Wednesday, September 22, 2010

Blog & Qamarguyz...


TAG 18 : KITA TAU KE


1. Apakah nama blog anda? Kenapa anda memilih nama tersebut?
Aksara Cinta Ilahi..membawa makna ‘huruf-huruf’ ‘atau ‘permulaan’ Cinta Ilahi..
Semoga dengan pemilihan nama ini membawa diri penulis dan para pembaca kembali pada satu permulaan untuk mengenal ‘kalam’ Ilahi..sama ada yang tertulis mahupun yang terdampar di depan mata…

2. Apakah link blog anda? Bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
‘qamarguyz’ atau ‘lelaki bulan’ sememangnya merupakan nama pena penulis sejak 5 tahun yang lepas..sesuai dengan latar belakang & pendirian penulis, gelaran ini sebenarnya diberikan oleh si dia yang pertama …

3. Apakah method dalam penulisan anda?
“jika mereka boleh berkarya, kita juga mampu berpuisi..jika mereka boleh menulis, kita juga mampu menaip & jika mereka boleh menyerang, kita juga mampu bertahan serta membalas, jika perlu...namun karya & tulisan yang tersiar bukanlah sekadar omong  kosong,  menghabiskan masa dan tenaga..ianya perlu berpandukan kematangan akal fikiran, kesucian hati dan ketenangan emosi yang sejati dalam memberi pandangan terbuka, kritikan membina serta berkongsi ilmu mahupun pengalaman.”


Begitulah coretan pertama penulis di laman ini suatu tika dulu.. tumpuan asalnya berfokus kepada persoalan agama, politik dan isu semasa..sebelum berkembang kepada pelbagai bentuk dan gaya penulisan, sesuai dengan kematangan dan golongan sasaran yang semakin berkembang…

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Sehingga kini penulis belum pernah terfikir untuk menghapuskan laman ini..biarpun semakin dihimpit masa dek kesibukan harian, laman ini tetap kekal dan diselenggara dengan sederhana.. ukhwah yang terbina, ilmu yang berguna, pengalaman yang dirasa & pendapatan yang dijana antara faktor-faktor laman ini terus di pandangan pembaca sekarang...


5 . Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda? Apa kata mereka?
Mulanya secara rahsia, kini semakin terbuka..semakin hari semakin ramai dalam kalangan ahli famili dan sahabat handai yang menyedari akan kewujudan laman ini.. InsyaAllah, usaha yang bermanfaat sentiasa diberi sokongan oleh semua pihak…



6 . Apa perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Bermula dengan ‘zero’ kini menjadi ‘hero’..baik buruk bukan sekadar di nilaian mata, malah pandangan hati kadang-kadang lebih berpengaruh..segala kritikan & cadangan diterima penulis dengan lapang dada demi maslahah bersama…

7 . Bilakah anda mempunyai blog?
Secara rasminya pada 18 November 2009…

8 . Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Tidak dapat dipastikan..seingat penulis mungkin beberapa orang rakan sekolej yang turut terlibat dalam dunia ‘blogging’ pada waktu itu…

9 . Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah?
Dah lama penulis tak ke sekolah!! hehe...

10 . Senaraikan 10 blogger seterusnya untuk di tag..

Seperti biasa, dulu kini & selamanya - penulis tidak gemar untuk tag sesiapa.. terpulang kepada mana-mana blogger yang berminat dengan tag ini untuk ‘mengetag’ diri sendiri yer..


p/s: terdapat berbelas lagi koleksi tag yang belum dijawab..kepada lain-lain blogger yang tagnya belum dijawab, harap maaf yer..bersabarlah... =) 

11 comments:

adrinaqamarina said...

kalo nama pena qamaruguyz tu sejak 5 tahun lepas. nama qamarina ne pulak sejak 9belas tahun lepas

^___^

fiziesss said...

salam..dah berapa lama dah terjebak dgn dunia blog ni..susah jugak klap part update tu..tapi nak bt mcm mana..kne la sentiasa kuat semangat kan?..hehe..salam persahabatan..

missgee said...

Sesuatu yg menarik di blog ini..
Kata2 yg puitis.. Sinis..
Sesungguhnya, Sememangnya
mengajar saya
Kembali mengenal 'kalam ' ilahi.. :)

mR.sYaH said...

lama xsinggah sini.. lelaki bulan.. best nama tu..

ainhany said...

salam azraie,

Alhamdulilah dan tahniah.
Simpulan bahasanya begitu kemas dan tersusun aksara yang behikmah.

Teruskan dakwah dlm kematanganmu.
kederat tua dan karatnya otak akak nie sudah tak bisa tuntas seperti dulu..

Papun doakan teman2 maya dlm doamu jua ya.Selamat belajar.

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
hehE.. memang la sis..
ni nama sebenar kan?
bukan nama pena =)

to fiziesss:
w'slm..
nice to kn0w u =)
yurp, begitulah.. bloGging pun satu kerja hidup yG ada pasang surutnya..brgantung pd individu

qamarguyz said...

to missgee:
hehe.. yer ke sis?
syukur la cam tue..
sama2 kita ambil manfaatnya jika ada..gaya penulisan mmG mmainkan peranan dlm mengikat hati pembaca

to mR.sYaH:
huhu..
bila la nak sampai ke bulan nie

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
syukran atas pujian & pandangan..
sokongan rakan2 seperjuangan menjadi enzim semangat untuk saya terus menulis..huhu, yG tua yG lama tu lebih banyak ilmu & pengalaman.. pasti masih berguna =)
InsyaAllah

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam....

macma best jerk tag ni..awe pun ada tag tak terjawab lagi..lupa pun ada..

iddinm said...

aku suka bila anda berkat2...best tu

qamarguyz said...

to Nur Hawa Mohd Zin:
w'slm..
huhu, tu la pasal..
macam2 jenis tag ada kan..
kalu best nanti silakan jawab =)

to iddinm:
berkat2 tu apa?
berkata2 yer?..
nyway thanz =)