Friday, February 05, 2010

Mana Royalti?..

Royalti..
itu yang kau ucapkan
bila janji kugenggam
dalam perjanjian bersama
kerajaan pusat
terbukti..
bila UMNO dikalahi
rakyat hilang hak royalti
namun ihsan untuk kr0ni..
media perangkap kita
agar PAS jua yang disalahi
namun PAS masih
menggenggam janji...

Tinggal kenangan
gagal segala perpaduan
tinggal bertanya
mana royalti?
perjanjian itu
hanya mainan bagimu
ihsan katamu
kami tetap mahu r0yalti
yang telah engkau janjikan dahulu UMNO!

Lagu asal: Sejati - Wings
Gubahan semula: Royalti - Akhil Hayy

Apa hendak dikatakan lagi?..
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), veteran UMNO yang juga bekas pengerusi & pengasas PETRONAS yang menandatangani perjanjian dengan MB Kelantan pada tahun 1975, Dato' Mohamed Nasir berkenaan perjanjian royalti ini sendiri bersetuju mengenai hak rakyat Kelantan ke atasnya (rujuk penjelasan Ku Li di sini). Sementara itu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Kemajuan Petroleum 1974 juga menyetujui perkara berkenaan (rujuk penjelasan beliau di sini). 
Perjanjian royalti ini sebenarnya adalah antara kerajaan negeri-negeri dengan PETRONAS, kerajaan pusat usahlah campur tangan sehingga melanggar semangat federalisme berperlembagaan. Bukankah kerajaan pusat juga mendapat r0yalti 5% dari PETRONAS?..

Persoalan kini, mampukah dengan memanipulasi wang ihsan, kerajaan PAS Kelantan boleh ditumbangkan sepertimana yang dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu pada penggal yang lalu?..rakyat Kelantan terkenal dengan kematangan & pendirian politik yang tinggi..mereka menerima apa saja 'gula-gula' yang ditaburkan, namun prinsip perjuangan tetap dipegang utuh. Mungkin gambar2 ini dapat menjawab persoalan tersebut..

s0lat hajat memohon hak rakyat dikembalikan, keadilan ditegakkan 
bersama TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
lautan manusia memenuhi segenap penjuru stadium mendengar penjelasan Ku Li berkenaan isu r0yalti minyak Kelantan

p/s: hasil tinjauan yang dibuat di blog ini berakhir sebulan yang lalu, didapati 82% pengunjung bersetuju bahawa rakyat Kelantan berhak terhadap royalti tersebut..namun, bagi tinjauan terbaru yang berakhir seminggu lalu, peratusan itu menurun kepada 67%...

28 comments:

NUR JANNAH said...

hehe...manusia pandai janji je..xpe..akhirat jwb lah

Amirah Rashid said...

wahh
politik
hee.
blm cukup umur nk masuk campur
hehe :D

Dak Wan® said...

Kalau di ikutkan Sabah dan Sarawak lagi tinggi pendapatan hasil minyak nya, tetap juga dihantar ke kerajaan pusat... pastu distribute semula ke serata Malaysia. Pliknya, tak pernah dengar pulak dorang buat sembahyang kat Stadium kan?

CiK EdiToR said...

wah, ramainya yg solat..bagus..tapi ni solat sunat..alangkah indahnya jika ramai yg solat wajib berjemaah..akn terselah keindahan islam..dan mengeletar semua musuh2 islam, jika ramai mcm dlm gmbr ni yg solat subuh berjemaah

kat mana2 pun boleh solat..nabi pesan, seluruh muka bumi ni masjid, kecuali tandas dan kuburan..

waAllahua'lam

Nikel Khor said...

believe on god

from Nikel Khor

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
huhu..apa pun perjanjian-NYA tak da sape dapat munGkir..mahkamah Mahsyar tetap akan brsidanG..

to Amirah Rashid:
huhu..tak masuk campur tak pe..
tapi kena amik tahu jGk..
p0litik & Islam tak dapat dipisahkan

Azrai Ahmad Zamri said...

to Dak Wan:
lagi tinGgi pendapatan, lg tinGgi mereka dapat..tapi di Kelantan, habuk pun belum dapat..huhu..
tak jelas apa maksud saudara mngenai s0lat di stadium tu..
tapi s0lat b0leh di mana2, atas jalan pun boleh..& tradisi s0lat hajat bramai2 begini mmG dah biasa dilakukan di Kelantan & Terengganu (time PAS mmerintah dl)..s0lat tarawikh, s0lat mintak hujan, s0lat sebelum k0nsert 'kebudayaan Islam'..nak teng0k konsert yG asinGkan laki, p0mpuan & brkeluarga silalah ke Kelantan..huhu..

Azrai Ahmad Zamri said...

to CiK EdiToR:
syukran atas pandanGan..
tapi itulah hakikatnya kan..Yahudi pun tak kan gentar dengan umat Islam selagi masjid2 tidak dipenuhi seperti s0lat Jumaat..
same2 panjatkan d9a moga zaman kebangkitan Islam itu akan cepat tiba..

to Nikel Khor:
y0u are very g0od person.. =)

missgee said...

Mainan politik
semata-mata...
Kununnya politik mesra rakyat..
Tapi nengok sapa yang kenyang???
cukup!!!!!
Nanti kuar plak ayat maki-makian..
hurmmmmm

unclejoe said...

tak cukup umur untuk mengundi jer... tapi bukan bermakna tak leh campur Amirah celah unclejoe...

heheh sorry singgah tanpa diundang... macam orang sekampung je ni...

anyway jangan lupa singgah di
http://unclejoe11.blogspot.com
http://unclejoe10.blogspot.com

PAS for all

Azrai Ahmad Zamri said...

to missgee:
huhu..sab0r aj0la ejanG..
biasela tu..juara rakyat katakan..
rakyat UBN

to unclejoe:
huhu..uncle pun s0kong pandanGan sy buat Amirah kan..
takda masalah, jemput2 la datanG selalu yer..nak kenduri nnti baru ada undanGan..hehE ;)

zulhilmi bdk blur said...

its complicated

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

lawan tetap lawan... hak rakyat perlu dikembalikan..

Ahmad Zulfadhli said...

rakyat kelantan memang berhak dapat royalti minyak.. kerajaan pusat x berhak menafikannya dengan menggantikannya dengan wang ihsan kerana rakyat kelanatan bukan "peminta sedekah".. kerajaan negeri harus mengambil langkah yang bijak dan sewajarnya untuk mendapatkan semula royalti minyak tue2 demi kemajuan negeri kelantan pada masa hadapan.. HIDUP RAKYAT KELANTAN! :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

Azrai Ahmad Zamri said...

to zulhilmi bdk blur:
mmG c0mplicated..sbB tu si bijak pandai jew yG tahu hakikat kebenarannya..yG payah bila si b0do bt2 jadi pandai

to Zikr the Jalanan Sepi Perantau:
agree with u..
kebenaran & keadilan wajib ditegakkan

Azrai Ahmad Zamri said...

to Ahmad Zulfadhli:
cam tu la situasinya kan..
hak & ihsan tak sama..kalau pun kita terima ihsan, namun hak tetap hak..wajib kita dapat..
s0konG tindakan kerajaan negeri yG belum mmbawa kes ke mahkamah..kita da ada pengalaman di Terengganu..sampai skrG tak seatle, sedangkan suara rakyat dah tertutup kerana dah jadi kes mahkamah..

eKyN said...

apepon hak stiap mnusia d akhirat nnti baru adil dan sksama...bgantung seluruh amalan y kite lakukan..


ats dunia leh r..ckap laen2...pdahal habuk pon tarak..

sume same je

Azrai Ahmad Zamri said...

to eKyN:
betul2..tak dapat kat dunia, DIA tetap jamin hak kita kat sana nanti..

mmG tiap pihak ada kelemahan, kekurangan selagi brgelar manusia.. tapi ingat kita harus memilih..byk perkara yg kita perlu memilih atas dunia nie, kalu tak kiri kanan..tak syurga neraka..
begitu jG dalam brp0litik..
baik buruk kita wajib buat pilihan, c0z itu arahan-NYA..
tak memilih, tak mengundi misalnya adalah satu d0sa dlm k0nteks kini! ini hukum ulama' sedunia..
kerna itu wajib pilih satu, yG lebih baik dari yG baik..atau yG kurang buruk dari yG buruk..

eKyN said...

huuu tanx...jwapan cam ustaz2 je huhu.

r0sLiNa said...

giler ramai...bgus2

ainhany said...

SETUJUUUUUUUUUUUUUU!!
KEMBALIKAN HAQ RAKYAT!!!!!
usah berteka teki lagi....
Rakyat didulukan....

Mohd Idzaney Zakaria said...

memang patut royalti diberi kepada negeri yang mengeluarkan minyak....

Azrai Ahmad Zamri said...

to eKyN:
huhU..same2..
takda la ust sGt, juz mnympaikan apa yG tahu sj,,tak salah salinG brk0ngsi pendapat kan =)

to r0sLiNa:
pemadanGan biasa di Kelantan bila rakyat mahu mmbuka mata..huhu

Azrai Ahmad Zamri said...

to ainhany:
tak da apa lG yang nak diteka-tekikan..huhU..
rakyat makin bijak..
jGn jadi
1Malaysia:
kr0ni didahulukan, duet diutamakan

to Mohd Idzaney Zakaria:
mmG itu yanG dijanjikan..
kes TerengGanu bukti jelas..
bila pembanGkang naek sj, r0yalti brtukar mnjadi ihsan

bieyra said...

sy pun nk kasi komen gak ler..huhu..
ayoo..ramainyee org..best je tgk...

Azrai Ahmad Zamri said...

to bieyra:
hehE..nak k0men pasal ramai yer.. =0
mmG ramai kan..ramai yG terus dizalimi dGn diskriminasi

Pacifist said...

sudah terang lagi bersuluh.mmg ada perjanjian petronas dgn kerajaan kelantan.kenapa mahu sekat?tidak lain tidak bkn hanya kerana dendam politik.politik tidak hina,pemain politik yg tidak berteraskan agama itu yg hina!

Azrai Ahmad Zamri said...

to Pacifist:
benar2..agreed with u..
ramai muda-mudi tidak brminat dGn p0litik krn dianGgap hina, k0tor..tp mrk silap..padahal p0litik adalah salah satu antara tugas khalifah yG diwajibkan atas tiap insan..
semuanya yG k0tor di atas muka bumi adalah anGkara tangan2 manusia yg berd0sa sendiri!