Saturday, January 15, 2011

Review Buku: La' Tahzan


Judul: La’ Tahzan - Jangan Bersedih - Don't Be Sad
Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Terjemahan: Mohd.Sofwan Amrullah
Penerbit: Jasmin Enterprise
Muka Surat: 592
Harga: RM 30.00

La’ Tahzan Sebagai Aksara Pencorak Hidupku:

Hidup sebagai manusia selalunya takkan lekang dengan air mata. Bagi saya kehidupan penuh dengan kebahagian tetapi disebaliknya mesti ada tangisan dan air mata. La’ Tahzan merupakan aksara yang setia menghilangkan air mata dan tangisan dalam hidup saya. Merupakan teman yang sentiasa disulami dengan aksara dan mutiara kata yang subur bercambah dalam diri ini. La’ Tahzan juga merupakan jalan penyelesaian dalam masalah-masalah harian yang disertai dengan bimbingan wahyu, panduan risalah serta bersesuaian dengan fitrah manusia yang suci. Disamping itu, diambil juga pengalaman matang, contoh-contoh yang hidup, kisah-kisah yang menarik, serta adab dan etika yang memikat.

"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?"

“Jangan berdukacita jika gagal, kerana anda masih memiliki nikmat yang lain!”

Hayatilah ungkapan ini: “Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah pada diri anda. Justeru,bersyukurlah kepada-Nya kerana semua itu, dan insafilah bahawa anda betul-betul bergayut dengan pemberian-Nya.”


Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”
(Surah Ibrahim:34)

Diriwayatkan dari Asma' binti 'Umais r.a,katanya: "Baginda Rasul telah berkata kepadaku: "Tidakkah pernah aku ajarkan kepadamu kalimat yang boleh engkau baca ketika engkau ditimpa kesakitan? Bacalah: Allah, Allahu Rabbi, la usyriku bihi syai'an..(Allah, Allah Tuhanku, aku tidak akan menyekutukan sesuatu dengan-Nya)."

“Memang ada beberapa perkara yang mewujudkan mendung tebal dan pekat di dalam hati. Tetapi jika ia kembali kepada Tuhannya, menyerahkan segala masalah kepada-Nya, dan akur kepada-Nya dengan segala keikhlasan dan keimanan di dalam hati, nescaya Allah akan mengalihkan mendung-mendung itu. Tetapi kalau yang dikatakan itu keluar dari hati yang leka dan tidak ikhlas maka ia adalah mustahil.”

La Tahzan’ saya syorkan buat sesiapa yang berasa hidup sempit, resah dan sedih atau buat mereka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur. La Tahzan’ menggesa anda: "Bergembira dan berbahagialah, optimis dan damailah hidup anda". Lebih dari itu ia menggesa anda: "Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati."

oleh Qasih Nadira - pemenang tempat ke-2 contest 'Aksara Pencorak Hidupku'

26 comments:

Illiana Hidayah said...

suka baca buku ni..
pemangkin kekuatan dalaman..

al_hakim said...

sy dengar buku ni bagus sekali..tak pernah bace lagi..hukhuk..kalau tak silap saya buku ini yang dicari oleh cikgu syuhada(heliza) dalam filem syurga cinta..=)

zulkbo said...

salam Azrai..
saya suka lagu La-Tahzan
yang di tujukan buat rakyat
Palestin tu..dalam bahasa
arab..lupa sapa penyanyinya

*cimOt* said...

nice book serius!!

Zura said...

satu medium untuk motivasi diri

ainhany said...

Salam Azraie,

sihat?? macm ne study sem ni?

Benar...buku ini mngajak kita mnghayati fitrah dan hikmah..satu ruang dan peluang utk kita berbicara dengan ALLAH...ALLAH juga menanti rintihan kita ...Muga kita mnjadi manusia yang reza dan rela. w'aklam

Nurulezzah said...

semoga dapat kita muhasabah diri kita dengan bacaan ilmiah :)
thanks for sharing :)

sugar2 kapas strawberry said...

suke buku keluaran pts ..ad yg tjuk sama cmni..tp la tahzan utk wanita :)

missgee said...

Buku yang ingin dimiliki..
Akan dicari.
Terima kasih..

ctpayong said...

salam
kak ct baca buku ni dlm english version. beli sewaktu di makkah sekitar 2008.

subhanallah..translation al quran in english sangat indah.

mmg buat kita down to earth buku ni.

Maisarah said...

la tahzan menghadapi segala musibah..la tahzan kerana Allah sentiasa bersama mereka yang sabar..

sy skang baca buku la tahzan kerana cinta..cuba lah bace.. ;)

+qAsiH naDiRa+ said...

mekasih qamar~ :)
sy hargainya~
n__n
buku ni masih menjadi peneman sy ketika sedih dan gembira~

fifahnazri said...

salam. saya telah membaca 2 kali buku la' tahzan. Ia merupakan buku yg terbaik yg pernah dibaca oleh saya. Buku ini memberi inspirasi kpd saya dlm menghadapi segala dugaan hidup setelah saya menghadapi fitnah yg hebat. Tulisan Dr Aidh ibarat sinar cahaya bg insan yg berada dlm kesedihan dan keresahan..

qamarguyz said...

to Illiana Hidayah:
betul2..sangat2 berkesan..
dengan gaya penulisan yG santai, tp penuh hikmah

to al_hakim:
hehE..rasenya betul la k0t..
dalam m0vie tu ada sebut..
ada kesempatan baca la..
salah satu buku yG amat berkesan dlm mengubah pandangan kita tentang kehidupan

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm tuan..
o0h, ada yer lagu La' Tahzan..
sy pun baru tahu..syukran atas perk0ngsian =)

to *cimOt*:
agreed with u =0

qamarguyz said...

to Zura:
sis da baca kan?
mmG satu buku motivasi yG wajar dimiliki!

to ainhany:
w'slm kak..
Alhamdulillah, makin bagus..makin dapat menyesuaikan diri..
InsyaAllah..redha, sabar & tersenyumlah..dats da p0int!

qamarguyz said...

to Nurulezzah:
u r welc0me..
berilmiah dan sgt praktikal..
cuba la membacanya =)

to sugar2 kapas strawberry:
a'ah kan..
buku ni pun ada dalam banyak jenis penerbitan..betul2 laku laa..huhu

qamarguyz said...

to missgee:
cari sampai jumpa taw..
tak jumpa kirim kat sy..
hehE

to ctpayong:
w'slm..
wahH..hebat jg kak kita s0rg nie =)
Maha Suci Allah..
mmG buku nie byk mengajar kita akan hakikat & matlamat hidup yG sebenar

qamarguyz said...

to Maisarah:
huhu..La' Tahzan kerana cinta?
baru 1st time dengar k0t..
thanz 4 sharing..maybe amat sesuai buat golongan belia cam kite

to +qAsiH naDiRa+:
hehe..sama2..
da khatam buku tentang Zulkarnain tu belum? =)

qamarguyz said...

to fifahnazri:
w'slm..sangat2 bersetuju dengan pandangan tersebut..kebetulan juga sy menemui buku ini di saat mGhadapi dugaan yG banyak mengubah akan haluan hidup ini..Alhamdulillah

-ROCKprincess- said...

suka buku ini...
blh buat rujukan sekali-sekala...
have you read Renung-renungkan & Selamat Beramal by Prof Izzi???
yg tue pun sesuai utk koleksi slps La Tahzan...
huhu...

+qAsiH naDiRa+ said...

hehehe~buku tu pun bagus wak!
n__n

Nur Fannun said...

ada beli buku ni, tapi xhbs baca, mklum le tebal..buku ni baca dicetak..& ada pelbagai versi. sy punya cetakn al-hidayah.

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...thx review
momoy suka sangat baca buku motivasi dulu
sekarang baca dari internet dan blog2 motivasi sahaja
dan buat blog untuk meluapakan kesakitan
haha...
kantoi sudah

Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...

qamarguyz said...

to -ROCKprincess-:
huhu..belum lg..
bagus yer buku prof Izzi tu?
selalu dengar dia cakap jew, belum pernah membaca tulisannya..akan cuba..InsyaAllah =)

to +qAsiH naDiRa+:
hehe,,bagus la cam tu =)

qamarguyz said...

to Nur Fannun:
mesti bz sgt kan..
sampai tak terbaca lg =)
a'ah, banyak terbitan buku ni..
sy punye terbitan Jasmin

to .::: Princess MOMOY :::.:
melupakan kesakitan?
kesakitan apa yer sis..
mental, hati or jasmani?
nyway m0ga terus mendapat yG terbaik dlm hidup..TC