Friday, November 26, 2010

Propaganda BTN

Siapakah Anwar Ibrahim?
Seorang pengkhianat bangsa dan agen kuasa asing!
(ditayangkan beberapa gambar Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen itu sedang berbincang dengan beberapa pemimpin asing, termasuk dari kalangan Zionis Yahudi kononnya)

Siapakah PAS?
Sebuah parti yang mempergunakan Islam bagi mengaut keuntungan politik & membenarkan kekacauan bagi mencapai cita-citanya!
(ditayangkan slide show gambar kekecohan di Batu Burok, Kuala Terengganu selepas pihak berkuasa melarang ceramah pembangkang diadakan di sana sehingga 'terpaksa' melepaskan peluru hidup yang mengenai dua orang awam. Gambar-gambar ini turut diselang-selikan dengan peristiwa penyembelihan etnik di Indonesia seolah-olah ianya realiti yang akan berlaku di negara ini akibat 'keganasan' & 'kebiadapan' penyokong PAS)

Siapakah DAP?
Sebuah parti serpihan PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang bakal meneruskan legasi bagi menjayakan konsep ‘The Chinese Belt’ (Jajaran Cina) di Malaysia!
(ditunjukkan statistik peningkatan wakil rakyat dari parti itu di dalam DUN dan Parlimen. Konsep 'The Chinese Belt' yang pernah disebutkan Tun Hussein Onn didendangkan kembali - kononnya penguasaan secara senyap bangsa Cina ke atas politik dan ekonomi orang Melayu sedang berlaku setelah kejatuhan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang. Sedangkan BN juga sudah kehilangan majoriti di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Mereka mendakyahkan bahawa inilah satu gerakan bangsa Cina untuk menguasai Malaysia secara halus. Lingkarannya bermula dari negara tembok besar China hingga ke Singapura) 
    Ketika Dato' Seri Najib Razak lantang menyayikan lagu 1Malaysia, dalam diam2 rupanya ada yang tidak kena dengan pembentukan masyarakat majmuk di negara kita. Semuanya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membentuk persepsi bahawa hanya UMNO sahajalah yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu & hanya BN sahaja yang boleh mentadbir Malaysia. Mereka lupa bahawa dalam BN itu juga ada Samy Vellu dan Chua Soi Lek. Mereka buat-buat lupa bahawa dalam BN itu lebih ramai pemangsa yang membaham harta kekayaan tanah air untuk perut masing-masing, termasuk yang menjual undang-undang & Perlembagaan negara untuk kekal berkuasa.

Pengalaman menyertai BTN di sebuah kem di Johor menjelaskan betapa wajarnya tindakan Pakatan Rakyat yang didahului kerajaan negeri Selangor mengharamkan penglibatan warga kerja dan pelajarnya ke kem tersebut sedikit masa dahulu. Kenyataan yang disebut di atas cuma sebahagian daripada dakyah-dakyah yang telah dipaksakan ke atas saya sepanjang berada di sana. Walaupun diakui matlamatnya mungkin baik, pengisian modulnya mungkin lengkap dalam membentuk jati diri individu, disiplin & semangat patriotisme anak Malaysia, namun kemasukan anasir-anasir negatif ini tentunya bisa membawa mudharat yang tidak kurang besarnya.

56 comments:

Hishyamuddin said...

salam bro..
setuju, sbb dulu pnh pergi tmpt cmni,
mcm nk ajar budak2 berpolitik je..

Szan said...

gua benda begini payah sikit mau komen. masuk BTN pun tak pernah. dah namanya yg memerintah, maka di gunakanlah kuasa putar alam yg ada. tp gua no komen. :p

++:::dY[a]::::++ said...

owh,br pegi BTN hari tu..
tak nak komen byk,cuma ape yg sy dpt tidak begitu negatif spt y saudara gambarkan..
mungkin disebabkn cara penyampaian tenaga pengajar y berbeza..
y pasti kita boleh menilai sendiri,setiap mklumt sekeliling y dpt harus ditapis n bukan diterima bulat2 n pastikan kesahihan ..include all +ve n -ve effect..hehe..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro, btn sekadar alat propaganda BN, tp ramai jg dalam pkr asal penggubal btn modul.huhu

NM02 said...

erkkk... tak reti hal2 mcm gini. hehehe

Encik MamaT said...

propaganda je lebih... tapi aku penah pegi dulu... aku join aktiviti je...

fadzlina said...

disuruh memilih mana satu lebih penting; pendidikan, politik, ekonomi, sosial? jawapan kita beri : pendidikan.. mereka kata salah..jawapannya politik.. bingo utk mereka. =.=

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

btn ni ngarut je.. aku pun x suka.. suka outdoor je.. ble bab indoor crmhnye meluat aku... sori to say la..

SuhaNa said...

Assalammua'alaikum warahmatullah..

Ana juga datang dari Universiti yang ditanggung penuh kerajaan.Kadang-kadang pemberian subsidi perlu dibayar dengan harga kebebasan kami sebagai mahasiswa.Ana tidak punya pengalaman menjalani program BTN tetapi komen ana, inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

Tidak membenarkan mahasiswa berpolitik,namun diajar cara berpolitik sempit sebegini. Pelajar yang menjalani kursus dibasuh cukup-cukup minda mereka..

Positifnya ada,tetapi dicampur selingan politik sempit begini menjadikan anak muda semakin muak dengan politik.

Innamal a'malu binniat~

Segala-galanya bermula dengan niat..Waalahua'lam

ctpayong said...

sekarang BTN. terdahulu OBS sengkatan kpd out bounce school, di salah satu daerah di Johor.

apa yg saya alami mungkin saja berbeza. kesedaran fizikal dan mental diterap melalui kesulitan hidup tanpa kemudahan serta kemajuan.

seronok serta mencabar. ironinya pentingnya aman dan hargai kemajuan.

wallahua'alam.

Tilam said...

Salam..saya pun dah pernah pergi..dan betul apa yang kamu cakap tu. Bagi mereka yang cerdik politik tak ada masaalah.buleh berfikir dengan matang. Boleh beza betul atau benar, propaganda atau realiti. Tapi yang tak cerdik politik ni, mereka terima je bulat bulat apa yang di suapkan kepada mereka. So belajar la sikit sikt tentang politik supaya kita tak
di pergunakan oleh mana mana pihak..samada pihak BN atau pakatan.Cuma memang tak berani nak bersuara kat sana..kerana takut tak lulus BTN tu. Modul lain tak ada masaalah,,modul yang ini memang sangat2 menyampah. Seolah olah kita ni bodoh sangat..tak membaca...Kalau nak kondem mana mana pihak pun biarlah berpada pada..atas asas kebenaran dan kesederhanaan..

Rafhan said...

aku x suke politik, tapi klu da masuk keje gov, dah konfirm2 wajib pergi course BTN kan?

manna_salwa said...

:) went to 1 BTN b4..
but, this 1 was just ok.. maybe pro kerajaan. but.. i love malaysia more after attending it..

*peace*

pendek kata, buang yg keroh ambil yg jernih..

UJ said...

tidak ketinggalan 1957:HATI MALAYA yang ditayangkan... filem tu kira orait la jugak... sebab memperjuangkan kebebasan - kemerdekaan negara... TAPI umno saje je ke yg perjuangkan... jangan lupa haluan kiri juga sama ... begitu juga dengan parti komunis malaya... juga ada sumbangan untuk proses kemerdekaan negara...

sejarah... memang mudah diputarbelitkan oleh mereka yg tamak ...

Nur Fannun said...

pernah gak pi BTN ni..aktiviti yg pling best kembara msuk hutan..yg len biasa2 je..bnda yg kmi byk bljr cara pengurusan masa yg btul..jdualnya padat.unsur politik pun dimsukkan..mcm dlm berita de sebut BTN de unsur perkauman..tp aku nmpk tujuan dia nk sedarkan org melayu yg ngah sdap tidur lena supaya bngkit, tingktkn ekonomi & taraf pendidikn.2 bnda ni la yg penting, utk mjukan bangsa & ngara.

sjk pilihnraya DUN gals & btu sapi, nmpk sgt brita kt tv, bab politik tak leh percaya bulat2, kna semak harakah, harian metro, kna dngr ulasan dr kedua2 blah pihak, then kta sndri la yg menilaikan mana satu yg betul..

puteri cahaya. said...

Wahh... politik nie:D

mffzone said...

as'kum
Pada kawan kursus BTN bagus untuk jati diri sendiri. Untuk politik kawan tak nampak ianya berbahaya untuk mana-mana parti politik pun yang penting penerimaan individu. Kursus apa pun yg kt pi kalau asyik pkr nak politik abis la. Maknanya kt sendiri yg rugi sebab jadi tak best lak kursus yg kt hadiri (tak ikhlas).

qamarguyz said...

to Hishyamuddin:
w'slm..
takpe, kalu da cukup umur budak2 pun perlu diajar berpolitik..tapi biarlah betul caranya..

to Szan:
no komen pun dikira komen la juga..hehe.. =)
takpe2, ada peluang nanti dapat la merasa duk dalam kursus ni..tapi silibus da berubah k0t

qamarguyz said...

to ++:::dY[a]::::++:
agreed wiyh u..
bagi yG cerdik macam kita nie tak pe la..dengar dari kedua pihak..
tapi bagi yG tak amik tahu & tak berminat nak tahu? bila disogok cam tu terima sajalah...tanpa dikaji sejauh mana kebenarannya

to Mohamadazhan hjDesa:
politik b0h..
normal la tu..
bila dalam jadi lain, kat luar jadi lain pula..huhu

qamarguyz said...

to NM02:
tak reti kena la belajar..hehe =)

to Encik MamaT:
aktiviti memang best..
ak pun tak selalu dapat j0in aktiviti yG best & bagus cam dalam BTN dalam lain2 kem..tapi part dia punya ceramah tu la yG punah..adeiii!

to fadzlina:
kepentingan yG sama..keutamaan yG berbeza..itulah kehidupan..
BINGGO!! ;)

qamarguyz said...

to Mohd Wakiyuddin Rosnan:
sama la kita br0..
aku s0kong 101%..huhu

to SuhaNa:
w'slm..
syukran sis atas perkongsian..
tapi benarlah apa yG dikata..ada peluang j0in la, yG penting kita pandai menilai..jangan terima bulat2..kalu tak mmG abis licin la kena brainwash..huhu..
Ayuh Mahasiswa!

qamarguyz said...

to ctpayong:
OBS? first time dengar..
di bawah kendalian apa yer?
nyway thanz sudi berk0ngsi..
m0ga kita semua terus hidup aman damai sebagai rakyat Malaysia yG mahukan kemajuan & keadilan =)

to Tilam:
w'slm..
saudara nampaknya pernah mengalami pengalaman yG sama, & berpandangan yG sama dengan saya..begitulah hakikatnya..rakan2 terdekat sendiri yG menjadi mangsa, sedih juga dibuatnya..hmM.. namun generasi muda kini sudah semakin matang menilai, berani bertindak..InsyaAllah

qamarguyz said...

to Rafhan:
c0nfirm br0..huhu..
takpe tak suka or tak minat..
tapi sikit2 kena ambil tahu juga, c0z ada hak & tanggungjawab yG perlu kita tunaikan..sebagai Hamba & rakyat

to manna_salwa:
yG keruh kita tapis & betulkan..
itu tentu lebih berguna dari terus dibuang..membazir..apatah lagi kalu ia adalah sisa yG beracun!
InsyaAllah =)

qamarguyz said...

to UJ:
ada yer tayangan filem?
mungkin ada..terlupa..
tapi mesejnya masih dikira bagus dalam membentuk jatidiri..s0al sejarah yG tidak tepat & jelas memihak itu juga satu isu yG boleh didebatkan..

to Nur Fannun:
that's right!
inilah pemuda pemudi yG kita cari..s0al siapa betul siapa salah itu kita sendiri dapat menilai, namun setelah mendapat maklumat yG adil..dengar dr kedua pihak..
hehE, kembara berhantu berkubur kan? part paling ser0nok la tu ;)

qamarguyz said...

to puteri cahaya.:
student politik..
sesekali hendak juga berbincang & berdebat s0al politik kan ;)

to mffzone:
w'slm..
betul2..setuju 101%.. mmG bagus sangat dalam membentuk jati diri & semangat patriti0tisme peserta..
namun keikhlasan itu terbina buat negara yG tercinta, bukan pemerintah yG 'tak kena'..

Aretikz said...

Hehe.. Btn wajib masuk.. tp lum lg teraply.. ni la krja gov.. ahakz.. benda ni memang dimanipulasi habis.. yg penting.. guna akal dgn sebaiknya.. susah juga men buruk2 ni.. sedangkan nabi pun xpernah burukkan orang.. ish3x~

Nur Fannun said...

bukan kembara hantu kubor la, just masuk hutn, naik bukit turun bukit, redah belukar, lopak air, kena merangkak bawa kasa dawai, meniti sebatang pokok. ni la 1st time msuk hutn.& dpt hadiah--> kena gigit dgn serangga pe enth rupa cm lebah tp bkn lebah

amira said...

well.. pro and cons memang ada dalam sebeuah program.. tapi kalau cons nye yang lebih.. elok ajelah BTN ni diberhentikan je..

@na said...

Harap tulisan ini dapat membuka mata semua rakyat malaysia berfikir secara matang dan berhemah. Syabas

misSbLurRy said...

den g kem BTN....masa zaman sekolah...erm erm erm no komen..zaman sekolah, yg ada cume enjoy

Luffy said...

aku tak suka pergi BTN..sbab aku tak suka politik..walopon kene amek taw pasal sikit2 mende ni..tapi aku taknak terlibat..haha...

BTW..kat johor tu kat GUNUNG PULAI ke?? aku g kem BTN kt sane dulu..huhu

AdiaLuze said...

Politik,politik....Semankin nak dihujahkan, banyak benda yg tak baik dari yang baik rasanyee...

Yelah...fitrah manusia kan lebih suka cari kesalahan org dari kebaikannye...

Hmmmphhh...Apapun, pilihlah pemimpin yang sepatutnye mengikut pilihan kita sendiri..jangan pilih ikut telunjuk org lain...

PEACE semua!!!!

LadyBird said...

BTN oh BTN..
ingt dulu time belajar..
wajib sertai BTN walaupun sekali..
kalau x, xleh grad :)

Wasatiah Gurlzz said...

slm Roy...rindunyer kat adik akak yg sorang nii...:-( sihat?

akak setuju bebenor ngan entri nii...time BTN dulu, rs mcm cuak giler...nii kursus pembinaan sahsiah diri ke atau utk membentuk pengaruh faham politik...hehe...mesti ramai peserta kursus yg konpiuss ngan agenda BTN..huhu

♥-- emieysandra --♥ said...

BTN mmg byk k arh politik, sy pun ade pglman..yla mmg wjib pi kursus BTN ni.

hans said...

tak berminat benda nih

P/S : Alhamdulillah! 1st Time Traffic Blog Nih Banyak Macam Nih!

P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

qamarguyz said...

to Aretikz:
hmM..nak buat cam ner kan..
bila pangkat & kuasa yG dikejar..
dunia tak dihubung dengan akhirat, tak bisa muncul khalifah yG sejati

to Nur Fannun:
huhu..
takda la lakonan kubur dengan kemenyan, p0cong golek2 dalam hutan semua tu yer? time kita pi dulu ada..tu yG lg sy0k tu ;)

qamarguyz said...

to amira:
entah la sis..
kita sendiri tak jelas mana yG silap..silibus atau penyampaian?
perlukan kajian lebih lanjut

to @na:
syukran atas s0kongan..
m0ga begitu la hendaknya..
jangan hanya mendengar, sesekali perlu juga membaca..dr pelbagai sumber =)

qamarguyz said...

to misSbLurRy:
huhu..time sek0lah mmG tak amik p0rt la pasal semua tu kan =)

to Luffy:
gunung pulai?
takda la..kat satu kem tu..
dirahsiakan untuk keselamatan..hehe

qamarguyz said...

to AdiaLuze:
agreed with u..
pilih dengan mata hati, bukan dengan mata kasar..kerna mata hati itu lebih halus & teliti sifatnya =)

to LadyBird:
huhu..ikut jew laa..
yG penting tamat belajar..
mata melihat hati merasa,
fikiran yG merencana =)

qamarguyz said...

to Wasatiah Gurlzz:
w'slm kak..
sihat aje kite..
jarang 0n9 ke skrg?
huhu, itulah namanya propaganda kak..
kalu ajar politik, betul cara & gaya tak salah..ni nampak sangat berat sebelah, hentam lawan..jadi alat semuanya!

to ♥-- emieysandra --♥:
pengalaman yG bagus untuk dirasai..menarik untuk direnungi =)

to hans:
takbir!!..

Tinta NurAz said...

pergi juga btn..tapi akau tetap dengaan pendirian aku..huhu..undi adalah rahsia..hehe

Solihin Zubir said...

UMNO semuanya boleh.. semuanya betul.. xdak salah lgsung.. perfect.. huh! what the fish..

yahaya said...

berkesan kah..untuk menukar haluan seseorang dlm tempoh tersebut..tak mungkin...bukan rebung lagi...

AkUmUsIkMaLAyA said...

politik di malaysia,xubah seperti politik kanak2..dat`s why..if we can calculate or make a survey kt remaja..i dun think...ramai yg minat politic..sebab ape??

ni sbb..pemerintah skunk laa...
kene fikir da fikir~~

-Akumusikmalaya-

Irnie said...

ermm pi btn pn da lama kot mase form 4.. time tu pengisian dia ok.. situasi sekarang ni.. payah nk ckp, tp perlu diluahkan.. ape pn selagi boleh gunakan akal.. sama²lah kita guna ya.. utk kebaikan bersama.. :D thanks for sharing..

bungakuning . said...

erk . saya pergi btn dalam dewan je . so tak boleh nak commet lebih2 .

Mujahadah said...

Never get involved...:)

Rara Farah said...

pegi BTN mase lower 6...penceramah tu berckp ttg PAS,DAP n kiteorg..kelip2 mata sbb tak tahu pokok pangkal....setiap org ade pndpt dan cara penilaian masing2...tp sy hanya mendengar..mengikut yg baik dan menjauhi yg buruk..amal makruf nahi mungkar gitu....adeh...ta pndai sal politik nie...

King Of Single said...

heh ko da pegi ek?

die tunjuk vid tu..?

haha aku pnah skali..heh biase la tu..xreti nk terima kekurangan sndiri

Hana Faza-same person said...

salam
walau apapun sokongan kita, biarlah kepentingan agama kita dijaga agar Allah menjaga kita org melayu dan Islam juga..

jgn smpai 'seronok' mencari kelemahan parti smpai membiarkan org bukan Islam mempermainkan ayat suci Al Quran tp kita org Islam hanya mengangguk2 tnda setuju padahal kita tahu ayat tu diterjemahkan dgn salah ..dilaknat Allah, apalah gunanya hidup kat dunia ni?

went to BTN.. tiada apa kurangnya kalau kita melihat secara positif.. mana2 parti pon ada kurang dan kelemahan.. tp fikirkan parti mana yang tidak buat kita direndahkan dalam agama dan negara sendiri..

jgn smpai tergadai bangsa sendiri sb 'asyik' mencari kelemahan orang lain..

cintai agama, cintai bangsa..

insyaAllah

qamarguyz said...

to Tinta NurAz:
mmG bagus kalu tetap pendirian..
masalahnya bila berhadapan dengan orang yG tak tetap pendirian or mmG takda pendirian

to Solihin Zubir:
huhu..
lebih kurang cam tu la agaknya..
dulu kini & selamanya

qamarguyz said...

to yahaya:
mungkin tak begitu berkesan untuk menukar haluan, tapi amat berkesan untuk membina haluan baru bg mereka yG belum berhaluan =)

to AkUmUsIkMaLAyA:
mmG itu mungkin jua disengajakan..
remaja dihanyutkan dengan hiburan duniawi..akhirnya lampi dlm beragama & berp0litik!

qamarguyz said...

to Irnie:
u r welc0me..
kita anak2 muda punya akal yG jernih..isi ia dengan pengetahuan, kajilah dr semua aspek..akhirnya luahkan di peti undi =)

to bungakuning:
dalam dewan?
rasanya part itu tentu diisi dengan ceramah2 sebegini kan..

qamarguyz said...

to Mujahadah:
huhu..rugi la..
takda pengalaman =)

to Rara Farah:
kelip2 kusangkakan api..
rupanya mata si Rara Farah..hehe ;)
nilailah sebaiknya, c0z tiada yG sempurna..cari yG kurang buruk dalam kalangan yG terburuk

qamarguyz said...

to King Of Single:
lebih setahun yG lepas..
video kita sama ek?
huhu..entah laa

to Hana Faza-same person:
w'slm..
kepentingan yG sama, keutamaan yG berbeza..s0 pandai2 la menilai mana yG lebih utama dr yG utama..
semuanya melaungkan kebaikan agama, bangsa & negara..tapi pendekatannya berbeza..pertama nilai matlamat, kedua nilai cara