Monday, May 09, 2011

Utusan: 'Mitos Penuh Kecemasan'


Haiwan punya nafsu dan naluri, manusia punya akal yang merajai. Kuasa minda dan pemikiran amat penting untuk diekploitasi bagi memenuhi kepentingan politik masa kini. Menyedari bahawa situasi semasa semakin sulit, politik tarik-menarik dan tolak-menolak mula bergerak. Komponen politik BN dilihat semakin rakus mencarik kontrak sosial yang menjadi kitab perdamaian kaum di Malaysia. MCA ugut Cina, UMNO ugut Melayu, maka berpautlah kita pada dahan mereka yang kian mereput. Usaha terdesak UMNO untuk memerangkap dan memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya dapat dibaca dengan mudah menerusi lidah rasmi mereka, Utusan Malaysia. Setelah gagal menimbulkan kebencian terhadap ketua pembangkang, setelah gagal menghulurkan tangan perpaduan, provokasi agama dan kaum kian lantang dimainkan. Sengaja dicetuskan kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan agar rakyat terus kebingungan.

Artikel berjudul “Kristian Agama Rasmi?” yang dipaparkan pada laman utama Utusan minggu lalu jelas membuktikan wujudnya usaha berkenaan. Tanpa langkah sewajarnya dalam meneliti kesahihan sumber, akhbar tersebut mendakwa adanya konspirasi antara pimpinan agama Kristian dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya sekaligus menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara, lantas membolehkan jawatan Perdana Menteri dijawat oleh orang bukan Islam. Berdalilkan hanya sekeping gambar kabur yang diterbitkan dua blog pro UMNO, perjumpaan yang turut dihadiri ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi (DAP) itu terus dimanipulasi bagi membangkitkan sentimen ketakutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, NECF selaku penganjur pertemuan berkenaan dalam penafiannya menjelaskan bahawa pertemuan itu hanya meliputi topik kepimpinan beretika dan tidak ada langsung agenda bersifat penderhakaan seperti yang didakwa. Barang diingat, sebelum ini Utusan juga lantang memperjuangkan kesepaduan Melayu bagi menghadapi kuasa politik Cina yang semakin bersatu di bawah DAP menerusi idea ‘1Melayu 1Bumi.’ Malah, Utusan turut memperlekehkan elemen demokrasi dengan cadangannya agar kerajaan BN mengabaikan kepentingan masyarakat Cina yang dianggap ‘membalas susu dengan tuba’ berikutan kekalahan mereka di tangan DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Hakikatnya, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan agama Islam bukanlah sesuatu yang dapat dicabar secara wewenang tanpa sokongan 2/3 ahli Parlimen yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selagi wujudnya si gadis Ayu dan si gagah Tuah di atas tanah ini, adalah mustahil ianya dapat dipelopori oleh si hitam Samy dan si putih Chua. DAP sendiri awal-awal lagi telah memeterai dokumen perjanjian bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi menjamin kedudukan agama, raja, bahasa dan hak istimewa Melayu seperti sedia kala. Selaku pemuda-pemudi Melayu yang merdeka jiwa dan raga, sama-samalah kita memerhati dengan mata yang terbuka dan hati yang terasa. Gunakan kuasa memilih yang kita ada kerana selagi ianya bernama Utusan, segala akta boleh dipermainkan, sebarang tindakan tidak mungkin berjalan. Segala mitos penuh kecemasan ini usahlah dilayan. Dibaca boleh dipercaya jangan. 

52 comments:

harrazdani said...

betul tu...kadang2 utusan ni terlebih laaaa...

ainhany said...

salam dik,

Tangan2 itu akan ditanya di sana kelak. Berhati2lah dgn rezeki yang diperolehi.
ISLAM tetap gemilang

Zura Tahir said...

cm ne boleh jd cm tue tue..

ctpayong said...

kakCT tak kisah siapa di atas kerusi itu asal jangan ISLAM dicalar dan dicabar kelak segalanya akan terbakar.

Gayahspears said...

melampau...

sahidzan said...

isu yang terlalu sensitif untuk negara ini.
Nak fikir pun rasa semacam.

Madd said...

harap2 la xterjadi perkara mcm ni...

Anonymous said...

huru hara lam negara kalo ni jadi kenyataan..

shameel said...

sduah banyak kali utusan malaysia memperbodohkan pembaca. senang2 boikot jer utusan tu. jahat punya akhbar, cari keuntungan dgn memainkan isu agama dan perkauman.

budaksowt said...

politik ni macam2 jer..tinta yg menulis akan dipertanggungjawabkan kelak..

tokwan muda said...

yeeehaaaa barang dah naik...kerajaan sangat sayangkan rakyat....

nursingstikes said...

Soory information
Principles of Medical Emergency Treatment
Medical emergencies can happen to a person or group of people at the time and anywhere. This can be either a sudden attack of disease, accident or natural disaster. This situation requires immediate help that can be either first aid until the next relief well at the hospital. Such actions are intended to save lives and limit disability and prevent alleviate the suffering of patients.

visit and follow http://stikeshealthnurse.blogspot.com

Thank
http://apps.facebook.com/easycash-usd/?refid=100001041095779&ref=link

Anonymous said...

kerajaan telah brjaya mmbengongkan rakyatnye ngan mnggunakn utusan...tahniah, syabas, bravo, g la msuk kubor..

qamarguyz said...

to harrazdani:
lebih sudu dr kuah..huhu..
nak2 bila da makin tak laku

to ainhany:
w'slm kak..
mata, mulut & telinga juga alami nasib yG sama..buat mereka & juga kita..m0ga akhirnya tidak serupa

qamarguyz said...

to Zura:
bila kuasa yG di atas..
agama, bangsa & negara berada di bawah..

to ctpayong:
agreed with u..
jangan main api..
nanti terbakar diri

qamarguyz said...

to Gayahspears:
ini la wajah puak-puak pelampau yG sebenar..wadah peracun fikiran rakyat!

to PK:
dalam politik ala Machiavelli, tiada yG lebih utama melainkan kuasa..kadang2 sensitiviti rakyat sengaja dimainkan untuk keuntungan sendiri, anak bini & kr0ni

qamarguyz said...

to Mohd Ridhuan:
selagi kita semua masih waras dalam melihat kebenaran, tidak tertipu dengan mainan kerajaan

to hantu:
kenyataan yG dusta..
bersatu ke arah Malaysia Baru!

qamarguyz said...

to shameel:
tuan da b0ikot belum? hehe..
sy da lama tak baca utusan ni..semakin melampau plk skrg.. ini tanda2 akan berakhirnya sesebuah pemerintahan

to aku_azreen:
dan mata yG membaca juga tidak terlepas dari pertanggungjawaban.. berusahalah kita memahami kebenaran

qamarguyz said...

to tokwan muda:
dengar citer gula pun naik 20sen..hehe..rakyat didahulukan, rakyat dikenakan

to qudwa:
sabar br0..
PRU13 da tak lama..nanti kita anak2 muda sama2 talkinkan puak2 ni yer..huhu

Eye_nee said...

As-Salam Roy..
Makin hari hati makin bosan nak baca paper yg dibayangi Kerajaan ni... mahukan sesuatu yg telus bukan seperti cerita tahi ayam candu yg panas seketika tetapi busuk nya sepanjang hari....

Islam Agama Ku...Sampai Mati pun akan tetap begitu...

scya lollita said...

Nauzubillah .
smoge negara kita terlindung daripada fitnah2 yang besar .

Aedma9179 said...

jgn risau dgn semua tu, cuma utk alihkan perhatian rakyat malaysia sahaja...rujuk entri ni utk kepastian http://aedma9179.blogspot.com/2011/05/perlembagaan-persekutuan-malaysia.html

Abu Bagi said...

ia tak mungkin berlaku..pray for islam..:D

Unknown said...

ish2,cmner boleh jd smpi cmni ea?

techzarinfo said...

nice blog..thanks for sharing.....
http://www.techzar-web-developers.com/

nuriz said...

utusan meloya

Obat Sakit 2011 said...

it's true atau hanya isu saja gan

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Sepatutnya blogger ini ditahan utk siasatan kerana membangkitkan issue tanpa bukti dan macam mana pula polis
boleh menggunakan ceritanya utk menyiasat,apa, sekarang ni dah tak payah buat report polis ke?

♥xaturen♥ said...

erm.. sebenarnya ambil iktibar kesah 'gembala kambing dengan serigala'

sud@is said...

bijak dalam pemerhatian waras dalam tindakan
boikot je utusan, aku dah bertahun x sentuh UM

aindzaya said...

AGAMA ISLAM TETAP AGAMA RASMI MALAYSIA!!!

qamarguyz said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
hehe..rasa nak gelak gulink2 baca k0men akak nie..tapi betul la kan..panas seketika tapi akibatnya buruk sekali

to Scya Lollita:
m0ga dilindungi Allah dr segala kejahatan..fitnah & maksiat sudah lumrah dalam negara kita hari ini

qamarguyz said...

to Aedma9179:
yG melihat dengan mata yG terbuka & berfikir dengan hati yang terasa memang tidak akan risau..namun masih ramai yG terk0nkong midanya..teruskan memberi penjelasan =)

to ABU:
2/3 majoriti ahli parlimen..& persetujuan majlis raja-raja Melayu..mungkinkah? MUSTAHIL

qamarguyz said...

to amir aizat:
kerana takut untuk kalah..takut menerima hakikat kekalahan

to techzarinfo:
u r welc0me =)

to nuriz:
mmG..l0ya juga membacanya

qamarguyz said...

to Obat Sakit 2011:
kebenarannya belum pasti..tapi isunya menjadi-jadi..

to thomas:
sekarang rep0rt da dibuat dr bermacam pihak..h0pe polis telus dalam membuat siasatan..blogger, utusan & penganjur semua perlu disiasat

qamarguyz said...

to ♥xaturen♥:
jangan kita semua yG dijadikan kambing sudah la..Ayuh anak muda!

to S..U..D..@..I..S"
itulah yG sewajarnya..
kadang-kadang je buka utusan online nak baca berita sukan..hehE

to ain dzaya:
itu sudah pasti..
jangan terpedaya dengan dakyah2 yG tidak bertanggungjawab

Shafiq Izwan said...

tak tahu nak cakap apa dah pasal politik ni. hurm.

Unknown said...

hmmmm macam2 ada

logorithm said...

Utusan/UMNO sentiasa memainkan api perkauman. Diorang nak tengok gereja-gereja dibakar lagi ler tuh.

Untuk pemahaman selanjutnya, korang boleh lah baca artikel nih:

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-has-no-official-religion-says-constitutional-expert/

nisa said...

MasyaAllah...

qamarguyz said...

to ShafiqIzwan:
tak cakap tak pe..
juz fikir2 & renung2kan =)

to perondajaketbiru74:
Malaysia Hari Ini

qamarguyz said...

to logorithm:
membakar hati & perasaan Melayu..
demi kepentingan perut sendiri..
usah terpedaya..TQ

to nisa:
m0ga kita dilindungi Allah

nisa said...

AMin Ya Allah.....^____^ hihi layan blog ek, cuti3 nie..

Zasillah Ariffin said...

selagi media pro "mereka" nie masih lagi pro "mereka"...tak baca pun tak apa :)

cikida said...

iskk22,,ape je laa..

Anonymous said...

tah hape2 jer. dah la menumpang, pastu nk lebih2 lak...

Jom Masak Channel said...

mintak di jauhkan laaa...gile kot..

qamarguyz said...

to nisa:
biasa la sis..
nak layan sape lg..huhu

to Shiela Latif:
hehe..tapi kena ambil tahu juga c0z setiap serangan perlu dipertahankan..

to cikida:
tu laa..
entah apa-apa

qamarguyz said...

to Anonymous:
tu laa..
nampaknya masih ada yG tak faham..
pembinaan negara bangsa UMNO masih gagal hingga kini =)

to nur hidayah isa:
isunya bukan soal kebenaran..
tapi penyelewengan

qamarguyz said...

to nisa, Shiela Latif, cikida:
maaf banyak2 yer..
k0men resp0n saya sebelum ni da hilang..atas kesilapan teknikal blogspot..Harap Maklum

nunui Joe said...

haish.. kawan saya yg non muslim pn kata. 'x habis2 lg ka pasal agama ni' tertampar jgak sy. hmmm

qamarguyz said...

to nunui Joe:
huhu..sab0r aje laa..
yG penting persepsi kita betul..sedar akan isu yang berlaku =)