraikan duka carilah bahagia..
mereka tentu gembira =)

NARDtheNERD:
amb0ii..
kita muda lagi la..
belum layak digelar bapa..kui3! ;0

qamarguyz said...

ghost writer:
muka ganas..nama ganas..
tapi dalam hati ada taman..
buat insan disayang =)

harrazdani:
thanz..
cuba menulis sebaik mungkin agar dapat memberi impak kepada pembaca =)

qamarguyz said...

opie:
InsyaAllah..
da berjaya jangan lupa diri =)
moga tertunai segala cita dan cinta

Engku Sarah:
agak-agaknya sebesar apa yer? ;)

qamarguyz said...

muhammad iqbal hakimi bin tahir:
lama tak nampak..
masih ingat aku lagi rupanyer..
terharu beb ;0
huhu..bukti mereka tenang dan bahagia sengan sikap kita, adalah ketenangan dan kebahagiaan kita sendiri dengan cara kita

perindu_خلافة:
bak kata lagu..
Cinta Teragung

qamarguyz said...

PenDekAr LauT:
selamat hari bapa..
pendekar da jadi bapa kan? =)

ASSOYFINGER67:
w'slm..
kenyataan ikhlas dari seorang bapa..
benar kan..memang bapa eg0is

qamarguyz said...

gades ain:
hehe..
tu la..sape suruh nakal-nakal?
maybe itu hadiah terbaik buat ain sempena hari bapa ni..percayalah =)

perondajaketbiru74:
h0pe begitulah..
m0ga akhirnya tetap di sisi..
sebelum bersendiri hidup berdikari

Bo the Nerd said...

Nice entry bro. Asyik saya membacanya.

www.boisanerd.blogspot.com

qamarguyz said...

nurfatiha blacky:
syukran sudi membaca..
moga mendapat keinsafan

syaz@rozelt:
da tu sape suh baca? kui3! ;0
juz kiding..

qamarguyz said...

Bo the Nerd:
wahH..
terharu ni..
cam 1st time br0 menc0ret di ruangan k0men ini..asyik sangat la tu ;)

EiZaRaZiErYa said...

bergenang air mate ni~ bace tulisan merah 2.. huuuuu T.T

syufaa said...

terharu baca..tp itu lah hakikatnya..
supaya kite kekal bersama mereka di akhirat nnti.. =')

skemaituehot said...

mahal hrga nukilan ini....

dan setiap ibu bapa ingin tinggalkn anak yg soleh dan dengan itue mereka akn pergi dgn tenang

Zetchi Henry said...

salam. membaca tulisan kamu kali ini lantas mengingatka saya tentang bapa kandung saya.Dahulu, semasa saya masih lagi meniti alam kanak2.. ada saja perbalahan yang terjadi lantas mengilhamkan saya mencipta satu cerita yang berjudul Langit Pun Menangis..

baca link ini untuk selanjutnya
http://zetchixy.blogspot.com/2010/12/langit-pun-menangis.html#more

S..U..D..@..I..S said...

seorang ayah mengharap anak yg soleh dan solehah dan x lupa menghadiahkan alfatehah

cantekk said...

da lme tak balik kg.. huhukk ;(

echaRierie said...

so conclusionnya..
I love my pama.. :)
love them everyday biarpun kdg2 keras kepala tp family 1st in my life..

hehe..poyo je komen :)

zaty said...

terharu .. T_T
harap result final exm yg akn kuar ni mnjdi hdiah tu ayhku terchenta . :D

zety madu said...

menyayat hati..
sob..sob..sob

Pacifista - X said...

pengalaman pertama menyambut hari bapa :)

amir aizat said...

touching jer bce,hehe

qamarguyz said...

EiZaRaZiErYa:
kalu baca semua mesti da banjir..
huhu..TQ sudi membaca

syufaa:
InsyaAllah..
andai diri dilindungi..
moga mimpi jadi realiti

qamarguyz said...

skemaituehot:
mahal yer?
kan bagus andai dapat jual =)
nyway betul la tu..
kita sependapat

Zetchi Henry:
w'slm,,
wahH..penulis hebat datang menjengah..InsyaAllah, ada kelapangan nanti sy ziarah =)

qamarguyz said...

S..U..D..@..I..S:
al-fatehah..
buat ibu ayah yang tiada di sisi

cantekk:
abis tu si cantik kat mana sekarang?

qamarguyz said...

echaRierie:
hehe..
takpe..k0men je apa yang patut..
bagus la utamakan famili =)

zaty:
hadiah sempena hari bapa yer?
nyway Gud Luck =)

qamarguyz said...

zety madu:
alaa..nangis da dia..
s0ry sis

Pacifista - X:
wahH..
m0ga berbahgia bersama anak isteri tercinta ;)

amir aizat:
yer ke..
cam takda perasaan jew k0 nie?
huhu