Sunday, May 16, 2010

Aku Di Universiti Kehidupan...


"Ko biar betul azrai..mcm xprcaye je..ak respect ar kt ko!" - Begitulah bicara SMS yang tertera di skrin phoneku malam itu, datangnya dari seorang rakan lama yang dah empat tahun terputus hubungan, rakan yang tentunya akan menggenggam segulung ijazah sarjana muda tidak berapa lama lagi. Tapi aku?.. Hmm..aku masih di sini, menanti suratan takdir menyampaikan jejakku ke universiti idaman bagi pencinta ilmu. Bukannya aku tak pernah terasa pedih, bukannya aku tak pernah malu mendepani kegagalan..namun kutabahkan hati, kutebalkan muka menghadapi saat sukar yang kian berlalu. Aku tak pernah menangis walau pernah mengecewakan hati abah dan mengguris parut kesedihan di wajah emak..ahh! keras benar hatiku ini agaknya.

    Di kala termenung sendirian, roda kehidupan kembali terimbau di ingatan..yer, roda kehidupan yang sekejap membawa kita ke puncak dunia dan sekejap lagi bisa ke bawah semula. Terbayang kembali gelagat abah ketika keputusan UPSR diumumkan, sambil tersenyum abah mengisyaratkan tanda bagus  kepadaku. "Wah!..hebat betul abah. Belum sempat ku bilang dia sudah tahu rupanya!"..bisik hatiku riang. Aku fahami kegembiraan di hati abah walaupun  turut bersarang kebimbangan di hati emak saat menghantar anak lelaki tunggal mereka ini menuntut ilmu jauh di daerah orang. Manakan tidak, si kecil mereka yang masih bersuara halus ini akan ditinggalkan jauh bersendirian di tempat orang. Hmm..aku turut sebak 'time' tu, tapi aku yakin dan percaya bahawa emak abah tahu apa yang mereka lakukan demi masa depanku..yer, mereka tahu kerana sekarang aku pun dah tahu.

    Tiga tahun berlalu, kami berkelana lagi menuju ke daerah ilmu yang baru, bumi Hang Tuah nan bersejarah. Dalam aku bersemangat, rupanya bersemangat lagi kedua orang tuaku dalam memimpin langkahku bagi mendapat pendidikan terbaik. Masih basah dalam ingatan, titisan darah di jari abah yang terluka kerana terkena serpihan kaca ketika sama-sama membantu mempersiapkan perbekalanku pagi itu..namun tangan tuanya tetap gagah memandu sepuluh jam tanpa henti demi anak terunanya ini. Emak pula walaupun tidak ikut sama, tapi doanya tentu setia menemani perjalananku..tentu dia masih berkira-kira untuk melihatku menjadi seorang 'engineer' yang berjaya.


    Hakikatnya pelangi tidak kan kekal berpanjangan, roda kehidupan tidak kan kekal setia di puncaknya. Dua tahun berusaha, namun keputusan SPM yang ku peroleh tak salah dari apa yang diduga..firasatku tidak sesat dalam mentafsir maknanya. Mungkin usahaku selama itu belum cukup sempurna, lalu pencapaiannya sederhana cuma. Bukan 'result'ku tidak bagus, malah masih boleh diiktiraf cemerlang oleh rakan-rakan sekampung..namun realitinya tika itu aku berada di sebuah sekolah berasrama penuh yang dinobatkan sebagai sekolah terbaik Malaysia-SPM 2005, menyebabkan cahaya kecemerlanganku tenggelam dalam sinar kejayaan rakan-rakan seperjuangan, bak cahaya lilin yang dinyalakan di tengah hari.

    Apa pun pendakianku tidak terhenti, aku sedar dan bersyukur dengan apa yang tertulis di 'sana'. Gagal menempatkan diri ke sebarang universiti terkemuka tanah air seperti mana rakan-rakan yang lain, aku kembali ke negeri Darul Makmur bagi melanjutkan pengajian di kolej matrikulasi dalam aliran sains fizikal..nampak gayanya hasrat emak masih belum terpadam. Namun?..aduhai! nasib oh nasib. Tapi nasib juga aku tidak mengeluh panjang tentang nasibku saat itu, jika tidak entah apa nasibku sekarang, belum tentu sebaik hari ini. Masakan tidak, sudah jatuh ditimpa tangga pula, aku tersungkur lagi di pusat pengajian ini. Entah semangat yang lemah atau pemikiran dan minat yang berubah, semuanya serba tak kena sepanjang pengajianku di sini. Melihat kepada 'result' semester awal yang sangat teruk, aku akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti pengajian!..maafkan aku emak kerana gagal bergelar seorang Ir.. "tapi tak mengapalah, mungkin harapan itu boleh disandarkan kepada adik-adikku yang lain," keluh hati kecilku.

    Kehilangan arah seketika, tiba-tiba abah muncul kembali meniupkan angin dalam mengemudi perjalanan hidupku. Cadangannya agar aku menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang & syariah aku terima tanpa banyak alasan..entah mengapa itu pilihannya, aku tak ambil 'port' sangat, yang penting kehidupan perlu diteruskan. Mungkin juga emak abah masih menyimpan secebis harapan agar aku tetap berkecimpung dalam bidang profesional..yer, kerjaya guaman juga tak kurang hebatnya berbanding doktor atau 'engineer'! Dengan minat yang sederhana pada mulanya, aku tiba ke sebuah kolej universiti yang pertama kali aku dengari namanya. Bagiku minat boleh dipupuk dan disemai, asal sahaja dipasakkan tekad yang teguh dan disusuli usaha yang jitu..yer, tekadku untuk kembali bangkit  dari rebah yang  panjang. Biarkan apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang hatiku kata. Kebetulan pula saat itu aku banyak membaca dan memahami perkara baru mengenai kehidupan, langsung mengajarku agar tidak terus menangis..La' Tahzan..pesan Dr. 'Aidh Abdullah Qarni. Aku belajar untuk menjadi insan berjiwa besar dan bersemangat waja. Aku semakin mengerti tentang siapa diri ini dan kenapa ianya dilahirkan ke dunia. Aku mulai sedar tentang hakikat takdir dan konsep masa yang sebenarnya.

    Sememangnya tiada siapa menduga dalam sekelip mata takdir yang Esa memutarkan dunia pengajianku..360 darjah..terus singgah ke alam lain yang tak pernah sekalipun aku mimpikan. Namun kini aku fahami segala suratan atau kebetulan yang melanda..DIA merancang kita merancang, tapi perancangan-Nya tetap yang terbaik. Masakan tidak, saat tinta ini kucoretkan, telah seminggu aku berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dengan cemerlang..yerlah, siapa sangka aku yang dahulunya terkenal pendiam bisa menjadi 'top student in law', bidang yang bukan sahaja memerlukan kepetahan berbicara malah kebijaksanaan memanipulasi sumber demi kebenaran..dan tidak mudah untuk rakan-rakanku percaya bahawa aku yang dahulunya pasif sempat menimba pengalaman mengemudi tampuk kepimpinan pelajar dengan jayanya, dihormati kawan dan lawan. ahh! aku bukannya gila hormat tapi cuma mencari kehormatan. "Gila hormat dilarang tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan," pesan Imam al-Ghazali.

    Aku akui kadang-kadang bayu penyesalan masih tetap menyapa diri, tatkala menatap gambar kenangan rakan-rakanku di laman sosial. "Wah..seronoknya Maher..'berposing' sakan di depan roket pertama Neil Armstrong!" getusku tika menatap gambar sahabat karibku di zaman persekolahan dahulu. Albert si rakan sebelah mejaku pula begitu teruja bergambar kenangan di laman stadium Old Trafford, Manchester. Seronok sungguh mereka mengembara menuntut ilmu jauh di benua orang, tapi aku?..Aku masih tetap sedia di bumi bertuah ini. Walaupun sebak menebak sanubari, namun aku tak kan lemas dalam air mata kegagalan..kerana kuyakin pada firman-Nya bahawa sesudah kepayah pasti ada kesenangan. Sekarang aku juga boleh berbangga dengan pencapaian diri, walaupun mungkin tidak sehebat mereka dan meskipun hasrat menjejakkan kaki ke menara gading masih dalam angan-angan. Sebenarnya aku tak kesah untuk menunggu dan ditinggalkan masa, kerana aku sudah lama dan telalu banyak belajar di sebuah 'Universiti Kehidupan'...

100 comments:

adrinaqamarina said...

sebaek-baek pengajaran kan?
heee...

da nampak si kembar ku dalam gambar tu...
smart la time skola dulu...
heee~

tetibe rindu na pakai baju maktab balek...
nyanyi lagu maktab...
"wahai putra putri bangsaku..."

manna_salwa said...

salam,
wah terharu bce cite ni senpai..
terbaiklah..
sungguh..
Allah sebutkan dalam Alquran yang mafhumnya berbunyi
''....Tetapi boleh jdi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai ...sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak.." [2:216]

halusnye aturan DIA..
:)
All the best wif ur life k..
n tahniah jd top student..
sy pon tumpang epi..
Alhamdulillah.. :)

adrinaqamarina : nk sambung..
'ayuh segera menuju..
mengikut gerak langkah maju..
lalalalalal...'
hehe~ miss the old times..

adrinaqamarina said...

hihi~
betol3...
ex maktab jugak?
*thumbs up!

manna_salwa said...

a'ah..
hehe~
:)

BaDBoYs said...

roy umur brp??

Wasatiah Gurlzz said...

universiti kehidupan mematangkan kamu dlm hdup...bersyukurlah..kamu telah merasai begitu byk nikmat disebalik dugaan kecil dr ALLAH utk hambaNya...

ingat pesan akak, mlm hr tuuu..truskan impian, biarpun lmbt bergelar seorg peguam....

rezki dn cita2 akak, hnya smpai di situ...kamu truskan lah perjuangan ini....

Ibnu Jamaluddin said...

kehidupan itu satu universiti,
mereka yang jauhnya belajar di benua orang tak sama dengan kita,
usah mundur dek kekurangan,
ingatlah, bagi Tuhanmu, kamu tetap istimewa...

ashrafi said...

salaam.. dan anda masih beruntung punya peluang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. gunakan peluang dan nikmat yang ada sebaik baiknya..

semoga berjaya mengharungi kehidupan..


wallahu a'lam

Lee said...

wahh, betul2 tersentuh bila baca entri nih. tabahkan dan cekalkan jiwa... demi ilmu. :)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya... musti ada hikmah.. bersabar okeh... pasti akan dtg peluang itu.... tak try mintak pjj ke?

missgee said...

Pengalaman mematangkan hidup..
Rezeki kita dtg dlm bentuk berbeza2..
Terima dengan terbuka..
Syukur apa yang ada..
Insyaallah ada 'Rahmat" menunggu
di hujung sana :)

zulkbo said...

salam singgah bertanya khabar..moga anda selalu sihat..kisah yang syahdu..terima kasih kongsi..

Amira Atiqah said...

salam.
huhu, abg ni mmg kuat smgt la.
respect la kt abg.
hdup ni prlu d truskn,
brusaha ya abg!
haaa, tkot la nk smbung blajar.
tkot lak nk prgi ngara org, tkot trpengaruh.
huhuhuhuhuhu.

mengenaldiri said...

assalamualaikum...

tatkala membaca entri akhi ni,
saya tergamam..subhanallah..
liku2 akhi hampir sama dgn saya..
terlalu serupa..(terutama sekali part matrikulasi dan diploma syariah dan undang2)
aktor, masa, waktu dan tempat yang membezakan cuma..


fikiran ana mula mengimbas segala memori lalu,
benar, adakalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah..kerna kehidupan itu umpama roda..

walau bagamanapun, ana bersyukur, terlalu halus aturannya, kerna banyak hikmah yg ingin dia tunjukkan..terima kasih ya Allah..

buat akhi dan diri saya sendiri, marilah kita sama2 bangkit dan belajar dari kesilapan lalu..semoga berjaya..
=)

Nuraisyyah said...

wahhhhhhh..perjalanan hidup yg menarik..xsemestinye org yg lebih berjaya memiliki kehidupan yg lebih bermakne..:D

tekadkn hati tuju lah ke destinasi..:)


p/s --> bace entry anda trus rase nk buat ayat berbunga2+pnjg2..hahak..smoge berjaya azrai..

kina said...

salam awk..
terharu sy bace kisah awk ni..bersyukur la, sesungguhnye dugaanNya merupakan kasih syg dariNya yg x ternilai..

sk plak rasenye nk bg lirik ni kt awk..

'mengharungi samudera kehidupan,
kita ibarat para pengembara,
hidup ini adalah perjuangan,
tiada masa untuk berpangku tangan'

p/s:org tersayang sentiasa menyokong awk..ingat tu! ;>

Fathi Adha said...

cerita ini bunyinya sedih...

pernahkan anda mengenali satu perkara... kita diutuskan di bumi ini kerana keadaan dan diri kita, iaitu kekuatan dan kelemahan diri kita menyebabkan kita di bumi ini.

pernah kah kita terfikir sekiranya kita berada di tempat kawan2 kita, kita mampu memghadapi dugaan yang mereka terima?

fikir2kan...segala yg berlaku ada hikmahnya...

HaiDa HiDa said...

salam Azrai..
akak teramat memahami apa yg Azrai lalui kerana akak juga salah seorang yg bercita2 tinggi tuk menjadi graduan universiti.. dugaan dan cabaran yg akak terpaksa tempuhi terlalu perit tuk di ingati tetapi semua tu kenangan yg takkan akak dilupakan.. sokongan dan dorongan mak ayah lah yg telah membawa akak ke menara gading.. jika mereka tidak pernah putus asa demi anak2, kenapa kita perlu memadamkan impian tersebut.. apa2 pun tahniah tuk Azrai kerana masih berpeluang dalam pencarian menuntut ilmu yg amat bermakna.. insya'Allah suatu hari nnti impian dan harapan Azrai dan kuarga dapat dicapai..

mizzura said...

jangan lupa wish untuk hari guru hari in:-)

Azrai Ahmad Zamri said...

to adrinaqamarina:
yG baik jadikan pengajaran..
yG buruk jadikan sempadan..
huhu, kita mmG smart s0kmo pun ;)
a'ah kan..rindu semua saat2 manis..kenangan zaman muda2 dl

to manna_salwa:
thanz masih setia membaca..walau kesah ni panjang berjela..
huhu, n0w u kn0w me better right?
tapi itulah hikmah kekuasaan-Nya..
redha, sabar & syukurlah selalu..ayuh putera puteri bangsaku..terus mara!

Azrai Ahmad Zamri said...

to adrinaqamarina & manna_salwa:
hehE..berb0rak plk dia kat cni..
silakan, kenal2 laa yer..
kembarku ex mana ek?

to BaDBoYs:
huhu..kan da sebut SPM 2005 tu..
kira sendiri la yer berapa umur sekarang..da tua k0t! ;0

syarifah radiah ibrahim said...

salam.

wah dari fizik ke law. memang jauh sangat2.
apa pun, tahniah!
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
teruskan perjuangan dan jangan mudah mengalah.
bak kata moto sekolah sy smktp, ilal amam, terus maju~
bittaufiQ wannajah.
:)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Wasatiah Gurlzz:
hmM..inilah jawapan bagi pers0alan akak temp0h hari..dr mana sy belajar semua tu kan..yer, mulanya di sini..
di Universiti Kehidupan..
InsyaAllah, langkah tetap dijalankan..harapan mngejar impian.. impian yG baru =)

to Ibnu Jamaluddin:
agreed with u..
DIA pemilik hati & jantung ini, DIA lebih mGetahui yG terbaik buat hamba2-Nya..ternyata DIA masih sayangkan kita di sini..& ada silapnya juga mereka di sana

Azrai Ahmad Zamri said...

to ashrafi:
w'slm..
benar..act ruang & peluang itu sentiasa ada buat mereka yG mahu, cuma mungkin jalnnya sj yG berbeza..
syukran atas d0anya..
InsyaAllah =)

to Lee:
thanz sudi singgah & membaca entry yG panjang ini..yurp, masih tabah & tidak mGalah..h0pe usaha & semangat ini berkekalan dalam diri

Azrai Ahmad Zamri said...

to miMiE aZiMaSK ^V^:
thanz atas s0kongannya =)
pjj? act sekarang ngah tunggu tawaran ke ipta..melalui upu..InsyaAllah, ada rezeki terjejak la ke mana2 universiti awal Julai nanti..

to missgee:
terima kasih cikgu..
selamat Hari Guru!
selain pengalaman, kalian la yG mGajarkan kami apa itu erti sebuah kehidupan =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to zulkbo:
Alhamdulillah, ana bikh0ir..
h0pe tuan pun sihat2 sj yer =)
sama2..

to Amira Atiqah:
w'slm..
mira baca yer? bagus la..s0 u can kn0w me better..jadikan pengajaran buat teladan..abG tak sehebat kamu =)

hmM, memang hebat dugaan di luar sana..pemerhatian telah membuktikan..namun InsyaAllah, jika takutmu kepada Allah lebih mGatasi takut pada yG lain..kamu pasti selamat! abG d0akan..

Azrai Ahmad Zamri said...

to mengenaldiri:
w'slm..
0ic, yer ke..ternyata mmG ramai lg antara kita yG diuji serupa ini kan..malah ramai lg yG mungkin diuji lebih hebat..asal sedar & yakin, akan tersingkaplah hikmah segalanya..
InsyaAllah, sama2 la kita terus maju melangkah..pengalaman lalu ternyata bukan lagi satu kelemahan kini, namun ia ternyata satu kekuatan yG tak terfikirkan!

to Nuraisyyah:
hehE..silakan..
jangan lupa tambah dedaunannya sekali ;)
c0retan ini sekadar perk0ngsian pengalaman, buat tatapan mereka yG kecewa & lemah..bangkitlah! sinar es0k tak pernah padam buatmu..

Azrai Ahmad Zamri said...

to kina:
w'slm..
sy lagi terharu awak sudi habiskan membaca kisah panjang nie.. =)
nyway m0ga ada hikmah pengajaran buat kita bersama..
hmM, lagu apa tu yer?
cam pernah dengar je lirik tu..

to Fathi Adha:
agreed with u..
itulah antara perkara yG telah sy pelajari..ternyata DIA lebih mGetahui di mana kekuatan & kelemahan kita..mungkin di sini tempat terbaik & paling selamat buat diri ini =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to HaiDa HiDa:
dan Tahniah juga utk akak kerna telah mencapai apa yG akak ada sekarang..ternyata ia tidak mGecewakan.. apa pun tiap kejayaan ada harganya bukan? =)
m0hon d0anya yer..m0ga sy terus tabah & cemerlang di langkah yG seterusnya..

to mizzura:
huhu..entry ni pun untuk hargai guru2ku selama ini..m0ga ada antara mereka yG membacanya dengan senyuman di bibir =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to syarifah radiah ibrahim:
w'slm..
itulah hakikatnya..
mungkin itu yG terbaik =)
terima kasih atas s0kongannya..
memang hidup ini adalah perjuangan, bukan impian

APAN said...

erm...mls nak bace....pnjang sngat ma...
tapi bile pasan gamba tu teringat lak kat skul lame...
peace!!!

puteri farah said...

tahniah! ye.. kadang2 apa yg kta rasakan baik itu bukan yg terbaik utk kita. dan yg buruk itu mungkin yg terbaik buat kta. cogratz! post ni buat saya kembali bersemngat dlm diploma saya! ;)

manna_salwa said...

yup, better than b4..
xde panjang mane pon, xterase panjang, pandai susun cite..
tQ tau kongsi kisah hidup ni..
:)
u r a great guy n son n student la senpai..

hehe~ xpe je kami tumpang sembang cni kan..
:)

Norgadis Labuan said...

Terharu baca entri kali ini.
Kita merancang, namun Allah menentukan segalanya yg terbaik untuk kita. Kegagalan bukan bererti penamat untuk mencapai kejayaan, kemungkin itu hanyalah sedikit ujian dari Allah, utk melihat setinggi mana keimanan kita.
Selagi diberi peluang bernafas, jangan berhenti mencuba mencapai kejayaan...
Tahniah atas usaha yg tak terhenti, moga dirimu sentiasa mendapat berkat dari-Nya.

++:::dY[a]::::++ said...

huhu..terharu btol entry nie..
wah!!btol2 hebat shgga dpt berjaya..tq 2 Allah..
jeles la awk dpt jd best student..hehe..sy juga sdg menunggu upu..semoga sama2 dpt kos y diingini..insyaAllah..

~ ALIEN ~ said...

kta serupa. pelajar yg sgt cemerlang ketika kecilnya. tatkala kaki dijejakkan di matrikulasi...pelajar cemerlang, kecundang jua akhirnya. repeat pengajian slama 1 thn d matrikulasi...tp, result tetap teruk wlaupun mnunjukkan pningkatan sedikit. d LELONG ke dlm jurusan IT.

ms brlalu sgt pantas. ijazah IT bakal kugenggam thn ni. skg sedang mngisi ms lapang menyambung pelajaran dlm master pndidikn.

sungguh indah 'Universiti Kehidupan'...(^_^)


WORDZ-SPACE
(blog skema giler tahap gaban)

CikGadis said...

syukur dgn kjayaan awk.

sy dlahirkn bkn utk brjaya dgn cmerlang. tapi lbey kapada nseb yg mneybelahi.

tp, dgn rsult spm yg xbrapa sy mlangkah msuk ke matrikulasi. n las2 ambil kputusan utk brenti spruh jln. sma mcm awk.. mncontengkn arng ke muka ibu bapa.

tp syukur, sbb sy xptus asa n bgun dr kgalalan :)

dn skrg, brkat doa ayah dr dulu lg, akhirnya tahun dpn grad as teacher :)

PenuliS said...

hidup bkn utk kalah.tp mengajar diri erti kekalahan yg disulami kemenangan abadi.jln2 setiap dari kita,lain direka...trs gagahi hari2 skrg dan di hadpan dgn syukur ILAHI..=)

~roslinda~ said...

dah abeh dipl0ma ek~
nak abeh blajar gak!
huuu~
alah,engineer ape yg hebat sgt p0n~
huu

tOm said...

terharu aku bc entri ni..
cik azrai, ada hadiah utk kamu..
sila ke sini ye utk ambil hak kamu..

http://nakashimakureno.blogspot.com/2010/05/and-winner-goes-to.html

afzainizam said...

Keluk kemudi tidak dilupa,
Baru seimbang pelayaran kita;
Para Guru amat berjasa,
Bakti Guru disanjung mulia.
~~~@@@~~~
Selamat Menyambut Hari Guru
”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

eemmmm baru aku sedari tak semudah ape yang kita inginkan dan semudah yang kita angankan...

Azrai Ahmad Zamri said...

to APAN:
hehE..
malas baca k0men pun jadi la..
ex maktab juga yer? =)
nyway thanz singgah

to puteri farah:
betul3!
begitulah hakikatnya =)
InsyaAllah..mudah2an begitulah..
jangan mudah patah semangat..
GudLuck yer

Azrai Ahmad Zamri said...

to manna_salwa:
hehE..takpe2..
ser0nok gak sy mencelah ;)
hmM..nyway sy bukan sape2..
juz pr0duk tak berkualiti dr maktab..
betul ke? huhu..

to Norgadis Labuan:
sis pun ada?..huhu
sy lg terharu nie c0z sis sudi membaca perk0ngsian pengalaman ini..syukran atas sokongan & pesanan..sy amat2 mGhargainya, apatah lg dr s0rang insan yG lebih lama menempuh hidup kurniaan-Nya ini

aNiss said...

salam sayang dan ingatan dari cik anissOlala yang telah pergi jauh dari abg selama dua hari..
xpe,jauh dmata,dekat d hati..
aniss jadik orang ke 41 memberikan komen....
:)
abg nk tahu kisah aniss x?
aniss cerita ya....

aniss dulu UPSR dapat agak baik..
masuk asrama yayasan selangor d asrama toh puan norashikin,kg.pandan.
dan bersekolah d sekolah ASSUNTA...
aniss bertahan 4bulan sahaja..
sebab ramai sangat yang jeles dgn aniss...xtahulah bang,ramai yang xsuka aniss kemana saja aniss pergi...
yelah,orang femes kan?ahahha...
aniss pun pulang ke rumah ayah dan bersekolah d sekolah biasa...
aniss dapat pmr agak baik juga..dan memang nak sangat2 masuk sekolah teknik.
sebab mmg cita-cita aniss nk jadik "engineer".tp,ayah tengah susah tyme tuh..mintak tolong ngan ibu...tp,ibu xbagi aniss blaja sekolah teknik...
katanya,"aliran sains" lebih bagus...
huh!kecewa sangat2...
dan last2,spm aniss hampeh siket...
dan alhamdulilah....
rezeki berpihak kpd aniss..aniss dpat blaja d KLIUC dalam bidang "civil engineering"...
n da tamat diploma skarang...dan akan sambung degree thun dpan...

ehem!bak kata abg..."mana tahu dapat bini engineer kan???"
hohhooho.
kot2 abah n mak gembire xterkata?
:)

wassalam...

Azrai Ahmad Zamri said...

to ++:::dY[a]::::++
InsyaAllah..
m0ga kita sama2 mendapat tempat..kalu berjaya syukuri la, andai gagal redha & sabar..perk0ngsian ini telah membuktikan segala kan =)

to ~ ALIEN ~:
rasanya ramai lagi yG mGalami nasib sebegini kan..tapi s0al cabaran di matriks tak perlu dipertikaikan la, mmG diakui..mungkin itu pilihan terbaik buat kamu..
m0ga terus succes =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to CikGadis:
nasib bukan sekadar nasib..
tapi nasib adalah ketentuan Tuhan..
Alhamdulillah, kerjaya sebagai guru mmG amat sesuai untuk kamu..mungkin..
Tahniah yer..
& Selamat Hari Guru =)
hehE..

to PenuliS:
thanz.. =)
bicara k0men yG tak perlu dik0menkan lg..huhu..
mmG minat ngan gaya penulisan kamu..nak belajar ley?

APAN said...

aku bekas maktab gak....spm thun bile tah...may b junior ko kot...x pun sr...lbih kurang gitu la...
tapi bukan maktab ko kot...maktab aku x penah lagi top spm mesia.haha...

Azrai Ahmad Zamri said...

to ~roslinda~:
hahAa..
statement panas tu..
ley cetuskan k0ntroversi..
nasib dr0p kat cni jew ;)

to tOm:
thanz sudi membaca =)
ehk?..hadiah apa plk nie..
wat susah2 jew..huhu..
thanz!

Azrai Ahmad Zamri said...

to afzainizam:
huhu..
thanz masih sempat berkunjung ke mari..Selamat Hari Guru juga tuan =)

to APAN:
0ic..cam tu..
tak kesah la seni0r ke juni0r, yG penting tentu da berjaya skrg..
huhu =)

APAN said...

xde la...aku lbih kurang mcam ko gak la...
pressure blaja kat tempat yg orang pikir bile kuar nanti kompem berjaye.haha...
aku skang ni pun masuk tempat yg membe2 maktab aku x msuk....
dorang sume masuk matrix ng u, tambah lak ade yg berterbangan ke seberang lautan...
aku tetap di sini.haha...

Azrai Ahmad Zamri said...

to aNiss:
w'slm..
huhu, ramai juga yG dr0p k0men yer..
sudi jugak membaca kesah panjang ni, terharu kejap..

0ic..s0 inilah latarbelakang pendidikan aniss yer..OK la tu, akhirnya ada rezeki juga nak ceburi bidang yG diminati kan..teknikal..
m0ga terus succes bila da sambung degree nanti, jangan banyak main..hehE ;)
juz pelik ckit..
kenapa femes tp orang tak suka ek? selalu orang femes ni ramai yG suka..kui3!

aNiss said...

orang jeles dengan apa yang aniss ade...
n ape yang aniss telah ubah pada diri aniss...
:)
aniss sekarang,JAUH BERBEZA dengan aniss sekolah menengah...

kenali aniss...
abg akan tahu aniss siapa....
okie?

hhmmm...aniss rapat dengan abg nih,mesti ade yang jeles jugak kan...
who know..
n terasa terancam pulak..
ahhaha....
:)
kidding jer...

MiSs TOrA said...

tekesima seketika membaca n3 ni..huh penulisan yg sgt menarik ;p tima kasih sbb n3 ni meybabkn tora kembali besmgt menuntut ilmu .. kdg3 btl la org ckp apa yg kta impikan x semestinya kta dpt kn..sume itu ketentuan illahi ;p gud luck ye kwn ;p

Mysara Newrie said...

sebak rasa bila baca entry kali ini. dan teringat pulak cita2 saya yg nak jadi lawyer ~ :')

Btw terima kasih bro atas segala nasihat yang diberikan :)

Wasatiah Gurlzz said...

ooo..patutla..akak dh rs kan sst time bc blog kamu nii..teringat dgn apa yg kiter bualkan pjg lebar ritue...

tak per la dik...semoga dirimu tabah...gluck!

manna_salwa said...

"pr0duk tak berkualiti dr maktab.."

ade ke pulak..
ih3..
i think sah yours is better than mine, kalo nk kire hasil kat maktab dlu..
huhu~
kan senpai jgk kate yg penting yg mendatang bkn yg berlalu..
ceceh..
hehe~
all the best la..
now u r the top student, insyaAllah later u will be the top lawyer..
who knows.. :)
and, about the maktab thing, let bygones be bygones..kan hikmah die terbaik.. semua org de rezki masing2.. :)

go senpai, go! hehe.. :)

Azrai Ahmad Zamri said...

to aNiss:
0ic..cam tu rupenya..
takpe la, usah dihirau apa yG orang kata..nilai diri dari pandangan Tuhan, bukan pandangan insan.. right? InsyaAllah..
ukhwahfillah abadan abada..
sape la nak mGancam & terancam..huhu

to MiSs TOrA:
terima kasih..
m0ga ada manfaatnya dari penulisan ini..bawa semangat itu dalam hidup realiti yer..kita memang ditakdirkan untuk berjaya, cuma bentuknya yG mungkin berbeza =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Mysara Newrie:
huhu..itulah aturan Tuhan kan..
kita hamba takda kudrat sedikit pun..
macam sis juga, walau tak futher study in law namun siapa tahu tempat sis lebih baik di bidang sekarang kan.. Gud Luck yer =)

to Wasatiah Gurlzz:
huhu..sekarang akak da jelas kan bagaimana jalan yG sy lalui.. nyway thanz atas tiap nasihat & s0kongan tu yer

Azrai Ahmad Zamri said...

to manna_salwa:
hehE..
macam2 la kamu nie..
wat sy tersenyum s0rang2 jew..b0leh plk bers0rak cam tu ek! ;0
InsyaAllah, m0ga d0a sis tu jadi kenyataan..sama2 kita menuju kejayaan, dunia & akhirat

Wasatiah Gurlzz said...

trima kasih...entri kamu ini telah melengkapkan jawapan kpd 2 soalan akak tmpoh hr:

1. dr mn kamu blaja sumer ini?
2. dan apabila kamu katakan ini: "sy da selalu kecewa pun..InsyaAllah tak jatuh jika terus kecewa lg"...

tp skali ini akak hrp kamu x kecewa lg..semoga keputusan UPU jun ini menyebelahi kamu...

ht trasa mahu mengomen lg..tp rsnya, ckup smpai di sini, sbb setiap komen yg akak tinggalkan di sini, disusuli dgn air mata tnpa henti....

kamu pasti tahu knp kan?...huhu, truskan impian itu..kami sumer mendoakan kamu...

nite dik...

uNcLeJoE said...

hmmm

habis azrai belajar mana sekarang? dan mohon mana?

White Bird said...

mungkin itu yg terbeak untuk anda.. bersyukurla,pelukla apa yg anda miliki kini

~roslinda~ said...

huuu~
panas ek?
h0t3~haha
alahai...entah,mngkin sbb sy blom dpt degree engine tuh,so sy kate cm tuh~
hahahaha
tggu lah lg 2 thun~k0t2 berubah statement~haha

Eye_nee said...

Salam Roy..
"Man Who graduates today and stop learning tommorow is uneducated the day after"...wish u all the best dear..

Hana Picca said...

oh dak maktab juga mcm akak ..wee..love ansara!

dlm hidup, kita bercita-cita dan berharap

tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik utk kita

akak juga melaluinya.. akak mengenal kehidupan dari kesusahan keluarga satu masa dulu

itulah peniup semangat

bila sudah bergelar seorang doktor, pusingannya tetap sama
kita harapkan kita menjadi sesuatu, tp ada lebih baik yang Allah tentukan utk kita

makanya, selalulah terus bersemengat dan mohon pada Tuhan agar perjalanan kita terus maju

hijabul crewz said...

salam saudara azrai,

hehe,same la nasib kita time SPM tu..haha...

rzult gua pon kira boleh tahan la cemerlangnya kalau dibanding ngan kwn2 sekampung tu...siap dapat anugerah lg dari kwsn kejiranan..lol...

tapi, gua nie skul Sh.ab.malek kan...skul yang amat cemerlang dlm SPM kat m'sia nie...

so,memang tenggelam la dek cahaya2 kemerlangan org len yang lebih cmerlang...huhu...

takper...setiap peristiwa tu ade hikmahnya...

Azrai Ahmad Zamri said...

to Wasatiah Gurlzz:
uik?..kenapa nangis2 ni kak..
takda apa perlu dikesalkan lg..
tangis kesyukuran takpa..
be pr0ud with urself =)

to uNcLeJoE:
sy ngah tunggu tawaran dr upu uncle..
mintak je mana yG layak, tak kesah la dapat mana pun kan =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to White Bird:
thanz..
mmG itu la keadaannya kini..
m0ga terus tabah hadapi hari2 mendatang =)

to ~roslinda~:
l0r..budak engine sendiri rupeny..
hehE.. ala, dalam cam tu pun masih berbangga juga dengan bidang yG diceburi kan ;)
tahniah & m0ga terus success

Azrai Ahmad Zamri said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
nice..thanz utk c0retan kata tu..
amat bernilai buat sy =)

to Hana Picca:
huhu..segannya akak seni0r baca c0retan sy nie..adakah sy pr0duk ansara yG gagal?
nyway begitulah pusingannya kan..
tetap berputar selagi dunia terus berputar..
InsyaAllah, moga kita terus kuat

✿nenek moden✿ said...

pakcik..sdey la baca...hmm..pakcik punyee dugaan lagi byk la..umo pakcik sama dengan kak org...22 kan?
dulu an,mbe yang masuk matrik rajin cerita pasal life matrik..happy je..dorunk pandai2..org ni..xsehebat dorunk..tapi,syukur la sambung form 6..dekat situ la semangat nak masuk u bermula..tapi,
hala tju org belum bermula..bulan 6 ni..baru dpat tau dpt u ke x..if tak dpt..mmg sedey gila..dah usaha..hmm..
hmm..pasni nak sambung mana?

Azrai Ahmad Zamri said...

to hijabul crewz:
w'slm..
huhu, budak sh. ab malek rupenya..
memang t0p jugak la kan =)
takpe la..apa pun kita tetap jadi manusia sekarang..lupakan masa silam kecuali buat pGajaran, f0kus pada masa mendatang..

tot tot kecik said...

salam..

alhamdulillah da habis pengajian..
selamat maju jaya..!

cerita yg menarik dlm stu entri boleh crite dr upsr..

palg best gmbr..hihi mse mude2 ye..?
hehe.. =p

nurafizza said...

salam..dh bace entry..pape pon gudluck..peluang masih ade,,cume usaha kita untuk sampai ke arah itu..jangan kalah sebelum berjuang dan pastikan terus berjuang...chaiyok2..

p/s:sy pon setakat diploma..mase depan adik2 membataskan sy untuk smbung..biarla mereka berjaye dahulu..akan ku genggam jua segulung impian yang akan ku pastikan ia jadi kenyataan..ijazah,master & phd..

محمد فردوس سعد said...

Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk diri kita..memang, kita kadang2 rasa merungut dengan taqdir, tapi apa boleh buat, yg penting sekarang, tamatkan apa yang di depan kita dengan usaha terbaik!!

hyung, haeng un eul bil eo yo!!!

ainhany said...

salam dik,

moralnya: redza ALLAH dan doarestu mak ayah sentiasa mengiringi setiap langkahmu.

indhnya catatan pglaman mu dik, satu imbauan kenangan tntang semlam. Terharu, tergejut dalam masam, manis, tawar dan pahit, anak muda itu mmpu berdiri dan bangkit mengejar lelangi kejayaan.

Jika hari ini bulan atau menara effel hatta tembuk cina tak ditembusi tapi besok dirimu mampu bersuara dan memecah bimasaksi atas paksi kebenaran dan pegangan..insyaALLAH

Azrai Ahmad Zamri said...

to ✿nenek moden✿:
takpe..mungkin kesedihan itu pemula kebahgiaan kan =)
hMm..life kat matrix mmG best, asal tak hilang f0kus..kita sama2 menunggu la ni kan..mana dapat pergi je laa..huhu

to tot tot kecik:
w'slm..
terima kasih..khatam juga yer abiskan entry yG panjang nie? =)
a'ah..zaman muda2 la tu..time ngah skema lg..kui3!

Azrai Ahmad Zamri said...

to nurafizza:
w'slm..
thanz, sama2 la kita usahakan..hidup satu perjalanan, tiada hentinya..
nyway kagum ngan semangat & peng0rbanan kamu..m0ga dipermudahkan jua jalan itu =)

to محمد فردوس سعد:
syukran ya akhi..atas d0rongannya..
InsyaAllah, apa pun kita lalui apa yG ada dihadapan..bukan berpatah balik ke belakang..

Azrai Ahmad Zamri said...

to ainhany:
w'slm..
syukran kak..
betul2 terharu membaca catatan penuh semangat darimu..InsyaAllah, tiap harapan itu akan kugagahi..tiap semangat akan kusemat dalam diri..
kita hamba dic0rakkan dengan pelbagai warna kehidupan..yG penting kita pandai membuat penilaian =)

aNiss said...

huhuhuhu..
baiklah...
:)

muSafir said...

salam..
terharu baca entry nih,
"kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah Taala jua."

Lagi satu, suka saya kongsi kata2 ini: Allah tidak ciptakan manusia itu bodoh tetapi yg membezakannya adalah kebijaksanaan yg berbeza-beza

err.. x tahu dah nak cakap apa
=)

Siru 'ala barakatillah,
May Allah Bless~

rizal jabai said...

di universiti kehidupan..tiada cgpa yg perlu di target..tiada paper exam yg perlu di ambil
tiada assignment yg perlu di submit

di universiti kehidupan

pengajaran dan pembelajaran akan berterusan tanpa henti

setiap level semester kehidupan
menjadikan kita lebih matang

kemuncak di universiti kehidupan
adalah menjadikan kita insan yg tinggi nilai jati diri dan berguna utk bangsa dan agama

captain88 said...

la royy.. kau rupanye... patutla aku rasa macam kenal je.... bdak mrsm jasin 04/05.. kan???

Amira Atiqah said...

salam.
yup.
of coz la mira baca.
ayat2 abah puitis sgt.
bestttt.
'aku tak kan lemas dalam air mata kegagalan'. mira pn hrap cmni gak.
huhu.
moga2 abg trus trus trus akn brusha & akn dpt apa yg abg impikn. hehe.


p/s: mira tnggu smbung drpd cerpen yg dulu tu 'tarian kejora tmur'. ^^

Beruang Putih si Dyla Qistina said...

Sungguh bukan? setiap perjalanan hidup kita yang dirancang tak semestinya itulah yang terbaik..

Saya sangat bangga dengan effort dan usaha keras anda.. Kisah kita lebih kurang sama

Cuma saya kecundang di dalam undang-undang :) berjaya di bidang lainnya.

Guudluck in life :)

cik pingu said...

wow! first time baca entri sepanjang ni!

rezeki ada di mana2.

yg belajar jauh xsemestinya akan berjaya, byk liku2, dan lebih teruk dri yg di tanah air. (saya sdg mengalaminya)

gud luck!

~ar!eyko san~ said...

xnk tulis novel?

meowwmania said...

mmg petah berkata-kata

leh wat cerpen nih :D

smoga berjaya!

salam ziarah :)

nur intan hazirah said...

kehidupan itu sendiri adalah drama...
walau bagaimana sekalipun kehidupan itu kita tetap kena hadapinya....
ada org bijak melalui buku dan ader jugak yg bijak melalui pengalaman...
belajar dr kehidupan itu ibrat praktikal...
kita lebih tau per yg kita nak dan kita adalah apa yg kita pk...
:)

Azrai Ahmad Zamri said...

to muSafir:
w'slm..
syukran yer sudi singgah membaca..
syukran juga atas titipan semangat itu..tiada yG benar melainkan benar semuanya =)

to rizal jabai:
cayalah br0..
terkesima ak ngan kata2 k0 ;)
nyway betul la tu..di universiti kehidupan tiada segalanya..kerna ia hanyalah persinggahan sementara untuk ke sana..penentu segala!

Azrai Ahmad Zamri said...

to captain88:
yer2..ak la tu..azrai..
kenal ke? tapi kalu teng0k pic k0 kat cni cam familiar jew..sapa ek? huhu

to Amira Atiqah:
adehh..
ingat lg dia ek..abG pun hampir terlupa da pasal tu.. ;0
InsyaAllah, ada kesempatan nanti abG karang..d0akan abg sama yer

Azrai Ahmad Zamri said...

to Beruang Putih si Dyla Qistina:
kecundang dalam undang2?
huhu..nie yG meremang bulu r0ma nie.. ;0 h0pe ley terus success la dalam bidang ni walaupun di peringkat yG lebih tinggi..& m0ga sis pun success dlm bidang baru yG diceburi yer..maybe rezeki di situ kan =)

to cik pingu:
waAa..baca sampai khatam ke?
Tahniah la yer..thanz! =)
betul2..sy faham liku2 hidup di sana..ramai rakan2, saudara mara yG sedang melaluinya..

Azrai Ahmad Zamri said...

to ~ar!eyko san~:
hehe..
ni perli ke apa? ;)
lagipun sape la yG nak baca n0vel kita tu nanti..

to meowwmania:
w'slm..
syukran ala ziarah =)
kalu nak baca cerpen pertama sy carilah entry berjudul 'Tarian kejora Timur' yer..huhu

to nur intan hazirah:
agreed with u..
sememangnya hidup ini sendiri adalah wayang..ilusi sementara..
walau betapa hebat sekalipun lak0nannya, bukan bererti kebahgiaan hakiki bisa jadi milik kita

mR.sYaH said...

kdg aku rasa sedih xdpt nak banggakan ibu dan ayah.. tp mgkn kesederhanaan yg aku peroleh akan dpt membantu..

rasa mcm ada sedikit persamaan..
heheh..

setiap manusia pasti akan menempuhi ujian masing-masing..

~NURUL~ said...

Salam!!! astaghfirullahalazim. Allah maha besar kan?? kecik je dunia ni.. pnyelah berhari2 menyinggah blog ni.. xperasan.. rupanye kawan sekolah kita rupanye. Fiza 508 :) satu kelas dengan suraya kan dulu.. a.k.a baya.. ?

Azrai Ahmad Zamri said...

to mR.sYaH:
benar..
kadang bersederhana itu lebih baik buat kita..tidak rakus jangan tamak..
huhu

to ~NURUL~:
w'slm..
Allah Maha Besar, selain-Nya semua kecik2 belaka =)
huhu..nurul hafiza yer?
rasa cam ingat lagi muka nie..hehe..betul da tu

Ezad said...

HU~..

perjalanan yang unik.. namun kesudahan yg agak hebat.. masih hebat berbanding kehidupan segelintir yg lagi rakus & bise perjalanan nye adekalanya tersungkur... Thanx 2 Allah..

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ezad:
yurp..
thanz 2 Allah 4 this experiance & chance..m0ga perjalanan ini terus menuju penamat yG baik..
terima kasih sudi singgah membaca =)

~NURUL~ said...

ye nurul hafiza. :)
mungkin kenal sebab dulukan bergiat aktif menjual burger n nasi lemak sebagai PUM. hehehe kenal aimi che mokhtar x? dulu rumate dengan de :)

Azrai Ahmad Zamri said...

to ~NURUL~:
huhu..tauke nasi lemak la nie?
lupe da ;0
tapi aimi tu kenal rasanya..
0ic, r0om8 dia..
selalu ke c0ntact kawan2 lama?
sy da l0ss c0ntact da..

DR JANNAH said...

salam...nasib kita sama ya akhifillah..ana belajar dan belajar..ana bukan nye seorang y genius...tapi kerana semangat utk berjaya..tgk impian mak n ayah..ana pengang sgl nasihat2 itu..klu kita nak berjaya kita mesti usaha..janji ALLAH tu pasti..kejayaan x akan dtg scr bergolek..ana masih bertatih lagi utk menuju tangga impian itu..la tahzan akhi..ALLAH bersama2 mu...