Saturday, April 24, 2010

Aurat: Nilai Insane


    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku (belum dilihat oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengeluarkan hadith ini kira-kira 1400 tahun lalu).

Pertamanya ialah kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang dipergunakannya untuk memukul orang dan keduanya ialah wanita-wanita berpakaian tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minimum, terlalu nipis atau tembus pandang dan terlalu ketat. Atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka dan wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disasak bagaikan punuk unta). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh." (Shahih Muslim, 2004)

    Hadith di atas dengan jelas telah menggambarkan amaran baginda Rasul kepada umat Islam akhir zaman mengenai satu fitnah besar yang sedang melanda iaitu soal maruah diri serta penjagaan aurat yang semakin disisihkan tanpa rasa malu dan segan. Apa nilainya seorang insane tanpa penjagaan aurat yang sempurna? Melainkan diancam dengan azab neraka seperti yang digambarkan.
    
      Perkataan 'aurat' sebenarnya berasal daripada perkataan a'ur yang membawa erti sesuatu yang mengaibkan. Oleh sebab itu, ia perlu dijaga dan dipelihara daripada pandangan mata manusia. Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah asas dalam memilih cara berpakaian itu sendiri, maka 5 prinsip ini perlulah dijadikan panduan:

1. Berpakaian longgar & tidak ketat hingga menonjolkan bentuk badan
2. Tidak terlalu nipis hingga nampak jelas warna kulit & badan
3. Menutupi seluruh anggota yang wajib ditutup
4. Gaya berpakaian tidak menyerupai berlawanan jantina
5. Tidak terlalu labuh hingga mengheret tanah & tidak terlalu singkat

    Sebenarnya tidak salah hendak berpakaian bersesuaian dengan persekitaran, suasana mahupun tempat bekerja, malah untuk berfesyen sekalipun dibolehkan jika masih sempurna dan memenuhi tuntutan syarak. Selain itu, fitrah insane turut menyukai kecantikan - suka berhias. Namun jangan dilupakan bahawa dalam berhias juga ada tatacaranya, ada undang-undang dan peraturannya. 'Perhiasan' berasal daripada perkataan 'zinnah' yang bermaksud, 'jika dipandang pasti orang suka.' Tetapi, berhias perlu dibezakan dengan bertabarruj. 'Tabarruj' bererti kita 'menunjuk' atau 'menonjolkan' anggota yang tidak boleh ditunjuk. Seperti mana pakaian wanita di zaman Jahiliah ialah panjang di belakang tetapi terbuka di hadapan, menampakkan leher dan dada. Itulah yang dikatakan tabarruj Jahiliah, sedangkan pakaian wanita muslimah adalah labuh di belakang dan labuh di hadapan. Allah s.w.t. berfirman;

...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...(an-Nur: 31)

Persoalannya, pakaian manakah yang menjadi pilihan wanita masa kini? Adakah kemajuan fizikal yang dicapai memaksa kita kembali kepada keruntuhan moral zaman jahiliah?

(by qamarguyz: risalah at-Tazkirah edisi 2 @ API KUIM)

61 comments:

p3perak said...

salam pagi..
bumi berpusing..
makanya, fesyen pun turut berpusing..

faham kan??

Anonymous said...

Salam..mrning awk..

sy suka isu yg awk pilih ni..emm sedih tgk sahabat2 skrg wt x endah pd aurat msg2..

Bg sy.."Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

& setahu sy.." Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA..."..wallahua’lam.

Hana Picca said...

salam..
saya juga masih belum sempurnanya tp masih berusaha untuk ke arah lebih baik..

sedih tgok kawan2 yang mungkin lengkap sempurna tutup aurat ketika diluar

tp bila balik ke asrama, pakai seluar pendek atas peha...

apa maknanya tutup sempurna di luar tp di tmpat sendiri, masih berdosa..

ramai kurang ambil peduli apa aurat sesama lelaki mahupun sesama perempuan...

nauzubillah...

zulkbo said...

..dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...(an-Nur: 31)

menarik...sekarang ni byk yang menonjolkan bahagian nie..

Ena said...

salam ziarah

Isu yg sangat menarik.. :)

captain88 said...

teenager nowadays.... pakai tudung pon nampak spender... yg x pakai tu lagi laa... tpi naper ada org ckap pakai tudung ni hipokrit?? bkan ke pkai tudung tu wajib...x faham...

NaNaJoe said...

yup...tuk menutup aurat dgn sempurna mmg blom mampu ak nak wat lg.tp semua dlm usaha...

M a W a D D a H said...

nice entry..

miss alinto said...

salam..
topik yg menarik..
sbg alert utk sume..

sy yakin sume org tahu batas2 aurat masing2..
tapi ade yg tidak mengendahkannya..

"kesedaran ade, tp tindakan yang tiada"..

hmm..

budak hitam said...

Salam.. rsnya awk da post psl ni dlu kan.. bgs2.. sentiasa mengingatkn... :)

Nazirul said...

well done. keep it ok :)

cik kotak said...

Salam ziarah..

syukran atas teguran dan perkongsiaan..

mmbaca sambil mengambil iktibar dan pengajaran..

insyaAllah..

cik kotak said...
This comment has been removed by the author.
Azrai Ahmad Zamri said...

to p3perak:
w'slm..
huhu..selalu jd yG 1st k0men yer..Tahniah ;)
a'ah..berpusing menuju kehancuran

to Anonymous:
w'slm..
thanz..
satu perumpamaan yG menarik, suka sy baca..tapi tentang 'membina mahligai utk ibubapa di neraka' itu adakah maksud hadis atau apa?
afwan..ana tidak pernah mendengarnya, inginkan penjelasan =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Hana Picca:
w'slm..
syukran atas perk0ngsian..
memang itu satu lg isu yG ramai antara kita tidak perasan atau sengaja mGambil mudah..
bukan setakat s0al aurat sesama jantina, tapi juga antara muslim & n0n-muslim..percampuran yG biasa terjadi jika menetap di h0stel

to zulkbo:
huhu..part itu juga yG dia nampak.. ;) tapi benarlah, itu realitinya..
ramai yG masih naif berfikir tentang aurat..adakah mereka menyangka aurat itu hanyat rambut & kepala? itu pun macam2 tudung yG ada sekarang tidak memenuhi tuntutan syarak..lebih baik pakai 'tudung saji' aje!

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ena:
w'slm kak..
lama tak nampak =)
syukran atas pembacaan..

to captain88:
huhu..betul2..
kerna situasi sebeginilah ramai yG mula mGanggap si pemakai tudung itu hip0krit..dengan akhlak & m0ral yG rendah, bergaul bebas sana sini..
si pemakai tudung ini sendiri yG merendahkan nilaian mereka di pandangan ramai..

tapi perlu kita pers0alkan terlebih dahulu..apakah si pemakai tudung itu memakai tudung kerna takutkan Allah? atau terpengaruh dengan rakan2? atau sekadar beraksi menurut perkembangan fesyen terkini? di sini la bezanya pemakai tudung yG sejati dan yG hip0krit!

Azrai Ahmad Zamri said...

to NaNaJoe:
kadang2 banyak perkara yG kita leka..
namun biarlah ada niat & usaha yG jelas untuk membaik pulih segala kelemahan tu kan..wish u luck =)

to MaWaDDaH:
thanz.. =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to miss alinto:
w'slm..
InsyaAllah..menjadi tanggunjawab kita semua untuk saling mGingatkan, walau sekadar dengan tinta pena..
tindakan perlu bermula dengan kesedaran, namun kesedaran tanpa tindakan adalah sia-sia!

to budak hitam:
w'slm..
waAaa..bagus2..alert juga kamu kan =) memang terdapat entry2 lama yG sy p0stkan kembali, melihat kepada keluasan pengaruh & sasaran pembaca yG berbeza ketika ini..faham kan?
buat kamu, ambillah ia sebagai sesuatu utk direfresh kembali..huhu

Azrai Ahmad Zamri said...

to Nazirul:
thanz atas s0kongan =)
InsyaAllah..

to cik kotak:
w'slm..
'berpesanlah kamu dengan kebaikan, dengan kesabaran'..
InsyaAllah, sama2 kita mGambil iktibar & pengajaran..dalam mencari keredhaan Tuhan

Ayue Aishah said...

bile ckp psal aurat, salahnye sume pn nmpk kat pmpn kn.. hehehehe

ayue pon pernah tulis entry yg mmg related ngan topic ni...

http://ayuemawarmerah.blogspot.com/2010/04/untuk-wanita-sahaja.html

ape2 pn, same2 lah saling mengingatkan dan tegur menegur...

manna_salwa said...

salam,
this is a very good thing to ponder.. skrg buka aurat tu dah mcm bende biase.. yg tutup aurat pulak nmpak pelik.. eh??
dunia mmg dah menuju penghujungnya..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan dagang (pelik/janggal) dan akan kembali menjadi dagang sebagaimana permulaanya, maka bergembiralah bagi mereka yang berdagang.” (Riwayat Imam Muslim dan dalam versi lain diriwayatkan dari Ibnu Umar)

mungkin pelik bagi sesetengh org, tp yg pelik pada pandagan mereka itu baik pada pandangn Allah.. kita mencari Redha Allah, bukan Redha manusia..

-bia pelik asal benar-

wallahualam~

terima kasih atas perkongsian ni saudara Azrai.

HaiDa HiDa said...

salam.. hai Azrai..

entri terbaik.. pasal bnda2 ni mmg kita sntiasa kne beringat.. akak betul2 ske entri ni.. Akak sndiri pn rsa kekok dan sgt x selesa jika berpakaian ketat walaupn dlm rumah..

dari segi pemakaian tudng, skank jdi trend lak pakai tudung tpi leher terdedah.. :((

apa2 pn kita sama2lah doakan supaya kita smue jauh dari perkara yg x elok..

Riesna Zasly said...

lama tak men'cair'kan diri di sini.. bz jer memanjang..

azraai amacam? sihat?

best info... suatu pendedahan yang bermanafaat...

oppps... nak pi pakai tudung jab... hehe

Nurul Harun said...

salam bro.

entri ni bagus. terdiam nurul..hmm. thanks, bro..

Alynn Notnot said...

thanks utk reminder ni. :)

adrinaqamarina said...

ta tahu nak komen pe kat post ne...
tapi adik kembar ne nak juga komen kat sini...
heee~

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ayue Aishah:
selalunya cam tu la..
c0z wanita auratnya lebih sukar dijaga, itu yG terselak sana sini..
0ic..tp situ tulis utk wanita shj..bukan wanita ley baca ke? ;)

to manna_salwa:
w'slm..
syukran atas perk0ngsian..
bila enti sebut pasal pelik, baru ana teringatkan hadith nabi tu..rupenya ada dipaparkn sekali, m0ga dibaca oleh blogger yG lain =)
tapi itulah realiti kini..yG berjubah berserban, andai masuk ke supermarket mesti umum melihatnya se0lah alien yG baru turun dr Marikh!

hana said...

info nie pown sgt bgs.. sy pown baru jew post 1 n3 psl nie.
http://anakkunyit.blogspot.com/2010/04/f-y.html tp bkn ditujukan kpd para bloggerla. just meluahkan isi hati kpd s'seorg,myb ade jgk slh silap dlm penulisan. insaAllah sy jgk akn btudung 1 ari nnti. tp sy xnk btudung mcm stgh2 gurl yg hny menutup rmbt ttp msh melakukan kslhn.

Azrai Ahmad Zamri said...

to HaiDa HiDa:
w'slm kak..
alhamdulillah, m0ga dari suka dapat mGubah rupa..membawa kita ke arah yG lebih baik dlm penampilan..sememangnya s0al aurat ini wajar ditekankan walau berada di dalam rumah sendiri..

isu tudunG pun sama, macam2 fesyen c0z umum mGanggap tutup aurat itu hanyalah menutup kepala..tu yG sy selalu sebut, kalu cam ni la keadaanya baik kita suruh minah2 ni pakai 'tudung saji' sj!..huhu

Azrai Ahmad Zamri said...

to Riesna Zasly:
Alhamdulillah, sy sihat aje..sihat fizikal..tp hati, minda & em0si tidak la sesihat mana rasanya..masih perlu dirawat & diubati..m0ga sis pun begitu jg =)
hAaa..pi pakai tudung cepat..tp jangan la kejap je, pakai selalu yer..selama hayat dikandung badan =)

to Nurul Harun:
w'slm..
Nurul baca habis ke entry nie?
alhamdulillah, terharu sy..m0ga ada k0cakan di jiwa, buat mGubah rasa..sama2 kita ced0k manfaatnya yer..u r welc0me =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Alynn Notnot:
u r welc0me..
reminder bukan sekadar peringatan, tp buat menunjuk jalan..InsyaAllah =)

to adrinaqamarina:
hehE..
c0nfirm ke adik kembar ni?
cam akak kembar jew.. ;0
thanz..

Ayue Aishah said...

hahaha.. tajuk je lebih tu azrai.. hehe..
lelaki pon leh bace..

Azrai Ahmad Zamri said...

to hana:
thanz atas perk0ngsian..nanti ley jenguk2.. =)
hmM..luahan rasa takkan hadir tanpa wujudnya kesedaran..yG membezakan sama ada berlaku perubahan atau tidak cumalah unsur kesungguhan, itu yG perlu diusahakan..
sy mend0akan yg terbaik buat kamu..

InsyaAllah, tiba masanya kita tutuplah segala..bukan hanya menutup aurat yG nyata, tp jua yG trsembunyi..tutup mata hati dr melihat keburukan insan lain, tutup mata kepala dr mGhina kemiskinan si fakir, tutup bual bicara dr mGungkap perkara alpa..

Eye_nee said...

Sesungguhnya ko mmg sentiasa membantu...mengingati apa yg telah dilupai..menegur bila hampir tersungkur...kerana kau sendiri akur...bepesan-pesan sesama insan suatu amalan yg sungguh mulia..gud info Azrai..

fitrijohari007 said...

napelah diorang sibuk nak tunjuk aset diorang tu...huhu tunjuk kat suami sendiri jela nanti...ramai yg pakai tudung tapi sendat di sana sini...

harap2 mereka berubah...ingatan utk diri sendiri yg sering leka terhadap byk benda...

etuza said...

Asalam semua khasnya azrai.
Inilah fenomena yg cukup pcik risau. Di mana2 jg di desa pcik. Remaja tu pi sekolah bertudung siap labuh, bila tidak ke sekolah...alamak seksa habis dari atas ke bawah. Time ke pekan sendat dan siap rambut dengan rambut pink colour.
Sesab itu pci sekolahkan anak2 ke sekolah agama penuh. Sejuk hati pcik namak 100% pelajar bertudung labuh dan leaki bersongkok. Insyaallah anak2 pacik harap jadilah wanita solehah dan lelaki muslim sejati. Ya Allah kabulkan doa in. Amin

maCy said...

syukran ats peringatan...

dunia hari ini mnonjolkan umat mnusia yg seakan berlumba-lumba utk kelihatan up-to-date..
barangkali tidak sedar..
api mengejar~

|| nemo mimosh || said...

thanks sebab mengingatkan..

keep it up !

i like diz entry..

yep, tudung tu wajib. tapi ramai yang lupe yang tudung sahaja belum cukup untuk menutup aurat..betul cakap semua, ade banyak trend skrg yang dah jadi ikutan. huhu.

ade orang yang pakai tudung juz nak menutup keaiban beliau..kisah2 silam beliau. tapi dalam mase yang same, masih melakukan perkara dilarang Allah.

Huhu. Renungkan...

hana said...

azrai: insaAllah itulah yg sy harapkan bile saya bertudung, skaligus sy ttp jge bnd yg laen.. and mjage kelakuan sbaiknya. time ksh lg skali

rizal jabai said...

kalau bab tutup urat nih..ehe aurat nih..kne tanye ustat..dulu tafsiran budak laki..aurat laki tutup pusat dan lutut..so pusat dan lutut je ditutup,yg tgh2 diantara pusat dan lutut terdedah..ish3..buruk tol

tp roy aku pakai bju ketat..sbb perot da bulat..tesembol-sembol lemak aurat aku..huu
semua org nk behijrah menutup aurat ni mmg ambil mase..ok la tu,slow2..janji kita memulakan..hehe

p/s:sori la intro tu byk merapu...meriahkan suasana..heee

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ayue Aishah:
hehE..tu la, kadang2 tajuk ley mempengaruhi m0od pembaca juga =)

to Eye_nee:
thanz kak..masih setia membaca & menc0ret di ruangan ini..sy cuma menyedia jalan, terserah kepada rakan2 untuk membuat penilaian..sama2 la kita saling mGingatkan yer =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to fitrijohari007:
huhu..maybe di0rang fikir aset tu mahal sangat k0t..cam di0rang je yG ada! ;) makin ditunjuk, dipamer makin jatuh la nilainya..ini yG di0rang tak nampak..apa di0rang ingat intan berlian tu orang simpan tepi l0ngkang ke?..orang simpan dlm peti besi w0oo

to etuza:
w'slm..
ameEn..InsyaAllah d0a pakcik itu akan dipermudahkan oleh-Nya..cuma sebagai ingatan, anak2 yG tinggal jauh dr ibubapa ni pun ada cabarannya tersendiri..mungkin di sek0lah agama itu didikan agama sudah cukup, tapi jangan dilupa s0al cinta..cinta dlm famili itulah perhatian..InsyaAllah, sy yakin pakcik lebih arif dlm memerhati situasi ini, pastikan mereka mendapat belaian & perhatian yG cukup walau telah berjauhan =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to maCy:
itulah yG berlaku bila gagal memahami istilah sebenar up-to-date..kita undur semula ke belakang..pelbagai kemungkaran yG bercambah kini semuanya pernah wujud sebelum kedatangan Islam suatu tika dulu

to ||nemo mimosh||:
u r welc0me =)
agreed with ur opini0n..
but kita kena ingat jua, kita bertudung bukan kerna orang tp kerana Tuhan..walau apa pun niat, kelakuan si pemakai tudung yG buruk itu..itu bukan urusan kita, urusan kita adalah mGikut perintah Tuhan..

jika mereka berpakaian tp bertelanjang, kita berpakaian dGn kemuliaan..jika mereka bertudung kerana kisah silam, kita bertudung kerna itu kewajipan Islam

Azrai Ahmad Zamri said...

to hana:
nice t0 meet u..
m0ga begitulah harapnya..kesedaran itu pr0ses pertama dlm menuju perubahan, demi mGgapai kejayaan dunia & akhirat..InsyaAllah

to rizal jabai:
hehE..nice intr0 br0..
ley ak ced0k wat m0dal ceramah gak ni, ley kan? ;)
betul..sl0w2 tp biarlah sempurna..
jangan slow2 last2 entah ke mana..huhu..

Sirap Manis said...

kami sebagai perempuan sentiasa sedar..mmg bny godaan dunia fesyen ms kini... mekasih for da peringatan..moga Allah merahmati mu..

maCy said...

'membina mahligai utk ibubapa di neraka'

baru perasan..

maaf.. tak pernah dgr pun.. agk berat ni, kadang2 bnde2 cmni tak boleh main pakai ucap je tnpe bukti.. akn mncari :)

|| nemo mimosh || said...

thanks..dah faham dah..=)

Ayue Aishah said...

hehehe...
ha'ah kn.. tu la. ayue slalu xreti nk pilih topic pe utk entry..

hehehe

entry tu dah tukar topic dah!
(^_^)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Sirap Manis:
kesedaran harus disusuli dengan tindakan..InsyaAllah, DIA akan merahmati kita semua..
syukran

to maCy:
hmM..betul..
tapi jika sasaran dapat memahami takpe la, cuma dikhuatiri jika ianya salah difahami.. thanz =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to ||nemo mimosh||:
same2 la kita saling memahami..
u r welc0me =)

to Ayue Aishah:
l0rr..sampai pi tukar t0pik ke?
sy takda la serius pasal tu pun, maybe lain orang lain pandangannya kan =)

White Bird said...

apa yg sy lihat soal aurat ni,
bila biasa buat dosa,maka kita tak rasa perbuatan dedahkan aurat tu sebagai satu dosa lagi

zulhilmi bdk blur said...

mmg byk lompangnya...
hmmm...

pak long said...

salam...
moga info ni memberikan hidayah pada diri ini...

millo said...

saya pilih menutup aurat

NUR JANNAH said...

salam....tajuk anta kali ni kena mengena dgn tajuk ana..masyaALLAH..sedih sgt2..bila penjagaan aurat x di endahkan..sedihh.:(...
sape lg y nk nasihat..klu bkn kwn2 kita..manusia smkin hilang malu..adab sopan...dan main kn agama...

kita y nasihat pulak di marah..
hal ni terjadi ..semasa ana sdg check 1 page blog y sgt terkenal di era ni...bila terpandg 1 page..
rasa mcm knl...bila tgk..masyaALLAH..DGN GMBAR BERbagai2 aksi..tnpa rasa malu..padhl kwn ana ni dulu jaga aurat...tp sejak msuk ipt..setahun lps...dia mulai berubah..masyaALLAH...ANA tegur dimanakah tudung enti...dia jwb"org y pakai tudung tu xsemstny baik...jgn aku x buat dosa sudah"
astaghfirullah...senang nya jwpn...
ana pun terangkn KWAJIBAN MENUTUP AURAT...dia sgt2 marah...bila ana nsht...sedihhh:(

dimanakh akhlak dia ms dulu?sampai kn dia sumpah2...maki2 ana...di page dia...n then ajak kwn2 U dia sound ana..ana xkisah semakin kita melayan...smkin menjdi2 citernya...
ana dimaki..ana dsumpah2...kwn2 dia kata ana ni x matang..ambik ajaran sesat kot...smpai mcm tu skli...
ana x dibela...x di backup..
cuma hny 2 org shj y setuju dgn ana...masyaALLAH..mahu je jumpe kwn ana tu...face to face..

"MANUSIA..suka kan pujian dari nasihat dan teguran...tp bila di puji...senyum manis i berikn tnoa dipinta...bila di tegur dn dinasihat..dimaki kita pulak y diberikan...dunia dh terbalik..y jahat di sokong..y baik di keji...dimaki2...manakah sifat pembelaan itu?sungguh ku insafi kekuranggan ni..:((

assalamualaikum....p/s menghitung hari utk pulang msia...

Azrai Ahmad Zamri said...

to White Bird:
benar la tu..
bukan sj s0al aurat, tp lain2 maksiat jg..alah bisa tegal biasa, malangya ia digunakan pada perkara yG negatif

to zulhilmi bdk blur:
apa yG lompang br0?
huhu.. nyway m0ga segala kel0mpangan dapat ditutup oleh semua pihak berwajib, esp tuan punya diri sendiri..

Azrai Ahmad Zamri said...

to paklong:
buat diri & keluarga..
InsyaAllah =)

to millo:
bagus la..
walaupun sebenarnya kita tidak diberi pilihan dlm hal ini..kerna menutup aurat itu wajib =)

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
w'slm..
yG benar itu nyata, yG salah itu nyata..begitulah realitinya kini.. ana pun amat2 dukacita apabila ramai yG mendedahkan aurat beralasan lebih kurang sj seperti apa yG enti dedahkan..alasan dangkal dari insan yG berbangga di puncak IPT..

nyway haruslah kita sabar, tidak mengalah..hujah tetap jadi kekuatan kita, namun hikmah itu juga perlu..InsyaAllah, hidayah milik-Nya masih terbuka

p/s: balik lg..huhu

NUR JANNAH said...

ana jadi hot...nama je letak asrar nurjannah kt fb...ana x dibela..dan terbela...dmanakah pembelaan itu..tp ana jwb dgn hati y tenang tnpa ragu2...kata2 kita melambangkn diri kita..bru lah dakwah dpt dtrima....sgt dukacita time tu...air mata ni asyik mengalir je..bila terkenang kwn baik kita sndiri..dh smkin berubah..main2 kn hukum agama..ana pun begang jd nya..ana kuarkn hujah2 ..thu pulak jwb ada iman...emo je...kwn2 dia pun sme mcm dia...nk mintak pendapat pun mintak lah y pakar.. nak bt keje pun xdpt..waaa..sadis....sadissssssss....
ye nk pulang dah..nk honeymoon kt pulau redang ....rindu kat abah n ummi

~ ( LayDee_N ) ~ said...

wpun n3 bagaikn panahn petir buat diri ku... sy tetap suka. msh tkial2 lg mcari cahaya.... :(

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
hmM..itulah liku2 hidup pejuang kebenaran..dakwah masa kini melawan badai yG besar & tinggi..tika masyarakat makin keliru..ana faham cabarannya bila mGhadapi rakan2 sendiri, serba salah kita jadinya..

to ~(LayDee_N)~:
InsyaAllah..petir walaupun bahaya tetap ada gunanya.. =)
Alhamdulillah, syukur bila sis suka dengan entry ini..DIA lapangkan dada untuk membaca, berfikir & sedar kekurangan diri..itu rahmat, permulaan ke arah cahaya..

yG penting, kita usahakan dengan ikhlas..andai terus berusaha berjalan dlm gua yG gelap, lambat laun pasti akan ketemu jalan keluar di lubang bercahaya..