Tuesday, May 18, 2010

Hikmah Ujian

    
  Musibah seperti bencana alam, peperangan, kemiskinan, kedangkalan, penyakit dan kematian sering menyinggahi kehidupan insan. Tidak kira tua muda, kaya miskin, lelaki perempuan, bangsa atau warna kulit, semuanya pernah, sedang atau akan diuji oleh Allah s.w.t. Persoalannya, apakah pandangan kita tentang hakikat sebenar musibah ujian? Bagaimanakah tindakan kita dalam menghadapinya?

    Sebagai seorang muslim, kita seharusnya yakin bahawa segala yang terjadi adalah qadha' dan qadar Allah s.w.t. Dakwat pena pun telah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan sudah disimpan. Allah s.w.t. berfirman;

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di Bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya menjadikan yang demikian itu adalah mudah bagi Kami.." 
(surah Al-Hadid: 22)

    Sesuatu yang akan terjadi tetap terjadi walaupun seluruh manusia dan jin berusaha untuk menolaknya. Manusia hanya mampu merancang, namun semuanya terpaksa akur dengan perjalanan ketentuan ciptaan Tuhan. Hakikat takdir membisikkan bahawa kita hanyalah boneka yang bermain wayang di atas pentas dunia mengikut skrip yang diolah-Nya. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berusaha, berdoa dan bertawakal sedangkan hakikatnya perkara ini juga datang dari Allah. Oleh itu, terimalah apa saja kurniaannya, maka kita akan menjadi orang yang terkaya.

     Hidup ini cuma mempunyai 3 hari; kelmarin yang telah pergi & tidak mungkin kembali. Maka, jangan difikirkan perkara yang telah berlalu kecuali untuk mengambil hikmah pengajaran. Jangan berdukacita kerana kita hanya akan berduka dua kali. Dan jangan pula dipaksakan hari esok datang sekarang, kerana terlalu memikirkan kesan serta akibat sesuatu perkara yang belum pasti boleh menggelisahkan hati, melemahkan jiwa. Sedangkan tiada siapa bisa menjawab, adakah mentari esok masih menyinari pandangan kita? Hakikatnya, hari inimasa dan detik ini sajalah yang menjadi pinjaman Allah untuk kita. Maka, gunakanlah sebaiknya. Beramal dan tunaikan tanggungjawab penciptaan kita. Jangan ditunggu masa pagi dan petang.

    Redha dalam hati, sabar dalam diri dan bersyukurlah, kerana itu sebaik-baik penawar musibah. Maafkanlah segala kesilapan orang lain terhadap kita, kerana ia akan membuatkan kita lebih tenang, sedangkan dendam dan permusuhan hanya mendatangkan dosa, kemurkaan Allah dan bermacam lagi kesan yang negatif. Tersenyumlah kerana ia sedekah yang paling mudah, sedangkan tangisan tidak mungkin menghidupkan kembali jasad yang telah kaku, tidak juga akan mengembalikan harta yang telah musnah.

    Jalan terbaik untuk menghadapi musibah hanyalah dengan mengingati Allah sebanyaknya. Dialah pemilik tiap sesuatu, kerana sifat musibah itu sendiri adalah untuk melembutkan hati yang keras dan menginsafi kekerdilan diri. Cukuplah Dia sebagai pembantu dan sentiasa berbaik sangka terhadap-Nya. Dunia dan seisinya adalah remeh, sedangkan kemudahan pasti bersama dengan kesukaran.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 7)

48 comments:

cik pingu said...

Redha dalam hati, sabar dalam diri dan bersyukurlah, kerana itu sebaik-baik penawar musibah.


saya suka ini!

adrinaqamarina said...

ingat Allah salu dalam setiap musibah yang datang...
insyaALLAH akan dapat jalan penyelesaian...
=)

BalqisShafiqa said...

saya suka entri ni.
sarat dengan mesej walaupun pendek.
ada kesan! :)

Eye_nee said...

Salam Roy:
kau yg sentiasa mengingatkan ttg kehidupan yg sementara ini...semoga kita sama2 sedar dan insaf..semalam itu memory..hari ini penuhi dgn quality..esok?..serahkan pada Ilahi...

محمد فردوس سعد said...

salam..

tanpa ujian, apalah makna hidup ini, sedang ujian itulah yg mampu mematang dan mengajar kita bahawa hidup ini ada tujuannya, ada matlamatnya..ujian jugalah menunjukkan bahawa kita masih dalam perhatianNya..agar tidak terus alpa dengan mainan dunia yg penuh tipu dayanya...

walaupun kdg2 ana sendiri mrungut bila susah, tp terpaksa jugak menelannya kerana dengan iman yg masih ada, ana yakin janji Allah bahawa bersama kesusahan itulah kesenangan..

Alhamdulillah..syukur atas peringatan..

nur intan hazirah said...

jgn sia2kan hari ini dgn menyesali tentang semalam yg telah kita sia2 dah jgn bazirkan hari ini dgn memikirkan tentang hari esok...sesuatu yg kita belum pasti ada atau x untuk kita....so hargailah dan lakukan yg terbaek untuk hari ini...hari yg pasti utuk kita...hari yg kita masih mmpu ubah coraknya....:)

Azrai Ahmad Zamri said...

to cik pingu:
huhu..suka untaian kata tu yer?
m0ga menjadi pegangan buat kekuatan diri.. =)

to adrinaqamarina:
sesungguhnya selepas kepayahan pasti ada kemudahan..DIA tak akan bebankan kita apa yG tak terdaya untuk kita hadapinya..

Azrai Ahmad Zamri said...

to BalqisShafiqa:
thanz =)
m0ga ada manfaatnya untuk kita bersama..ambillah hikmah pengajaran darinya..

to Eye_nee:
w'slm..
syukran kak..
InsyaAllah, sama2 kita saling mengingatkan..tingkatkan kualiti masing2..im like! =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to محمد فردوس سعد:
w'slm..
benar..
sedangkan dalam pendidikan dunia pun kita selalu diuji dengan 'exam' & ujian, inikan pula dalam pendidikan dr Ilahi..
bukankah ujian itu yG jadi bekalan..buat jadi kekuatan =)

to nur intan hazirah:
agreed with u..
jangan fikirkan waktu pagi & petang, melainkan untuk mendapatkan kedekatan pada Ilahi.. =)

zulkbo said...

salam Azrai..
terima kasih menginsafkan saya
pagi ni..

rizal jabai said...

ujian yg diberi oleh maha pencipta adalah kerana Allah itu sayangkan hamba nya


kita diuji semalam,hari ini dan esok..walau sesukar mane dugaan dan ujian itu...kepada Allah juga kita memohon perlindungan dan rahmat.nescaya hikmah dugaan itu adalah yg terbaik utk kita

yastro said...

Teringat 3 perkara.....

Tq.

AesyaZealous said...

terbaik :)

puteri farah said...

ya.. sebab itu setiap manusia melakukan kesilapan. silap itu mengajar kta sebenarnya. dosa2 lampau jadi pedoman supaya kta lebih berhati2 dlam hidup akan dtang.. sama sama lah kita muhasabah diri.. satu post yang cukup terkesan dlm hati..=)

Azrai Ahmad Zamri said...

to zulkbo:
w'slm..
sama2 la kita menginsafi diri..
m0ga hari ini lebih baik dari semalam =)

to rizal jabai:
benar..
tanpa ujian, mana mungkin kita jadi perhatian..maka syukurilah..
yG penting pandangan hati dalam menerimanya..

Azrai Ahmad Zamri said...

to yastro:
apa dia 3 perkara tu..
tak nak k0ngsi ke? ;)

to AesyaZealous:
tapi masih b0leh diperbaiki..
thanz! =)

to puteri farah:
agreed with u..
namun kebanyakan kita hanya pandai berkata, bila diuji tetap lemah tanpa kata..m0ga kita bukan terg0long di dalamnya..kuatlah duhai hati!

tot tot kecik said...

salam..

entri yg mendalam menceritakan kisah kehidupan..

da bpe lama hidup kt dunia ni tolak 9 buln..? hehe..

:)

uNcLeJoE said...

cukup mengisafkan... mengingati mati itu la kehidupan kan...

hmmm azrai dapat universiti mane?

Nuraisyyah said...

ucapkan lah innalillahiwainnailaihirojiun* apabila dtimpa sbrg musibah..bkn hye bile berlaku kematian :)

p/s --> nice info..thanx.. :)

Yuni Aisyah said...

kematian itu pasti berlaku..
cumA kita tidak tahu bila ianya akn berlaku.??

Dunia semakin laju berputar, masa semakin pantas berlalu,umur semakin bertambah dan semakin menghampiri penghujungnya...

Colourful life said...

walaupun ape yang jadi..
ketabahan dan kesabaran serta kesyukuran yang mampu menghalang kehampaan dalam hati..
yakin allah still sayang kan kita..supaya aqidah kita sentiasa teguh...

Nurul Harun said...

hmmm. nurul skrg menghadapi ujian yg sgt mengecewakan. sedih. :(

melatidaisy said...

salam,

kata ustaz sy sem lepas,
ramuan syurga : bersyukur dengan apa yg ada, redha dengan apa yg tiada,

dan bersyukurlah.. kerana sabar itu indah..
firman Allah.. "fa sobrun jameel"

semoga kita semua mampu mendidik hati dengan sifat sabar..ameen..

missgee said...

Sebak..
Redha..
Sabar..
Bersyukur

P/s: Terima kasih atas ingatan

kesehaRian Ra-Kun said...

semoga kita semua selalu bisa mengambil ibrah dan mencari hikmah dari semua yang terjadi.

kesehaRian Ra-Kun said...

semoga kita semua selalu bisa mengambil ibrah dan mencari hikmah dari semua yang terjadi.

Azrai Ahmad Zamri said...

to tot tot kecik:
w'slm..
itu satu pers0alan ke?
huhu..cari la sendiri ek ;)
tentang ujian kehidupan..& hikmahnya

to uNcLeJoE:
benar..
mereka yG gagal mGingati mati telah mati sebelum kematiannya..
belum tahu lg, masih menunggu tawaran dr UPU..insyaAllah Jun nanti tahu laa

Azrai Ahmad Zamri said...

to Nuraisyyah:
betul2..
d0a itu harus difahami k0nsepnya..
ramai yG keliru..marah pulak bila did0akan sebegitu tika ditimpa musibah.."aku belum mati la!"..hehe

to Yuni Aisyah:
benar..
namun kematian hanya mendatangkan hikmah buat yG hidup..tiada lagi rahmat ujian buat diri si mati..semuanya telah terlewat

Azrai Ahmad Zamri said...

to Colourful life:
itulah hakikatnya..
hapuskan la frasa 'kecewa' dalam kehidupan, kerna semuanya hanya meningkatkan kekecewaan hati

to Nurul Harun:
ehk..ujian apa ni nurul?
bukan ke akhir2 ni sis patut gembira c0z da dapat keje yG diidamkan?
masalah yG mendatang bukanlah ujian, hanya cabaran..buat menambah kekuatan =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to melatidaisy:
mungkin itulah prasyarat utamanya..
kerna syurga itu indah & manis, tidak mudah untuk dibeli..melainkan setelah diri diuji

to missgee:
sebak ke baca entry ni sis?
nyway m0ga mendapat manfaat & dapat memanfaatkan sebaiknya =)

Aidi-Safuan said...

macam mana nak tentukan samada sesuatu itu adalah ujian atau bala?

Azrai Ahmad Zamri said...

to kesehaRian Ra-Kun:
agreed with u..
apa pun yG mendatang, carilah ibrah pGajaran..pasti ditemui hikmahnya..pasti tenang di dada

PenuliS said...

Semalam..hari ini..esok adalah realiti depan mata setiap manusia.Redah dalam lingkaran kehidupan..nak elak?hmm..tak mgkin!!

Azrai Ahmad Zamri said...

to Aidi-Safuan:
nice questi0n.. =)
dari satu sudut b0leh difahami bahawa ujian adalah satu dugaan p0sitif & bala adalah dugaan negatif..jika seseorang diduga dengan musibah tanpa melaksanakan perkara yG boleh membawa kemungkaran Tuhan, musibah itu mungkin sekadar ujian dari Allah..& begitulah sebaliknya, jika memang dia kaki maksiat mungkin itulah bala & balasan atas perlakuannya..

tapi dari sudut bahasa kita perlu faham, bahawa bala & ujian dua2 adalah ketentuan Tuhan.. ujian yG menimpa kita adalah mungkin sebagai balasan perlakuan kita (bala) & dalam masa sama balasan itu adalah ujian juga bagi kita..sama sahaja =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to PenuliS:
tak mungkin dielak, tapi wajar berusaha untuk mengelak..yG buruk dibuang yG baik diambil..takdir & usaha saling tak terpisah, malah saling beriringan antara satu sama lain =)

gooseberries said...

salam..
yer r kan, sebenarnya mmg walau cm ne pon kena tetap maafkan sesiapa shaja. sbbnya comfirm hati x kan x kan tenang selagi x maafkan. =)

~ my project ~ said...

salam ziarah..bagus info..tq berkongsi

syarifah radiah ibrahim said...

salam ziarah.
perkara yang jauh daripada kita adalah hari semalam; yang mungkin tak akan berulang lagi. dan apa yang paling dekat dengan kita adalah kematian; yang bisa menjelma bila bila masa.

bersangka baik walau apa jua yang berlaku.
pasti ada hikmahNya.

:)

tot tot kecik said...

salam..

oo same ngan sy la ek..?

tp umo berbeza..hurmm..

semoga kte berjaya meneruskan perjuangan dalam kehidupan..

+akufobia+ said...

merelakan semalam yang telah lepas.berjuang untuk hebat hari esok.

Azrai Ahmad Zamri said...

to gooseberries:
agreed with u..
kita b0leh menipu orang lain, tapi tidak diri sendiri..ternyata memaafkan itu penawar yG terbaik =)

to ~my project~:
w'slm..
u r welc0me..
singgah la selalu, sama2 memungah hikmah =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to syarifah radiah ibrahim:
w'slm..
ternyata benar la begitu..
kematian itu lebih dekat dari urat nadi kita sendiri!

to tot tot kecik:
sama tapi tak serupa la tu..kan?
hehE.. InsyaAllah =)

to +akufobia+:
perjuangan belum selesai..takkan selesai..biarlah hebat semalam, hari ini & esok..

Idalara said...

Assalamualaikum..
bila musibah menimpa jgn cepat2 merasa diri kita paling teruk..muhasabah diri..renung2kan kembali..pasti ada hikmah setiap yg berlaku...itulah apa yang akak lalui...

HonEyBuNNy said...

Muhasabah diri...

Azrai Ahmad Zamri said...

to Idalara:
w'slm..
benar kak..
jangan selalu memandang mereka yG di atas, kadang2 t0lehlah juga mereka yG dibawah..pasti ditemui kasih sayang-Nya..musibah untuk diri bermuhasabah =)

to HonEyBuNNy:
m0ga terlihat jalan nan lurus..

Ahmad Naim said...

musibah adalah penghapusan dosa dr Allah. maka jgn lah berssh hati kerna d timpa musibah.malah kita harus b'syukur sentiasa

Mohd Shahrul Hafizi said...

Aku tak tahu nak tulis apa. Writeless. Hohoho.

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ahmad Naim:
benar..
musibah itu asbab pelbagai perkara..
yG penting terpulang kepada cara kita memandang & menanganinya..musibah tidak membahayakan, tapi kita yG selalu menjadikannya bahaya

to Mohd Shahrul Hafizi:
hehE..
ada2 je k0 ni br0..
takkan majuk ngan ak k0t? ;)