Sunday, March 07, 2010

PAS - 'Berkorban Bukan Terkorban..'

    
    Roh & semangat pengorbanan perlu ada dalam diri tiap Muslim bagi menegakkan  Daulah Islamiyah  di  negara  Malaysia tercinta ini.  Apatah lagi  dalam realiti  masyarakat & politik semasa yang semakin kompleks. Survival untuk menggerakkan sebuah parti Islam seperti PAS dalam masyarakat berbilang kaum sememangnya tidak mudah, perlu ada yang 'berkorban' & 'terkorban'..namun ini tidak bermakna ianya boleh melanggari teras & prinsip perjuangan yang dipegang. Dalam menghadapi  halangan  ini, masyarakat perlu sedar bahawa terdapat beberapa asas prinsipal dalam politik kenegaraan yang mensyaratkan keabsahan partisipasi parti Islam untuk diterima oleh sistem sedia ada. Asas-asas prinsipal tersebut ialah:
  • Sekularisme  sebagai asas pembentukan negara tanpa mengira tahap makna & ciri pelaksanaannya. Secara zahir adalah jelas sistem sekular ditolak oleh Islam sedangkan aliran umum memahami bahawa peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai agama Persekutuan) hanyalah menyentuh kepada maksud 'agama' yang dipegang oleh Barat selepas kejatuhan institusi gereja sahaja (merujuk semata-mata kepada hubungan manusia dengan Tuhan, bukan Islam sebagai ad-Din). Hujah yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular tidak mudah disangkal, apatah lagi jika Perkara 3 tersebut ditafsir menurut niat penggubalnya (Lord Reid & Suruhanjaya Perlembagaan) 50 tahun yang lalu.  Malah Tun Muhammad Suffian (bekas Ketua Hakim  Negara) sendiri berpendapat bahawa peruntukan tersebut dimasukkan hanyalah semata2 untuk membolehkan sesuatu istiadat rasmi dibuat mengikut adat Islam, seperti pembacaan doa di upacara pertabalan YDPA, walaupun ianya adalah suatu tafsiran yang tidak mengikat di sisi undang2.
  • Nation State (Negara Bangsa) yang mana konsepnya membatasi geografi, wilayah, kaum & sejarah negara dengan nilai penghayatan melalui sikap patriotisme kepada negara tetapi kebanggaan kepada kaum masing2. Secara zahirnya konsep Negara Bangsa menjadi satu lagi asas prinsipal yang bertentangan dengan konsep Khilafah Alamiyah di dalam pentadbiran politik Islam.
  • Masyarakat Sivil yang berperanan sebagai check & balance (semak & imbang) bagi mengurangkan kuasa pemerintah serta mempengaruhi dasar2 yang dibuat melalui kebebasan bersuara & pendemokrasian. Masyarakat sivil pada hari ini telah terbentuk mengikut acuan barat yang mengkhendaki 'kebebasan mutlak' sedangkan dalam Islam hanya wujud 'kebebasan bertanggungjawab.'
    Menghadapi senario kewujudan garis pemisah dari segi konsep & amalan politik semasa berbanding konsep politik Islam disebabkan asas2 prinsipal yang tidak memihak seperti di atas, maka pendekatan kaedah fiqh "Ma la yudri ku kulluhu la yutraku kulluhu" (apa yang tidak dapat dicapai seluruhnya jangan ditinggalkan seluruhnya) wajar diambil bagi terus mengabsahkan perjuangan suci ini. Sejarah pernah melakarkan pendekatan yang sama telah digunapakai oleh Syeikh Rashid Redha ketika berhadapan dengan realiti kewujudan 'Nation State' dan terkuburnya Khilafah Alamiyah pada awal kurun ke-20 yang lalu.

30 comments:

qdine said...

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)

Anonymous said...

salam awk..
sy stuju sgt espceially psl sekularisme tu..bidang pendidikan sndri pun mmg cmtu..x best btul..
Islam hnye pd name tidak pd pghayatannye..

yaa.."pas 'berkorban bukan terkoban'"..
bgkitlah berjuang wahai orang Islam..

"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong(agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)

Anonymous said...

upps..taip nk cpt sgt..eja pun slh..wt pejam mate je la ye..kui3..

Ra-kun said...

nice post, brother.
but the font color makes some parts hard to read >.<

have a nice day ^_^

Riesna Zasly said...

nice n3 che azraai..
bab2 poltik gini jarang azraai sentuh... ni kali pertama akak baca...

seronok memnghayat infonya

salam pagi minggu dik

fitrijohari007 said...

betul tu..rasanya perjuangan berasaskan agama lebih baik daripada perjuangan berasaskan bangsa..

ramai yang kata bila bukan kerajaan sekarang kekal pd masa akan datang maka melayu/bumiputera akan terpinggir..

pada saya jika Islam dibawa sebagai wadah utama perjuangan ia akan membawa rahmat ke seluruh negara..maknanya semua akan mendapat manfaat..especially Islam :)

islam untuk semua~

Azrai Ahmad Zamri said...

to qdine:
syukran atas perk0ngsian..
benar..
Islam itu ad-din, mnyeluruh..
dari s0al makan minum, hiburan, p0litik & ekon0mi semuanya perlu berlandaskan syariat Islam..

to Anonymous:
w'slm..
huhu, tang mane yG salah tu?
tak pejam pun sy tak perasan nie ;)
insyaAllah..
sama2 perjuanGkan dengan ilmu & amal masing2..pelbagai gaya & cara, asbab & musabab..namun tujuannya tetap 1..
bukan 1Malaysia yer, tp 1Islam..hehE

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ra-kun:
thanz 4 c0ming..
thanz 4 sharing =)
i'll impr0ve it, insyaAllah..

to Riesna Zasly:
hehE..
b4 ni da ada, t0pik lg panas pun ada..maybe sis tak perasan =)
nyway syukran sudi membaca,
m0ga mendapat manfaat..
salam kembali

azman said...

apa pilihan kita?

Azrai Ahmad Zamri said...

to fitrijohari007:
Islam untuk semua..PAS for all.. =)
betul..tak b0leh terlalu bezakan kaum & ras sangat, lagipun hak masing2 da dijamin perlembagaan..bukan mudah untuk dipinda..

yG penting betulkan agama, beri peluang pada ulama untuk mendaulatkan Quran & sunnah sebagai pemerintah, bukan diperintah2..Islam rahmat buat seluruh alam, bukan cuma untuk Melayu Islam..
InsyaAllah

lanunsepet said...

islam untuk semua...

alquran diturnkan untuk manusia..melangkaui batas bangsa,kaum,warna kulit, agama dan dl..

sokong pas beerti sokong islam..

Anonymous said...

x prasan bgs la..hehe..
tu la..kenape terlalu membgga2kn istilah 1Malaysia..
pdhal, Islam dh lame menyarankan konsep 1 UMMAH!!
xramai org ikut pun..huhu..
btul x awk..;)

Pacifist said...

wajib kita membantu mana2 organisasi baik,ngo @ parti politk yg cuba mendaulatkan Islam pd tempat yg sewajarnya.ini yg membeza politik islam dan bkn islam.politik bkn islam hanya mahu mendapatkan kuasa dan laba dr kekuasaan itu.politik islam disamping mendapat kuasa dikeleknya bersama amanah Allah utk dibentangkan ke muka bumi.jgn mempersiakan undi anda,kerana undi anda menentukan hala tuju dan acuan sesebuah negara.jgn marah tidak tentu hala jika banyak kebobrokkan berlaku di dpn mata spt rasuah,penyalahgunaan kuasa,masalah sosial yg memeningkan dll,jika anda tidak pernah/tidak mahu memberi sokongan kpd organisasi yg beria-ria menyeru kita kembali kpd islam.jgn dipandang seorg dua yg menjadi liabiliti kpd parti,ttp lihatlah dasar yg cuba diterapkan.tiada yg sempurna,ttp carilah yg lebih mirip ke arah penyempurnaan..

etuza said...

Pasal politik saya as a pemerhati, tetapi dalam bab mempertahankan Islam agama Allah saya turun padang dengan pedang belati di hati yakni keyakinan fisabilillah..biar sahid kerana memperjuangkan agama Allah.
Sejak zaman Nabi adam lagi permusuhan sudah berlaku Azrai...inikan di zaman nuklear..sukar mencapai kehendak adab undang2 Islam. Yang penting kita sentiasa percaya pada kuasa Allah, segalanya akan dihitung di akhir kalam. Sebagai manusia tiada seorang pun yang sempurna, kesempurnaan hanya pada sifat Allah saja. Sedangkan nabi junjunan dibelah hatinya tuk dibuang noda hitam. Allahualam..kita sekadar berkongsi ya bukan nak berdebat ya. Maaf sebelumnya.

zulkbo said...

islam cara hidupku..
saya pilih PAS jika itu yang di perjuangkan..harap menjadi realiti bila berkuasa nanti..insyaallah..

Azrai Ahmad Zamri said...

to azman:
yG lebih baik antara yG baik,
yG kurang buruk antara yG buruk..

to lanun sepet:
agreed with u..
Islam rahmatun fil allamin

Azrai Ahmad Zamri said...

to Anonymous:
1ummah ea?.. =)
betul2..nyway apa pun slogannya, bukan itu yG utama..tapi pGisiannya.. kalu betul 1Malaysia, kenapa perlu membezakan? berat sebelah? membelakangkan k0nsep federalisme & perlembagaan negara..itu yG kita tak setuju..

to zulkbo:
InsyaAllah..
kita ada cara..walau ada cabaran, halangan, berbeda pandangan, namun penyelesaian berpandukan Quran, sunnah, ijma' & qias tentu dapat menyelesaikan..hari ini kita berdiri di padang yG tak rata, itu saja masalahnya...

Azrai Ahmad Zamri said...

to Pacifist:
sangat setuju dengan enta..
pandang dasar perjuangan, kerana di situlah matlamat & tujuan..di situlah keikhlasan..tiada yG sempurna, tapi tentu ada yG lebih sempurna..
sama2lah kita perjuangkan agar generasi hari ini menyedari kepentingan tiap undi mereka..demi Islam, bangsa & negara!

Azrai Ahmad Zamri said...

to etuza:
syukran pak cik =)
memang ruangan ini untuk kita sama2 berk0ngsi pandangan & saling berbincang..m0ga ada hala & tujuan..

itulah yG sy selalu tegaskan pada muda-mudi esp yG terlalu bencikan p0litik..kita kena tahu bahawa dalam sistem yG ada kini, memilih & mengundi itu wajib..kerana tanggungjawab sbg khalifah itu jG wajib..Islam bukan sekadar buka kitab & s0lat, tapi da way 0f life..benar tiap pihak ada cacat celanya, tapi wajib kita memilih yG kurang cacat & kurang cela..penilaian atas diri masinG2..

bagi saya, dasar perjuangan itulah yG utama dinilai, kerna di situ matlamat yG hendak dituju..
jalannya mungkin berliku, cabangya ada seribu, ragamnya pelbagai laku..namun tujuan tetap satu..

Rad said...

yang penting kebenaran mesti ditegakkan. Kebenaran mesti melepasi kepentigan diri. ramai yang takut bila perundangan Islam hendak di martabatkan. Orang bukan islam takut dengan disebabkan idea negatif yang disogokkan kepada mereka tentang Islam oleh tukang propaganda dan pemerhatian mereka terhadap perangai orang islam yang tidak betul-betul menghadapkan wajah mereka kepada agama. Orang Islam pun ada yang takut, takut pada bayang-bayangnya sendiri kerana dalam Islam semua terletak di bawah undang-undang, tiada veto- pandangan 2 sen saya.

Posting yang amat menarik.

hijabul crewz said...

PAS memang sudah banyak berkorban sejak sebelum kemerdekaan lagi...tp PAS tidak pernah merungut pun walaupun buku2 teks sejarah yang diajar di sekolah2 tak puji PAS macam diorang puji UMNO...

ahli2 parti yang berkorban ini juga telah banyak terkorban sepanjang perjuangan....

Semoga Allah tetapkan PAS dijalan yang benar...

blueCITY® said...

salam...

saya tetap sokong PAS

heeeeeeeee...


biru
lalalala

Azrai Ahmad Zamri said...

to Rad:
agreed with u..
yG benar tetap benar..
ramai yG takut akan perundangan Islam c0z masih tak paham, ada yG paham plk buat2 tak paham c0z takut akan kebenaran & keadilannya..
pandangan bernas tiada nilainya =)
syukran atas perk0ngsian

Azrai Ahmad Zamri said...

to hijabul crewz:
benar..
sabar & terus bersabar, itulah peng0rbanan terbesar..mereka tahu, nilaian manusia bukan segala..nilaian Tuhan jua yG diharapkan..
Allahuakbar!!

to blueCITY:
w'slm..
alhamdulillah..
tp PAS hijau la kak..
biru tu PKR ;)

iKhRam said...

salam saudara azrai
takut rasanya nak komen pasal agama nie..
apapun terbuka minda ni bila seringkali diwarkan2 degn tiga prinsip nie..
sy setuju.. tp untuk menyalah kerajaan tidak jugak! Saya sbg muslim merasakan islam di negara kita selamat.
kalau boleh diperbetulkan, apa sebenarnya yang saudara azrai mahu perbetulkan tentang negara kita ini?? boleh saya tau..

maafkan klau saya tersilap,,
anggap saja saya baru belajar dan memahami, k?
kita bersaudara kan??

Amirah Rashid said...

belum cukup umur lg nk ckp psl politik.
muda lagii
ngehehehe :D

Azrai Ahmad Zamri said...

to iKhRam:
w'slm..
umat Islam itu saling bersaudara..
apa salahnya kita berbincang, saling berk0ngsi pandangan..open our mind..kita bukan mencari salah, tp mencari kebenaran di ruangan ini..insyaAllah..syukran atas pandangan saudara =)

Pandangan saya begini..kebanyakan kita hanya menilai Islam secara zahirnya cuma, tidak meliputi Islam sebagai ad-Deen..benar kita rasa Islam selamat kerna kita masih b0leh s0lat & berpuasa dengan aman, tetapi di manakah letaknya Islam dalam sistem politik, ekonomi, seni budaya, s0sial, sukan, perundangan? saya tak bercadang mGhuraiakn lebih lanjut pelbagai kepincangannya, mungkin saudara boleh nampak serba sedikit..rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, hiburan & maksiat, riba, dll..

menjawab pers0alan saudara, pelbagai kepincangan inilah yG hendak kita perbetulkan..bukan tidak boleh, cuma kita tidak mahu..
mengambil c0ntoh pemerintahan kerajaan Islam di Kelantan, jika diteliti & direnung mungkin itulah yG kita harapkan...k0nsert b0leh, tapi berpandukan Islam..asing tempat duduk penonton, laki p0mpuan & berkeluarga..J0m Heboh dulu tak boleh, sekarang dah boleh..kenapa? dulu TV3 & syarikat2 terlibat tak setuju ikut guideline yG kerajaan negeri mahu demi memartabatkan hiburan yG dibenarkan Islam, sekarang mereka dah setuju..jadi silakan..Islam tak pernah mGhalang hiburan!

InsyaAllah..banyak lagi yG baik boleh diperolehi dengan kesyumulan Islam, sy hanya menyebut satu dua c0ntoh yG ada..ingat, apa pun kita hanya berusaha..hasilnya nombor dua, tapi usaha yG benar itulah yG utama..mungkin kita boleh cakap kat Kelantan pun banyak maksiat, tapi tentu ada faktor lainnya..yG penting kerajaan yG ada telah sedaya upaya mendidik rakyat..mungkin kita b0leh cakap Kelantan miskin, tapi sedarkah kita fakta sebenar? persepsi kita sekarang banyak dibentuk oleh media yG dikawal sebelah pihak, kerna itu sy lebih gemar mendapatkan maklumat & pandangan dari pelbagai jenis sumber..agar ada check & balance.. kalaupun benar Kelantan miskin, tahukah kita dah berpuluh tahun ia menjadi mangsa diskriminasi kerajaan pusat? wanG r0yalti pun tak diberi.. & sedarkah kita fakta bahawa Kelantan adalah negeri paling kecil tunggakan hutangnya dengan kerajaan pusat? sedangkan negeri lain mewah tapi tanpa kita sedar berpuluh bili0n menangung bebanan hutang tertunggak kepada kerajaan pusat?..bukankah s0al hutang amat dititikberatkan Islam?

Harapan saya pada anak muda masa kini, pandanglah segala isu dengan kematangan..cari maklumat, kaji kesahihan, banding2kan, fikir & renung2kan untuk penilaian mana yG baik mana yG buruk..
pilihlah yG lebih baik dari yG baik, atau yG lebih kurang buruk dari yG buruk..kerna mmG tiada apa yG sempurna..
InsyaAllah

Azrai Ahmad Zamri said...

to Amirah Rashid:
adik hanya belum cukup umur untuk mengundi..nak tahu & berfikir pasal p0litik, esp sistem p0litik Islam..sesiapa yG berakal pun boleh cakap mengenainya =)

iKhRam said...

Saudara azrai,

menyedari situasi yang berlaku..
saya tak sangka comment ini sampai..! apapaun tq dgn maklum balas.. Sedikit sebanyak minda ini terus dibuka meninjau kebenaran. Seseungguhnya menongkah arus itu bukanlah mudah! Hanya orang yang sabar dan benar sahaja mampu melaluinya.

dikanan mu budi
dikiri mu duri
pilihanmu sendiri

kita tetap bersaudarakan??

Azrai Ahmad Zamri said...

to iKhRam:
hehE..sampai apa yer? ;0
sama2..insyaAllah, pr0ses mencari kebenaran tidak statik, malah kebenaran itu sendiri kadang2 tidak statik..sentiasa perlu dicari & dikaji..
sauadara seagama..sahabat di alam maya.. =) thanz atas perbincangan