Wednesday, February 03, 2010

Ilmu Sebenar Di Hati

  
    Kelebihan manusia terletak pada akalnya. Perkataan 'akal' berasal daripada bahasa Arab, kata asalnya 'aqala' yang bererti mengikat atau menahan. Perkataan akal sebagai kata benda dari aqala tidak terdapat dalam al-Quran, namun bentukan kata dari akal terdapat dalam bentuk kata kerja sebanyak 49 kali, misalnya ta'qilun dalam surah al-Baqarah ayat 49 dan ya'qilun dalam surah al-Furqan ayat 44. Anugerah akal sebagai kurniaan dari-Nya tidak lain adalah agar manusia dapat berfikir dan menimba ilmu pengetahuan.

    Seseorang yang menjalani satu jalan untuk mendapat ilmu akan dipermudahkan jalan ke syurga baginya. Erti menjalani satu jalan ialah berjalan dan mengembara untuk menuntut ilmu di tempat yang dekat atau jauh, kerana ilmu tidak mendatangi seseorang, tetapi seseorang mestilah mendatanginya. Ini termasuklah menjalani satu jalan atau sebab yang membawa kepada mendapat ilmu tersebut seperti mengingat sesuatu pelajaran, membuat kajian, meneliti segala persoalan, mencatit maklumat dan sebagainya. Ilmu terbahagi kepada dua bahagian:

Ilmu di hati- ilmu yang berhubungan dengan makrifat Allah, mengenal Allah dengan segala nama dan sifat-Nya yang suci dan perbuatan-Nya yang rapi untuk mempengaruhi segala fikiran dan perasaan bagi menguatkan keyakinan serta lebih mendalam rasa cinta dan patuh kepada-Nya dengan penuh pengharapan.

Ilmu di lidah- ilmu ini dipelajari sebagai satu mata pelajaran yang tidak sampai ke lubuk hati, hanya untuk membuktikan kepandaian lidah dan tidak pula memahami hakikatnya serta tidak diamal dengan sepenuhnya.

    Ilmu pertama tadi akan dapat membangkitkan jiwa seseorang untuk membuktikan daya cipta dan usaha dalam bidang amal baik yang menyeluruh  dalam kehidupannya.  Inilah dikatakan ilmu yang bermanfaat. Ilmu ini akan lenyap, hilang dari tuannya bersama kematian. Maka tidak ada yang tinggal lagi kecuali al-Quran yang tertulis di atas halamannya, dibaca ayatnya tetapi tidak ada orang lagi yang hendak mengetahui atau meneliti maknanya dan tidak ada sesiapa yang sudi mengerti pengajarannya dan menilai hukum-hakamnya. Manakala yang kedua, iaitu ilmu di lidah tetap tinggal menjadi satu kepandaian dan kebijaksanaan lidah sahaja tetapi tidak berdaya memimpin seseorang ke arah amalan yang nyata lagi berguna.

    Dengan ini jelaslah bahawa ilmu yang memudahkan jalan ke syurga adalah ilmu yang diamalkan untuk maksud yang suci, bukan untuk kesenangan di dunia semata-mata.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 6)

23 comments:

Amirah Rashid said...

betul tu. kite kene la imbangkan dua2 ilmu tu. baru sempurna hidup :)

Kniedaz said...

Salam, blogwalking jap..nice infos

NUR JANNAH said...

kerana dengan ILMU...kita akan berjaya dunia akhirat...tanpa ilmu...kita akan ditipu...berada dalam kegelapan...ia tak habis..ilmu manusia sgt sikit..tuntutlah ia..walau mana pun kita jelajahi..kerana diriku...sgt mencintai ILMU..jgn berhenti mencari ILMU...DR NUR JANNAH..

~UmmU SoLehah~ said...

saLam ziaraH..

ilmu terbaIk adaLah ilmu mengeNaL ALLaH, dengaN mengeNaL ALLaH kiTa mamPu menjadi hamba yaNg Bahagia diDunia daN akhirat^^

Apih said...

Salam... pasting yang bagus... terima kasih sebab selalu melawat saya.. syukran!

Azrai Ahmad Zamri said...

to Amirah Rashid:
betul..cari ilmu dunia untuk dunia,
ilmu akhirat untuk dunia & akhirat =)

to Kniedaz:
w'slm..
thanz..sinGgah2 la selalu =)

to NUR JANNAH:
syukran DR atas ingatan & prk0ngsian..betul la, cari ilmu walau sampai ke Japan or Russia ;)

to ~UmmU SoLehah~
w'slm..
yurp..DIA mncipta kita untuk mnjadi khalifah trhebat & hamba trbaik..
apa yG hebat, apa yG baik,,semua menurut pertimbanGan-NYA..

to Apih:
w'slm..
thanz.. =) same2..

~aSHa~ said...

nice info...teruskan dgn berkongsi ilmu..

white eve said...

ilmu leh wat kiter raser kaye..even xdek duet..hee (^^)

Nikel Khor said...

from Nikel Khor

Azrai Ahmad Zamri said...

to ~aSHa~:
thanz kak..insyaAllah =)

to white eve:
huhu..agree with u..
ilmu harta yG tak kan brkuranGan, tak kan hilanG..

to Nikel Khor:
thanz..

Tihara said...

Alhamdulillah..bagus blog adik ni..keep up your good job..:)

missgee said...

Entry yang penuh dengan ilmu..

Double thumbs up (^.^)

Azrai Ahmad Zamri said...

to Tihara:
thanz kak..insyaAllah.. =)

to missgee:
huhU..cam tu plk.. ;)
nyway thanz

HaiDa HiDa said...

interesting info 4 sharing..

stuju sgt ngan semua komen2 di atas.. :).. tinggi mana pun jawatan seseorang itu, dalam mane pn ilmu seseorang itu jika tidak ada keyakinan kepada Ilahi, semua tu tidak kemana..

Peri PiA said...

A VERY GOOD SHARING,THANKS

touyakaruma said...

Jika difirkan kembali , Wahyu pertama yang Nabi Muhammad dapat adalah dari suruh "Iqra " yang bermaksud "baca".

Azrai Ahmad Zamri said...

to HaiDa HiDa:
TQ..betul tu.. =)
apa pun semua cuma asbab menuju Ilahi

to Peri PiA:
huhu..u r welc0me..
c0mes again yer

to touyakaruma:
benar..perintah pertama kepada Nabi adalah disuruh untuk membaca..walaupun Nabi seorang yG ummi..betapa tinGginya ketinGgian ilmu di sisi Ilahi

NUR JANNAH said...

rusia?...haha salah org kot..skrg tmpt lain..kini ku telah pulang ke tnh air..kejap je..mahu berjumpe kwn2 join karnival ipt melaka..dah hbs pun smlm..best jgk...panas ye msia skrg hihi

Deco [MisS N] said...

deco nak share tips sket nih (baru balik dengar ceramah)
K-ukuh
A-akhlak
S-ihat & sayang
I-ilmu
H-harmoni.

Dalam sebuah perkahwinan,hubungan suami isteri harus kukuh,diperindahkan dengan akhlak suami isteri yg mulia,dan berkasih sayang secara sihat,WAJIB mempunyai ilmu-pilihlah isteri yang berilmu unt mewujudkan rumahtangga yang harmoni....:)

Azrai Ahmad Zamri said...

to NUR JANNAH:
dl bkn pernah sampai russia ke..skrG japan..yerla..da biase sejuk kat negara 0rang kan..huhu

to Deco [MisS N]:
huhu..menarik sekali.. =)
syukran atas perk0nGsiannya..
tips brguna buat tiap lapisan masyarakat yG akan mendirikan rumah tanGga..hehE..
pilihlah yG berilmu untuk dunia sekadar secukupnya, yG lebih utamanya akhirat..

iyan1982 said...

Assalamualaikum. Thanks yah postingannya sangat bermanfaat

dzakwan12 said...

SALAM Semoga menjadi muslim sejati dan selalu dalam lindungan Allah SWT

Azrai Ahmad Zamri said...

to iyan1982:
w'slm..
same2..m0ga sama2 mndapat manfaat..singGah2 la selalu =)

to dzakwan12:
w'slm..
insyaAllah..syukran atas d0anya =)