Wednesday, January 13, 2010

'E-voting' perlekehkan demokrasi mahasiswa..


    Suara mahasiswa terus diperlekehkan!..Begitulah reaksi spontan saya setelah meneliti pro dan kontra hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk terus menjalankan pilihan raya kampus menerusi sistem e-voting (pengundian eletronik). Sistem ini yang telah dijalankan di beberapa kampus  pada musim lalu terus dipertikaikan atas beberapa aspek kelemahan yang wujud, antaranya berkaitan:
  • kerahsiaan maklumat pengundi
  • wujudnya ruang untuk undi dimanipulasi
  • kos pengurusan sistem yang tinggi
  • boleh terjadinya pencerobohan jika berlaku kerosakan sistem
  • pencabulan ke atas hak asasi & intelektual mahasiswa
   
Sehubungan itu, Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH) yang disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara baru-baru ini telah melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar sistem pengundian ini dimansuhkan segera. Petisyen ini akan diserahkan kepada SUHAKAM, Amnesty International Malaysia, MAFREL dan KPT agar semua NGO terbabit dapat menyiasat aduan mahasiswa berkaitan ketidaktelusan yang mungkin timbul melalui sistem tersebut. Referendum ini juga sebagai tanda penerusan bantahan setelah beberapa memorandum sebelum ini dipandang sepi dan dibakulsampahkan oleh pihak universiti mahupun KPT sendiri, selain beberapa siri forum penerangan dan debat yang dilangsungkan.

    Sebagai anak muda yang pernah membarisi kepimpinan pelajar semenjak di alam persekolahan & alam kampus (keduanya menerusi sistem pilihan raya) sebelum ini, saya rasa terpanggil bagi mempertahankan kredibiliti intelektual mahasiswa untuk berpartisipasi..mahasiswa berakal bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung, jua bukan katak ketakutan di bawah tempurung..Ayuh mahasiswa! pertahankan hak & suara undi anda dengan melayari link ini..

10 comments:

Riesna Zasly said...

semangat yang hangat berbara... teruskan berjuang

teringat semasa di UTM tahun2 90an dulu... zaman fanatik islam mempengaruhi persatuan mahasiswa dan universiti... kami org budaya lelah nak memperjuangkan seni dan karya... sampai bergaduh2... hasil dari bersatu, tiada siapa dpt menghalang...

ajaklah teman2 mu bersatu, barulah wujud perubahan nan kental

HaDi said...

fanatik islam??istilah yg kurang tepat...fanatik bermaksud bersungguh2 dlm satu perkara tanpa mahu melihat drpd pndngn pihak lain selain darpada pndngn yg die rase btul..jika 'fanatik' digunakan untuk islam,,ia baek...ia tidak memandang sudut lain melainkan dr sudut islam... perbincangn istilah..huhu...=)

+akufobia+ said...

jom memandu perubahan.

Melz said...

suatu perkara yang kita fikir ada baiknya untuk kita pertahankan . pertahankan sebaik mungkin ! :)

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Azrai Ahmad Zamri said...

to Riesna Zasly:
salam perJuangan..
hmM..zaman kebangkitan pemuda Islam di negara kita maybe brmula sejak itu..syukran atas d0kongannya..

to HaDi:
huhU..perbincangan yG menarik..
kata 'fanatik' nie mmG kdG2 lebih difahami dari sudut yG negatif..seolah2 taksub..
Islam itu sederhana dari pelbagai aspek..

to +akufobia+
j0m3!.. =)

to Melz:
kebenaran & keadiLan tetap dipertahankan..apatah lG yG jelas nyata..thanz atas sok0ngan

to -PakKaramu-:
w'slm..syukran ala ziarah..
sudi2 la jenguk lG yer =)

profnotetree said...

setuju benar dengan usul bro tue..
memg sistem ni x betul.. then.. tah pape tah kena undu dua calon dar empat.. satu sudah la..

sah-sah la.. pihak pengurusan tau kita undi siapa coz kne key in no matrik...

Azrai Ahmad Zamri said...

to profnotetree:
huhU..saudara spt ada pengalaman je, da terlibat secara lanGsung dGn pGundian sbGini yer?..
hmM..dl undi p0s, skrG undi mahasiswa, akan dtG undi 1Malaysia dikant0ikan..

Honeyz said...

salam buat azrai..

wah, semangat yang berkobar2 dalam memperjuangkan sesuatu yg dirasakan patut dibela.. kagum! apepun, bagusla.. teruskan semangatmu, teruskan perjuanganmu :)

mm, prfonotetree ni student u mane ek... sy x sure kat ipt lain camne, tp kalau kt uia, mmg gitula proses pengundiannya - kena masukkan no matric n pin no, then vote 2 calon dr 4 calon..

mmg dh lame uia gune sistem mengundi thru e-voting ni. de yg kate, kalau x vote, kena block regis subjekla, xleh amek xm la, xdpt tgk result xm la.. mcm2 lagila.. xtaula btol ke x.. tp de je kwn yg x pernah2 vote, lepas je semua tu..

<< election utk SRC (student representative council) UIA br je berlalu, 21 jan yg lepas, hr terakhir b4 cuti midterm break ni =D

Azrai Ahmad Zamri said...

to Honeyz:
w'slm.. =)
syukran yer atas s0konGan..sekadar yG trmampu kita buat, kita buat la kan..m0ga ada amalnya..

thanz atas prk0ngsian pengalaman tu..tp camtu lah gayanya, ugutan & tekanan trus diberi untuk mnyekat suara mahasiswa..