Saturday, December 25, 2010

Aurat Itu Aib

diTag oleh: _luVy*dUcky_    Immukmin    Zetchi Henry


Tahukan anda bahawa frasa ‘aurat’ berasal daripada perkataan ‘a'ur’ yang bererti sesuatu yang mengaibkan. Fitrah insani pula suka menjaga, memelihara & menyembunyikan segala kebusukan, keburukan & kejelekan diri. Maka walaupun hanya sekadar memahami maknanya sahaja sudah cukup bagi kita untuk memahami hikmah pengsyariatan penutupan aurat buat seluruh ummah! Mengapa masih mahu berbahas panjang? Siapakah yang sanggup menampakkan kudis dan parut-parut luka di tubuhnya buat tatapan umum? Sedangkan tumbuhnya jerawat di paras rupa nan indah pun sudah menimbulkan resah dan gelisah, diusahakan dengan pelbagai cara dan gaya agar segera hilang tanpa dapat dikesan. Semuanya kerana perkara-perkara ini dianggap sebagai hodoh, buruk, jijik dan mengaibkan! Maka apa bezanya dengan aurat ‘yang mengaibkan’ itu?

Bergayalah sehebat dan seindah mana pun yang bersesuaian dengan persekitaran, suasana mahupun tempat bekerja. Berfesyenlah semoden dan secantik mana pun untuk ke ‘dinner’, ‘meeting’ mahupun untuk kembara merentas benua. Kerna sememangnya pak-pak kiyai, pak-pak imam dan ustaz-ustaz muda di sana amat sukakan keindahan dan kecantikan itu! Cuma penuhilah lima perkara mudah agar aib pada dirimu itu tidak terus terdedah.

1. Berpakaian longgar & tidak ketat hingga menonjolkan bentuk badan
2. Tidak terlalu nipis hingga nampak jelas warna kulit & badan
3. Menutupi seluruh anggota yang wajib ditutup
4. Gaya berpakaian tidak menyerupai berlawanan jantina
5. Tidak terlalu labuh hingga mengheret tanah & tidak pula terlalu singkat

Semoga kemodenan fizikal yang kita kecapi kini tidak memaksa kita kembali kepada keruntuhan moral dan nilai zaman Jahiliah. Tahukan anda seperti mana pakaian wanita pada zaman Jahiliah itu?
“..adalah panjang di belakang tetapi terbuka di hadapan, menampakkan leher dan dada. Itulah yang dikatakan tabarruj (perhiasan) Jahiliah, sedangkan pakaian wanita muslimah adalah labuh di belakang dan labuh di hadapan..”

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“..dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (surah an-Nur: ayat 31)

50 comments:

Zetchi Henry said...

wah, dah lama saya tunggu artikel ni dari awak..
jom sebar2..
makin ramai yang join, makin mudahlah nak jayakan!
selamat pagi..

nub said...

btl3! show our support!

bkn support suh tayang aurat..suh tutop sama itu aurat.hhahak

Ibu Mifzal Arsyad said...

jom tutup aurat smoga aib x tersebar...

immukmin said...

nice...=)

ctpayong said...

salam
semoga kita dapat memperbaiki tatacara kita berpakaian menutup aurat mengikut islam.

MAKCEK bukan NENEK said...

nice one aksara ^^

superb dan setuju apa yang dituliskan

BezBuddy said...

:)

p/s : masih dlm proses nak memperbetulkan diri...huhu

~eZmALiZa~ said...

peringatan yang bagus bro! terima kasih..

btw, ezma dtg dari FB-Gabungan Blogger baru Semenanjung.. hehe.. :D

manna_salwa said...

salam,

:)

masyeh mengingatkan ye.. ramai yg tahu tp, tak amek peduli..

syarifah radiah ibrahim said...

salam ziarah.

terima kasih kerna mengingatkan.

=)

Szan said...

aurat dari a'ur= mengaibkan. ni baru gua tau.

qamarguyz said...

to Zetchi Henry:
huhu..da lama yer?
maaf la..take time sikit utk menulis entry yG berkesan..
InsyaAllah, m0ga kempen sebegini terus diperluaskan =)

to nub:
hehe..yG itu kena kasi clear..
karang ada pulak yG tak nak faham & buat2 tak faham =)

qamarguyz said...

to Ibu Mifzal Arsyad:
j0m..aib tu pun penyakit!

to immukmin:
thanz br0 ;)
act da pernah menulis pasal ni dulu, juz perkemaskan saja..huhu

qamarguyz said...

to ctpayong:
w'slm..
InsyaAllah..
kita tu merujuk kepada lelaki & perempuan kan..masing2 ada aurat yG tersendiri =)

to MAKCEK bukan NENEK:
thanz makcek! hEhe..
m0ga sama2 dapat mengambil hikmah & pengajaran =)

qamarguyz said...

to BezBuddy:
i betulkan u..
u betulkan i..
baru la fair kan? hehe ;)

to ~eZmALiZa~:
terima kasih..
hehe, kita perasan ezma muncul dari sana..singgah la selalu yer..
nanti kita ziarah sana pula =)

qamarguyz said...

to manna_salwa:
w'slm..
sama2..da sempurna aurat di tubuh, peliharalah aurat di mata, telinga & mulut pula yer =)

to syarifah radiah ibrahim:
w'slm kak..
ingat mGingat kan budaya blogger jg..hehe.. ;)

to Szan:
Alhamdulillah..
bertambah ilmu kan =)

sugar2 kapas strawberry said...

thnx utk peringatan ini..masih jua sedang mengubah diri :)

annRAWK said...

huhu :)

ummiarissa said...

saya ada 5 orang anak perempuan...akan saya "dedahkan" mereka dengan perkara wajib ini....sedari kecil lagi..

dya adriza said...

subhanallah.. sangat bermanfaat.. ilmu disampaikan dengan penuh berhikmah dan telus.

ZWAN SABRI said...

Trima kaseb sbb sudi mengingatkan... huhu...

A.D.A.M. said...

Tq atas ingatan, bro! :)

atOn said...

=)

qamarguyz said...

to sugar2 kapas strawberry:
berubah untuk berbuah..
biar lambat, asal berusaha..
selamat maju jaya =)

to annRAWK:
hehe..senyum jew dia ek ;)

qamarguyz said...

to ummiarissa:
InsyaAllah..
sama2 la kita usahakan..
cam sy pun..anak perempuan belum tentu berapa orang, tapi adek perempuan da lima jugak..hehe =)

to dya adriza:
Maha Suci Allah..
yG mengalirkan ilmu-Nya buat kita semua..moga sejahtera hingga ke akhirnya

qamarguyz said...

to ZWAN SABRI:
sama2 br0 =)

to A.D.A.M.:
u r welc0me..
sama2 la kita saling mGingatkan =)

to atOn:
senyum s0kmo deh =)

Blognya Orang Blora said...

salam kenal ya...memang moral wanita sekarang sangat berlebihan dalam segi berbusana yang kurang sesuai dengan agama,dengan adanya artikael ini semoga bermanfat bagi kita semua ...Amin

Alynn Notnot said...

thanks, eventhough sy pakai tudung,sy sndr tak yakin sy tutup aurat sepenuhnya. entri ni sbg peringatan kpd sy yg slalu jeles tgk perempuan2 lain berfesyen ikut trend, teringin kdg2 nak jadi mcm diorg, tapi hati ni takut. takut nk jadi mcm tu. tkt nnt riak, tkt nnt tersimpang ke jalan yg salah.

thank you for reminding me, that being a fashionista is not a must.

Mohamadazhan hjDesa said...

teruskan usaha jaya! dakwah berkesan

❤ Cik Ain ❤ said...

mari menjage aurat.. ain pon kadang2 fail jugak. erm, tah bile nk tutup aurat dgn sempurne ni.

qamarguyz said...

to Blognya Orang Blora:
salam ukhwah.. =)
InsyaAllah, begitulah harapannya..
m0ga ada yG baik buat renungan semua..tQ

to Alynn Notnot:
Alhamdulillah, DIA masih memelihara kita..percayalah, berfesyen pun boleh mengikut syariat..majunya di situ, mundur bagi yG sebaliknya =)

qamarguyz said...

to Mohamadazhan hjDesa:
terima kasih..
sokongan dari rakan2 blogger seperti saudara amat diharapkan =)

to ❤ Cik Ain ❤:
InsyaAllah, pasti tiba masanya..
asal bertindak, bukan sekadar berkehendak =)

zik said...

syukran2... tutup aurat tuh kan kewajipan..

asyfiqaz said...

thanks for your support!
semoga usaha kita diberkati Allah =)

YOUsoF said...

Sangat² mengigatkan tuk kita yang tak pernah terlepas dari title alpa...

Same² kita usahakan yang lebih baik insyaAllah..

ellis suriyani said...

sesungguhnya..ellis pon x berape nak tutup aurat..thanks 4 de info.. :D

Eye_nee said...

Salam Azrai...

A-Aurat
U-Umpama
R-Rahsia
A-Aib
T-Tuanya

Jd simpan rahsia itu dgn menutup nya sebaik mungkin....

whitecappuccino said...

terima kasih atas peringatan ini..

_luVy*dUcky_ said...

huhuhu~keep it up!
:)

qamarguyz said...

to zik:
afwan..
kewajipan disyariatkan Tuhan

to asyfiqaz:
u r welc0me..
InsyaAllah..good job bro! =)

qamarguyz said...

to YOUsoF:
InsyaAllah..
benar, manusia itu pelupa & alpa..
moga esok lebih baik buat kita

to ellis suriyani:
tak pe sis..
sama2 la kita perbaiki..
niat & usaha harus ada kan =)

qamarguyz said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
hehe, ada sj idea dia yer..
kreatif..thanz =)

to whitecappuccino:
sama2..
j0m berubah untuk berbuah! =)

to _luVy*dUcky_:
InsyaAllah..

Zura said...

betul tue...cantik cm ne pun dedah sana dedah sini tetap xcantik...

Puteri Iqa Izyan said...

ramai yang buat entri sokong kempen nih..
harap2 semuanya dpt jadikan petunjuk utk yang lain ;)

ash_mza said...

Alhamdulillah~
Suka dengan kata2 ini..

...asal bertindak, bukan sekadar berkehendak =)

Terima kasih atas pkongsian~

qamarguyz said...

to Zura:
a'ah kan..
lagi terdedah aib ada la..
yG heran kadang2 yG mmG tak cantik pun duk dedah sana sini..geli ar..huhu

to Puteri Iqa Izyan:
sekurangnya jadi petunjuk buat diri sendiri juga..itu yG utama..InsyaAllah =)

qamarguyz said...

to ash_mza;
segala puji hanya bagi-Nya..
huhu, baca k0men yG direply ea =)
sama2..teruskan membaca k

Cik Grrr said...

salam nk tnya, apa aurat di mata, telinga semua?..

hehehe,...dah reply kasi tau..tq sharing!

qamarguyz said...

to Cik Grr:
w'slm..
pandangan mata, pendengaran telinga..itu pun aurat, ada keaiban yG perlu dijaga =)

ash_mza said...

huhu, baca k0men yG direply ea =)??
?/
erk.. komen apakah>