Saturday, April 03, 2010

Hukum Mengambil Upah Dalam Berdakwah


Salam hormat buat semua pengunjung laman Aksara Cinta Ilahi..m0ga saudara-saudari semua sihat sejahtera di bawah lindungan payung rahmat Ilahi..memandangkan terdapat persoalan berkenaan isu hukum mengambil upah dalam menyampaikan dakwah (ceramah agama) pada artikel saya yang berjudul Dakwah Islamiah sebelum ini, maka suka untuk saya selitkan beberapa pandangan untuk kita nilai bersama..InsyaAllah..

  1. Abu Laits berkata dalam kitab al-Bustan; “Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk - Pertama, dengan tujuan untuk beribadah sahaja dan tidak mengambil upah. Kedua, mengajar dengan mengambil upah. Ketiga, mengajar tanpa syarat tetapi jika ia diberikan hadiah (upah), dia menerimanya.”
    • Bentuk yang pertama mendapat pahala dari Allah kerna itulah amalan para Nabi.
    • Bentuk yang kedua diperselisihkan ulama. Sebahagian ulama mengatakan tidak boleh, berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” Sementara sebahagian ulama lain berkata boleh. Mereka berhujah bahawa yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].
    • Bentuk yang ketiga dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi s.a.w adalah pengajar manusia dan baginda menerima hadiah mereka. Ianya juga berdasarkan satu kisah yang mana
    seseorang telah disengat haiwan berbisa lalu dibacakan surah al-Fatihah oleh sebahagian sahabat, kemudiannya mangsa itu memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas perbuatan para sahabat berkenaan. Baginda Nabi setelah mengetahui kejadian itu bersabda; “Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu.”
  1. Fatwa “Majma’ al-Fiqh al-Islami” - Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambungan agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulama daripada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.
  1. Pendapat Ustaz Maszlee Malik – “Terdapat ulama mengharamkan perbuatan itu kerana ia termasuk dalam amal ibadah dan tidak boleh diberikan upah. Pendapat ini disokong oleh polisi negara Islam terdahulu yang menyara para pengajar al-Quran, fardu ‘ain, fardu kifayah, imam, muazzin dan sebagainya. Namun begitu, pendapat ini tidak lagi relevan apabila negara-negara Islam moden sudah tidak lagi menanggung mereka.”

26 comments:

Nur Su'aidah said...

ilmu baru.. ;)

cik kotak said...

salam ziarah..

moga encik azrai sihat selau hendaknya=)

btw,thanx for the info..

piewahid said...

slm.
t kasih atas perkongsian.
biasanya org yg ikhlas berdakwah Allah akan murahkan rezeki dan limpahkan rahmat dgn berbagai cara...insyaAllah!

etuza said...

Slam azrai..
Satu perkongsian yang bagus utuk tambahan ilmu. Berdakwah banyak bentuk dan caranya, maybe dalam blog kita ini juga ada unsur dakwah Islamiah..harap bertambah manfaatnya. InsyaAllah...kalaulah ada untuk bekalan dunia akhirat hendaknya.

zulkbo said...

salam Azrai..
orang rumah mengajar sambilan kanak2 anak jiran mengaji al-quran..ramai minta letakkan harga..saya kata..jangan..biarlah ikhlas..ilmu bukan untuk di jual beli..lebih2 lagi
Al-Quran(tapi ramai juga yang buka kelas tajwid&tahfiz yang meletak harga??..renung2kanlah..

Fakhrur Razi said...

thx 4 sharing..
kne ikhlas dlm berdakwah
kalau ustaz2 yg bgi ceramah tuh cmner lak eh? dorng dpt yg kedua tuh ker ketiga?

Azrai Ahmad Zamri said...

to Nur Su'aidah:
bagus la..
jelajahi ilmu di segenap cabang kan =)

to cik kotak:
w'slm..
sihat2 aje sis.. =)
OK..u r welc0me

Azrai Ahmad Zamri said...

to piewahid:
w'slm..
agreed with u..
kalu kita ikhlas, tentu banyak cara DIA menghulurkan bantuan & rahmat..dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan hati & dibukakan pintu rezeki..

to etuza:
w'slm..
InsyaAllah pakcik..
maka sama2 lah kita perluruskan niat kita ini..walau sekecil mana pun usaha kita, jika ada keikhlasan tentu besar rahmat dari-Nya

Azrai Ahmad Zamri said...

to zulkbo:
w'slm..
alhamdulillah tuan, itulah jalan yG sebaik2nya..jalan yang tiada perselisihan pendapat lagi..m0ga mendapat lebih keberkatan..

s0al memilih jalan kedua (meletakkan harga) mungkin tidak dianggap masalah oleh sesetengah pihak kerana ramai ulama kontemporari yang membenarkannya, namun apa yang menjadi isu ialah jika perkara tersebut terlalu membebankan pengguna atau menyebabkan sesetengah g0longan mungkin tidak mampu mendapatkan khidmatnya... wallahulam

Azrai Ahmad Zamri said...

to Fakhrur Razi:
u r welc0me.. =)
hmM..itulah yang kita perbincangkan di sini..sama ada ustaz tu berada di kedudukan yang mana, lihat sajalah kepada niat & tujuan mereka untuk berceramah..kalu memang mereka tidak mengharapkan balasan walaupun akhirnya diberi sedikit saguhati oleh penganjur, mereka berada di kumpulan ketiga..

namun sebaliknya jika awal2 lagi mereka telah mengharapkan balasan dengan meletakkan syarat bayaran untuk ceramah yang disampaikan, maka mereka berada di kumpulan kedua..kumpulan yang mana ulama berselisih pandangan mengenai hukumnya...wallahualam

whiteraven said...

salam, yup salu dengar pasal ni..

sememangnya bila saya buat program yang mengajak ustaz2, dorang jarang meletakkan harga.

tapi kita sendiri fikirlah, jauh ustaz tu datang, minyak, makanan, masa dengan family, memang diorang ikhlas, dan tak kesah,

tapi dari pihak kita,
kita patut sediaan bayaran yang berpatutan agar usaha dakwah mereka tidak dibebani oleh masalah kewangan pada masa depan. Agar mereka dapat meneruskan usaha dakwah dengan sumbangan ikhlas kita.

jangan lah ambil kesempatan atas keikhlasan dorang dengan kekedekutan bayaran dari pihak penganjur (kita).

Wallahaualam.. ="p

HaiDa HiDa said...

salam.. akak ske ngan entry ni..

sye stuju ngan whiteraven..
kita kne fikirkan pasal perjalanan ustaz tu dtg, myk dan makanan.. kt kg sye pn g2 gak.. ustaz tu mmg tak nak bayaran smue.. tpi pihak surau ikhlas mmberi.. ilmu bukan sng nk dapatkan..

sLave_oF_Almighty said...

Alhamdulillah..

Ilmu yg dicari-cari.. Jzkk =)

Yup, sbaiknya elakkn upah.. Demi mnjaga keikhlasan niat.. Pendakwah kini prlu lbih terkehadapan.. spt ulamak2 terdahulu, ibn qayyim, khwarizmi dll..
Mngkin, bisnes bleh djadikn satu option utk mncari sumber pndptn.. spt zmn rasulullah dlu, hmpir semua shbt berbisnes..

Wallahu'alam

Azrai Ahmad Zamri said...

to whiteraven:
w'slm..
yurp..betul tu..
sy pun selalu handle pr0gram..
orang berbudi kita berbahasa..kan =)mmG tak jadi isu bila jemputan cam tu, InsyaAllah orang2 kita pandai mGhargai & fahami semua tu..

yG sering didebatkan ialah s0al ustaz2 yG letak harga sendiri, kdG2 mahalnya mengalahkan artis p0pular plk..tapi sy setuju ngan pandangan Dr.Fadzilah..tak salah mereka ni letak harga, ikut ketinGgian ilmu & populariti c0z bukan senang mereka nak capai tahap tu..mereka pun kena usaha & berkorban untuk sampai ke situ..terpulang kepada penganjur & penceramah la..mungkin masing2 boleh berbincang agar tidak ada siapa yG terbeban & teraniaya...

Azrai Ahmad Zamri said...

to HaiDa HiDa:
w'slm..
benar tu kak..
sy pun setuju..da jelaskan lebih lanjut pandangan sy dalam resp0n kepada whiteraven..jenguk2 la =)

to sLave_oF_Almighty:
afwan..
syukran atas pandangannya.. =)
benar juga apa yG saudara katakan..
InsyaAllah, dengan tiap keikhlasan dalam beramal apatah lagi dalam mengembangkan Kalamullah, DIA pasti memudahkan tiap urusan.. melapangkan rezeki dengan cara2 sedemikian...

iKhRam said...

salam sahabat,
lama tak bertegur ..
sebenarnya banyak ruang untuk kita berdakwah.. kadang2 orang ramai ni memnadang da status ustaz baru boleh berdakwah.. tidak! teringat pada pesanan seorang hamba Allah, ketika berdakwah jgn la memandang pda siapa yang bercakap, tp dengarlah apa yang dicakapkan.. lebih kurang mcm tu la bunyinya..

sebagai manusia tugas menasihati tu adalah tanggungjawab bersama.. ini pendapat secara umum, saudara azrai.. klau ada yang salah dn perlu ditmbh.. kongsikan la..

salam sahabat
ikhram..

Azrai Ahmad Zamri said...

to iKhRam:
w'slm..
tu laa..sahabat pun da busy mengajar yer sekarang..huhu..
thanz masih sudi menjenguk =)

agreed with u..
tanggungjawab dakwah tu terletak atas tiap muslim..'sampaikan walau satu ayat' pesan Nabi..jangan sangka dakwah hanya kepada n0n-muslim, tapi ia lebih utama sesama muslim..amal makruf nahi mungkar.. walaupun diri tidak sempurna, tegur-menegurlah..tapi lebih elok jika kita perbetulkan dulu kelemahan diri dalam perkara yG nak ditegur, kerana itulah yang menjadikan teguran kita lebih bermakna & dihormati..InsyaAllah

mamawana said...

Cuba bayangkan diri kita sendiri sebagai Ustaz/Penceramah @ pendakwah...Belajar bertahun2 di Jordan ker Mesir ker.

Balik Malaysia, berkeluarga dan beranak pinak..Mesti kena bayar sewa rumah, makan minum, api , air, medical expenses, minyak itu ini. Takkan kerajaan nak bagi free semua.

Bila dijemput berceramah contoh dari Kelantan ke KL. Tambang Minyak saper nak sponsor? Anak isteri dia mungkin sakit or belum makan minum di rumah? Entah2 sewa rumah 6 bulan tak berbayar....

Ni nak pi KL bagi kuliah ilmu dgn Ikhlas. Ya Rezeki Allah swt yg tentukan. Tapi yg menjemput seharusnyer memberi imbalan utk ilmu yg dikongsi dgn pemberian yg berbaloi atau berbaloi2.

Bgmn kalu semua pendakwah berpakaian compang camping, kelaparan datang ke pejabat2 kerumah2 dgn tujuan Ikhlas menyampaikan ilmu. Ada ker org percaya. Sebab semua kuliah ilmu dia takdak saper yg bayar sebab IKHLAS berdakwah. Sampai papa kedana dia sponsor diri sendiri memberi dakwah. Cuba fikir2in.

Berdakwah mengikut zaman kan lebih seswai. Diri dan pakaian kena bersih. Hati jua mesti bersih yg menjemput dan di jemput utk berdakwah sama2 ikhlas memberi dan menerima. Tapi bagi penceramah glemer dan letak harga...hmmm faham2 ajer lah. Allah memberi mengikut niat hati mereka. Permisi. I'm sorry.........

whiteraven said...

Salam, wah.. ramai pula yg bagi respond atas pendapat saya yang tak seberapa.

saya tertarik dengan cadangan slave_of_almighty patut buat bisness atau dapatkan pendapatan sampingan. Daripada berceramah sebagai sumber pendapatan utama.

Boleh menjaga hati dan niat..

Saudara Ikhram ada kata, jgn la memandang pda siapa yang bercakap, tp dengarlah apa yang dicakapkan.

Tapikan, in my humble opinion, kalau korang pergi hospital, mesti korang akan jumpa dr yang bertauliah. Yang betul2 ahli dalam bidang perubatan barulah terjamin rawatan yg anda ambil.

Kalau nak ikutkan zaman elektronik skarang ni, siapa2 pun boleh bercakap soal cancer, stroke dan sbgainya, tapi bolehkah mereka merawat seperti seorang dr?

Samalah macam ustaz2 lulusan tertentu. takkan kita nak panggil ustaz bidang feqah berckp soal tafsir hadith dan sebagainya.

kemahiran dlm bidang tertentu ni membuatkan mereka perlu dibayar lebih sedikit, saya setuju pasal tu. Tapi meletakkan harga sendiri, tak tahulah.

mungkin kita boleh tanya, selalunya berceramah, bayar berapa? lepastu kita adjust dengan kemampuan kita. ustaz tu pasti faham.

wallahualam.
minta betulkan mana yg salah.

Nur Su'aidah said...

oyeahhh.. sudah pasti ! ;D
teruskan menulis..

Azrai Ahmad Zamri said...

to mamawana:
syukran atas pandangan =)
sememangnya keadaan begini amat arif difahami oleh masyarakat di negara kita..sebab itu tak timbul isu penceramah yG ikhlas ni pulang tangan kosonG..InsyaAllah..

Melayu muslim kita cukup berbudi bahasa..amat memahami..orang berbudi kita berbahasa..bukan setakat pendakwah, malah tukang urut pun, makcik2 kita di kampung ada sifat mGhargai & berterima kasih..huhu

Azrai Ahmad Zamri said...

to whiteraven:
w'slm..
syukran masih sudi mnyingGgah untuk teruskan perbincangan di laman ini.. =)
benar..
apa2 pun mesti ada tauliah..
tiap individu ada kelebihan dalam bidang masing2..tapi tak bermakna kita tidak boleh ambil tahu langsung hal ehwal di bidang lain kan..s0al menyampaikan pun sama..Islam agama yG cukup mudah, maka janganlah kita menyulitkannya

to Nur Su'aidah:
syukran atas sokonGan tak berbelah bahagi..amat2 mGhargainya =)

Nur Su'aidah said...

yaaa.. selagi mampu menyokong ;D
byk betul iklan kt blog ni. hehe

pak long said...

salam...
pendakwah berpatut-patut la meletakkan harga....jangan jadikan ia sebagai sumber utama...harap penulis buat kajian mendalam tentang diman penceramah...try la buat kajian dan buat perbandingan...tu saranan pak long..

Azrai Ahmad Zamri said...

to Nur Su'aidah:
hehE..
kalu jumpe iklan tu tolong la klik2 yer..tanda sokonGan gak tu ;)

to pak long:
w'slm..
InsyaAllah..kalu ada kesempatan & kelapangan nanti sy usahakan..selalu juga terlibat dlm situasi cam nie..
syukran atas cadangan =)

Nur Su'aidah said...

ok no problemo.. ;)