Wednesday, April 14, 2010

Genius Atau Rajin?..


Di sekeliling kita, ada pelbagai ragam manusia. Ada yang genius, ada pula yang bagus sikapnya dalam berusaha. Kadang-kadang si genius ini mempunyai tabiat buruk seperti suka bertangguh, berangan dan membuang masa. Sedangkan yang kurang genius pula lebih rajin, tidak mudah berputus asa, realistik dan berdisiplin. Persoalannya, yang mana satukah lebih berpengaruh dalam menentukan kejayaan hidup kita? Kepandaian (genius) ataupun sikap yang baik?

Definisi kejayaan hidup bagi seseorang individu cukup luas. Bukan sekadar memiliki motokar besar, mahligai mewah, syarikat ternama ataupun isteri ramai malah ia melangkaui aspek ketenangan hati, kebahgiaan hakiki serta keredhaan Ilahi. Era masyarakat dunia melihat kecerdasan intelektual (IQ) yang bersifat kuantitatif yang dimiliki oleh si genius sebagai penentu kejayaan hidup sebenarnya telah berakhir beberapa dekad yang lalu. Ini terbukti setelah analisis kajian McClelland melalui bukunya ‘Testing For Competence Rather Than Intelligence’ merumuskan bahawa kemampuan akademik, markah penilaian dan tahap kelulusan individu tidak menggambarkan kemampuan individu tersebut di persada kerjayanya.

     Sebaliknya, faktor kejayaan individu masa kini lebih dipengaruhi oleh keseimbangan antara kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan rohani (SQ). Jalinan keseimbangan kecerdasan inilah yang bisa membentuk sikap individu dalam mengemudi kehidupan masa kini. Daniel Goleman menjelaskan bahawa kecerdasan emosi adalah mencakupi pengendalian diri, semangat, ketekunan serta kemampuan memotivasi diri yang baik sementara Danah Zohar mendefinisikan kecerdasan rohani sebagai kemampuan menghadapi persoalan mengenai makna dan nilai. Ianya dapat membawa individu untuk memilih jalan hidup yang lebih bermakna, yang membezakan antara mereka dan haiwan. Oleh kerana kesemua jenis kecerdasan ini bertapak dalam tujuh dimensi jiwa yang berbeza, ianya juga berfungsi memberi kesan kepada kemampuan akal, hati dan jiwa yang berbeza. Sepatutnya ia semua digemblengkan secara bersama untuk memastikan kejayaan individu yang sempurna dunia dan akhirat.

Namun, jika disoal mana yang lebih berpengaruh antara kepandaian (intelektual-genius) atau sikap dalam menentukan kejayaan seseorang individu, semestinya faktor sikap yang dibentuk oleh kecerdasan EQ dan SQ yang baik adalah lebih dominan. Hakikat ini perlu diperluaskan di negara kita yang masih menitikberatkan kecemerlangan akademik berorientasikan peperiksaan semata. Pembentukan modal insan yang lebih kukuh emosi dan rohani sepatutnya lebih ditekankan jua. Percaya atau tidak, fakta telah menunjukkan bahawa separuh dari jumlah pesakit yang tersimpan di hospital negara maju dan berteknologi tinggi, Amerika Syarikat, adalah pesakit mental..! Lupakah kita akan kisah si arnab dan kura-kura?

42 comments:

zulkbo said...

salam saudara Azrai..
mak aihh..ramainya orang sakit jiwa sekarang ni yek?

Amirah Rashid said...

erm, dua2 ade pros and cons masing2. kan? :)

sugar2 kapas strawberry said...

emosi ngn rohani mstla kna stabil kn?
klu x..mo ny tension idop ni ;)

maCy said...

stuju ngn cik kapas cik linn..

genius n rajin.. due2 bkn maCy.. hehe

Anonymous said...

slm awk,
genius atau rajin
dua2 anugerah Allah..
namun usaha itu lebih dipndg Allah,
ibarat kisah burung yg berusaha memadamkan api yg mmbakar nabi Ibrahim dengan paruhnya yang kecil..
so rjn2 lh berusaha utk jd pandai.. ;)

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Allah jadikan manusia dengan kepandaian yang berbeza-beza. Semuanya berbalik kepada soal 'sikap/tabiat/akhlak'. Mereka yang berakhlak mulia, pasti akan bersyukur jika dikurnia kelebihan genius, dan pasti akan bersabar berusaha memajukan diri.

manna_salwa said...

salam,
konklusinya, pembangunan seseorg itu perlulah seimbang..
bersyukur dan memperbaiki diri tu penting..
genius atau tidak itu semua aturan Allah..
bergantung mcm mana seseorg itu menerima n mengambil setiap aturan itu..
wallahualam..

Eye_nee said...

Ada sesetengah org berjaya kerana akademiknyer..disatu tmpt yg lain pula kejayaan sesorng itu disbbkan kerajinan nya berusaha..Keduanya penting dlm kehidupan..jika genius sahja tp tidak rajin berusaha tak kemana juga akhirnya...Rezeki tu tak kan dtg bergolek...

budak hitam said...

EQ dan SQ kedua2nya penting.. kedua2 saling berkait.. bla kurang slh satu, tu yang rmi pesakit mental..

p/s: perlumbaan arnab dan kura2.. hmm tapi sy lgi suka dngn perlumbaan kedua.. hohohoho

fikaryna said...

kejayaan adalah gabungan rajin dan bijak..huhu.

piewahid said...

salam,
saya suka dgn pandangan ini:

"genius atau rajin
dua2 anugerah Allah..
namun usaha itu lebih dipndg Allah,
ibarat kisah burung yg berusaha memadamkan api yg mmbakar nabi Ibrahim dengan paruhnya yang kecil.."

p/s rasulullah adalah ikon genius dan kecekalan sepanjang zaman.

farzana ahmad said...

keseimbangan di antara kedua-duanya perlu...sbb ianya slg berkaitan...

Azrai Ahmad Zamri said...

to zulkbo:
w'slm tuan..
tu la pasal..sakit jiwa, mental, hati, r0hani..semuanya dalam satu pakej sekaranG..huhu

to Amirah Rashid:
betul..apa pun dalam dunia ni hanya ada dua kutub, baik & buruk..
artikel ini ditulis cuma dari sudut pandangan ilmiah sains kesihatan, kalu dipandang dari sudut praktikalnya maybe ada pelbagai perkara lagi yG bisa mempengaruhi.. =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to sugar2 kapas strawberry:
huhu..emosi, rohani, intelektual malah fizikal juga harus dicari keseimbangan antaranya..InsyaAllah, ketenangan & kebahGiaan hakiki milik kita.. =)

to maCy:
hehE..
da tu maCy apa? mesti ada kelebihan dari mana2 sudut kan..kita manusia punya kelebihan berbeza =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Anonymous:
w'slm..
agreed with u..
apa pun kelebihan & kekurangan diri, pasti anugerah Allah..ada hikmahnya..
yG pasti tidak kira kita genius atau rajin, usaha tetap perlu diteruskan untuk meningkatkan pencapaian keduanya..tanda syukur terhadap anugerah kurniaan Ilahi =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Amirul Faiz Abd. Razak:
sangat setuju dengan pandangan saudara..inilah yG ana tekankan dalam resp0n sebelum ini..
syukur, sabar, usaha & tawakal sentiasa..InsyaAllah

to manna_salwa:
w'slm..
syukran, pandangan saudari melengkapkan segala perbincangan kita..satu konklusi yG baik..
seperti selalu ana tekankan, jangan biarkan dunia mencorak kita tapi kitalah yG perlu mencorakkan dunia ini..dengan 'pandangan' Tuhan

Azrai Ahmad Zamri said...

to Eye_nee:
itulah yG dikatakan keseimbangan..
malah bukan setakat perlu kepada kemajuan intelektual, emosi & rohani malah kekuatan jasmani pun tidak kurang pentingnya..apa erti kejayaan andai diri terlantar tidak dapat menikmati? =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to budak hitam:
betui3!..
tapi lagi ramai yG sakit r0hani sekarang ni kan..tu yG buang anak merata2..walaupun berpendidikan tinGgi, tapi? hmM..
p/s: perlumbaan kedua? apakah? huhu..

to fikaryna:
itulah antara keseimbangannya..
tapi andai kata kita hanya dapat memilih satu antara dua anugerah Tuhan, manakah yG jadi pilihan? inilah yG hendak disampaiakn =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to piewahid:
w'slm..
sy pun suka dengan pandangan itu! ;)
benar, Rasulullah telah membuktikan segala..teori ini hanya dijumpai & didebatkan masyarakat Barat pada abad ini, namun Islam secara langsung sebenarnya telah mGaplikasikannya dalam tiap aturan kehidupan yG dituntut untuk diikuti..

Azrai Ahmad Zamri said...

to farzana:
keseimbangan kesemuanya diperlukan.. seperti sekujur tubuh yG tidak akan sempurna tanpa sebatang ibu jari, begitulah juga keseimbangan dalaman kita ini =)

Shiela Latif said...

apa yang penting...hati mesti bahagia... :)

rizal jabai said...

rajin utk jadi genius akn membuatkan kita kdg2 tak seimbang..pandai2 la kita membezakan baik dan burukk

ni story pasal rajin
http://ijaicakapdengar.blogspot.com/2010/02/rajin-vs-malas.html

budak hitam said...

hahaha.. x pernah dgr psl perlumbaan kedua arnab dgn kura2? cicit arnab kononnya nak bls dendam psl kekalahan moyang dia dulu.. dan nak buat perlumbaan kedua dan dia merancang la sumthing yg x elok.. tp masa ni kura2 yg tua tu menang skali lg kerana kebijaksanaan dia.. ini menunjukkan yg kekuatan IQ lbh pntg dr kekuatan fizikal.. klu fizikal kuat tp IQ lemah, rohani lemah x guna jgk.. heheh wlupun xdak la kna mngena sgt dgn entry ni tp sj nak cerita memandangkn encik lelaki bulan ni tak pernah dgr cerita perlumbaan kedua ni.. hihihi

NURJANNAH said...

salam...adakah ana ni dalam kategori genius?haha...senang je nak genius..
byk makang ikang,kismis..kacang..

tp aspek rohani pun pntg jgk..
JAGALAH HATI...JAGALAH ALLAH ALLAH AKAN JAG KITA...hati yang sentiasa berbuat maksiat..akan memakang segala
ilmu...alam ibadah..masyaALLAH..mg di jauhi...
Insafi diri....huh!

Azrai Ahmad Zamri said...

to Shiela Latif:
hehE..ingatkan apa yG penting..kerjasama td.. ;0
betul2..ketenangan & kebahgiaan hati paling utama..

to rizal jabai:
huhu..br0 pun ada story pasal rajin..
vs malas plk yer.. =)
nanti kita pi jenguk2..

Azrai Ahmad Zamri said...

to budak hitam:
wAaa..cam tu rupenya.. terima ksih bh c0z tolong citerkan, mmG tak tahu menahu pulak pasal perlumbaan kedua tu.. =) kura2 menang c0z dia kuat semangat, walaupun fizikal ternyata dia mustahil untuk menanG

to NUR JANNAH:
nice tips tuan Dr.
ikut sunnah pemakanan Nabi, InsyaAllah terjaga minda & hati..
syukran atas pesanannya

CikGadis said...

tiada org yg dilahirkan bdoh. cma corak khidupan jer yg mnentu kn nsib seseorg.

xsmua org dikurniakn EQ yg gemilang. dan xsmua org dikurniakan SQ yg terhormat.

diri sndiri sbnarnya pnentu sgala kjayaan dan jgn lpa yg Maha Pencipta. :)

ps : sy bkn bijaksana ttg smua nie. skadar brkongsi pndapat :)

-JayLeo™- said...

dude. ur shoutbox is full.
i've clicked ur ads =)
plz visit back

NICK IRFAN said...

wah! menarik info ko ni bro! thnkz! dpt jgk aku thu serba sedikit.... nice to meet u...

Azrai Ahmad Zamri said...

to CikGadis:
terima kasih yer c0z sudi berkongsi pendapat.. =) benar..semua kita dikurniakan kelebihan berbeza..cubalah kita gali, mana yG buruk kita perbaiki & mana yG kurang kita tingkatkan...

act kita tidak boleh jadi selemah lalang, ikut saja ketentuan hidup..sebaliknya kiya yG perlu menentukan hidup sendiri

Azrai Ahmad Zamri said...

to ~JayLeo:
thanz br0..
huhu..already visited u ;0

to NICK IRFAN:
u r welc0me..
InsyaAllah, apa yG bagus kita saling kongsikan..nice to meet u too =)

CikGadis said...

btul tue. kta yg tntukn idop kta..

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

cikwanik said...

rajin tu penting

klu rajin serajin rajinnya.. maka bakalla menjadi genius

~ ( LayDee_N ) ~ said...

salam.. wow. nice topic. i choose 2 b kura2... :p

Azrai Ahmad Zamri said...

to CikGadis:
yer..dari perancangan & usahanya kita la yG tentukan =)
tapi takdir-Nya tetap tak terlawan

to BUJANG SUSAH:
w'slm..
syukran ala ziarah..
da lama tak nampak kelibat sahabat seperjuangan di sini =)
Terima kasih jua atas pesanan & pandangannya yer..nanti ana pergi intai2 apa yG patut

Azrai Ahmad Zamri said...

to cikwanik:
hehE..cam tu plk yer?
tapi betul la..rajin ke genius ke semuanya perlukan kepada usaha..& usaha perlu kepada kesedaran..di sinilah matlamat entry ini dipaparkan =)

to ~(LayDee_N)~:
w'slm..
hehE..topic je nice kan..isinya tidak?..nyway sis patutnya jadi rabbit, lagi c0mey..kui3!

-JayLeo™- said...

snickers n digi 4 u

DR sakura said...

makan ubat genius pun xde guna..y pntg seimbgkn diri fizikal dan rohani..

Azrai Ahmad Zamri said...

ro JayLeo:
thanz yaa.. =)

to DR sakura:
ada ubat genius ek?
huhu..

kahak cair said...

genius atau rajin??? ni masalah melayu kite.. kalau genius ok la.. kalau rajin ok la.. tapi kalau dua-dua bukan??? xke haru.. betol x??

Azrai Ahmad Zamri said...

to kahak cair:
a'ah kan..
ada betulnya jugak..
melayu kita banyak beralasan..
padahal genius atau rajin dua2 boleh maju andai mahu!